Mommies, these are the tips for you to survive after u quit ur job. #lifeinjubail #lifeinksa

Assalamualaikum readers. Dah hampir sebulan dee memikirkan utk blog on this topic. Rasanya byk soalan yg dee dapat bertanyakan tentang life kat sini. And lately dee baru realized, inilah antara benda penting yg dee x banyak explain pada semua yg bertanya. Macam mana nak survive bila dah datang sini? Nak survive utk hidup interm of keperluan asas tu banyak dah orang share. Tapi, dr segi keperluan mental dan emosi tu, mungkin x banyak yg share dalam mana2 blog kisah kehidupan di Jubail ni.

Ya, dee percaya massing2 battle dengan perasaan sendiri especially masa mula2 dtg sini. Ade yg cepat, ada juga yg amik masa utk get used dengan life suri rumah sepenuh masa. Nak2 lagi yg sebelum ni kerja. Rata2 ibu2 kat Jubail ni kebanyakan bekerja dalam sektor swasta mahupun kerajaan. Bukan calang2 orang juga semuanya. Ada juga yg berjawatan kecil.. tapi dee percaya, besar atau kecil jawatannya tidak menjadi ukursan… mereka tetap menjadi nadi kepada kelangsungan perkhidmatan yg diberikan malah turut sama jatuh dan bangun dalam syarikat tempat mereka bekerja.

 

Keputusan untuk berhenti kerja bukanlah satu keputusan yg mudah. Dee sendiri dulu walaupun buat keputusan utk mohon Cuti Tanpa Gaji sahaja pn dah cukup  menggegarkan. Hahaha. Series tau. Keputusan tu sangat besar dalam hidup kita. Nak2 lagi yg dah belajar sampai ke peringkat sarjana ataupun dah pun menjawat jawatan dan pangkat yg tinggi dalam organisasi masing2. Tu belum tambah lagi dengan cerita kita nilah anak harapan mak ayah. Mak ayah berat hati, sedih, malah ade juga yg sampai merajuk dengan anak sebab nak berhenti kerja nak ikut suami.

Mommies, apa yg nak dee tekankan disini.. kita ni para isteri…. title kita dah jadi isteri.. inilah title yg paling mulia. Bukan Dato, bukan Tan seri bukan juga Cik Puan Besar…kedudukan isteri yg terbaik adalah disisi suaminya. Setelah kita bergelar isteri, redha allah pada kita adalah pada redha suami.. Pegangla ini. Jangan difikirkan terlalu banyak masalah yg akan timbul bila berhenti kerja.

Percayalah, jika kita nakkan redha allah, allah akan bantu kita. Tapi, xla semudah itu nak bahagia bersama suami dan anak2 kan. Mestilah ade dugaan dan ujiannya. Setiap apa pun masalah yg timbul, lakukanlah seperti menarik rambut di dalam tepung. Penuh berhati hati…terutamanya melibatkan perasaan ibu dan bapa.. keputusan yg kita nak buat ni besar.. banyak pihak yg terlibat. Maka, laksanakanla dengan bijak dan caranya adalah dengan bermusyawarah.. InshaAllah, pasti ada jalan terbaik bagi kita mengatasi setiap cabaran yg mendatang..

Panjang mukadimahnya ni. Bukan apa, cuma dee nak reader tau, kebanyakan kami kat sini dah lalui semua ni. Dee taknakla blog ni ,jadi blog citer life kat jubail yg best2 je. Mestilah ade realitinya yg pahit dan mesti dikongsikan utk persediaan korang semua kan. Dee pn dulu baca jugak blog senior2 kat sini. Malu nak cakap kat diorang saya baca blog akak sebelum sampai sini dulu. Hehehe.. Anyway, kalau nak contact Dee boleh sape dee kat FB Bondaumaraesyahamra. Ig dee ialah @diyana_remey. Skrg ni dee lagi banyak share #lifeatjubail di instagram. Ni br nak mula menulis balik di blog.

IMG_4032
Dua orang ni yg selalu melihat drama air mata ibu masa mula2 sampai kat sini. Ibu, kenapa ibu nangis.. Haaa.. lagi ibu nangis adala..

So, sebelum bermula, dee just nak masukkan mood before sharing the tips. Hahah…Dulu korang semua kerja kan.. kerja best2 plak tu. Dee pn same.. dee sangat enjoy life dee bekerja sebagai PTD. Dee puas bekerja bila dapat capai ape yg organisasi tetapkan utk dee. Sambil tu, dee selesa dengan my circle of friends. Boleh makan sama, lepak sama.. gossip n shopping pn sama.. Happening sangat dee rasa. So, dee dah biasa dengan jadual kerja yg ketat pagi sampai petang. Kadang2 ade lagi event sabtu ahad utk dee penuhi. Kalau dulu masa dee kerja kat kemeterian, lagi banyak outstation. Merata tempat pergi boleh jalan2 free..tp, sambil buat kerja la kann..

Korang punya life pun mcm tu kan.. sikit lebih kurangla.. Tapi, bila dah sampai sini..mesti rasa lonely.. kawan2 xde..dari pagi sampai malam duk rumah je. nak keluar kene tunggu husband balik. “`kat sini kita x boleh drive. Nak makan ape semua kene buat sendiri. Tak bolehla nak start engine kereta n pergi PAVI makan Tony Romas..Sebulan sekali baru ade Breakfast bazar. Masa nila boleh merasa makanan Malaysia yg sedap2. Dulu masa dee mula2 sampai xdapat nk breakfast bazaar sebulan sekali tau. Dengan dee x pandai masak. Masak kejap masin kejap tawar. Kadang jadi, kadang x jadi pulak tu.. Ape lagi ye.. haaa.. time nak buat kerja kat dapur, time tu la jugak anak tarik kain nak itu ini, yg dah besar belum g sekolah siap boleh bergaduh dengan adik die.. yg kecik menangis nak layan.. Hahaha.. ko rase stress tak? Nipu sape ckp tak stress.. Dee stress sangat masa mula2 tu.. makan nasik sambil nangis tau.. makan nasi putih dengan lauk yg x bape nak jadi.. Serik sangat rasa.. Hambik kau.. hahaha..

Chil2..korang jg  takut plak baca ni.. Biasalah, selepas ujian tu, pasti Allah bagi kenikmatnnya kan.. BIla dah lepas fasa azab tu, heaven okeh.. heaven.. Amacam, berani ke nak try. So, here are the basic tips for you mommies :

  • Utk persediaan awal, please set kat minda Dont Expect Too Much. Maksudnya apa? Dari segi rumah kita nanti, kereta, makan pakai kita kat sini. Banyakla dee jumpa org loaded2 kat sini rumah die biasa2 je..Gaji dekat 40K sebulan tapi duk rumah compund je. Takde pun perabot jati, modern design bagai.. Sangat besederhana..Tapi, die suka membantu org dan banyak bersedekah. Orang merantau ni kehidupan die ala kadar je.Yg penting keprluan asas kita mencukupi.
IMG_4343
Disebalik niqab itu, dalam hati sapalah yg tau..

 

  • Bila dah sampai sini, Dont Pressure Yourself Too Much. Maksudnya apa tu? Maksudnya jangan bagi tekanan pada diri sendiri utk buat itu dan ini sekaligus. Common..mana boleh nak dapat semuanya mcm rumah kat Malaysia kan. Mana nak dapat semua perfect. Percaya cakap dee, kalau u pressure, ur husband pun akan pressure tau. Sebab pd fikiran die, die nak bg yg terbaik buat anak dan isteri dia. Ni bila tengok u stress, die lagi rasa bersalah n finally stress sekali. Tu yg boleh bikin gaduh tu. Nauzubillah.. Keputusan utk berhenti kerja ni bukan keputusan kita sorang. Ini keputusan bersama. So, husband and wife kene saling bekerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain. Teringat masa awal sampai dulu. Dee kan xde kawan. Suami kita tu jadi BFF kita tau.. So, dee akan paksa die cakap dengan dee at least 1000 patah perkataan sehari.. Kalau ko tido, aku kejut. Dari aku meroyan baik aku paksa ko cakap dengan aku. Haa.. gitewww..

 

image
Hari Raya aidil Fitri yg pertama di perantauan. Dialah suami yg menyokongku selama ini. Tengok gambar ni rasa nk mengalir air mata. Besar betul dugaan kami sebelum sampai ke sini. Allah sahaja yg mengetahui..

 

  • Dont Aim Too High. Apa yg dee maksudkan ialah.. apapun yg mula2 kita nak buat, jangan aim high sangat.. Contohnya nak masak. Jangan aim yg benda yg kita buat tu akan jadi exactly dalam resepi. Kalau rupe dah cantik tu pn dah ok sangat..Rasa tu belakang citer.  Pastu korang post kat ig. At least, bila kawan2 like or puji, ia akan boost ur motivation utk terus lg mencuba. Share2 story/life kat FB and ig ni bergantung pd niat masing2. Malas dee nak kupas yg buruk..baik kita fikir yg baik2 utk diri kita dan bersangka baik juga dengan post org lain. Selagi boleh cheerup ur life yg sunyi dalam rumah tu, ape salahnya kan. Dari korang stress, lepas kat anak n laki lagi x baik. Sambung lagi cth masak. Haha..Ok,  Masak ni perlukan skill. Bukan sekali buat boleh terus jadi. Kene buat beberapa kali jugak nak jadi. Tu pun mngkn x perfect lagi. And pada dee, masak ni lifelong learning tau. Sentiasa ada dan ada je benda baru yg boleh try utk pelbagaikan rasa dan rupa masakan tu.. So, at first, dont aim too high on what u are going to do. Selain masak, u can try sewing, baking, blogging and masuk kelas2 pengajian yg banyak kat sini. Nak tau kelas apa yg ade mesej dee tanya ya. Paling basic kelas mengaji seminggu sekali. Boleh jugak berdunia kan. Jumpa org baru, kenal2 dgn mereka.. Lelama lepas tu dapatla jumpa yg satu kepala dengan kita. Maka, adala grupwhatsapp geng korang sendiri nanti. Baru best!

 

image
Cubaan masak rendang pertama utk raya di perantauan. Fail. Masin. What do you expect? Ko Raya jugak kan? Tak mati pun makan rendang masin, kalau bahasa kasarnya lah.. You got me or not?
IMG_4661
Kuih Koci pertama dalam hidupku. 6 ketul je buat. Ko ado? Hahaha..
  • Set A Goals. Ya, tetapkan matlamat. Sape cakap dah xkeje xde goals. sape fikir mcm tu? Heppppp…jangan sesekali uols fikir gitu tau.  Dee tetapkan ape yg dee nak buat masa mula2 datang sini. dan dee isi masa dee dengan buat aktvt berdasarkan goals yg dee buat utk diri sendiri. Cthnya sewing. Trust me, ur friends out there kan, jeles dengan kita yg duk rumah ni..kita boleh buat semua benda yg kita xdapat buat masa keje dulu.. Amikla kelas belajar menjahit. Ade je org kat sini yg tukang jahit fames masa kat msia dulu. Ade je org kat sini pakar buat roti yg nak share ilmu die dengan korang. Buatkan jadual harian korang sendiri. Masa awal2 dee dtg, jadul dee penuh tau. Sb dee ni dh biasa bz dulu. Bila duk rumah xde keje, rase lemau sangat. Sampai husband dee cakap, dee lagi bz dr die la masa thn pertama kat Jubail tu. Hahahah..

 

IMG_6093
Hasil pertama jahitan sendiri. Baju kurung utk aesya. And ade banyak lagi coming lepas tu..

 

  • Tips seterusnya galah Have Fun. Lepas dah setkan matlamat, lakukan ia dan Enjoy it. Please enjoy urself. Seronok tau buat benda2 yg kita x dapat nak buat dulu2… Have Fun life kat sini dengan TIDAK MEMBANDINGKAN life u masa kat malaysia dulu. Thats It. Selagi u keep on bandingkan, walaupun dalam hati u, bile masa u nak enjoy. Bila masa nak rase seronok buat itu ini kan… Just keep moving mommies.
IMG_7386
Tengok roti tu.. kali ketiga buat baru nak jadi licin dough tu tau. U kene follow step by step. Its your journey kan. Color it. Dan tugas suami hendaklah menyokong isteri dengan membelikan mixer idaman hati :p Rugi masa tu dee tak mengidam KitchenAid. Coii.

 

  • Next is Reward Yourself. Waajibbb bak kate Umar. Masa awal2 dee datang sini dulu, reward terbaik utk diri sendiri adalah bila kami sekeluarga mengerjakan umrah dan menziarahi nabi di Madinah. Doa adalah kekuatan kita org Islam. Bila kita berdoa bersungguh sungguh, kita akn dapat rasakan Allah mendengar dan dapat rasakan kebergantungan kita pada Allah. Pergilah buat Umrah, tataplah kaabah puas2. Inilah nikmat paling beharga yg xdapat dibeli dengan wang ringgit. Inilah kelebihan utama kita duduk di bumi saudi. Dekat dengan Rumah Allah, dekat dengan nabi kita Muhammad S.A.W.

 

image
Kenangan terindah. Raya pertama kami di perantauan. Paling manis ianya di Makkah. MashaAllah, Tabarakallah.

Rasanya cukuplah dulu 6 tips asas dari dee utk tatapan pembaca sekalian. Mungkin tips ni juga sedikit sebanyak boleh apply utk mommies2 kat luar sana yg berhenti kerja dan     bertukar kerier menjadi suri rumah sepenuh masa yg tidak menetap di bumi saudi ini.  Mohon maaf jika ada terkasar kata2. Segala yg baik adalah semata mata dari Allah dan yg buruk itu datang dari diri yg lemah ini.

Semoga Bermanfaat !!!

 

Loves,

DEE