Filem Lama Gurindam Jiwa

Malam kelmarin sebelum tido abang toyyib layan lagu gurindam jiwa.. “Eh eh abang ni.. Nak tido pun dengar lagu gurindam jiwa.. ” Bebel deee… “Ye la, nanti u balik msia memalam abg dengar lagu ni la…”  ” Ceh… Takde maknanye bang.. Abang,  janganla dengar lagu ni, abang pernah tengok x citer ni?  Citer ni ending die sedih tau… Taknaklah nyanyi… ibu takuttt…. ”

“Abang tak layan citer Nordin Ahmad ni.. balas abg toyyib … Kenapa? Dee tanya.. Sebab Die hensem n sore sedap.. U jeles kan… Bukan… sebab citer2 die serius..citer berat.. Abang nengok P Ramlee yg lawak2 je..

Hemmmh… ye lah…

Dee pun g amik handphone, bukak youtube.. dah lama x tengok citer Gurindam Jiwa.. Dulu zaman kecik2 je tengok kat TV 14 inchi. Mak Siti pun suke dodoikan adik2 nyanyi lagu ni. Kami adik beradik membesar dengan lagu ni.. Mak Siti tu nama je anak cina.. Oii Poh Gaik la sangattt.. Tapi jiwa melayu kentalll..

Gurindam jiwa_poster

 

Filem ini arahan M. Amin yg diterbitkan pada tahun 1965 dan dibintangi oleh seniwati jelita Latifah Omar dan Hero Malaya Nordin Ahmad. Boleh dikatakan pada waktu itu, ini satu2 nya filem melayu yang tiada unsur pertarungan atau pembunuhan sebagaimana filem purba melayu yg biasa.

hqdefault (2)
Seniwati jelita Latifah Omar
hqdefault (1)
I think he is kacak.. Abang toyyib jangan jeles okeh..

Gurindam jiwa sangat istimewa kerana separuh dari dialognya adalah berupa pantun yg menjadi akar sendi filem ini. Menerusi rangkaian pantun yg dimuatkan dalam filem ini, ia mencerminkan masyarakat melayu kita yg kaya dengan susun kata bahasa yang tinggi nilainya yg dipenuhi dengan kata kias dan kata makna dalam setiap bait pantun yang dilantunkan..

Lantun gitu… kehkehkeh.. Nape dee suke citer ni? sebab dee suke pantun.. Nordin ahmad yg membawa watak Dahlan dalam cerite ni adalah seorang ahli pantun. Ahkak pun pemantun sekolah dedolu.. wakaka.. Dee pernah wakil sekolah sains muar masa pertandingan berbalas pantun di peringkat daerah Muar pada tahun 1999. Kami dapat no.2 tau.. Dee, Nurul Huda Samsudin dan Salwa Izani.. Kami jd pemantun utama masa tahun 1999 mewakili sekolah.. Lawan dengan budak2 satera sekolah2 daerah muar.

Kami budak sains kut.. Tak amik sastera okeh.. Dapat no.2 tu kire powerla.. kalah tipis je… Sempatla judge puji kami, eventho sek sains tapi cekap juga berbalas pantun.. Bayangkan kami kene jawab pantun dalam masa 2 minit on the spot.  Antara soalan pantun yg dee masih ingat  : Mengapa sang pungguk rindukan bulan? Pantun Tuan Hamba jual, saya membelinya.. Ececeh… Cam gedik je kan.. ke zaman dolu2 je rasanya.. Masa final tu, sekolah yg lawan kami, siap pakai costumes ala2 orang2 melayu dedolu.. Lelaki berbaju melayu dan bertanjak, perempuan pakai cecantik siap mekap lagi.. Kami ? baju kurung sekolah n BLAZER.. blazer pun pinjam sekolah punya.. Besar kat bahu.. Jadilah labu.. Tapi yg paling dee x leh belah, lepas habis pertandingan tu, ade bebudak lelaki usha siap bagi nombor tepon.. Idakla mak neleponnn….. :p

Sambung balik review pilemmm… So, dalam rangkap lagu Gurindam Jiwa ni, ade 2 baris pantun yg dee masih x dapat maknanya yg memuaskan hati dee. Selalunya masa travel jauh2..kami laki bini suke layan lagu2 lama P Ramlee.. Lagu Jangan Adik Angan Angan nyanyian P Ramlee dalam filem Musang Berjanggut pun dee postmortem kan lirik nya.

*Tujuh gunung lautan… lautan..  * Sembilan lautan..ala intan * Umpan ku tabur…dah makan * Ikan dah makan…

Petikan lagu jangan adik angan2..

Gigih cari makna lirik lagu okeh.. pastu mulala mereka-reka makna..pastu gelak.. Sebenarnya nak buat hilang ngantokkk… Tapi, dalam lirik lagu gurindam jiwa ni ade 2 lagi baris lagu yang sampai sekarang x dapat maknanya.. Dee dah gugel, tapi jawapannya x memuaskan hati dee..

Jom layan lirik lagu Gurindam Jiwa. Pasni pakat bukak youtube  pasang lagu gurindam jiwa. Kalau hang anak melayu, pure melayu, xkanla hang x terusik dengan lagu ini.. Maks yg anak cina ni pun boleh layan.. Inikan pula yg betui2 pure melayu..

Rangkap Satu

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu rinduan

Gurindam_Jiwa

Permulaan cerita ni adalah kegembiraan hidup suami isteri yg bahagia bersama tinggal bersama. Dahlan dan Dahlia, hidup susah senang bersama, bekerja menanam padi, membanting dan menuai pada bersama. Padi yang menjadi disimpan di dalam kepuk padi buat bekalan makanan ahli keluarga bersama ibu ayah yg telah tua. Walaupun, hidup mereka susah saban hari dengan bercucuk tanam, tetapi mereka gembira bersama. Dahlan telah memenangi pertandingan pantun yg diadakan diantara kampung2 sehinggalah dilamar oleh orang istana untuk menjadi Ahli Pantun Diraja atau sasterwawan Negara.

Rangkap 2

Anak cina pasang lukah

Lukah di pasang di tanjung jati

Di dalam hati tidak ku lupa

Sebagai rambut bersimpul mati

hqdefault
Saat Dahlia membantu suaminya menyiapkan rangkap2 dalam Gurindam Jiwa. Taching okeh..

Dahlia menyokong keputusan suaminya untuk mencuba nasib menjadi Ahli Pantun Diraja. Maka berangkatlah Dahlan mengikut pegawai istana bagi mencuba nasib. Tuah Dahlan berpihak padanya apabila Sultan sukakan Dahlan yang bijak dan petah berbalas pantun.. Maka dilantiklah Dahlan menjadi Sasterawan Negara, yang mana Dahlan tidak boleh bergaul dengan orang biasa dan meninggalkan kehidupan kampung. Dia juga dilarang untuk mengirim berita kepada keluarga di kampung. Dahlia pula di kampung, meneruskan kehidupan menjaga kedua orang tua Dahlan dengan sisa kudrat yang ada membanting tulang demi mencari sesuap makanan. Dia masih percaya yang Dahlan takkan melupakan dia dan kedua ibu bapanya…..

Rangkap 3

Batang selasih permainan budak

Daun sehelai di makan kuda

Bercerai kasih bertalak tidak

Seribu tahun kembali juga

images
Dahlan kawin lagi.. Abang toyyib jangan buat gini yer.. Aii is tak rela… 

Saban malam, Dahlia merindui suaminya yang jauh tanpa kabar berita. Musim berganti musim, namun berita yang diharap tidak kunjung tiba.   Tanamannya tidak menjadi,  padi yang disimpan tinggal sedikit sahaja dan tidak cukup untuk menampung keperluan makanan mereka sekeluarga.  Dahlia seorang isteri yang setia dan baik hati. Keperluan kedua mertuanya tidak pernah  dia kurangi malah sentiasa dilebihkan melebihi keperluannya sendiri. Manakala Dahlan hidup mewah di istana sehingga dilamar untuk menjadi menantu kepada Dato Bendahara supaya dinikahkan dengan anak gadisnya Melati.  Dahlan diberi kata dua untuk menerima tawaran tersebut. Sekiranya dia menolak, kelak buruk padahnya. Akhirnya, Dahlan terpaksa menerima lamaran Dato Bendahara untuk memperisterikan Melati.. Di kampung, kedua ibu bapa Dahlan pula  telah meninggal dunia dan tinggalah Dahlia  keseorangan merana menanggung rindu membuka kembali naskah tulisan lagu Gurindam Jiwa yg menjadi nukilan mereka berdua suami isteri satu masa dahulu..

Rangkap 4

Burung merpati terbang seribu

Hinggap seekor di tengah laman

Hendak mati di hujung kuku

Hendak berkubur di tapak tangan

Akhirnya Dahlia membuat keputusan untuk mengembara mencari suaminya kerana tidak tahan menanggung rindu berbekalkan perasaan kasih yang mendalam ke atas suaminya. Dua rangkap terakhir inilah yang masih tidak dapat dee koreksi maknanya.. Ape maksudnya hendak mati di hujung kuku. Dee fikir, kalau dee mati, biarlah abang toyyib yg mandikan jenazah dee .. Dan lepas tu, biarlah dia yg bawa dee ke liang lahad.. Ituke maknanya berkubur di tapak tangan??? Lama jugak dee nak dapat fikir mcm apa yg dee tulis tu. Abang toyyib lagila lemah bab sastera ni.. Tak leh wat kawan nak berdebat makna tersirat rangkap pantun.. Kebanyakan lagu, semua dee yg post mortemkan.. Die suke nyanyi je..Hehe.. Sekarang ni tengah layan lagu2 Dato’ S.M Salim.. Ish ish ish.. abang toyyib abang toyyib…

Rangkap 5

Kalau tuan mudik ke hulu

Carikan saya bunga kemboja

Kalau Tuan mati dahulu

Nantikan saya di pintu syurga

Bila Dahlia dapat tahu Dahlan  berkahwin lagi, maka hancur luluhla hatinya. Suami yang dicintainya telah pun beristeri lagi.  Dia mengambil keputusan untuk membunuh diri (This part memang against dengan agama islam.  NOT GOOD.

Apa pula yg terjadi pada Dahlan? Kene tengok sendiri !!!! Takpun tanya mak2 korang ingat lagi x citer ni.. Ape ending nya..

Penulis Lirik : Almarhum Hamzah Hussien

Ciptaan : Almarhum Pak Wandly Yazid

LAST BUT NOT LEASE

 

..

Kalau condition nya begini ????

KAU MAMPU ???

IMG_0426
Bukan calang2 wanita yang mampu…

Sayangilah isterimu..

IMG_1643
THEREFORE , LOVE IS SACRIFICE….

 

THE END

10 thoughts on “Filem Lama Gurindam Jiwa

  1. Hendak mati di hujung kuku hendak berkubur di tapak tangan..
    -mengharapkan berada di pangkuan yg dicintai sehingga akhir hayat. Perlakuan memangku atau dipangku seseorang meletakkan kepala diatas tapak tangan dan hujung kuku di tepi muka.-

    Like

  2. Sy begitu terkesan dgn tulisan anda ini..terima kasih..buat sy rasa nk tonton semula filem ini sbb mmg dah lupa.hnya ingt dan selalu nyanyi lagunya shj.rasa kagum dgn indahnya bahasa melayu

    Liked by 1 person

    • Terima kasih puan, atas perkongsian maknanya. Saya sgt hargainya. Baru baru ini shj sy sedar di hujung kuku tu maksudnya keadaan yg plng dekat dgn seseorang. Perkongsian puan ini menguatkannya lagi. Filem lama banyak tersirat dan tersuratnya. Ditambah lagi dengan keindahan susunan kata katanya..

      Like

  3. Assalam.

    Hendak mati di hujung kuku
    Hendak berkubur di tapak tangan

    Adalah doa dan harapan si kekasih agar seandainya dia dijemput Ilahi, kasih dan sayang dr pasangannya akan tetap mekar dan kekal selama-lamanya.

    Hendak mati dihujung kuku:
    Kuku jika kita potong akan tetap tumbuh kembali. Dan ia akan kekal begitu selama hayat kita. Malah kepercayaan melayu lama ada menyebut jika kita mati, kuku kita akan tetap tumbuh (cuba tanya orang tua). Begitulah harapan sang kekasih jika dia mati, kasihnya isteri/suami yg hidup itu akan tetap mekar, segar dan
    utuh.

    Hendak berkubur di tapak tangan:
    Harapan si kekasih seandainta dia dijemput Ilahi, sang isteri/suami tetap berdoa pd Allah SWT utk segala kebaikannya. Panjatkan doa kehadrat Allah SWT dgn secara praktiknya menadah tangan dan melihat tapak tangan kita sambil khusyuk berdoa kpd Allah SWT.

    Begitu indah Gurindam Jiwa ini. Lagu ini sering dinyanyikan ibu saya ketika membuai saya semasa kecil dahulu. Pengalaman indah yg saya semat utuh dlm jiwa sampai bila-bila. Mungkin scr tidak langsung ibu saya memberitahu; hendak mati di hujung kuku dan hendak berkubur di tapak tangan kau nak.
    😊

    Like

    • Terima kasih En Nizam. Saya rasa kupasan en nizam ini yg paling menyentuh hatu dan simbolik mengikut siratannya dr segi bahasa. MashaAllah. Terima kasih Tuan di atas perkogsian ini. Semoga kita semua beroleh kasih sayang yg suci berlandaskan rasa cinta yg agung pada Allah swt.

      Like

  4. its Nov 2017 dan saya masih lagi suka dengar dan kaji lagu2 lama.
    lagu inimmg antara yg terbaik dlm sastera melayu lama tak gitu?

    ada yg kata Hendak mati di hujung kuku bermaksud zikir ; kalau takde tasbih biasanya kita guna ibu jari sentuh hujung kuku.
    hendak berkubur di tapak tangan; sentiasa dlm doa

    adakah bermaksud kalau dia nak pergi pun biarlah sewaktu yg baik/elok; tgh beribadah dan sentiasa dikenang dlm doa?

    Like

    • baris ini mengundang pelbagai terjemahan.. begitu mendalam.. terima kasih di atas perkongsiannya.. ya benar, amalan bertasbih menggunakan ruas jari amat dekat dalam masyarakat melayu.. begitu juga ucapan doa bg orang2 tersayang yang dekat dihati amat sinonim dengan berkubur di telapak tangan…

      Like

Leave a comment