Filem Lama Gurindam Jiwa

Malam kelmarin sebelum tido abang toyyib layan lagu gurindam jiwa.. “Eh eh abang ni.. Nak tido pun dengar lagu gurindam jiwa.. ” Bebel deee… “Ye la, nanti u balik msia memalam abg dengar lagu ni la…”  ” Ceh… Takde maknanye bang.. Abang,  janganla dengar lagu ni, abang pernah tengok x citer ni?  Citer ni ending die sedih tau… Taknaklah nyanyi… ibu takuttt…. ”

“Abang tak layan citer Nordin Ahmad ni.. balas abg toyyib … Kenapa? Dee tanya.. Sebab Die hensem n sore sedap.. U jeles kan… Bukan… sebab citer2 die serius..citer berat.. Abang nengok P Ramlee yg lawak2 je..

Hemmmh… ye lah…

Dee pun g amik handphone, bukak youtube.. dah lama x tengok citer Gurindam Jiwa.. Dulu zaman kecik2 je tengok kat TV 14 inchi. Mak Siti pun suke dodoikan adik2 nyanyi lagu ni. Kami adik beradik membesar dengan lagu ni.. Mak Siti tu nama je anak cina.. Oii Poh Gaik la sangattt.. Tapi jiwa melayu kentalll..

Gurindam jiwa_poster

 

Filem ini arahan M. Amin yg diterbitkan pada tahun 1965 dan dibintangi oleh seniwati jelita Latifah Omar dan Hero Malaya Nordin Ahmad. Boleh dikatakan pada waktu itu, ini satu2 nya filem melayu yang tiada unsur pertarungan atau pembunuhan sebagaimana filem purba melayu yg biasa.

hqdefault (2)
Seniwati jelita Latifah Omar
hqdefault (1)
I think he is kacak.. Abang toyyib jangan jeles okeh..

Gurindam jiwa sangat istimewa kerana separuh dari dialognya adalah berupa pantun yg menjadi akar sendi filem ini. Menerusi rangkaian pantun yg dimuatkan dalam filem ini, ia mencerminkan masyarakat melayu kita yg kaya dengan susun kata bahasa yang tinggi nilainya yg dipenuhi dengan kata kias dan kata makna dalam setiap bait pantun yang dilantunkan..

Lantun gitu… kehkehkeh.. Nape dee suke citer ni? sebab dee suke pantun.. Nordin ahmad yg membawa watak Dahlan dalam cerite ni adalah seorang ahli pantun. Ahkak pun pemantun sekolah dedolu.. wakaka.. Dee pernah wakil sekolah sains muar masa pertandingan berbalas pantun di peringkat daerah Muar pada tahun 1999. Kami dapat no.2 tau.. Dee, Nurul Huda Samsudin dan Salwa Izani.. Kami jd pemantun utama masa tahun 1999 mewakili sekolah.. Lawan dengan budak2 satera sekolah2 daerah muar.

Kami budak sains kut.. Tak amik sastera okeh.. Dapat no.2 tu kire powerla.. kalah tipis je… Sempatla judge puji kami, eventho sek sains tapi cekap juga berbalas pantun.. Bayangkan kami kene jawab pantun dalam masa 2 minit on the spot.  Antara soalan pantun yg dee masih ingat  : Mengapa sang pungguk rindukan bulan? Pantun Tuan Hamba jual, saya membelinya.. Ececeh… Cam gedik je kan.. ke zaman dolu2 je rasanya.. Masa final tu, sekolah yg lawan kami, siap pakai costumes ala2 orang2 melayu dedolu.. Lelaki berbaju melayu dan bertanjak, perempuan pakai cecantik siap mekap lagi.. Kami ? baju kurung sekolah n BLAZER.. blazer pun pinjam sekolah punya.. Besar kat bahu.. Jadilah labu.. Tapi yg paling dee x leh belah, lepas habis pertandingan tu, ade bebudak lelaki usha siap bagi nombor tepon.. Idakla mak neleponnn….. :p

Sambung balik review pilemmm… So, dalam rangkap lagu Gurindam Jiwa ni, ade 2 baris pantun yg dee masih x dapat maknanya yg memuaskan hati dee. Selalunya masa travel jauh2..kami laki bini suke layan lagu2 lama P Ramlee.. Lagu Jangan Adik Angan Angan nyanyian P Ramlee dalam filem Musang Berjanggut pun dee postmortem kan lirik nya.

*Tujuh gunung lautan… lautan..  * Sembilan lautan..ala intan * Umpan ku tabur…dah makan * Ikan dah makan…

Petikan lagu jangan adik angan2..

Gigih cari makna lirik lagu okeh.. pastu mulala mereka-reka makna..pastu gelak.. Sebenarnya nak buat hilang ngantokkk… Tapi, dalam lirik lagu gurindam jiwa ni ade 2 lagi baris lagu yang sampai sekarang x dapat maknanya.. Dee dah gugel, tapi jawapannya x memuaskan hati dee..

Jom layan lirik lagu Gurindam Jiwa. Pasni pakat bukak youtube  pasang lagu gurindam jiwa. Kalau hang anak melayu, pure melayu, xkanla hang x terusik dengan lagu ini.. Maks yg anak cina ni pun boleh layan.. Inikan pula yg betui2 pure melayu..

Rangkap Satu

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu rinduan

Gurindam_Jiwa

Permulaan cerita ni adalah kegembiraan hidup suami isteri yg bahagia bersama tinggal bersama. Dahlan dan Dahlia, hidup susah senang bersama, bekerja menanam padi, membanting dan menuai pada bersama. Padi yang menjadi disimpan di dalam kepuk padi buat bekalan makanan ahli keluarga bersama ibu ayah yg telah tua. Walaupun, hidup mereka susah saban hari dengan bercucuk tanam, tetapi mereka gembira bersama. Dahlan telah memenangi pertandingan pantun yg diadakan diantara kampung2 sehinggalah dilamar oleh orang istana untuk menjadi Ahli Pantun Diraja atau sasterwawan Negara.

Rangkap 2

Anak cina pasang lukah

Lukah di pasang di tanjung jati

Di dalam hati tidak ku lupa

Sebagai rambut bersimpul mati

hqdefault
Saat Dahlia membantu suaminya menyiapkan rangkap2 dalam Gurindam Jiwa. Taching okeh..

Dahlia menyokong keputusan suaminya untuk mencuba nasib menjadi Ahli Pantun Diraja. Maka berangkatlah Dahlan mengikut pegawai istana bagi mencuba nasib. Tuah Dahlan berpihak padanya apabila Sultan sukakan Dahlan yang bijak dan petah berbalas pantun.. Maka dilantiklah Dahlan menjadi Sasterawan Negara, yang mana Dahlan tidak boleh bergaul dengan orang biasa dan meninggalkan kehidupan kampung. Dia juga dilarang untuk mengirim berita kepada keluarga di kampung. Dahlia pula di kampung, meneruskan kehidupan menjaga kedua orang tua Dahlan dengan sisa kudrat yang ada membanting tulang demi mencari sesuap makanan. Dia masih percaya yang Dahlan takkan melupakan dia dan kedua ibu bapanya…..

Rangkap 3

Batang selasih permainan budak

Daun sehelai di makan kuda

Bercerai kasih bertalak tidak

Seribu tahun kembali juga

images
Dahlan kawin lagi.. Abang toyyib jangan buat gini yer.. Aii is tak rela… 

Saban malam, Dahlia merindui suaminya yang jauh tanpa kabar berita. Musim berganti musim, namun berita yang diharap tidak kunjung tiba.   Tanamannya tidak menjadi,  padi yang disimpan tinggal sedikit sahaja dan tidak cukup untuk menampung keperluan makanan mereka sekeluarga.  Dahlia seorang isteri yang setia dan baik hati. Keperluan kedua mertuanya tidak pernah  dia kurangi malah sentiasa dilebihkan melebihi keperluannya sendiri. Manakala Dahlan hidup mewah di istana sehingga dilamar untuk menjadi menantu kepada Dato Bendahara supaya dinikahkan dengan anak gadisnya Melati.  Dahlan diberi kata dua untuk menerima tawaran tersebut. Sekiranya dia menolak, kelak buruk padahnya. Akhirnya, Dahlan terpaksa menerima lamaran Dato Bendahara untuk memperisterikan Melati.. Di kampung, kedua ibu bapa Dahlan pula  telah meninggal dunia dan tinggalah Dahlia  keseorangan merana menanggung rindu membuka kembali naskah tulisan lagu Gurindam Jiwa yg menjadi nukilan mereka berdua suami isteri satu masa dahulu..

Rangkap 4

Burung merpati terbang seribu

Hinggap seekor di tengah laman

Hendak mati di hujung kuku

Hendak berkubur di tapak tangan

Akhirnya Dahlia membuat keputusan untuk mengembara mencari suaminya kerana tidak tahan menanggung rindu berbekalkan perasaan kasih yang mendalam ke atas suaminya. Dua rangkap terakhir inilah yang masih tidak dapat dee koreksi maknanya.. Ape maksudnya hendak mati di hujung kuku. Dee fikir, kalau dee mati, biarlah abang toyyib yg mandikan jenazah dee .. Dan lepas tu, biarlah dia yg bawa dee ke liang lahad.. Ituke maknanya berkubur di tapak tangan??? Lama jugak dee nak dapat fikir mcm apa yg dee tulis tu. Abang toyyib lagila lemah bab sastera ni.. Tak leh wat kawan nak berdebat makna tersirat rangkap pantun.. Kebanyakan lagu, semua dee yg post mortemkan.. Die suke nyanyi je..Hehe.. Sekarang ni tengah layan lagu2 Dato’ S.M Salim.. Ish ish ish.. abang toyyib abang toyyib…

Rangkap 5

Kalau tuan mudik ke hulu

Carikan saya bunga kemboja

Kalau Tuan mati dahulu

Nantikan saya di pintu syurga

Bila Dahlia dapat tahu Dahlan  berkahwin lagi, maka hancur luluhla hatinya. Suami yang dicintainya telah pun beristeri lagi.  Dia mengambil keputusan untuk membunuh diri (This part memang against dengan agama islam.  NOT GOOD.

Apa pula yg terjadi pada Dahlan? Kene tengok sendiri !!!! Takpun tanya mak2 korang ingat lagi x citer ni.. Ape ending nya..

Penulis Lirik : Almarhum Hamzah Hussien

Ciptaan : Almarhum Pak Wandly Yazid

LAST BUT NOT LEASE

 

..

Kalau condition nya begini ????

KAU MAMPU ???

IMG_0426
Bukan calang2 wanita yang mampu…

Sayangilah isterimu..

IMG_1643
THEREFORE , LOVE IS SACRIFICE….

 

THE END

Kisah HAMILI di Raudhah & Ziarah Badar

Since my parents in law dtg sini.. Kami memang dah plan nak bawak mak ayah utk ziarah madinah dan mengerjakan umrah.. Diorang datang pertengahan Mac yg lepas.. Datang bawak macam2.. Termasukla Yong Tau Foo Flat Penara Hari Jumaat yg sedap tu.. Alhamdulillah merasa makan YTF situ.. Yang paling happy bila mak ayah dtg ni opkos la Umar dan Aesya.   Kat sekolah pun bawak citer atok nak datang.. Bila dah sampai tu, ibu memang campak ke tepi la.. semua nak dengan atok n embah.. Dee pn tambah sihat dan lebih semangat.. Ye lah, ade kawan kat umah.. bleh borak2 sementara waktu anak g sekolah.. gilir2 masak dengan embah.. lauk yg teringin MIL masak semua dah dapat.. Satu je lagi tinggai.. sambal tumis petai.. Mudah mudahan dapat jumpa petai nanti.. Ade tu.. x rajin je nak ke sana nak membelinya.. Pasni kan, LULU mesti jual petai jgk.. Hahaha..

So, minggu tu, kami pun bawak PIL go ziarah Madinah.. Lepas diorang rehat dalam 2/3 hari, baru kami ke Madinah.. amik kesempatan anak2 Spring Holiday.. Pergi naik kereta.. Tu pun x direct terus sampai Madinah. Berhenti makan kat Riyadh, n sambung sikit perjalanan ke BURAIDAH . Bermalam di sana semalam dan esoknya pepagi sambung semula perjalanan ke Madinah.

Kami gerak terus ke lokasi perang Badar, sekitar 1-2 jam dari Madinah. Check in Hotel pn petang, maka kami amik kesempatan tu ke sana.. Tapi, sayangnya.. tempat tu tutup pada hari Jumaat. Memang xde rezki kami nak masuk lokasinya.. dapat bergambar di luar kawasan tu n enjoyla scenary gunung ganang otw pergi dan balik dari sana..

IMG_0059
Highway Madinah Badar. Badar jauh jugak dari Madinah. Hampir 2 jam perjalanan dr Madinah..  Macam mana la nabi kita saw dan para sahabat bergerak ke Badar untuk berperang menentang tentera musyrikin yg pada masa itu jumlahnya 1000 orang. Sedangkan muslimin yg tururt serta berperang hanyalah 313 orang. Sunnguh besar pengorbanan mereka demi agama.. 
IMG_0062
Nabi Muhammad saw berdoa bersungguh sungguh kepada Allah swt memohon supaya diberikan kemenangan kepada tentera Islam sehingga terjatuh kain selendang yg dipakainya.. Memandangkan tentera Islam pd waktu itu, tidak mempunyai senjata yg cukup dan ampuh untuk melawan tentera musyrikin Mekah. Sehingga diceritakan, ada antara sahabat2 yg berjuang menggunakan pelepah tamar dalam perang tersebut… Atas doa rasululullah saw, Allah mengirimkan malaikat2 bagi membantu umat islam utk menang pd hari tersebut.. NUN, disebalik tembok2 kukuh itu, tempat yg menjadi sejarah kemenangan pertama umat islam terhadap tentera musyrikin Mekah. 
IMG_0065
Di mercu tanda batu di sebelah kanan gambar ini, terukirnya nama sahabat2 yg shahid dalam Perang Badar ini. Dek kerana pengorbanan mereka demi agama, kita dapat mengecap nikmat Islam pada hari ini. 
IMG_0064
Dan inilah gambar sekitar perkampungan Badar. Ada yg dee nampak, bekas tinggalan rumah2 lama disitu kebanyakannya dibuat daripada pelepah2 tamar dan lumpur yg menjadi simennya.. Begitulah juga sejarah pembinaan masjid nabawi. Pada mula ia dibina menggunakan pelepah2 tamar atas semangat kaum MUhajirin dan Ansar..
IMG_0082
Ini adalah gambaran pereka grafik bagaimana rupanya masjid nabawi seawal pembinaannya. Gambar ni dapat masa dee singgah ke satu galeri sejarah di sebelah masjid Quba. Dikatakan di lokasi galeri inilah, tempat di mana, rasululullah saw kehilangan cincinnya di sebuah telaga yg terdapat di situ. Dah 3/4x kami ke Masjid Quba.. Tapi baru sekali ni kami perasan ade galeri ni.. Sangat berinformasi n dee suke sangat masuk n enjoy baca sejarah dalam ilustrasi grafik yg memudahkan di situ..
IMG_0083
Sejarah Mimbar Nabi
IMG_0084
Untuk dijadikan panduan..
IMG_0085
Heavens Garden
IMG_0086
Madinah Munawwarah, Kota suci umat Islam Kedua yg penuh ketenangan..

Kami sampai hotel sekitar jam 6 petang. Kali ni kami sewa hotel apartment di Majedic Arac Suites. Takde breakfast.. So, memang bawakla periuk nasi bagai.. Alhamdulillah..bilik hotel yg selesa. Minta 2 bilik, hotel bagi 3 bilik with 3 attached bathroom.. Rendang daging podeh mak siti import from msia menjadi juadah pembuka selera dee.. Layan makan dgn nasi putih pepanas pun sodap..

Malam tu dalam 9.30 pm, dee bawak mil ke raudhah.. Neves jugak nk g berasak asak kan.. Dengan keadaan kita yg mengandung ni. Dee tawakalla.. nak bawak mil masuk.. semoga allah mudahkan..itu yg dee niatkan.. Orang mcm biasa ramai.. Jalanla mak yong terketek ketek g masjid.. Dah masuk kawasan menunggu dee terus ajak mak duduk. Kami join je grup2 yg dh duduk kat situ.. Lepas solat kat belakang, dee bawak mak ke depan.. Perut masa tu dah keras.. Dari 4 bulan lg dah kuat mengeras.. Stamina mengandung kali ni sgtla LOW.. duk rumah bape banyak sgtla berjalan kalau nak compare time keje.. nak g tingkat 1, gagah lagi dee panjat tangga kat opis tu.. KUAT rasanya time mengandung dulu2.. sekrg ni jalan 200meter pn dah lemau..

Dee capai quran n mengaji sambil duduk2 kat situ.. Rupanya kami dikelilingi grup TURKEY.. sambil ngaji dee tegakkan badan, pegang n gosok2 perut.. serius keras perut maks.. Tiba2 dee dicuit oleh perempuan turkey lebih kurang sebaya mil yg duduk sebelah dee. HAMILI ? Dee senyum dan anggukan kepala.. Kemudian dia cakap dengan sorang lagi perempuan sebaya dia dan seorang lg yg agak muda. Yg muda tu tanya dee dari mana.. MALAYSIA.. Ringkas dee jawab.. Kami bertukar senyuman.. Diorang mula interview dee.. anak no berapa.. tanya mil siapa.. n lastly die cakap, nak masuk raudhah bahaya.. HAMILI.. dalam sangat crowded.. dee senyum dan jawab InshaAllah..

Sekejap lagi die cuit dee lagi.. Kali ni suruh dee makan roti dengan jem strawbery.. Dee layan je.. Orang memberi kita merasa..  Rezeki sebelum masuk raudhah.. Lepas tu die suruh dee minum air plak.. Allah Ya Allah.. Baiknya 3 beranak turkey ni… Bila giliran kami sampai, grup kami pun disuruh bangun utk bersedia memasuki ruang raudhah.. Perempuan turkey yg agak tua tu cakap dengan dee dlm bhs turkey, sure dee x faham.. Tapi dari gaya dia cakap, die suruh dee n mil ikut die.. n die suruh lagi 2 orang tu berdiri keliling dee supaya org tak rempuh dee.. Masa tu, dee rasa nak nangis dah.. Korang tau sebabnya kan..

Maka, bermulalah episod HAMILI di raudhah..Diorang bertiga jaga dee supaya x kene rempuh dengan org sebangsa die yg kita sedia maklum besar2 badannya.. HAMILI HAMILI, diorang cakap setiap kali ade yg datang menolak.. Menangis jugak dee, Allah kirim 3 anak beranak turkey utk mudahkan dee dan mil. Sampai satu ketika bila dah masuk raudhah, diorang kepungkan tempat solat spy dee n mil dapat solat kat situ.. Shukur Alhamdulillah.. Jika kita berbaik sangka dengan Allah, dengan niat yg baik, pasti ada ruang dan cara allah lapangkan kita utk sujud padaNya..

Selesai solat, diorang iring pulak dee utk keluar.. Keluar je dari carpet hijau, kami berpelukan.. menangis keshukuran.. Syukran je yg mampu dee ucapkan.. Makcik Turkey tu peluk n cium dee..suruh dee doakan anak dia pun dapat hamil juga… Sempat dia hadiahkan selendang pashmina Turkey yg sedang dipakainya untuk Dee… Alhamdulillah..

Jom Mak kita balik, esok ade rezeki kita datang lagi…