Kisah HAMILI di Raudhah & Ziarah Badar

Since my parents in law dtg sini.. Kami memang dah plan nak bawak mak ayah utk ziarah madinah dan mengerjakan umrah.. Diorang datang pertengahan Mac yg lepas.. Datang bawak macam2.. Termasukla Yong Tau Foo Flat Penara Hari Jumaat yg sedap tu.. Alhamdulillah merasa makan YTF situ.. Yang paling happy bila mak ayah dtg ni opkos la Umar dan Aesya.   Kat sekolah pun bawak citer atok nak datang.. Bila dah sampai tu, ibu memang campak ke tepi la.. semua nak dengan atok n embah.. Dee pn tambah sihat dan lebih semangat.. Ye lah, ade kawan kat umah.. bleh borak2 sementara waktu anak g sekolah.. gilir2 masak dengan embah.. lauk yg teringin MIL masak semua dah dapat.. Satu je lagi tinggai.. sambal tumis petai.. Mudah mudahan dapat jumpa petai nanti.. Ade tu.. x rajin je nak ke sana nak membelinya.. Pasni kan, LULU mesti jual petai jgk.. Hahaha..

So, minggu tu, kami pun bawak PIL go ziarah Madinah.. Lepas diorang rehat dalam 2/3 hari, baru kami ke Madinah.. amik kesempatan anak2 Spring Holiday.. Pergi naik kereta.. Tu pun x direct terus sampai Madinah. Berhenti makan kat Riyadh, n sambung sikit perjalanan ke BURAIDAH . Bermalam di sana semalam dan esoknya pepagi sambung semula perjalanan ke Madinah.

Kami gerak terus ke lokasi perang Badar, sekitar 1-2 jam dari Madinah. Check in Hotel pn petang, maka kami amik kesempatan tu ke sana.. Tapi, sayangnya.. tempat tu tutup pada hari Jumaat. Memang xde rezki kami nak masuk lokasinya.. dapat bergambar di luar kawasan tu n enjoyla scenary gunung ganang otw pergi dan balik dari sana..

IMG_0059
Highway Madinah Badar. Badar jauh jugak dari Madinah. Hampir 2 jam perjalanan dr Madinah..  Macam mana la nabi kita saw dan para sahabat bergerak ke Badar untuk berperang menentang tentera musyrikin yg pada masa itu jumlahnya 1000 orang. Sedangkan muslimin yg tururt serta berperang hanyalah 313 orang. Sunnguh besar pengorbanan mereka demi agama.. 
IMG_0062
Nabi Muhammad saw berdoa bersungguh sungguh kepada Allah swt memohon supaya diberikan kemenangan kepada tentera Islam sehingga terjatuh kain selendang yg dipakainya.. Memandangkan tentera Islam pd waktu itu, tidak mempunyai senjata yg cukup dan ampuh untuk melawan tentera musyrikin Mekah. Sehingga diceritakan, ada antara sahabat2 yg berjuang menggunakan pelepah tamar dalam perang tersebut… Atas doa rasululullah saw, Allah mengirimkan malaikat2 bagi membantu umat islam utk menang pd hari tersebut.. NUN, disebalik tembok2 kukuh itu, tempat yg menjadi sejarah kemenangan pertama umat islam terhadap tentera musyrikin Mekah. 
IMG_0065
Di mercu tanda batu di sebelah kanan gambar ini, terukirnya nama sahabat2 yg shahid dalam Perang Badar ini. Dek kerana pengorbanan mereka demi agama, kita dapat mengecap nikmat Islam pada hari ini. 
IMG_0064
Dan inilah gambar sekitar perkampungan Badar. Ada yg dee nampak, bekas tinggalan rumah2 lama disitu kebanyakannya dibuat daripada pelepah2 tamar dan lumpur yg menjadi simennya.. Begitulah juga sejarah pembinaan masjid nabawi. Pada mula ia dibina menggunakan pelepah2 tamar atas semangat kaum MUhajirin dan Ansar..
IMG_0082
Ini adalah gambaran pereka grafik bagaimana rupanya masjid nabawi seawal pembinaannya. Gambar ni dapat masa dee singgah ke satu galeri sejarah di sebelah masjid Quba. Dikatakan di lokasi galeri inilah, tempat di mana, rasululullah saw kehilangan cincinnya di sebuah telaga yg terdapat di situ. Dah 3/4x kami ke Masjid Quba.. Tapi baru sekali ni kami perasan ade galeri ni.. Sangat berinformasi n dee suke sangat masuk n enjoy baca sejarah dalam ilustrasi grafik yg memudahkan di situ..
IMG_0083
Sejarah Mimbar Nabi
IMG_0084
Untuk dijadikan panduan..
IMG_0085
Heavens Garden
IMG_0086
Madinah Munawwarah, Kota suci umat Islam Kedua yg penuh ketenangan..

Kami sampai hotel sekitar jam 6 petang. Kali ni kami sewa hotel apartment di Majedic Arac Suites. Takde breakfast.. So, memang bawakla periuk nasi bagai.. Alhamdulillah..bilik hotel yg selesa. Minta 2 bilik, hotel bagi 3 bilik with 3 attached bathroom.. Rendang daging podeh mak siti import from msia menjadi juadah pembuka selera dee.. Layan makan dgn nasi putih pepanas pun sodap..

Malam tu dalam 9.30 pm, dee bawak mil ke raudhah.. Neves jugak nk g berasak asak kan.. Dengan keadaan kita yg mengandung ni. Dee tawakalla.. nak bawak mil masuk.. semoga allah mudahkan..itu yg dee niatkan.. Orang mcm biasa ramai.. Jalanla mak yong terketek ketek g masjid.. Dah masuk kawasan menunggu dee terus ajak mak duduk. Kami join je grup2 yg dh duduk kat situ.. Lepas solat kat belakang, dee bawak mak ke depan.. Perut masa tu dah keras.. Dari 4 bulan lg dah kuat mengeras.. Stamina mengandung kali ni sgtla LOW.. duk rumah bape banyak sgtla berjalan kalau nak compare time keje.. nak g tingkat 1, gagah lagi dee panjat tangga kat opis tu.. KUAT rasanya time mengandung dulu2.. sekrg ni jalan 200meter pn dah lemau..

Dee capai quran n mengaji sambil duduk2 kat situ.. Rupanya kami dikelilingi grup TURKEY.. sambil ngaji dee tegakkan badan, pegang n gosok2 perut.. serius keras perut maks.. Tiba2 dee dicuit oleh perempuan turkey lebih kurang sebaya mil yg duduk sebelah dee. HAMILI ? Dee senyum dan anggukan kepala.. Kemudian dia cakap dengan sorang lagi perempuan sebaya dia dan seorang lg yg agak muda. Yg muda tu tanya dee dari mana.. MALAYSIA.. Ringkas dee jawab.. Kami bertukar senyuman.. Diorang mula interview dee.. anak no berapa.. tanya mil siapa.. n lastly die cakap, nak masuk raudhah bahaya.. HAMILI.. dalam sangat crowded.. dee senyum dan jawab InshaAllah..

Sekejap lagi die cuit dee lagi.. Kali ni suruh dee makan roti dengan jem strawbery.. Dee layan je.. Orang memberi kita merasa..  Rezeki sebelum masuk raudhah.. Lepas tu die suruh dee minum air plak.. Allah Ya Allah.. Baiknya 3 beranak turkey ni… Bila giliran kami sampai, grup kami pun disuruh bangun utk bersedia memasuki ruang raudhah.. Perempuan turkey yg agak tua tu cakap dengan dee dlm bhs turkey, sure dee x faham.. Tapi dari gaya dia cakap, die suruh dee n mil ikut die.. n die suruh lagi 2 orang tu berdiri keliling dee supaya org tak rempuh dee.. Masa tu, dee rasa nak nangis dah.. Korang tau sebabnya kan..

Maka, bermulalah episod HAMILI di raudhah..Diorang bertiga jaga dee supaya x kene rempuh dengan org sebangsa die yg kita sedia maklum besar2 badannya.. HAMILI HAMILI, diorang cakap setiap kali ade yg datang menolak.. Menangis jugak dee, Allah kirim 3 anak beranak turkey utk mudahkan dee dan mil. Sampai satu ketika bila dah masuk raudhah, diorang kepungkan tempat solat spy dee n mil dapat solat kat situ.. Shukur Alhamdulillah.. Jika kita berbaik sangka dengan Allah, dengan niat yg baik, pasti ada ruang dan cara allah lapangkan kita utk sujud padaNya..

Selesai solat, diorang iring pulak dee utk keluar.. Keluar je dari carpet hijau, kami berpelukan.. menangis keshukuran.. Syukran je yg mampu dee ucapkan.. Makcik Turkey tu peluk n cium dee..suruh dee doakan anak dia pun dapat hamil juga… Sempat dia hadiahkan selendang pashmina Turkey yg sedang dipakainya untuk Dee… Alhamdulillah..

Jom Mak kita balik, esok ade rezeki kita datang lagi…

Ziarah Madinah

Pagi itu dimulakan dengan membawa umar dan aesya ke masjid..Semalam memang x berkesempatan nak bawak diorang jalan ke masjid…Seawal 7 pagi, kami memulakan tour madinah dengan destinasi yg paling hampir Masjid Nabawi..

IMG_3925
Jalan keluar dari hotel menghala ke masjid..masa ni sekitar jam 7.10 am. Cuaca pagi sangat nyaman dan mendamaikan..Mood anak2 pun baik.. 🙂
IMG_3926
dari bulatan ini terus sahaja dalam 200 meter dah sampai masjid
IMG_3927
ok, dah sampai ke perkarangan masjid..

Memandangkan raudhah dibuka utk wanita sebelah pagi, kami pun berpecah..abahnya dengan umar..ibunya dengan aesya masuk ke raudhah..jumpa semula jam 8.30 am di depan roundabout jam besar..Alhamdulillah..mudah masuk raudhah dengan aesya..masa nak keluar masjid tu, tangan aesya tergeliat sikit..maka, bermulalah episod tangan adik kakit sepanjang hari..sampai bawak balik jubail..xtaula betul ke tidak..x bengkak xde ape2 kesan..tetibe kakit..layan je la budak kecik sorang ni… ;p

IMG_3933
before masuk raudhah
IMG_3929
HARAM CAPTOR..mesin basuh bergerak untuk membersihkan lantai masjid nabawi..clean, rinse, dry n go…
IMG_3936
Masih pagi..
IMG_3938
Hotel2 berdekatan pintu masuk ini paling dekat dengan pintu masuk raudhah..2 kali ziarah sebelum ni memang stay di hotel di sekitar pintu masuk jam besar ni..
IMG_3939
Pintu 25, pintu masuk raudhah untuk jemaah wanita

Setelah selesai di raudhah..kami jalan cari sarapan..lepas tu, abahnya dah janji nak belikan anak2nya mainan..dan ibu pulak nak shopping jubah utk pakai harian..adelah 3 helai je jubah hitam masa mula2 sampai..so, kita belila 3 helai lagi..jubah kat madinah ni lebih murah dari di mekah..ade yg murah dan ada yang mahal..kene pandai tengok kain dan design..kalau yg merelip tu abaya dubai..ahkak segan sikit nak pakai..gambar masa beli abaya pn xde..masuk satu kedai je terus borong beli 3 helai sekali, dapat diskaun lebih sikit. Alhamdulillah, perut dah kenyang..abaya pun dah dapat..mainan budak2 pn dapat..kita balik hotel utk kemas dan mulakan jelajah seterusnya…

IMG_3956
Kami zohor dulu di masjid..jama’ sekali..abahnya saja explore parking bawah masjid nabawi..next time datang dah senang..main cuba je ni..xtau keluar ikut pintu mana..
IMG_3955
Laluan dari parking dipisahkan utk jemaah lelaki, wanita dan family..tingkat bawah sekali parking, atasnya tempat wudhu dan tingkat seterusnya (atas sekali) barula keluar ke dataran perkarangan masjid nabawi..
IMG_3953
Laluan masuk ke parking
IMG_3957
keluar kat pintu 1 rupanya..betul2 mengadap kubah hijau masjid nabawi..agak jauh juga nak ke pintu masuk masjid..cuaca terik dan panas..so, amikla air..basahkan kepala budak2 dan lap muke diorang dengan air zam2..bila kering..adik siap mintak suruh buat lagi..cuaca memang terik..humid very low..bibir pun sangat kering..beza dengan panas di jubail..

Gambar2 sebelum meninggalkan masjid nabawi..

IMG_3962
karpet yg dibentangkan di perkarangan masjid..ramai yang berehat rehat sementara menantikan masuk waktu solat..
IMG_3961
ade juga yg berkelah makan bersama keluarga..
IMG_3960
peringatan garis pemisah tempat solatnya imam..jika lebih dari garisan ini, dah kira x ikut imam…(ditulis di papan tanda)

IMG_3963 IMG_3959

Selesai solat, kami terus ziarah ke masjid Quba. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda sesiapa yang mengerjakan solat sunat 2 rakaat di masjid ini akan mendapat pahala bersamaan dengan pahala mengerjakan umrah. Gambar2 kat sini ade sikit error..so, x dapat nak upload..Seterusnya kami pergi masjid 7..kalau dalam ziarah ikut travel agency..biasanya akan lalu je..masjid 7 ni sebenarnya adalah lokasi perang khandak..ade 7 masjid yg dibina berdekatan antara satu sama lain..Sahabat yg bernama Salman Al Farisi yang memberikan idea kepada baginda rasulullah s.a.w utk membina parit sebagai strategi ketenteraan mereka.. Masa kat sini, x dapat amik gambar kesemua masjid..tapi kesemuanya memang berdekatan dan berada disekitar antara satu sama lain..ada satu yg dibesarkan dan dinamakan Masjid Khandak..

IMG_3974
yg macam rumah kecil tu adalah masjid Salman..yg dubuka utk solat hanya masjid khandak sahaja..
IMG_3973
masjid Ali..x boleh naik..dan dipagar pula..mungkin saudi pagarkan utk elakkan sentimen syiah..mungkinla..
IMG_3972
Masjid Ali closed up
IMG_3971
Masjid Umar
IMG_3970
Ini lah yang paling besar dan dinamakan Masjid Khandak..sempat solat maghrib jama isya’ di sini sebelum bertolak pulang ke jubail..

Seterusnya, kami pergi masjid Qiblatain. Masjid di mana baginda Rasulullah meneima wahyu untuk menukar arah kiblah ke Kaabah. Singgah solat tahyatul masjid di sini sebelum menghala ke Jabal Uhud..

IMG_3975
Lupa nak ambil gambar..alih2 dah sampai je..so xde gambar dr jauh utk keseluruhan masjid..

IMG_3978 IMG_3977 IMG_3976

IMG_3979
Habis solat, beli aiskrim dulu..bagi sejuk anak tekak..sedappp..

seterusnya kami pergi ke kawasan perang Uhud di Bukit Uhud..di sini terdapatnya makam para sahabat yang syahid dalam perang uhud..Antara sahabat nabi yang syahid adalah saidina Hamzah..diceritakan bahawa, satu ketika dahulu tempat ini pernah banjir/dinaiki air..maka naikla jasad syahid2 ini ke muka bumi dengan darah yg masih segar dan mayat mereka tidak reput mahupun busuk.. malah berbau wangi..Subhanallah..

IMG_3985
Berlatarbelakangkan bukit pemanah
IMG_3999
di atas bukit pemanah
IMG_4001
sambil turun bukit, sambil bercerita kisah kehebatan saidina Hamzah pada umar..suddenly umar tanya..ade raksasa jahat ke ibu…erkk..
IMG_3996
pemadangan dari atas bukit..di bawah sana kawasan yg berpagar adalah makam para shuhada Uhud..
IMG_3993
with abah..
IMG_3991
gambar menghadap matahari..
IMG_3990
kat bawah tu kerajaan saudi nak bina masjid n kompleks…
IMG_4003
Datang sini, x sah kalau x beli kurma..harga2 kurma n barang2 kat sini amat murah..nak beli souvenier tasbih pn murah di sini..
IMG_4002
belila sikit kurma safawi utk dibawa balik ke Jubail..sekilo SR20 sahaja..
IMG_4009
sibuk 2 beradik ni nak tengok kat dalam..
IMG_4008
abahnya rajin melayan anak..ibu take photo 🙂
IMG_4007
time ni pakatla due beradik..baik je..balik pau beli payung dengan abahnya…
IMG_4004
disertakan panduan penting ziarah yang terdapat dalam beberapa bahasa yg utama..kerajaan saudi sangat x suke tempat2 mcm ni dijadikan pemujaan/tempat berdoa dan sebagainya..selamat diorang x robohkan terus..
IMG_4011
gambar akhir sebelum meninggalkan jabal uhud
IMG_4024
Lepas maghrib kami singgah makan di satu restoran..ni lah makanannya yg boleh makan pun..cepatla sampai umah..nak nasik..cannot go like this..

Catatan di Raudhah

Ingat tak dalam catatan sbelum ni dee ade mentioned pasal tanah hitam apabila menghampiri madinah… Rupanya, Madinah mempunyai benteng semulajadi iaitu Harrah Wabarrah (bebatuan gunung berapi hitam) yang terletak di sebelah Barat dan Harrah Waqim di sebelah timur. Di Madinah juga terdapat banyak lembah-lembah seperti wadi Batsan, Mudhainib, Mahzur dan Aqiq yang terbentang dari Selatan ke Utara. (Sumber : Rumah Cinta Rasulullah Kisah-Kisah Indah Seputar Kehidupan Rumah Tangga Rasulullah, Ahmad Rofi Usmani, m/s 51) So, no wonderla, bila dee tengok bandar Madinah tu, banyak bangunan2 lama yg dirobohkan telah didirikan di atas bukit-bukit. Bila menghampiri Madinah tu ade banyak kawasan berbukit seperti ia dikelilingi oleh bukit dan gunung..Kawasan perang Khandak tu sendiri lokasinya di Bukit Uhud. Rupanya itulah bentuk muka bumi madinah di sebelah bahagian Barat dan Timur…dan Madinah juga dari dulu terkenal dengan tanaman kurma..Banyak kebun2 kurma yg padat dan ade dee terbaca, kepadatan kebun kurma ini menyukarkan ia menjadi laluan bala tentera…dan di Madinah jugala..asalnya kurma Ajwa iaitu kurma nabi…Malah ade doa yg dipohon oleh Nabi kita untuk menambah keberkatan Madinah ini sekali ganda lebih dari keberkatan kota suci Mekah. Cukup dulu sekilas info Madinah…dee sambung semula catatan semalam… Alhamdulillah..pukul 4 petang tu kami dapat check in masuk ke bilik. Semua dah penat..Dari Ibu abah, bawak ke anak2..masuk je bilik..letak2 barang, dan terus dobikan anak2..bagi segar badan..sementara tu, abahnya turun pergi beli makanan.. Dapatla abahnya bawak balik nasi beriani, ayam goreng dan seketul burger..Suapkan anak2 dulu makan..umar n aesya xnak makan nasi tu..memang pedas pun..agaknya terlebih rempah..so, diorang makan ayam goreng dan kentang jela..maka, bermulela episod makan ayam dan kentang goreng bagi budak2 ni di Madinah..hehe..pasni ibu frozenkan sup ikan utk korang makan..dah beli pn coleman semalam..nekad, pasni..dee nak bawak periuk nasi kecik utm masak nasik..kita ni xpe makan ala kadar je..budak2 yg kesian..xpe buu..ibu belajar dari pengalaman ye… Cakap pasal hotel ni, bila masuk je bilik..dee ade rase sedih sikit..carpet lantainya kotor..Dah terkena kita ni bah..cepat2 abahnya cakap jangan bising..xpela..semalam je..ok..dee pun redha je lah…patik jugak yg booking kan….dalam web siap tulis jarak dari masjid nabawi lebih kurang 150 meter sahaja..tu yg terpacul dr mulut dee cakap dah terkena tu..bilik memang expecting kecik..kat mekah nanti pun sama..2 kali dee pergi umrah..kat mekah memang biliknya kecik2..cume pakej berdua masa dee amik last year dengan bujey je..die bagi hotel safara al huda di madinah yg biliknya amat selesa. Kat mekah pula..cukup sekadar utk kita menginap..selebihnya,,memang kita nak banyakkan waktu di masjid.. dee lebih prefer hotel yg xda carpet..lebih hygine dee rasa..risau kat anak2 la..budak2 ni semput..malam tu masa balik dari masjid pun, adik dah bergelimpang tido kat carpet bawah..cepat2 dee angkat naik balik atas katil..xpelah..pengalaman pertama..lama2 nanti..kami taula hotel mana yg terbaik mengikut keperluan kami sekeluarga..

IMG_3922
Semua ok utk kami..kecuali carpet lantai yg agk kotor..memang dee pakai selipar la jawabnya dalam bilik..

Untuk pergerakan seterusnya, kami pakat utk dee pergi solat dulu di masjid. Maghrib bawak ke Isya..Raudhah buka lepas isya dan suboh utk perempuan.. So, dee amik peluang ni dulu…Lepas dee balik dr raudhah, barulah abahnya akan pergi ke raudhah dan langsung solat suboh di masjid..Kita bagi peluang dulu untuk abahnya rehat dengan anak2 selepas perjalanan yg panjang..Kesiannya abahnya la..drive sorang2 sepanjang jalan..dee pun dapatla lelap sekejap..amik tenaga sikit utk ke masjid maghrib tu…Masa nak keluar bilik utk ke masjid tu..anak2 dah tido..hati ni dah mula rasa sebak..Ya Allah..banyaknya dosaku padamu..banyaknya aku ingkar perintahmu..banyaknya dosaku pada suamiku… Sebelum keluar, dee cakap dengan abahnya..terima kasih bagi dee pergi solat dulu…minta redhakan dee utk ke masjid dulu…dan ampunkan dosa2 dee..dalam hati dah hujan..tapi tahanla…abahnya sempat lagi mengusik..ibunya dah start drama la tu.. ok fine..maka kita pun turunla..melangkah menuju ke Masjid Nabawi…Allah Humma Solliala Muhammad.. Wa Ala, Ali Muhammad… On the way ke masjid, azan dah berkumandang.. Dah banyak orang menyusuri jalan menuju ke masjid..ada yang deras langkahnya, dan ada juga yang berjalan santai mengikut kemampuan masing2..Kalau sebelum ni masuk dari pintu 25, kali ni dee masuk dari pintu 8..pintu2 masjid ini memang dipisahkan untuk lelaki dan wanita..dan ada kawasan perkarangan masjid yg di tape kan dengan tali utk kawasan solat lelaki dan wanita..dan dibentangkan carpet..perkarangan masjid inilah yang ditempatkan payung2 masjid macam yang biasa kita nampak dalam gambar2 masjid nabawi..melangkah je masuk ke dalam masjid mengimbau banyak kenangan dee dalam ziarah yang lepas..x lama kemudian..dah nak mula solat..saf2 dirapatkan..disebabkan dee agak lambat..dee pun masuk ke saf yg baru dibuat  iaitu di laluan dalam masjid yang kiri kanannya ditempatkan air zam2..lebar laluan dalam 2 meter ini biasanya akan ditambah saf solat apabila tempat solat yang di atas carpet telah penuh..masing2 boleh bentang sejadah dan tiada masalah untuk sujud solat di lantai masjid…usai solat..seperti biasa ada solat jenazah…selepas selesai solat sunat…dee terus ke bahagian dalam masjid..di kawasan solat tanpa kanak2..ia memang dipisahkan sebegitu rupa..untuk tidak mengganggu jemaah yang tidak membawa anak2..sementara menunggu isya..dee habiskan juz amma.. Pada malam ni memang dee x amik gambar sangat..lebih kepada pengisian diri sendiri..gambar2 selepas ni adalah gambar keesokan harinya masa dee masuk raudhah dengan aesya..dee nak share sikit cerita dee masuk ke raudhah pada malam ini…usai solat isya, dee balik hotel..nekad kalau anak2 bangun, dee nak bawak je ke masjid..nak bagi abahnya rehat dulu..sampai bilik diorang semua tido..lega dee..dee tinggalkan air zam2 yg diambil tadi utk abahnya buat susu anak2..surely dee akan balik lambat malam ni..kemudian, dee terus turun balik menuju masjid..raudhah dibuka utk wanita selepas solat isya dan selepas solat suboh…masa dee sampai..pintu (partition) di bahagian luar tempat dee solat tadi masih ditutup..dah ramai orang yang menunggu utk masuk..xlama kemudian…jemaah yg duduk di bahagian dalam di kawasan solat tanpa kanak2 telah dibenarkan utk masuk dulu menuju ke raudhah..orang dah makin bising..masing2 menunggu utk masuk…bila partition bahagian dee menunggu dah dibuka..ramai jemaah yg meluru masuk..dee pn bangun juga menuju ke raudhah..hati ini sebak sekali lagi..masa ni pn dah menangis..banyak dosa dee..masih diberi peluang lagi utk dee jejakkan kaki menziarahi kekasih Allah ini..Ya Allah, ampuni aku..ampunkan dosa2 ku… Bila kita masuk menuju ke raudhah ni, bukan bermakna kita dah boleh terus masuk..kita baru sahaja menghampiri kawasan raudhah..makam nabi Muhammad s.a.w berada di bawah kubah hijau..Bersebelahan dengan maqam rasulullah juga adalah maqam dua sahabat besar nabi, iaitu Saidina Abu Bakar R.A dan Saidina Umar R.A. Raudhah adalah betul2 disebelah kaawasan makam nabi. Seperti sabda Rasulullah s.a.w ” Antara rumahku dan mimbarku adalah raudhah di antara taman-taman syurga ” (HR. Bukhari, N0. 1196) Di tempat nabi kita disemadikan adalah rumah nabi pada masa hayatnya..masjid nabawi pada masa tersebut adalah bersambung dengan rumah nabi…dan sekitarnya pula adalah rumah isteri2 nabi dan para sahabat.. Macam biasa, jemaah Malaysia dan Indonesia akan menunggu bersama..malam tu x banyak pula dee nmpk jemaah dr msia..ada penjaga2 yg ditugaskan utk melepaskan jemaah mengikut negara masing2..: “Ibu-Ibu, duduk sini..teriaknya dalam pelat indonesia..rapat-rapat tambahnya lagi..jangan bagi Arabs lalu” pesannya kepada kami..Arabs, pakistans  dan turki banyak nak ikut jemaah kami..diorang ingat boleh dapat masuk cepat agaknya..diorang ni agak kasar sedikit..badan pula besar2..kalau die terlanggar kita…mau jatuh kita jemaah2 asia ini…atas dasar itu, jemaah dipisahkan ikut negara..orang melayu ni kecik2 saiznya..lemah lembut..mendengar cakap..mudah untuk diuruskan..ada seorang wanita turkey yang menunjukkan isyarat bagus kepada kami..die dah selesai masuk ke raudhah..melepasi kami utk jalan keluar dari kawasan menunggu…

IMG_3941
kawasan menunggu sebelum masuk raudhah..nampak lengang kan..mungkin sebab masa ni pagi..n banyak org dah masuk..dee sampai dalam 7.20am…nampak tak kubah hijau…dibawah itulah maqam nabi dan bersebelahannya raudhah…
IMG_3944
kat sini dee amik gambar..masa dalam raudhah tu dah  x amik gambar..carpet hijaulah raudhah..
IMG_3943
sayu je hati bila memandang qubah hijau ini…
IMG_3946
“ibu, adik nak air…haus..” murah rezeki kamu aesya..dr kamu umur 5 bulan kamu dah banyak minum air barakah ini melalui susu ibu..mudah mudahan kamu jadi anak yg solehah..
IMG_3947
gambar ni dee ambil masa dah selesai di raudhah..ni kat belakang raudhah..nampak kan tiang yg berukir tu bawak ke kiri gambar..itulah kawasan raudhah..sebenarnya di kawasan tiang yg nampak ni lah..kawasan yg agak lengang dan boleh solat dengan aman..
IMG_3949
nampak kan arabs ni sebenarnya menghadap ke maqam nabi..mengucapkan selamat tinggal..banyak yg mengalirkan air mata..doala..semoga boleh sampai lagi…
IMG_3950
yg uzur juga boleh memasuki raudhah..bersama peneman masing2..ade laluan masuk yg khusus utk mereka..dan juga tempat khusus utk mereka solat dengan aman…kelebihan diorang kan..

Sambung cerita di raudhah…bila jemaah malaysia dan indonesia dibenarkan masuk..kebanyakan kami masuk dengan tenang dan aman..malam ni..dee target nak solat di tiang aishah..betul2 bersebelahan dengan maqam nabi..masa kali kedua dee ziarah dee dapat solat di sini.. kali pertama dee pergi, dee solat dengan kendong aesya..dee solat di kawasan gambar kat atas td yg dee mentioned agak lapang..bukan lapang sebenarnya..penuh juga..cuma di sini, orang x tolak menolak..ade sorang penjaga yg menunjuk arah laluan khuruj iaitu laluan keluar utk semua org yg nak keluar dari raudhah..mngkn sebab ade penjaga kut..diorang x tolak menolak..dan tempat ni juga adalah raudhah yg paling hujung atau jauh dr maqam nabi… ok, td dee cakap dee nak solat di tiang aishah kan..yg paling hampir dengan maqam nabi..so, dee masuk dan terus menghala ke sana..air mata dah berderu deru keluar.. Jejak je kaki ke dalam raudhah (carpet hijau) kita dah boleh berdoa..masa ni memang x boleh solat lagi..orang padat..nak rukuk pn x boleh..tunggulah sampai rezeki kita nak solat..tp, teruskan berdoa..kita dah dalam raudhah kan…rugi kalau x berdoa.. bila dee dah semakin hampir dengan tiang aishah tu..dapat ruang utk solat.. dee terus solat sunat 2 rakaat..masuk rakaat kedua..dah kene rempuh..sorang malaysian kat seblah dee pn terbawa ke depan dengan rempuhan itu..dee menangis..menangis sangat2..sedih x terucap..bila ditoleh..ade geng2 arab yg badan besar cuba menyusup masuk nak ke depan..bukan sorang..tapi 3/4 orang..biasanya diorang ni lepas menyusup ke depan…sebab diorang besar..kita x larat nak lawan kudrat diorang..air mata mengalir laju..dee tunggu lagi peluang kedua..mungkin nak dapat kat depan..betul2 kat tiang aishah..gumam dee di dalam hati.. Kali kedua dapat peluang solat, dee cuba lagi..tapi masih x mampu nak habiskan 2 rakaat..masa tu msih di kawasan yg paling hampir dengan maqam nabi..org ramai x susut..mngkn sebab dee ni kecik kurus..kalau org besar solat..kene langgar pn x jejas..dee kene langgar sikit pun dah terjejas sangat pergerakan dalam solat..masa ni dee dah terasa sangat..banyaknya dosaku ya Allah..sampai aku masih x mampu utk solat di raudhahmu…ampunkan aku ya Allah..ampunkan aku… Dee buat keputusan utk menyusup keluar dr kawasan yg padat tu..perlahan lahan dee cuba lepaskan diri..menghala ke belakang di kawasan raudhah yg agak hujung..kat situlah..baru dee mampu solat sampai habis..dee bangun semula utk solat hajat pula..biasanya kita akan buat solat sunat taubat dan sunat hajat dalam raudhah..usai solat dee doa..pohon ampunkan dosa2 dee, dosa2 suami dee..dosa2 suami yg disebabkan oleh diri ini..dosa2 kedua ibu bapa..sahabat handai dan x lupe dosa seluruh umat islam di muka bumi ini..kami umat akhir zaman…ampunkanlah dosa2 kami..kerana kami umatmu yang selalu lemah… Usai berdoa dee bangun..shukur dah selesai solat..niat dalam hati, semoga allah bagi lagi dee peluang utk solat di raudhah ini..niat juga esok, kalau ade rezeki nak bawa aesya masuk raudhah sekali lagi..dulu masa die masuk,  die baby lagi..kali ni die dah nak masuk 3 tahun..dee terus melangkah keluar dari raudhah..masa tu dah hampir pukul 12 tengah malam..sampai bilik.abahnya pn dah jaga..die tanya..macam mana tadi…terus dee sebak balik..dee mengadu dengan abahnya…”abah, ibu rasa kali ni la yg paling susah sekali ibu nak solat..sampai kali ketiga, baru ibu dapat solat…orang ramai sangat..arab besar2 masuk dengan menolak..boleh plak amik gambar dalam kawasan raudhah..dulu x nampak org pegang phone pun dalam raudhah..ibu sedih ..ibu banyak dosa sangat..sebab tu susah nak solat..” Abahnya senyum je..meh sini abah nak cerite..nak bercerite ok malam2 bute..abahnye ceritakan kisah salehudin al ayyubi dan menterinya yang cakap, kita x boleh menang sebab banyak dosa..yg mana salehhudin al ayyubi menafikannnya..kita x boleh menang bukan sebab kita banyak dosa..tp sebab kita x bersedia utk berperang pada masa tersebut..adela cerite detail yg abahnya sampaikan pada dee..x pandai dee nak olah kat sini..kesimpulanya..setiap kali kita gagal atas segala sesuatu..kita x boleh jadikan alasan kita banyak dosa..kalau kita gunakan alasan itu, sampai bila kita x berjaya..Allah x zalim..Allah maha pengasih lagi maha penyayang..dia akan ampunkan dosa hamba-hambanya… mendengarkan itu, dee rasa tenang..barula boleh lelap tido..kalau x, mau dee menangis lagi..dee dah boleh rasional balik..mungkin masa kali ni lebih lama di raudhah supaya dee lebih banyak observe dan catatkan utk panduan kawan2 kelak.. Tips raudhah yang boleh dikongsi : 1. Niatkan masuk ke raudhah utk mendapat keredhaan Allah.. 2. Since raudhah buka lepas isya n subuh..kalau boleh pergila toilet dulu utk mengelakkan rasa nak buang kecil..espc org2 yg dah berumur..kemudian baru masuk balik..tapi jangan lengah2 pula..espc lepas isya..takut tutup nanti..kalau balik makan dulu kt hotel pn sempat lagi..jangan lengah2 je..selesai semua terus ke masjid semula.. 3. Ikut jemaah kita masuk..bila kita solat bersama2 sama dengan jemaah kita..kurang sikit tolak menolak berlaku..kawan kita akan jaga kita masa kita solat..pastu bergilir dengan die..tapi dalam tu x boleh nak cakap jugak kan..kita cuba yg terbaik k.. 4. Macam yg dee tulis kat atas..kawasan yg paling hampir dengan maqam nabi, adalah paling padat…cuba pergi ke kawasan raudhah yg agak jauh dr maqam nabi..inshaAllah selesa utk solat..kat belakang tempat solat yg berkerusi roda pn agak lega..dee solat kat situ masa bawak aesya paginya..aesya duduk je kat sebelah dee masa dee solat 🙂 5. Sentiasa berfikiran positif…doa banyak2 supaya Allah mudahkan..segalanya kita bergantung pada Dia yang maha berkuasa atas segalanya.. 6. Kalau utk lelaki..abahnya cakap pergi masa tengah malam..time pukul 1 pagi..masa ni utk lelaki sahaja..x la ramai sangat…inshaAllah ade tempat.. Dee rasela…mungkin malam tu, dee terlampau berharap utk solat di tiang aishah..masa kali kedua pergi yg dapat solat kat situ, dee xtau pn tu tiang aishah..tau pn bila dengar mutawif indonesia cakap dengan jemaah diorang…Ade kisah di sebalik tiang aishah ni..cube korang google, dapat jumpa x macam mana boleh dipanggil tiang aishah.. Sebenarnya, tak susah sangat nak solat dalam raudhah..mudah inshaAllah..cuma kita pun kena ade strategi…macam tu jugak masa tawaf, nak masuk hijir ismail dan nak berdoa depan multazam..ni semua tempat2 yg padat dan sesak..ade tips dan tricknya.. dee kene banyak observe lagi lepas ni dan berkongsi dengan org2 yg dah biasa pergi ke sana..inshaAllah, akan dikongsikan lagi dalam catatan2 akan datang.. Catatan seterusnya adalah ziarah bersama sekitar madinah..inshaAllah dalam next entry…