Mommies, these are the tips for you to survive after u quit ur job. #lifeinjubail #lifeinksa

Assalamualaikum readers. Dah hampir sebulan dee memikirkan utk blog on this topic. Rasanya byk soalan yg dee dapat bertanyakan tentang life kat sini. And lately dee baru realized, inilah antara benda penting yg dee x banyak explain pada semua yg bertanya. Macam mana nak survive bila dah datang sini? Nak survive utk hidup interm of keperluan asas tu banyak dah orang share. Tapi, dr segi keperluan mental dan emosi tu, mungkin x banyak yg share dalam mana2 blog kisah kehidupan di Jubail ni.

Ya, dee percaya massing2 battle dengan perasaan sendiri especially masa mula2 dtg sini. Ade yg cepat, ada juga yg amik masa utk get used dengan life suri rumah sepenuh masa. Nak2 lagi yg sebelum ni kerja. Rata2 ibu2 kat Jubail ni kebanyakan bekerja dalam sektor swasta mahupun kerajaan. Bukan calang2 orang juga semuanya. Ada juga yg berjawatan kecil.. tapi dee percaya, besar atau kecil jawatannya tidak menjadi ukursan… mereka tetap menjadi nadi kepada kelangsungan perkhidmatan yg diberikan malah turut sama jatuh dan bangun dalam syarikat tempat mereka bekerja.

 

Keputusan untuk berhenti kerja bukanlah satu keputusan yg mudah. Dee sendiri dulu walaupun buat keputusan utk mohon Cuti Tanpa Gaji sahaja pn dah cukup  menggegarkan. Hahaha. Series tau. Keputusan tu sangat besar dalam hidup kita. Nak2 lagi yg dah belajar sampai ke peringkat sarjana ataupun dah pun menjawat jawatan dan pangkat yg tinggi dalam organisasi masing2. Tu belum tambah lagi dengan cerita kita nilah anak harapan mak ayah. Mak ayah berat hati, sedih, malah ade juga yg sampai merajuk dengan anak sebab nak berhenti kerja nak ikut suami.

Mommies, apa yg nak dee tekankan disini.. kita ni para isteri…. title kita dah jadi isteri.. inilah title yg paling mulia. Bukan Dato, bukan Tan seri bukan juga Cik Puan Besar…kedudukan isteri yg terbaik adalah disisi suaminya. Setelah kita bergelar isteri, redha allah pada kita adalah pada redha suami.. Pegangla ini. Jangan difikirkan terlalu banyak masalah yg akan timbul bila berhenti kerja.

Percayalah, jika kita nakkan redha allah, allah akan bantu kita. Tapi, xla semudah itu nak bahagia bersama suami dan anak2 kan. Mestilah ade dugaan dan ujiannya. Setiap apa pun masalah yg timbul, lakukanlah seperti menarik rambut di dalam tepung. Penuh berhati hati…terutamanya melibatkan perasaan ibu dan bapa.. keputusan yg kita nak buat ni besar.. banyak pihak yg terlibat. Maka, laksanakanla dengan bijak dan caranya adalah dengan bermusyawarah.. InshaAllah, pasti ada jalan terbaik bagi kita mengatasi setiap cabaran yg mendatang..

Panjang mukadimahnya ni. Bukan apa, cuma dee nak reader tau, kebanyakan kami kat sini dah lalui semua ni. Dee taknakla blog ni ,jadi blog citer life kat jubail yg best2 je. Mestilah ade realitinya yg pahit dan mesti dikongsikan utk persediaan korang semua kan. Dee pn dulu baca jugak blog senior2 kat sini. Malu nak cakap kat diorang saya baca blog akak sebelum sampai sini dulu. Hehehe.. Anyway, kalau nak contact Dee boleh sape dee kat FB Bondaumaraesyahamra. Ig dee ialah @diyana_remey. Skrg ni dee lagi banyak share #lifeatjubail di instagram. Ni br nak mula menulis balik di blog.

IMG_4032
Dua orang ni yg selalu melihat drama air mata ibu masa mula2 sampai kat sini. Ibu, kenapa ibu nangis.. Haaa.. lagi ibu nangis adala..

So, sebelum bermula, dee just nak masukkan mood before sharing the tips. Hahah…Dulu korang semua kerja kan.. kerja best2 plak tu. Dee pn same.. dee sangat enjoy life dee bekerja sebagai PTD. Dee puas bekerja bila dapat capai ape yg organisasi tetapkan utk dee. Sambil tu, dee selesa dengan my circle of friends. Boleh makan sama, lepak sama.. gossip n shopping pn sama.. Happening sangat dee rasa. So, dee dah biasa dengan jadual kerja yg ketat pagi sampai petang. Kadang2 ade lagi event sabtu ahad utk dee penuhi. Kalau dulu masa dee kerja kat kemeterian, lagi banyak outstation. Merata tempat pergi boleh jalan2 free..tp, sambil buat kerja la kann..

Korang punya life pun mcm tu kan.. sikit lebih kurangla.. Tapi, bila dah sampai sini..mesti rasa lonely.. kawan2 xde..dari pagi sampai malam duk rumah je. nak keluar kene tunggu husband balik. “`kat sini kita x boleh drive. Nak makan ape semua kene buat sendiri. Tak bolehla nak start engine kereta n pergi PAVI makan Tony Romas..Sebulan sekali baru ade Breakfast bazar. Masa nila boleh merasa makanan Malaysia yg sedap2. Dulu masa dee mula2 sampai xdapat nk breakfast bazaar sebulan sekali tau. Dengan dee x pandai masak. Masak kejap masin kejap tawar. Kadang jadi, kadang x jadi pulak tu.. Ape lagi ye.. haaa.. time nak buat kerja kat dapur, time tu la jugak anak tarik kain nak itu ini, yg dah besar belum g sekolah siap boleh bergaduh dengan adik die.. yg kecik menangis nak layan.. Hahaha.. ko rase stress tak? Nipu sape ckp tak stress.. Dee stress sangat masa mula2 tu.. makan nasik sambil nangis tau.. makan nasi putih dengan lauk yg x bape nak jadi.. Serik sangat rasa.. Hambik kau.. hahaha..

Chil2..korang jg  takut plak baca ni.. Biasalah, selepas ujian tu, pasti Allah bagi kenikmatnnya kan.. BIla dah lepas fasa azab tu, heaven okeh.. heaven.. Amacam, berani ke nak try. So, here are the basic tips for you mommies :

  • Utk persediaan awal, please set kat minda Dont Expect Too Much. Maksudnya apa? Dari segi rumah kita nanti, kereta, makan pakai kita kat sini. Banyakla dee jumpa org loaded2 kat sini rumah die biasa2 je..Gaji dekat 40K sebulan tapi duk rumah compund je. Takde pun perabot jati, modern design bagai.. Sangat besederhana..Tapi, die suka membantu org dan banyak bersedekah. Orang merantau ni kehidupan die ala kadar je.Yg penting keprluan asas kita mencukupi.
IMG_4343
Disebalik niqab itu, dalam hati sapalah yg tau..

 

  • Bila dah sampai sini, Dont Pressure Yourself Too Much. Maksudnya apa tu? Maksudnya jangan bagi tekanan pada diri sendiri utk buat itu dan ini sekaligus. Common..mana boleh nak dapat semuanya mcm rumah kat Malaysia kan. Mana nak dapat semua perfect. Percaya cakap dee, kalau u pressure, ur husband pun akan pressure tau. Sebab pd fikiran die, die nak bg yg terbaik buat anak dan isteri dia. Ni bila tengok u stress, die lagi rasa bersalah n finally stress sekali. Tu yg boleh bikin gaduh tu. Nauzubillah.. Keputusan utk berhenti kerja ni bukan keputusan kita sorang. Ini keputusan bersama. So, husband and wife kene saling bekerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain. Teringat masa awal sampai dulu. Dee kan xde kawan. Suami kita tu jadi BFF kita tau.. So, dee akan paksa die cakap dengan dee at least 1000 patah perkataan sehari.. Kalau ko tido, aku kejut. Dari aku meroyan baik aku paksa ko cakap dengan aku. Haa.. gitewww..

 

image
Hari Raya aidil Fitri yg pertama di perantauan. Dialah suami yg menyokongku selama ini. Tengok gambar ni rasa nk mengalir air mata. Besar betul dugaan kami sebelum sampai ke sini. Allah sahaja yg mengetahui..

 

  • Dont Aim Too High. Apa yg dee maksudkan ialah.. apapun yg mula2 kita nak buat, jangan aim high sangat.. Contohnya nak masak. Jangan aim yg benda yg kita buat tu akan jadi exactly dalam resepi. Kalau rupe dah cantik tu pn dah ok sangat..Rasa tu belakang citer.  Pastu korang post kat ig. At least, bila kawan2 like or puji, ia akan boost ur motivation utk terus lg mencuba. Share2 story/life kat FB and ig ni bergantung pd niat masing2. Malas dee nak kupas yg buruk..baik kita fikir yg baik2 utk diri kita dan bersangka baik juga dengan post org lain. Selagi boleh cheerup ur life yg sunyi dalam rumah tu, ape salahnya kan. Dari korang stress, lepas kat anak n laki lagi x baik. Sambung lagi cth masak. Haha..Ok,  Masak ni perlukan skill. Bukan sekali buat boleh terus jadi. Kene buat beberapa kali jugak nak jadi. Tu pun mngkn x perfect lagi. And pada dee, masak ni lifelong learning tau. Sentiasa ada dan ada je benda baru yg boleh try utk pelbagaikan rasa dan rupa masakan tu.. So, at first, dont aim too high on what u are going to do. Selain masak, u can try sewing, baking, blogging and masuk kelas2 pengajian yg banyak kat sini. Nak tau kelas apa yg ade mesej dee tanya ya. Paling basic kelas mengaji seminggu sekali. Boleh jugak berdunia kan. Jumpa org baru, kenal2 dgn mereka.. Lelama lepas tu dapatla jumpa yg satu kepala dengan kita. Maka, adala grupwhatsapp geng korang sendiri nanti. Baru best!

 

image
Cubaan masak rendang pertama utk raya di perantauan. Fail. Masin. What do you expect? Ko Raya jugak kan? Tak mati pun makan rendang masin, kalau bahasa kasarnya lah.. You got me or not?
IMG_4661
Kuih Koci pertama dalam hidupku. 6 ketul je buat. Ko ado? Hahaha..
  • Set A Goals. Ya, tetapkan matlamat. Sape cakap dah xkeje xde goals. sape fikir mcm tu? Heppppp…jangan sesekali uols fikir gitu tau.  Dee tetapkan ape yg dee nak buat masa mula2 datang sini. dan dee isi masa dee dengan buat aktvt berdasarkan goals yg dee buat utk diri sendiri. Cthnya sewing. Trust me, ur friends out there kan, jeles dengan kita yg duk rumah ni..kita boleh buat semua benda yg kita xdapat buat masa keje dulu.. Amikla kelas belajar menjahit. Ade je org kat sini yg tukang jahit fames masa kat msia dulu. Ade je org kat sini pakar buat roti yg nak share ilmu die dengan korang. Buatkan jadual harian korang sendiri. Masa awal2 dee dtg, jadul dee penuh tau. Sb dee ni dh biasa bz dulu. Bila duk rumah xde keje, rase lemau sangat. Sampai husband dee cakap, dee lagi bz dr die la masa thn pertama kat Jubail tu. Hahahah..

 

IMG_6093
Hasil pertama jahitan sendiri. Baju kurung utk aesya. And ade banyak lagi coming lepas tu..

 

  • Tips seterusnya galah Have Fun. Lepas dah setkan matlamat, lakukan ia dan Enjoy it. Please enjoy urself. Seronok tau buat benda2 yg kita x dapat nak buat dulu2… Have Fun life kat sini dengan TIDAK MEMBANDINGKAN life u masa kat malaysia dulu. Thats It. Selagi u keep on bandingkan, walaupun dalam hati u, bile masa u nak enjoy. Bila masa nak rase seronok buat itu ini kan… Just keep moving mommies.
IMG_7386
Tengok roti tu.. kali ketiga buat baru nak jadi licin dough tu tau. U kene follow step by step. Its your journey kan. Color it. Dan tugas suami hendaklah menyokong isteri dengan membelikan mixer idaman hati :p Rugi masa tu dee tak mengidam KitchenAid. Coii.

 

  • Next is Reward Yourself. Waajibbb bak kate Umar. Masa awal2 dee datang sini dulu, reward terbaik utk diri sendiri adalah bila kami sekeluarga mengerjakan umrah dan menziarahi nabi di Madinah. Doa adalah kekuatan kita org Islam. Bila kita berdoa bersungguh sungguh, kita akn dapat rasakan Allah mendengar dan dapat rasakan kebergantungan kita pada Allah. Pergilah buat Umrah, tataplah kaabah puas2. Inilah nikmat paling beharga yg xdapat dibeli dengan wang ringgit. Inilah kelebihan utama kita duduk di bumi saudi. Dekat dengan Rumah Allah, dekat dengan nabi kita Muhammad S.A.W.

 

image
Kenangan terindah. Raya pertama kami di perantauan. Paling manis ianya di Makkah. MashaAllah, Tabarakallah.

Rasanya cukuplah dulu 6 tips asas dari dee utk tatapan pembaca sekalian. Mungkin tips ni juga sedikit sebanyak boleh apply utk mommies2 kat luar sana yg berhenti kerja dan     bertukar kerier menjadi suri rumah sepenuh masa yg tidak menetap di bumi saudi ini.  Mohon maaf jika ada terkasar kata2. Segala yg baik adalah semata mata dari Allah dan yg buruk itu datang dari diri yg lemah ini.

Semoga Bermanfaat !!!

 

Loves,

DEE

 

 

Percutian ke Muscat, Oman

Pada penghujung tahun 2015 yg lalu, dee sekeluarga bercuti ke Oman. Masa tu dee baru tau dee mengandungkan Arissa rasanya. Balik je dari Malaysia, selang beberapa harinya terus kami ke Oman pula. Kenapa Oman? Oman ni antara negara yg hampir dengan Arab Saudi. Kebetulan tiket penerbangan pun dapat murah masa tu. Pergi balik tak sampai 500 saudi riyal dengan menaiki Oman Air dari Bahrain. Dari Bahrain tau. hehe..kene cross borde saudi la nak ke bahrain..Dari Jubail ke Bahrain dalam 2 jam perjalanan menerusi jalan darat. Kemudian di Bahrain, barulah kami menaiki flight ke Muscat, Oman.

img_9121
Mata wang Oman. Times 10 dengan SR.

Persiapan Dee utk ke Oman ni x mengambil masa yg lama. Tempat utk dilawati pun dee listkan berdasarkan TripAdvisor je. Hotel kami buat tempahan menerusi booking.com dan kami sewa kereta di europa. Yang lebih menguatkan hati dee nak ke Oman ni sebab dee ade sorang kawan kat sana. Namanya Mimi. Mimi ni dari first time dee jumpa memang baik orangnya. Tak pernah dee dengar org cakap buruk pasal Mimi. Orangnya penuh dengan senyuman dan sentiasa bersedia nak bantu orang. So, padan sangatla dia ditempatkan di Wisma Putra sehinggalah diminta bertugas di Kedutaan Malaysia Oman. But now, Mimi dah balik semula ke Malaysia. Seb baik sempat kami lawat Oman masa Mimi ada kat sana lagi !!! Murah sangat hatinya menawarkan penginapan selama 2 malam kepada kami di rumah agamnya.

img_9361
Dee suka la design rumor diorang ni. Cantik sangat..tp nak buat nanti rase mcm x cukup duit je.. hehe..

Ok, sambung citer. Malam pertama kami di Oman, kami stay di Golden Tulip Hotel. Sampai Muscat airport pun dah nak malam. Terus cari kat mana tempat sewa kereta yg kami dah tempah online.  Kereta yg kami amik sedan adalah sedan car. Itu yg paling basic dalam anggaran sewa sehari SR80. Maybe less, dee pn dah x berapa ingat sebab dah lama sangat..

 

img_9118
Tempat ambil kereta yg juga terelatk di airport muscat. Jalan sikit je utk amik kete. Lepas amik kete, kami terus cari golden tulip hotel. Rupanya kat muscat ni google maps tak boleh guna tau. So, terus kami guna waze pula. Alhamdulillah sampai hotel.

Kredit kad kami kene scam lepas balik Oman tu. Terus call bank and cancel kredit kad tu. Kami agak kete sewa ni punya hal la.. Tutup citer sedih tu.. Lepas amik kete terus check in hotel. First impression Oman ni.. MashaAllah..Oman ni sangatlah bersih n cantik ok. Bersih ok.. Cantikkk pulak tu. Jalan2 luas dan penuh dengan lampu. Tepi2 jalan banyak bunge.. Mimi cakap dengan dee.. Oman ni diibaratkan lebih kurang gini.. Kalau la berlaku accident kat Oman, bukan ambulance yg sampai dulu.. Cleaner yg akan sampai dulu. Begitulah Sultan Qaboos sangat menitikberatkan Oman utk tujuan pelancongan. Kalau g Oman ni bolehla cakap macam dah gi europe. Cuma takde salji je lagi. Pemandangan die memang x dapat kat negara arab yg lain.

img_9128
Seronok sangat sebab nak mandi bath tub je.. Budak2 kan.. abahnya melayan.. Ibu bolehla lurus pinggang.
img_9127
keh keh keh.. muscat daily ye nakk..

Esoknya terus checkout since kami tempah hotel lain plak yg ade private beach. Ghasakla korang mandi puas2 nanti. Utk hari pertama, destinasi pertama adalah Oman Grand Mosque iaitu Sultan Qaboos Mosque. Masha allah cantik. Rasa mcm pergi Taj Mahal boleh??

img_9132img_9130img_9155

 

img_9133

img_9153
Must visit tau Sultan Qaboos mosque ni. Sangat cantik. Jangan lupa ambil peluang solat sunat or fardhu kat sana ya.

Lepas tu, kami pergi mana ya?..hahaha..Rasanya kami ke destinasi seterusnya utk check  di Barr Al Jissah Resort di Qantab Beach. Jalannya adalah menghala ke Muttrah. Muttrah ni memang kawasan pelancong. Viewnya sangat mengujakan. Cantikkkk…Nak nangis tau..cantik sangat.

img_9164
OTW to Muttrah

img_9184

img_9191
ni benti amik gambar keesokan harinya.
img_9193
Muttrah Souq destinasi wajib muscatt , juga sekitar kawasan ni je. Utk ke Barr Al Jissah tu ada dalam 15 minit lagi menghala ke Qantab Beach.
img_9210
Gerbang masuk ke Barr Al Jissah. Masa nak sampai ni, x putus dah cakap Subhanallah. Memang cantik sepanjang jalan ke sini. Mula2 kami naik macam bukit. Turun je bukit tu dah nampak hamparan laut yg maha luas. View laut yg dee x pernah jumpa lagi setakat ni selain di muscat.
img_9216
Tengok belakang tu gunung ganang yg xde pokok. Taktaula gunung ke bukit. Kalau kat Arab ni semua die panggil gunung agaknya. Resort ni macam kat lembah yg terus ke laut. Ni view depan bilik. Ibu dah nak nangis dah masa ni. Terima Kasihla kat abah, bawak ibu merasa datang sini. Semoga murah lagi rezeki abah, xpernah lokek dan berkira dengan anak isteri. Ameen.

Lepas tu anak2 memang x ingat apa dah. Mandi sakanla.. Dari kolam bawak ke mandi laut. 2D1N ni memang kat sini je. berbaloi bayar lebih sikit. Macam2 aktiviti boleh buat dalam ni. Siap ade shuttle bas percuma utk ke Muttrah Souq. Yg bestnya lagi ade mcm laluan air die panggil apa x ingat dah. yg boleh susur naik dengan pelampung tu.. Umar memang sekelip mata hilang masuk dalam tu. Ghasakla kome anak beranak.. Ibu pulak fefeling amik sunlight.. pooodacittt…huhu..Gambar kat beach n yg lain2 xdapat diselamatkan lagi. Almaklumlah memory phone ibu kecik. Icloude storage pn dah penuh masa tu. Ni pn seb baik x delete. Dapatla menulis utk catatan kenangan.

Esoknya kami checkout dan terus ke Bayt Al Zubayr. Musem persendirian berbayar. Takla mahal sangat utk masuk kedalamnya. Tapi bolehla buat kami mengenal adat dan budaya orang Arab Muscat.

img_9169
Buhla gambar sponsor kami abang toyyibbek. kolkolahkan..
img_9177
Rasa macam aesya kecik sangat masa ni..Manja la lagi time ni..sekarang dah selalu kene marah dgn ibu. sedih plak rasa..uishhh..

 

 

img_9176
Ni mcm gambaran perkampungan arab muscatt satu ketika dulu. Very nice.

 

img_9172
Ala2 khemah badwi.

Dee dah x ingat flow tempat yg kami pergi. Almaklumlah dah setahun lebih yg lalu. So, dekat sini dee share je tempat2 best yg kami pergi di Muscat, Oman ya. Mana tau boleh jadi rujukan dan gambaran asas utk org yg nak ke sana nanti.

img_9260
Pagi2 kami dah ke sini for Dolphin watching. Anak2 excited, mak pak pn tumpang sama excited.

img_9259

img_9257
Tempat menunggu sementara kedatangan bot. Tiket semua kami x tempah awal2.. Beli on the spot je. Tapi harga dah x ingat..
img_9262
cantik kannn… 
img_9261
kami kene kesini utk amik boat utk ke tengah laut sikit bagi melihat dolphin.. tengok diorang lumba2 je..lumba2 pn meriah la jugak dengan boat2 bawak pelancong yg lain. Pengalaman yg menarik di sini.
img_9264
ade arab tu suruh ibu ikatkan rambut aesya.. die tak tau yg ibu kene perang dgn awak nak suruh ikat rambut..
img_9291
angin kuattt

img_9301

img_9300

Dari sini kami menuju ke Istana Sultan Qaboos. Singgah sebentar utk solat jamak. Ade cerita menarik di sini. Rupanya masjid yg bersih dan tersusun rapi tempat kami menunaikan solat adalah masjid bagi orang2 Syiah di sini. Lepas dee solat, dee melihat lihat di sekitar ruangan solat. Then terjumpa batu2 karbala yg tersusun di rak khusus bg meletakkan batu2 tersebut di dinding masjid. Bile ditelek terdapat tulisan nama A’liyy.. Dalam hati dah berdebar sangat. Betullah ni..kami solat di masjid shiah. Rupanya, penganut shiah juga banyak di Oman. Mereka kan bersebelahan dengan Yaman. Pergolakan di Yaman pn xlain antara Sunni dan Syiah. Tapi menurut kata mimi, rakyatnya takda apa2. Orang sunni dan syiah telah hidup rukun damai selama ini. Lebih kepada mainan politik dan mainan media yg menjadi tabir berita dunia.

img_9241
kawasan perumahan sekitar istana sultan qaboos.
img_9242
Menara masjid tempat kami tumpang menunaikan solat.
img_9244
Da sampai, kawasan luar istana sultan qaboos. Kami kene berjalan kaki utk menghampiri tepi pagar istana ini.

img_9249

img_9250
sekitar luar pagar istana
img_9251
kualiti gambar x berapa baik. sorry reader. but this place also a must visit k. Follow my ig @diyana_remey for more beautifull pictures. InshaAllah.
img_9243
Kalau x salah, ini tempat kami parking kenderaan. Di sekitar kawasan istana ni banyak bangunan2 kementerian . Kira macam kawasan Presint 1 dan 2 Putrajaya la tempat ni. Cantik berlatar belakangkan gunung ganang.
img_9224
Keratan akhbar yg memberi sedikit bayangan ekonomi Oman. Diorang ni dah defisit sejak tahun 2009, every year without fail sampai tahun 2016. Dee pergi ni kan masa hujung tahun 2015. Tu yg keluar artikel mcm ni. Layan jugakla baca. Jangan sampai xtau baca indicator ekonomi walapun dah cuti xde gaji.. Hahaha

Tempat yg dilawati dengan gambar2 dah upside down tau. Baca je lah ye. Masa ni kami nak carik Wadi Al Arbeieeen… REview cakap memang best. Tanya local people jalan nak kesana. Dah sampai, tp lost signboard. ingatkan bolehla tengok tepi2 ke.Rupanya ade offroad bagai. Better sewa kete 4WD kalau nak ke sana.. boleh tengok gmbr kat gugel ya..Kalau pergi lagi oman lepas ni, mesti nak cari tempat ni. Lepas ni kami terus mencari Sinkhole.

img_9319

img_9321

img_9327
Kami saje singgah masuk resort tepi laut ni. Rasanya masa ni nak cari peeble beach.Tapi mcm x seperti digambarkan.. ke kami salah tempat. So, layanla je la view tepi laut.

 

img_9328

img_9325
Kami x turun pun. Takde org pun resort ni. Ade staff je. Next, baru pergi kat sinkhole.
img_9331
Taraaa.. inilah dianya sinkhole..Ini pun tempat wajib pergi. Ni tempat yg mimi dan kawan2 oman die rekomen pd kami utk pergi. Rasanya dalam Trip Advisor takde.
img_9339
OK, baca sendiri nak tau ape tu sinkhole. Mokcik malas nk menulis panjang lagi. Arissa dah bangun.
img_9343
die memang terjun masuk.. Ada anak tangga nak turun ke bawah tu. Kami sampai dah lewat petang. Takut plak sebab org x bape nak ade dah. Hahaha

img_9340

img_9350
Air hijau crsytal clear yg tenang.. Cantiknya. Dee Ade buat video log dalam ig..

Ok, tempat terakhir kami pergi yg dee nak share ialah Royal Opera House Muscat. Takla masuk pn. Jadilah kat luar je. Kalau me jalan2 dengan abg toyyib je, mau jugak g merasa tengok persembahan kat ROH Muscat. Ni bawak ashkar.. idakla… Bagi diorang lari sakan kat kawasan luar opera house ni udahla…Hahaha

img_9196

img_9200
ibu ni kan merangkap writer and photographer. Takdala gambar ibunya nak ade banyak dalam satu2 visit. Gambar deme je penuh memory phone.

Gambar sebina bangunan ROH yg ada. Kalau kita ni macam Istana Budaya la..

img_9195
Tepi jalan penuh bunga. Hati pun berbunga bunge 🙂

Haa..tu lah cerita jalan2 kami di Muscat. 5 hari 4 malam yg berbaloi. Sampai dah boleh cam jalan mainroad kat sana. Pusing2 situ jugak. Boleh pergi jugak Grand Mall Muscatt. Besarla.. semua pun ado..

img_9362
Nak balik sudaa. Thanks again n again Mimi & Husband for your hospitality.

 

THE END

Checked In Jubail 2016

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..

Panjang ok…ucapan salam utk semua sahabat pembaca blog Bonda Umar Aesya Hamra. Doa tu..Jangan lupa jawab ye..Kalau nak diikutkan, nama FB dan blog nak kene tambah nama arissa plak.. Dee kan dah jadi mak anak 3.. dah tambah lagi sorang buah labu dee.. Tapi disebabkan nama arissa dibelakangnya ada Humaira, sama maksudnya dengan Hamra.. So, dee maintain je lah nickname ni.. Ok ke tak Ok.. kita tunggu dan lihat je nanti..

So, dah checked in Jubail.. Dah balik ke negara padang pasir berdengung setelah menyempurnakan misi melahirkan Zara Arissa Humaira di Malaysia.. Alhamdulillah, Arissa lahir mudah sangat.. Senang je menjaganya awal2 pantang tu.. Tapi, lepas je abahnya balik saudi, die START dera ibu.. Menangis dari petang bawak ke pukul 2/3 pagi.. Dekat 2 minggu jugakla mengadap arissa menangis malam.. Sampai abahnya balik Msia dulu sebelum buat haji.. Arissa…arissa.. lepas dia dah ok, die tido lambat memalam..pukul 1,2 pagi baru dia tido.. Ibu x kesah nak.. janji awak tak nangis.. Kalau awak nangis, jem kepala ibu, serba x kena jadinya.. Tak tau ibu nak buat ape.. Kesimpulannya, merasala ko diyana..anak menangis malam.. Kemana nak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi.. khennnn… lalalala..

img_0141
Baby Made In Saudi. Lahir 19 Julai 2016 jam 11.52 am dengan berat 3.05kg di DEMC Hospital .                              MISI SELESAI
img_2553
Di pagi raya Aidil Adha 2016. Alhamdulillah, raya haji tahun ni, abah arissa dah berjaya menyempurnakan hajinya. Kami beraya anak beranak la di Malaysia. Abah di Mekah. Shukur ke hadrat Allah. 2016 memahat 2 kenangan manis, pertamanya kelahiran Arissa dan keduanya bila abah naik haji 🙂
img_2585
Ibu masukkan satu gambar haji abah untuk kenangan. First day raya aidil adha jugak ni..Tengok tu..dah botak..

Sekarang ni dah mula nak masuk musim sejuk.. Sesekali angin sejuk dah bertiup.. 6.30 pagi dee akan kuar rumah tunggu bas dengan anak2 pun dah terasa sejuknya.. Rasanya tahun ni musim sejuk mula lebih awal.. Last year agak lewat.. Bulan 12 last year betul2 extreme sejuknya..Kami dapat escaped, sebab balik kenduri Timah.. Tapi kali ni, tiadalah lagi escapism. Persediannya adalah dengan membeli 2 unit tambahan heater. 2 bijik yg gune last year pun rasa x cukup.. Kene tambah 2 lagi..

img_2779

Kami balik ni, dah masuk fasa akhir musim panas. Kira bertuahla dah terlepas panas lit2 nak dekat 50 degree C. Dengar abahnya je lah bercerita bila balik keje petang2.. Panas bu, panas buu… Pipi pun berbahang, tu belum campur humidity tinggi lagi.. Belengas badan..Gambar ni, pemandangan depan compund rumah kami.. Rumah kami depan taman mainan.. Sekarang ni petang2 mak2 arab termasuklah kami bentang tikar.. Kami minum petang.. Sambil anak2 main kat padang..Bahagianya CTG yek..haha..usahla jeles..Sebab, rasa nak pitam jadi suri sepenuh masa pun ade..

Checked in Jubail kali ni rasanya macam dee mulakan balik life di Arab saudi. Totally berubah dari segi pengurusan keluarga dan masa. Dee rasa mencabar jugakla. Sebab, balik dah bawak baby kecik domok tu sorang. So, dah bertambah kerje dan ditambah lagi dengan Umar dan Aesya yang dah bertukar ke sekolah baru.. Memang dee rase sangat tunggang terbalik.. Sampai demam, stress and at last mcm biasalah…stress theraphy saya.. Nangis..haha..

Dah nak sebulan ni barulah dee rase jadi normal balik.. Dah boleh adjust masa dan rasa dah boleh tidor malam dengan lena, tanpa perlu nak fikirkan ape nak masak untuk bekal anak2 esok paginya..Sengal kan.. aku stress sebab xtau nak masak ape.. 2 box tau..satu snack box, satu lagi lunch box. Mana taknya, diorang balik sekolah dekat pukul 3 petang.. Dalam seminggu ni, dee suap nasi bagi makan breakfast since teacher aesya cakap die xnak makan sangat time rehat.. Boleh die buat pandang je bekal makanan die tu.. Ingatkan kat rumah je buat perangai, sampai ke sekolah die sambung menyambung.. Bertuah betul anak dara tu.. Hopefully, lepas dah tukar ke breakfast berat pepagi ni, akan boost die punya energy..

img_2718
Arissa dengan ibu masa transit di Dubai.. Well behave dalam flight kecuali berkali kali kamu beyakk.. Masa ni ibu senyumla sebab tak sabar nak balik saudi kannn… Lepas tu ibu nangis, sebab stress xtau nak masak ape… Dah lama gantung kuali kat Malaysia la katekan.. Skill memasak pun nak kene asah balik..

Dalam pada duk stress2 xtau nak masak ape..di suatu petang kami mendapat kiriman sate dari Puan Sharifah Awang. Dee panggil Che Pah.. Sedap plak sate Che Pah buat.. sekali, selambe abahnya request.. Ibu, buat sate bu.. Berebut makan dengan anak.. Umar pun hantu sate jugak.. Abahnya kalau balik Msia mesti nak makan sate..Kalau kat Sijangkang tu, femesnya Sate Barakah.. memang sedap pun.. Tapi, boleh ke dee buat sate ni..?

Haaa… nak x nak, mesej la che pah tanya resepi.. Ala dee, resepi aku campak2 je katenye.. Die bagi resepi kat Dee pn mcm simple gile.. Nekad ni, di kala stress melanda, mencabar diri sendiri pulak utk buat sate.. Pergi Lulu, sambar terus isi ayam 2 kilo dan rempah2 perapan.. Malam tu jugak aku hadap..

img_2966
Kak Milah jugak yg pandai teka dee nak buat ape bile up gambar ni kat IG. Terus request nak 50 cucuk siap bakar..Hahaha..
img_2970
Tu diaaa.. dekat sejam dee menyucuk sate 2 kilo pagi tu.. Arissa masuk buai tido je, terus mulakan misi.. Cucuk jelah, janji die lekat kannn.. Lepas siap cucuk, terus mesej che pah.. pahhhh.. aku mcm nak nangis nengok sate ni siap cucuk.. sebab aku mcm x percaya aku sanggup buat sate..Jadik pulak tu sebagaimana rupa sate.. Rase aku tolak tepi dulu.. sekurangnya, rupa dah ada kannn.. Alhamdulillah, setelah dibakar dalam oven, abahnya cakap sedap buuu.. ke abahnya nk jaga hati ibu tak tau la kann, tp opkos la rase sate che pah lagi sedap.. saya budak baru belajar.. Thanks again pah, batch kedua sate dah berjaya dilangsaikan dan ade 2 kilo lagi isi ayam dalam freezer. Tengok event ape yg sesuai akan datang, kita menyate lagi.. 🙂

 

Sesi persekolahan umar dan aesya semester baru ni di International School Group, Jubail.. Diorang ni daftar lambat.. kami tunggu abahnya selesai buat haji dulu baru balik jubail.. Kawan2 dah mula sekolah dekat 2 minggu.. lepas cuti raya haji baru budak2 ni masuk skool.. Awal pagi dalam pukul 5.30 tu dah bangun.. 6,40am bas sampai untuk ke sekolah. Jarak perjalanan dari rumah ke sekolah kali ni agak jauh, dalam setengah jam perjalanan.. Sebab tu la kene bangun awal.. dan kene tido awal jugakla kan.. Dengan ibu2 kene masuk tido awal jam 9 malam.. Malam ni je terlepas.. Ni dah pukul 12 malam.. Esok ade kelas ngaji kat rumah Dee.. Itula..bila mood menulis dah datang..masa bukan sandarannya..

 

img_3026
Tunggu bas pepagi. Ni elok je kan kakak aesya tu.. Tapi, nak kejutkan die bangun punyala azab.. adik xnak pegi kolah..adik xnak kolah ibu..Memang Adoii…setiap pagi ye.. selagi die tak dapat kawan yg betul2 ngam dengan die, selagi tu la die akan menangis pagi..dah boleh cam dah perangai die kalau memula sekolah.. Hadap je lah..

 

img_2956
bebudak ni kalau amik gambar x sah kalau x julur lidah.. entah ape perangei.. sekolah baru ni xyah pakai baju seragam sekolah.. lega ibu x yah menggosok.. kalau x mau aii import philips dry iron dari msia.. Alangkan periuk noxxa pun ku bawak, mentelah la dry iron.. selamat duit abah.. kalau x, saje kene au dengan ibu..huhu
img_2768
Kakak aesya masa hari pertama sekolah.. sampai je sekolah die dah rasa lain.. sekolah baru..x sama mcm dulu..masuk plak lambat.. dan dan die cakap, Abah..aesya rasa nak nangis la.. maka bermulala orkestra pada pagi itu…
img_2769
Simple Apps Class Dojo, fungsinya mcm whatsapp utk komunikasi antara parents dan sekolah..cume advance skit since ade penilaian anak2 yg boleh kita lihat dalam aplikasi ni.. Macam fungsi instagram pun ade jugak..Best !
img_2989
Kat rumah pun xdapat macam ni.. ibu malas nak lecak.. sekali dah tumpah kat carpet..jenuh basuh.. Lega ibu tengok gambar ni.. Sekurangnya ibu tau, masa panjang kat sekolah berbaloi dengan pelbagai aktiviti yg anak2 ibu buat. Tido sekejap pun ada kat sekolah kamu.. Okla aesya, cepatla dapat kawan yg kamu ngam.. takdela ibu nak perang dgn kamu pepagi lagi…

img_2997

Umar masa program Family Reading Night kat library sekolah.. Dalam program ni, parents dijemput utk diberikan penerangan mengenai cara membaca brsama anak2.. Apa yg ditekankan adalah disiplin utk membaca setiap hari harus dipupuk untuk membolehkan anak2 cepat membaca.. Mulakan dengan 10 minit setiap hari sehingga sekurang kurangnya 20 minit sehari.. Lagi banyak masa yg diberikan lagi bagus.. Diorang ni xde homework.. Buku je banyak bawak balik kat rumah untuk bacaan..

img_3042
Cekodok ibu ni la buat teman ibu kat rumah..
img_2764
Cekodok boleh, buah labu pun boleh 🙂

Tahun ni jugak Kelab Rakyat Malaysia Jubail, KRMJ mengadakan Kelas Fardhu Ain. So Umar adalh batch pertama kelas fardhu ain di sini.. Inisiatif yg cukup baik bagi mengisi limitasi ilmu fardhu ain yg tidak diajar di sekolah. Kelas ni terbuka untuk anak2 yang berumur 6-8 tahun. Baru saja pelancarannya minggu lepas. Sambutan yg diperolehi pun cukup baik. Syabas dan tahniah diucapkan kepada AJK KRMJ kerana berjaya membawa inisiatif ini menjadi kenyataan.

img_3025
Happy anak ibu dalam kelas PAFA pertama. Diorang belajar jenis2 najis.. Balik je terus cerita dengan ibu, muntah tu dirty..die x pandai cakap najis la tuu.. huhu..umar umar…

Dalam duk sibuk2 kalut2 dengan life baru, dee sempat buat majlis makan2 kat rumah.. Lama kami kat malaysia..dekat 4 bulan.. Bila balik tu nak la jumpa kawan2 balik kan, sembang2..kami buatla makan2 sikit..Alhamdulillah, ramai yang datang.. Terima kasih diucapkan kepada yang datang. Terima kasih juga atas buah tangan dan hadiah utk Arissa. Semoga Allah saja yang membalasnya. Dee mohon maaf juga atas segala kekurangan.

img_2936
Gambar ni je ade dalam phone dee. sesi lepas jumaat ni la satu2nya gambar.. lepas isya dalam phone lg satu, x sempat nak transfer.. Gambar arissa dengan baby harraz anak kakak jiran.. Arissa lahir awal 2 minggu dr harraz kalau x salah dee.. Gepren ni ramah semacam dengan boipren.. :p
img_2940
Tu dia..sesi mengemas 1 day after event.. Sape lagi amik kontrak basuh pinggan, abang toyyib la.. Mekasih banggg…
img_3090
Si kecik ni dah pandai main sendiri sampai penat pastu tido..Baju dalam bakul panggil suruh lipat.. Mai lipat aku..mai lipat aku.. Berchinte maksss..
img_3084
Teacher die bagi gambar ni.. Cakap die punya mood dah ok.. Dah dapat makan nasi lauk sup pepagi, kalau mood x ok jugak memang nak kene la kannn.. Dee memang kene banyak bersabar dengan budak sorang ni.. Exactly Me.. nak buat macam mana kan..panassss….
img_3078
Kita akhiri dengan wefie ibu dengan arissa before pergi kelas bahasa arab.. Our first class with Ustazah Yeni.. Doa2 mudah mudahan dee istiqomah dan kuat semangat pergi belajar bawak anak kecik ni ye..

 

 

 

Dee sayang sangat akak

Kakak,

30 hari dah berlalu. Kakak dah kembali menemui pencipta kita. Arissa pun dah genap 30 hari 3 hari pd tarikh ni. Kakak pergi bergalang ganti dengan dee.. Dee lahirkan arissa sebelah pagi, kakak dah mula tenat sebelah petangnya.. Lusanya kakak pergi tinggalkan kami semua.

Kakak,

Dee x sempat cerita macam mana dee lahirkan arissa.. Arissa lahir mudah kak. Macam aesya jugak 4 tahun yg lalu.. Malah arissa lagi mudah..sampai hospital je dah 4 cm kak.. Tak lama pn dee sakit.. dee x amik ephidural..sekadar injection tahan sakit biasa…Kakak bertahan  utk terus hidup mcm mana dee pinta..Dee cakap, akak tunggu dee bersalin tau, nanti dee bawak baby jumpa akak… Betul kak.. akak tunggu sampai arissa keluar dulu baru akak nak pergi.. Dee x dapat bawak arissa jumpa akak.. Dee x dapat mandikan akak..Akak tau kan cita2 dee lepas dee bersara dee nak jadi Bilal mandikan mayat.. Tapi, dee x dapat mandikan akak.. Dee x dapat ziarah akak pun.. Dee baru 3 hari bersalin masa tu kak.. Semua orang cakap dengan Dee jangan banyak menangis..awak dalam pantang, tak nak nanti awak depress..kemurungan boleh meroyan..Dee tahan kak.. tapi 2 3 hari ni dee betul2 tak tahan.. Jumaat lepas dee menagis semahunya kak.. tersedu sedu dee nangis..dee dah x boleh tahan.. dee menulis catatan ni pun penuh dgn air mata.. Dee rasa sangat kakak dah xde..Dee dah xde lagi tempat mengadu tanpa perlu dee cerita banyak2..sebab kakak dah sedia ada memahami dee tanpa perlu dee banyak bercerita.. dan penilaian kakak selalunya tepat dengan memberikan dee nasihat yg terbaik yg dee xkan dapat lagi lepas ni..

Kakak,

Dee kenal kakak masa kita sama2 kerja kat NEC. Masa tu dee takut nak cakap dengan kakak walaupun makan semeja ramai2 kat kafe.. Kakak serius n x banyak cakap.. Lepas bila dee dah mula rapat dengan kakak, dee dah x duduk rumah sewa..kakak bg dee duduk je rumah akak x payah bayar sewa..kemana je kita pergi sama2 kan..pergi keje pn dgn akak.. balik keje akak tunggu dee habis OT baru balik..makan sesama.. dee tido dengan akak.. akak cakap, akak pun x tau kenapa akak boleh terbuka hati nak rapat dengan dee.. ntah ape yg ade pada ko ni dee.. Dee tau akak sayang dee.. dee pn syg sgt akak..Anggap akak mcm akak dee sendiri n dee rasa akak ikhlas sgt pd dee.. ape yg org tak mengata kita.. ape yg orang x fitnah kita.. Tp, kita bersaudara kerana Allah.. kalau dee dah sayang orang, sampai bila2 dee akan sayang.. tp, susah nk buat dee sayang orang.. sayang tu utk diberi sepenuhnya, bukan separuh separuh, bukan juga suatu permainan utk dipertaruhkan yg ada menang kalahnya..sayang perlu ade ikhlasnya.. Dee tau, kakak ikhlas sayang dee mcm mana dee ikhlas sayng kakak..

Kakak,

Kakakla org yg boleh kritik dee tanpa rasa segan atau berlapik kata.. Susah dee nak dapat org mcm kakak lagi.. Kakak boleh tegur dee dan dee boleh rasionalkan asas teguran akak tu. Now dah xde.. Dee betul2 hilang akak.. Hilang org yg boleh mengkritik dan menasihati dee, hilang tempat mengadu, dan hilang juga tempat meluah segala yg terpendam dan terbuku di hati.. Tempat akak dalam hati dee tiada penggantinya..

Kalau kakak ade ni kan, akak la paling sibuk uruskan dee dalam pantang.. Masa dee sakit operation bersalinkan umar, kakak la yg mandikan dee..tp, dee xdapat mandikan kakak.. Dee x dapat nak kapankan akak..pakaikan wangian utk akak, bedakkan akak, celakkan akak..dee dapat jaga akak sekejap je masa akak tengah sakit.. teman akak pergi hospital, bawak akak pergi berubat.. Akak memang tunggu dee balik baru nak pergi ye? bagi dee sempat dengan akak, bg akak sempat mencurah kasih sayang dengan umar dan aesya.. Kak ijah cakap, sejak dee balik, die nampak akak happy.. betul ye kak.. dee suke sangat dengar.. Kita sempat puasa sesama, buka puasa sama2.. dee gastrik masa puasa ketiga pun sempat lagi akak yg bawak dee pergi hospital malam tu.. Sayangnya akak pada dee.. masa dee teman akak kat hospital pn akak selalu tanya dee..dee ok ke? saya kesian tengok ko.. kesana kemari bawak perut.. Dee ok la kakak..dee happy dapat berbakti dengan akak di saat saat akhir hidup akak.. bg akak rasa yg dee sayang sgt akak..

Masa akak sakit, kalau dee dtg, mesti akak pegang lama tangan dee xnak lepas bila dee nak balik.. Kak, dee akan ingat pesan akak.. dee akan dengar cakap akak.. Dee akan jaga anak2 dee dan beri pddkan terbaik pd diorang..dee akan cuba sabar mcm mana akak sabar.. Ujian hidup akak memang getir..dr muda lagi kan kak.. kalau dee tanya, akak akan cakap.. ujian hidup sy ko xkan sanggup nak dengar dee… biarlah sy simpan sorang.. Ye dee tau kak.. akak memang tabah.. akak suka tolong orang..susah akak, akak x cerite.. Itula akak..dee nak jd mcm akak.. sabar dan kuat semangat.. x mudah mengadu pd manusia.. Hanya Allah tempat akak mengadu..

Kak, dee tulis catatan ni… nanti umar dan aesya dah besar die akan baca.. Dee xnak diorang lupa, diorang ade Ude yg susah payah dengan dee dan mak jaga diorang. Budi akak x terbalas oleh dee.. anak2 dee mcm anak2 akak jugak.. kagum dee..walaupun akak xde zuriat sendiri, tp kasih sayang akak tu menyamai kasih syg ibu yg melahirkan anak.. Itulah anugerah allah pd kakak.. Dee akan cerita pada arissa pasal mak ude.. dee akan selalu ingatkan umar dan aesya pesan2 akak pd diorang.. ape yg ude cakapkan selalu.. Dee akan usaha utk capai cita2 dee yg selalu dee citer pd akak.. dee nak jd bilal mandikan mayat, dee nak ajar anak2 kecik mengaji quran dan dee nak buka pusat perlindungan org tua.. utk anak2 dee, dee akan ajar diorang solat, kakak nk umar dan aesya hafaz quran kan.. inshaAllah kak… dee akan jaga bujey, dan akan ingat pesan akak suruh jd isteri yg taat dan solehah utk bujey.. Sokongan dan kata2 semangat akak akan sentiasa bersama dee.. InshaAllah, Umrah bulan november nanti ,dee akan buatkan utk akak.. Kita dah janji nak buat Umrah November kalau akak x dapat pergi haji tahun ni kan.. Nanti, dee buatkan untuk akak..Tanda kasih sayang dee pd akak..

Kak, Dee rindu akak..rindu sangat.. betul org cakap, rindu pada orang yg dah tiada tu sakit sangat rasanya.. mana mungkin dee lupakan akak..terlalu banyak kenangan kita bersama.. kakak dah tinggalkan dee, tak tau lepas ni siapa lagi akan pergi dari dee.. atau dee pulak yg akan pergi dr hidup orang..

Perginya akak membawa peringatan kepada dee.. mati itu pasti, sudah cukupkah bekalan dee utk dibawa ke alam yg kekal abadi..

11.38malam : 21 Ogos 2016

 

 

 

Sekolah-sekolah Antarabangsa di Jubail

Dah hampir setahun umar dan aesya bersekolah di sini. Dah habis 2 penggal pun diorang sekolah sini.. Rasanya dah sesuai masanya dee review sikit proses persekolahan anak2 di Jubail ni. Semoga mendatangkan manfaat utk bakal warga2 baru Jubail yang tengah survey untuk persediaan persekolahan anak2 di rantau orang. Masa mula2 sampai, pilihan kami amat terbatas kepada Al Moatassem International School, Jubail. Pada masa tu sekolah2 lain kebanyakannya telah penuh. Demand adalah amat tinggi, memandangkan ramai warga Malaysia yg baru tiba di Jubail mempunyai anak2 kecil sekitar 4-6 tahun. Kebanyakan anak2 yg berumur 4-6 tahun ini akan dimasukkan dalam kategori KG1, KG 2 dan KG3.

Selain daripada Al Moatasem, ada 3 lagi sekolah antarabangsa di Jubail ni. Sekolah2 tersebut adalah Jubail International School (@ Al-Hussan International School – Aliran British), Mariya International SchoolAliran British dan International School of JubailAliran America. Moatasem yg budak2 ni sekolah dalam tempoh setahun ni pun aliran British. So, ade satu je la sekolah aliran America kat Jubail ni which is ISG. Bukan main kan.. Kat sini bukan aliran agama, aliran sains dan sebagainya.. Die main negara.. British or America..Mana satu pilihan hati..

Catatan ni dee sambung dari Malaysia memandangkan dee masih lagi di sini.. Aii is patriotik masih di Malaysia sebab nak sambut merdeka n hari Malaysia.. Boleh ??

Takdelah.. still dalam panting ni.. Ni dah tahap tepu bosan dah ni.. Kat Msia ni tenet x laju macam kat saudi.. Unlimited yang limited.. Sat2 je data habis.. Sekali tambah data 1GB kene caj RM20.. Sengkek hakak..

Baru dua perenggan, budak kecik dah jaga.. jangan berasap udahla blog ni.. Ok, back to our story of this entry.. Sekolah2 Antarabangsa di Jubail.. Last year, kami memang takde pilihan memandangkan semua sekolah yg lain penuh. So, memang kami halakan ke Al Moatassem je la.. Bukanla entry dee ni utk mengelaskan sekolah2 di sini. Semua sekolah pun bagus, cume kita boleh pilih mana yg terbaik untuk anak2 kita berdasarkan sukatan pelajaran, environment dan sudah pasti kesesuaian anak2 kita utk berada di sekolah tersebut. Umar n aesya ok sangat kat Moatassem.. Mana pun anak kita sekolah, parents kene mainkan peranan jugak utk pantau dan support pembelajaran diorang. Bukan hanya lepaskan pd cikgu di sekolah. Dee dari umar mula2 masuk PASTI lagi memang akan bina hubungan yg baik dengan cikgu kelas anak2.. Mudah nak communicate, bagitau kelemahan anak dan kelebihan die.. Supaya cikgu lebih mudah focus dan bantu anak kita kat sekolah.. So far, dee puas hati dengan pembelajaran anak2 di Moatasem..

IMG_0266
Tunggu bas masa ni, untuk graduation day moatsem.. tapi yg graduate nya budak KG3.. diorang ni buat persembahan je..
IMG_0272
haaa.. ginilah rupenyer gambaran sambutan graduation day di moatasem..
IMG_0273
Masa ni ibu dah berlinangan air mata.. ibu x sangka anak ibu duk depan sekali kat tengah2 stage.. ibu xtau aesya pakai baju apa..ibu bg duit je kat teacher.. sesekali dengar aesya nyanyi lagu when i grow up masa kat rumah.. Ibu, terharu sangat tengok aesya berani n x malu buat persembahan atas pentas.. 
IMG_0289
Abang Umar buat persembahan lagu I Have A Dream.. naik je atas pentas umar dah cari mana ibu dan abah.. bila umar nampak je ibu, terus umar bukak topi umar dan lambai kat ibu.. sekali lagi ibu buat drama air mata.. ish ish ish.. anak menang lari dalam guni pun ibu nangis agaknya.. kalau umar jadi pemidato sekolah, lagila ibu speechless nanti.. Gambar ni bersama arif, kawan kelas umar.. 

Since company SADARA fully sponsor pddkan anak2 utk staff dr Malaysia, why not dee cari sekolah yg bagi better facility utk pembelajaran anak2 kan.. Education is unlimited utk anak2 Malaysia di SADARA. Kalau company lain ade juga limit2nya.. but not in SADARA.

Kaedah utk apply JIS dan ISG ni mudah je.. biasanya geng2 Msia akan war2kan sesama kita, intake dah bukak utk sekolah2 ni. Just download form dekat website sek dan lengkapkan secara online ataupun boleh hantar hardcopy terus ke sekolah. Ade isu, mcm JIS x terima form la.. So, pepandaila kita follow up dan alert notification through sms ataupun email dr sekolah2 ni.. Before that, utk mohon dan sit for placement test, ade bayaran yg kene bayar tau.. Macam ISG kene bayar SR500 utk sit for placement test. JIS pulak SR2000 okeh.. Untuk ISG dan JIS, kalau anak korang lulus placement test, sekolah akan absorb dalam yuran sekolah. Tapi kalau fail, ISG akan burnkan duit tu same to JIS.. JIS akan hangus SR500..lagi SR1500 akan dipulangkan.. (kalau salah, pohon sahabat jubail betulkan)

OK, please alert sms or email notification utk panggil for placement test.. tanya la anak2 kawan2 kita juga yg apply sesame tu, dah ade dpt emel ke belum.. Kia sesame mengingatkan.. Hidup perlu muafakat dalam segala segi di rantau orang ni.. 🙂

IMG_0306
Umar Get Ready utk placement test JIS
IMG_0307
baru amik placement test.. Ibu dah kecut perut, kalau nak amik pekse besar, xtaula mcm mana ibu kamu ni nanti..
IMG_0300
Aesya masa ni nak g interview ISG..Bergaya dengan kasut baru blink2.. x tahan aku anak dara sorang nih

Nak cite soklan placement test.. Utk KG 1 & 2 for ISG ni, diorang akan panggil anak2 kita masuk dalam satu classroom.. Bagi mainan, building blocks, bola dan sebagainya..kemudian die suruh parents main dgn anak2.. yg datang interview anak2 kita ni mat saleh titled Dokter okeh.. Mak2 pn gerun kutla kene soal dengan doc ni.. (Dee la tu) basicly die tanya basic question..die tanya nama, umur berapa, ape yg anak kita tgh buat.. die tengok interaksi kita dgn anak2..x sampai 5 minit pun.. Die approach sorang2 dalm bilik tu while anak2 tgh main.. Mainla bebudak tu, melompat ke, ikut suke hatila n gunekan props yg ade dalam kelas tu.. Dee x amik gambar masa ni.. Yg penting die nak tengok anak kita berani dan x malu…Aii is neves kut.. aesya malu je.. umar yg over lebih..

Utk Umar, die dah apply for Level 1, kira dah macam darjah 1 la.. so, umar ade ujian bertulis… Ade yg cakap parents boleh masuk sekali.. tp dee tercongok je kat situ, diorang x suruh masuk pun.. Dee x kesah pun.. kalau duk rumah lg bagus.. sebab dee memang neves sangat masa tu.. Dalam hati Allah je yg tau.. Ku berdoa sakan.. Personally, memang dee harapkan umar dan aesya dapat masuk sekolah aliran america ni iaitu ISG.. Persaingan tinggi sgt utk masuk sekolah ni. Kelas yg sedia ada pun dh almost full.. ade pulak kuota lelaki dan perempuan.. So, dee takut nk letakkan harapan yg tinggi.. utk placement test umar, basically lebih kurang sama mcm JIS.. kene boleh tulis numbers sampai 50, count and write tau.. ade oral sekali.. ABC tu wajib tulis sampai Z.. tambah dan tolak sampai 20.. ade lukisan dan mewarna juga.. utk isg, memang ade oral speaking.. memang cuakla nk suruh umar speaking.. masa cikgu america tu tanya die where are u come from.. die boleh buat lawak cakap Im Fine Thank You.. nangis okeh.. pastu aku bantai gelak dengan abg toyyib.. umar..umar… Cakap BM pun die x lancar lagi, inikan pulak die nak speaking.. takpela nak.. ibu sgt positif dgn awak.. speech delay..tp i bet someday u boleh jd debator kat sekolah.. ameen..

Utk JIS punya placement test bg budak KG, memang ade ujian bertulis.. JIS ni kan sekolah aliran British, so memang sistem pddknnya mcm kat Msia, exam oriented.. Beza sangat dengan aliran america mcm ISG. Kat ISG, budak g sekolah memang mostly main je. Sekolah akan develop anak punya communication skill, self esteem diorang dulu.. Kalau macam Moatasem dan JIS, memang dah belajar tulis ABC sampai Z.. aesya yg masuk sekolah awal pn balik sekolah kene buat keje rumah.. Moatasem ni keje sekolah boleh tahan banyaknya.. Aesya masa awal2 dulu memang perang la nak suruh siapkan homework.. Masa aesya amik placement test kat JIS dee memang confident.. Die pergi dengan abhnya je.. Kejap je abahnya cakap..keluar2 nangis.. Tanya sebab ape.. die cakap die nak belajar lagi kat sekolah best.. Alih2 cikgu dah suruh balik.. Siap bawak balik pensel warna dalam tin lg sbg hadiah..

Sebenarnya antara umar dan aesya dee memang lebih risaukan umar.. Aesya kalau terus sekolah kat Moatasem pun dee x kesah sebenarnya.. Dee lebih nakkan pendedahan yg lebih baik utk umar.. facility yg lebih baik, environment yg lebh kondusif utk pembelajaran umar.. Dee nak umar lagi banyak belajar, lebih terbuka dan mudah mudahan die lebih matang nanti.. Ye, umar ade Mild ADD.. So, dee kene sgt detail bab sekolah anak2.. sebab kat saudi xde program2 ELP mcm kat Msia yg dee boleh hantar umar utk support progress die.. Sebab tu la besar harapan dee utk budak due org tu dapat ISG..

Ok, bab yuran pulak…Secara umumnya yuran ISG memang paling mahal.. Antara SR60 ribu ke ats utk satu tahun pengajian. JIS pula dalam sekitar SR25 ribu sahaja.. Moatasem dalam SR8-SR10 K.. Tp, moatasem ni hentam claim dengan company max jugak x salah dee..sampai SR25K.. Nampak x perbezaan yuran ISG, JIS dan Moatasem.. Bab nak bayar tak jd isu since company fully sponsor.. Abg Toyyib ade dapat info..katenye..80% drpd perbelanjaan sekolah hanya utk bayar gaji guru2 di ISG.. No wonder fees ISG Jubail mahal sgt.. Ade parents yg anaknya sekolah di ISG jugak ade bgtau dee. guru kelas anaknya yg Level 5 ada master dan planning for pHD pulak.. Dan yg pasti semua guru2 ni adalah american teacher dan bukan cikgu dr Philipine or Pakistan..

Akhirnya keluarla result.. memula keluar result JIS.. Alhamdulillah..aesya dan umar lepas placement test dan mendapat tempat di JIS…Ya Allah.. umar memang kene latih tubi dengan dee gila2 okeh.. ibu memang garang nak.. bab belajar ibu memang kene garang.. ibu nak yg terbaik utk awak.. so, bila dah dapat tu memang dee lega sgt.. sekurangnya kalau x dapat ISG, JIS dah menanti.. result dapat through sms dan emel.. ada yg dapat result lambat.. xpe..sabar.. jgn ingat x dapat dah.. Follow up dengan sekolah ok.. Kalau x dapat boleh buat rayuan..

Keluar pula result ISG utk aesya.. alhamdulillah..aesya pn berjaya.. ibu like.. amazingnya.. anak aku punyala malu nk cakap boleh dpt jugak !!! n utk umar nye result ISG lambat br dapat tau.. Umar x dapat.. die lulus cuma under waiting list.. Waiting list ni memang 70-30 je.. 30% je yg dpt.. Dee memang sedih.. abahnya buat rayuan.. since aesya dah dpt ISG, kita mohon spy umar pn dpt sekolah yg sama jugak.. kelebihan tu ade pd kita sebab adik dah dapat n dh register uk masuk ISG, tp ada jugak kes yg walaupun adik or abg kakak dapat..adik beradik yg lainnya still x dapat masuk.. pihak sekolah suruh tunggu sampai bukak sekolah utk bg keputusan..

Semalam abahnya kol dee.. jrg abg die kol dee tengahari waktu saudi.. dee dah agak..ni mesti result isg.. betul tekaan dee.. Shukur alhamdulillah.. umar berjaya 🙂 Sebenarnya, dee dh get ready, kalau umar x dapat ISG, dee akan sekolahkan umar n aesya asing2..memang mencabar dr segi pengurusan n cuti sekolah.. tp sayang nak lepaskan aesya yg dh dapat tempat kat isg.. allah makbulkan doa kami, harapnya ini yg terbaik utk anak2 dee..

InshaAllah, lepas ni dee akan sharing lebih banyak lagi cerita pddkan anak2 di ISG .

 

The End

 

 

 

 

 

Kenangan Umrah Hamili 2016

Alhamdulillah, tak terkata nikmat yang Allah bagi untuk Dee tahun ni. Benar, penghijrahan itu memang perit dan sukar, tapi kebaikan yg kami perolehi itu, sukar nak digambarkan dengan kata kata. Benarlah kata2 Allah, sesudah diberikan ujian itu, pasti ada kesenangan yang diperolehi.. Bersabarlah…

Pada hujung April yang lalu, kami sekali lagi berpeluang mengerjakan Umrah di sini. Peluang apabila Mak n Ayah mertua datang ke sini, kami sambut dengan membawa mereka menunaikan Umrah. Apalah lagi kegembiraan terbaik  yg mampu kami berikan selain daripada membawa mereka mengerjakan umrah bersama anak menantu dan cucu-cucu kesayangan.. Shukur sekali lagi kami panjatkan kepada Allah swt atas kesempatan, peluang dan rezeki yang Kau berikan ini.

Kami bermalam di Riyadh sebelum bertolak ke Taif utk Miqat di Qarnul Manazil. Kali ni, kami konvoi menaiki kenderaan bersama Keluarga Helmi dan Juzie.. Rasanya trip kali ni, memang Umar dan Aesya seronok sangat, sebab dapat pergi Kaabah dengan Hakim dan Baby Husna sekali..Tapi rasanya, kami jugakla yg pening nak melayan akan keterujaan kanak2 ni nak berkawan n bermain macam diorang ade kat Jubail.. Haha…

Umrah Hamili adalah diluar jangka.. Dee sembang dengan Juzie…Kalau kita kat Malaysia, mesti kita tak berpeluang nak gi Umrah masa mengandung kan.. Sesuatu yang agak mustahil utk dilakukan.. Tapi, itulah rezeki kami, dapat buat Umrah masa mengandung.. Bertuahnya anak dalam perut ni, dalam perut ibu lagi, ibu dah bawak kamu keliling kaabah, dalam perut ibu lagi, ibu dah bawak kamu lengkapkan rukun Umrah..

Malam tu, abang toyyib temankan dee n juzie selesaikan Umrah.. Mula2, dia bawak mak ayah selesaikan Umrah dulu.. balik rehat kejap terus bawak Dee n juzie yg join sekali utk selesaikan umrah Mak Yong. Semoga Allah memberkatimu bang…Pusingan pertama tawaf di dataran kaabah agak mencabar.. Rasanya dee n juzie dah terlambung n terbuai dek gelombang manusia yang luar biasa juga ramainya pada malam tu.. Kami mulakan umrah sekitar jam 1.30 pagi. Mungkin sebab keesokan harinya, Saudi cuti..ditambah pula dengan kehadiran jemaah2 umrah yang baru tiba pada malam tu menyebabkan kami rasa kami ni tengah buat tawaf Haji. Macam tu juga semasa Saie.. MashaAllah..luar biasa ramainya..

Selepas termasuk dalam lingkaran padat pada pusingan pertama, suami dee cepat2 tarik Dee keluar.. Pusingan kedua dan seterusnya kami tawaf di luar kawasan Maqam Ibrahim. Inilah kali pertama dee tawaf di dataran kaabah yg telah luas apabila mataf tidak lagi digunakan. Kerja2 pembukaan binaan mataf hanya tinggal sedkit sahaja lagi.. Keadaan dataran kaabah dah hampir sama seperti masa mula2 dee mengerjakan Umrah pada tahun 2010. Cuma kali ini lebih lapang dan luas seluasnya. Alhamdulillah, selesai juga Umrah kami malam itu, pada waktu menjelang hampir Subuh..

Shukur juga kami panjatkan, kerana merasai pengalaman bertawaf di mataf bertingkat yang telah menjadi sejarah dalam projek perluasana Masjidil Haram.

IMG_0410
Apabila mataf dibuka, kawasan dataran menjadi lapang selapangnya.. Ramai yang mengambil peluang untuk lepak ibadah di kawasan dataran ini. Gambar selepas waktu asar. Mereka sedang menunggu untuk waktu maghrib dan berbuka puasa. 
IMG_0409
Hanya sedikit sahaja lagi binaan mataf bertingkat yang tinggal pada waktu ini.
IMG_0405
Pandangan jauh baki mataf yang tinggal sebelum dibuka

Esoknya, lepas Zohor di bawak anak dara Dee,  Zara Aesya Hamra masuk ke Masjidil Haram.. Kali ni Dee banyak duk bilik jaga budak2.. Bagi peluang kat atok n embah memanfaatkan waktu mereka di masjid..Malam tu, aesya dah buat muka sedih.. Adik nak pergi kaabah.. Adik nak pusing kaabah.. Sian Dee dengan die bila dia cakap macam tu. Lepas Zohor tu, dee cuba tunaikan hasrat hatinya. Bila dah masuk dataran tu, dee terus niat utk tawaf sunat.. Mula2 Dee plan nak buat satu atau 2 round shj.. Nanti malam sambung lagi dengan abahnya dan Umar.. Rupanya anak daraku excited dapat pusing kaabah.. Dalam keadaan yg agak panas, dataran kaabah seperti kebiasaannya akan kurang sedikit bilangan manusia.. Sambil dee bercerita melayan dia, sambil ajar dia berdoa dan berzikir, banyak juga tangan2 yg mengusap kepala Aesya.. Ibu cakap, uncle, unty n atok tu semua doakan adik kuat n jadi anak yg solehah… Ada juga yang basahkan kepala Aesya sedikit  dengan air utk mengelakkan kepanasan… Akhirnya habis 5 pusingan.. 2 pusingan lagi kami habiskan lepas solat Asar..

MashaAllah, kuatnya anak ibu.. Bersemangat betul die bertawaf kali ni.. Tak mengadu penat dan panas.. Adik kuat katanya.. 6 Pack !!! Well Done Zara Aesya Hamra.. Nak jadi kakak kan.. mestila cepat2 matang…

IMG_0401
Posing selepas habis tawaf 7 pusingan. 
IMG_0404
Kami berada di lingkaran tawaf yg paling jauh dari kaabah.. Orang banyak duduk santai di situ.. Dapatla kami selfie anak beranak… Nanti kita datang lagi dengan Baby dalam perut ibu pulak.. InshaAllah…

Seterusnya adalah misi mencari Ayam Goreng Al Baik kerana mak yong Dee mengidam lama dah nak makan ayam goreng tu.. Kat JUbail ni xde tau.. Die belah2 Madinah n Mekah tu adela.. Utk orang Malaysia yg nak rasa ayam goreng Al Baik ini, inshaAllah Al Baik akan membuka operasinya di Malaysia.. Lagi sedap dari KFC katanya..

Sementara tu, sapa yang datang sini boleh cari Ayam Goreng fames saudi ni Hayatt Regency Hotell punya komersial building.. Ade di tingkat 3 bahagian Food Court.. Jom layan gambar..

IMG_0420
Kami pergi lepas maghrib masa ni.. Logo nya gambar Cik Ayam pakai topi.. Dari jauh dee nampak orang dah BERSUSUN…
IMG_0419
Tak sabar tunggu kat kaunter..
IMG_0418
Tu dia…Women section, kaunter banyak bukak.. semua full orang beratur.. Tapi servisnya mantoppp.. Pantas sekali…Misi tercapai, mak yong dapatla merasa Al Baik…

Esoknya, kami balik.. Kali ni xde berhenti bermalam. Direct. Masa ni la paling mencabar kut.. Perut ni keras sokmo.. Agaknya sebab dah x tahan sangat, badan dah terlampu penat, Dee pun muntah muntah selepas Riyadh.. Time mabuk pun dee x muntah macam tu.. Gitula penangannya travel 16 jam dr mekah nak balik ke Jubail.. Ke lebih 16 jam.. Hahaha… Pengalaman yg x akan kulupakan…

IMG_0431
Alhamdulillah.. Selesai Umrah atok embah bersama anak menantu dan cucu-cucu. 

 

Filem Lama Gurindam Jiwa

Malam kelmarin sebelum tido abang toyyib layan lagu gurindam jiwa.. “Eh eh abang ni.. Nak tido pun dengar lagu gurindam jiwa.. ” Bebel deee… “Ye la, nanti u balik msia memalam abg dengar lagu ni la…”  ” Ceh… Takde maknanye bang.. Abang,  janganla dengar lagu ni, abang pernah tengok x citer ni?  Citer ni ending die sedih tau… Taknaklah nyanyi… ibu takuttt…. ”

“Abang tak layan citer Nordin Ahmad ni.. balas abg toyyib … Kenapa? Dee tanya.. Sebab Die hensem n sore sedap.. U jeles kan… Bukan… sebab citer2 die serius..citer berat.. Abang nengok P Ramlee yg lawak2 je..

Hemmmh… ye lah…

Dee pun g amik handphone, bukak youtube.. dah lama x tengok citer Gurindam Jiwa.. Dulu zaman kecik2 je tengok kat TV 14 inchi. Mak Siti pun suke dodoikan adik2 nyanyi lagu ni. Kami adik beradik membesar dengan lagu ni.. Mak Siti tu nama je anak cina.. Oii Poh Gaik la sangattt.. Tapi jiwa melayu kentalll..

Gurindam jiwa_poster

 

Filem ini arahan M. Amin yg diterbitkan pada tahun 1965 dan dibintangi oleh seniwati jelita Latifah Omar dan Hero Malaya Nordin Ahmad. Boleh dikatakan pada waktu itu, ini satu2 nya filem melayu yang tiada unsur pertarungan atau pembunuhan sebagaimana filem purba melayu yg biasa.

hqdefault (2)
Seniwati jelita Latifah Omar
hqdefault (1)
I think he is kacak.. Abang toyyib jangan jeles okeh..

Gurindam jiwa sangat istimewa kerana separuh dari dialognya adalah berupa pantun yg menjadi akar sendi filem ini. Menerusi rangkaian pantun yg dimuatkan dalam filem ini, ia mencerminkan masyarakat melayu kita yg kaya dengan susun kata bahasa yang tinggi nilainya yg dipenuhi dengan kata kias dan kata makna dalam setiap bait pantun yang dilantunkan..

Lantun gitu… kehkehkeh.. Nape dee suke citer ni? sebab dee suke pantun.. Nordin ahmad yg membawa watak Dahlan dalam cerite ni adalah seorang ahli pantun. Ahkak pun pemantun sekolah dedolu.. wakaka.. Dee pernah wakil sekolah sains muar masa pertandingan berbalas pantun di peringkat daerah Muar pada tahun 1999. Kami dapat no.2 tau.. Dee, Nurul Huda Samsudin dan Salwa Izani.. Kami jd pemantun utama masa tahun 1999 mewakili sekolah.. Lawan dengan budak2 satera sekolah2 daerah muar.

Kami budak sains kut.. Tak amik sastera okeh.. Dapat no.2 tu kire powerla.. kalah tipis je… Sempatla judge puji kami, eventho sek sains tapi cekap juga berbalas pantun.. Bayangkan kami kene jawab pantun dalam masa 2 minit on the spot.  Antara soalan pantun yg dee masih ingat  : Mengapa sang pungguk rindukan bulan? Pantun Tuan Hamba jual, saya membelinya.. Ececeh… Cam gedik je kan.. ke zaman dolu2 je rasanya.. Masa final tu, sekolah yg lawan kami, siap pakai costumes ala2 orang2 melayu dedolu.. Lelaki berbaju melayu dan bertanjak, perempuan pakai cecantik siap mekap lagi.. Kami ? baju kurung sekolah n BLAZER.. blazer pun pinjam sekolah punya.. Besar kat bahu.. Jadilah labu.. Tapi yg paling dee x leh belah, lepas habis pertandingan tu, ade bebudak lelaki usha siap bagi nombor tepon.. Idakla mak neleponnn….. :p

Sambung balik review pilemmm… So, dalam rangkap lagu Gurindam Jiwa ni, ade 2 baris pantun yg dee masih x dapat maknanya yg memuaskan hati dee. Selalunya masa travel jauh2..kami laki bini suke layan lagu2 lama P Ramlee.. Lagu Jangan Adik Angan Angan nyanyian P Ramlee dalam filem Musang Berjanggut pun dee postmortem kan lirik nya.

*Tujuh gunung lautan… lautan..  * Sembilan lautan..ala intan * Umpan ku tabur…dah makan * Ikan dah makan…

Petikan lagu jangan adik angan2..

Gigih cari makna lirik lagu okeh.. pastu mulala mereka-reka makna..pastu gelak.. Sebenarnya nak buat hilang ngantokkk… Tapi, dalam lirik lagu gurindam jiwa ni ade 2 lagi baris lagu yang sampai sekarang x dapat maknanya.. Dee dah gugel, tapi jawapannya x memuaskan hati dee..

Jom layan lirik lagu Gurindam Jiwa. Pasni pakat bukak youtube  pasang lagu gurindam jiwa. Kalau hang anak melayu, pure melayu, xkanla hang x terusik dengan lagu ini.. Maks yg anak cina ni pun boleh layan.. Inikan pula yg betui2 pure melayu..

Rangkap Satu

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu rinduan

Gurindam_Jiwa

Permulaan cerita ni adalah kegembiraan hidup suami isteri yg bahagia bersama tinggal bersama. Dahlan dan Dahlia, hidup susah senang bersama, bekerja menanam padi, membanting dan menuai pada bersama. Padi yang menjadi disimpan di dalam kepuk padi buat bekalan makanan ahli keluarga bersama ibu ayah yg telah tua. Walaupun, hidup mereka susah saban hari dengan bercucuk tanam, tetapi mereka gembira bersama. Dahlan telah memenangi pertandingan pantun yg diadakan diantara kampung2 sehinggalah dilamar oleh orang istana untuk menjadi Ahli Pantun Diraja atau sasterwawan Negara.

Rangkap 2

Anak cina pasang lukah

Lukah di pasang di tanjung jati

Di dalam hati tidak ku lupa

Sebagai rambut bersimpul mati

hqdefault
Saat Dahlia membantu suaminya menyiapkan rangkap2 dalam Gurindam Jiwa. Taching okeh..

Dahlia menyokong keputusan suaminya untuk mencuba nasib menjadi Ahli Pantun Diraja. Maka berangkatlah Dahlan mengikut pegawai istana bagi mencuba nasib. Tuah Dahlan berpihak padanya apabila Sultan sukakan Dahlan yang bijak dan petah berbalas pantun.. Maka dilantiklah Dahlan menjadi Sasterawan Negara, yang mana Dahlan tidak boleh bergaul dengan orang biasa dan meninggalkan kehidupan kampung. Dia juga dilarang untuk mengirim berita kepada keluarga di kampung. Dahlia pula di kampung, meneruskan kehidupan menjaga kedua orang tua Dahlan dengan sisa kudrat yang ada membanting tulang demi mencari sesuap makanan. Dia masih percaya yang Dahlan takkan melupakan dia dan kedua ibu bapanya…..

Rangkap 3

Batang selasih permainan budak

Daun sehelai di makan kuda

Bercerai kasih bertalak tidak

Seribu tahun kembali juga

images
Dahlan kawin lagi.. Abang toyyib jangan buat gini yer.. Aii is tak rela… 

Saban malam, Dahlia merindui suaminya yang jauh tanpa kabar berita. Musim berganti musim, namun berita yang diharap tidak kunjung tiba.   Tanamannya tidak menjadi,  padi yang disimpan tinggal sedikit sahaja dan tidak cukup untuk menampung keperluan makanan mereka sekeluarga.  Dahlia seorang isteri yang setia dan baik hati. Keperluan kedua mertuanya tidak pernah  dia kurangi malah sentiasa dilebihkan melebihi keperluannya sendiri. Manakala Dahlan hidup mewah di istana sehingga dilamar untuk menjadi menantu kepada Dato Bendahara supaya dinikahkan dengan anak gadisnya Melati.  Dahlan diberi kata dua untuk menerima tawaran tersebut. Sekiranya dia menolak, kelak buruk padahnya. Akhirnya, Dahlan terpaksa menerima lamaran Dato Bendahara untuk memperisterikan Melati.. Di kampung, kedua ibu bapa Dahlan pula  telah meninggal dunia dan tinggalah Dahlia  keseorangan merana menanggung rindu membuka kembali naskah tulisan lagu Gurindam Jiwa yg menjadi nukilan mereka berdua suami isteri satu masa dahulu..

Rangkap 4

Burung merpati terbang seribu

Hinggap seekor di tengah laman

Hendak mati di hujung kuku

Hendak berkubur di tapak tangan

Akhirnya Dahlia membuat keputusan untuk mengembara mencari suaminya kerana tidak tahan menanggung rindu berbekalkan perasaan kasih yang mendalam ke atas suaminya. Dua rangkap terakhir inilah yang masih tidak dapat dee koreksi maknanya.. Ape maksudnya hendak mati di hujung kuku. Dee fikir, kalau dee mati, biarlah abang toyyib yg mandikan jenazah dee .. Dan lepas tu, biarlah dia yg bawa dee ke liang lahad.. Ituke maknanya berkubur di tapak tangan??? Lama jugak dee nak dapat fikir mcm apa yg dee tulis tu. Abang toyyib lagila lemah bab sastera ni.. Tak leh wat kawan nak berdebat makna tersirat rangkap pantun.. Kebanyakan lagu, semua dee yg post mortemkan.. Die suke nyanyi je..Hehe.. Sekarang ni tengah layan lagu2 Dato’ S.M Salim.. Ish ish ish.. abang toyyib abang toyyib…

Rangkap 5

Kalau tuan mudik ke hulu

Carikan saya bunga kemboja

Kalau Tuan mati dahulu

Nantikan saya di pintu syurga

Bila Dahlia dapat tahu Dahlan  berkahwin lagi, maka hancur luluhla hatinya. Suami yang dicintainya telah pun beristeri lagi.  Dia mengambil keputusan untuk membunuh diri (This part memang against dengan agama islam.  NOT GOOD.

Apa pula yg terjadi pada Dahlan? Kene tengok sendiri !!!! Takpun tanya mak2 korang ingat lagi x citer ni.. Ape ending nya..

Penulis Lirik : Almarhum Hamzah Hussien

Ciptaan : Almarhum Pak Wandly Yazid

LAST BUT NOT LEASE

 

..

Kalau condition nya begini ????

KAU MAMPU ???

IMG_0426
Bukan calang2 wanita yang mampu…

Sayangilah isterimu..

IMG_1643
THEREFORE , LOVE IS SACRIFICE….

 

THE END

Kisah HAMILI di Raudhah & Ziarah Badar

Since my parents in law dtg sini.. Kami memang dah plan nak bawak mak ayah utk ziarah madinah dan mengerjakan umrah.. Diorang datang pertengahan Mac yg lepas.. Datang bawak macam2.. Termasukla Yong Tau Foo Flat Penara Hari Jumaat yg sedap tu.. Alhamdulillah merasa makan YTF situ.. Yang paling happy bila mak ayah dtg ni opkos la Umar dan Aesya.   Kat sekolah pun bawak citer atok nak datang.. Bila dah sampai tu, ibu memang campak ke tepi la.. semua nak dengan atok n embah.. Dee pn tambah sihat dan lebih semangat.. Ye lah, ade kawan kat umah.. bleh borak2 sementara waktu anak g sekolah.. gilir2 masak dengan embah.. lauk yg teringin MIL masak semua dah dapat.. Satu je lagi tinggai.. sambal tumis petai.. Mudah mudahan dapat jumpa petai nanti.. Ade tu.. x rajin je nak ke sana nak membelinya.. Pasni kan, LULU mesti jual petai jgk.. Hahaha..

So, minggu tu, kami pun bawak PIL go ziarah Madinah.. Lepas diorang rehat dalam 2/3 hari, baru kami ke Madinah.. amik kesempatan anak2 Spring Holiday.. Pergi naik kereta.. Tu pun x direct terus sampai Madinah. Berhenti makan kat Riyadh, n sambung sikit perjalanan ke BURAIDAH . Bermalam di sana semalam dan esoknya pepagi sambung semula perjalanan ke Madinah.

Kami gerak terus ke lokasi perang Badar, sekitar 1-2 jam dari Madinah. Check in Hotel pn petang, maka kami amik kesempatan tu ke sana.. Tapi, sayangnya.. tempat tu tutup pada hari Jumaat. Memang xde rezki kami nak masuk lokasinya.. dapat bergambar di luar kawasan tu n enjoyla scenary gunung ganang otw pergi dan balik dari sana..

IMG_0059
Highway Madinah Badar. Badar jauh jugak dari Madinah. Hampir 2 jam perjalanan dr Madinah..  Macam mana la nabi kita saw dan para sahabat bergerak ke Badar untuk berperang menentang tentera musyrikin yg pada masa itu jumlahnya 1000 orang. Sedangkan muslimin yg tururt serta berperang hanyalah 313 orang. Sunnguh besar pengorbanan mereka demi agama.. 
IMG_0062
Nabi Muhammad saw berdoa bersungguh sungguh kepada Allah swt memohon supaya diberikan kemenangan kepada tentera Islam sehingga terjatuh kain selendang yg dipakainya.. Memandangkan tentera Islam pd waktu itu, tidak mempunyai senjata yg cukup dan ampuh untuk melawan tentera musyrikin Mekah. Sehingga diceritakan, ada antara sahabat2 yg berjuang menggunakan pelepah tamar dalam perang tersebut… Atas doa rasululullah saw, Allah mengirimkan malaikat2 bagi membantu umat islam utk menang pd hari tersebut.. NUN, disebalik tembok2 kukuh itu, tempat yg menjadi sejarah kemenangan pertama umat islam terhadap tentera musyrikin Mekah. 
IMG_0065
Di mercu tanda batu di sebelah kanan gambar ini, terukirnya nama sahabat2 yg shahid dalam Perang Badar ini. Dek kerana pengorbanan mereka demi agama, kita dapat mengecap nikmat Islam pada hari ini. 
IMG_0064
Dan inilah gambar sekitar perkampungan Badar. Ada yg dee nampak, bekas tinggalan rumah2 lama disitu kebanyakannya dibuat daripada pelepah2 tamar dan lumpur yg menjadi simennya.. Begitulah juga sejarah pembinaan masjid nabawi. Pada mula ia dibina menggunakan pelepah2 tamar atas semangat kaum MUhajirin dan Ansar..
IMG_0082
Ini adalah gambaran pereka grafik bagaimana rupanya masjid nabawi seawal pembinaannya. Gambar ni dapat masa dee singgah ke satu galeri sejarah di sebelah masjid Quba. Dikatakan di lokasi galeri inilah, tempat di mana, rasululullah saw kehilangan cincinnya di sebuah telaga yg terdapat di situ. Dah 3/4x kami ke Masjid Quba.. Tapi baru sekali ni kami perasan ade galeri ni.. Sangat berinformasi n dee suke sangat masuk n enjoy baca sejarah dalam ilustrasi grafik yg memudahkan di situ..
IMG_0083
Sejarah Mimbar Nabi
IMG_0084
Untuk dijadikan panduan..
IMG_0085
Heavens Garden
IMG_0086
Madinah Munawwarah, Kota suci umat Islam Kedua yg penuh ketenangan..

Kami sampai hotel sekitar jam 6 petang. Kali ni kami sewa hotel apartment di Majedic Arac Suites. Takde breakfast.. So, memang bawakla periuk nasi bagai.. Alhamdulillah..bilik hotel yg selesa. Minta 2 bilik, hotel bagi 3 bilik with 3 attached bathroom.. Rendang daging podeh mak siti import from msia menjadi juadah pembuka selera dee.. Layan makan dgn nasi putih pepanas pun sodap..

Malam tu dalam 9.30 pm, dee bawak mil ke raudhah.. Neves jugak nk g berasak asak kan.. Dengan keadaan kita yg mengandung ni. Dee tawakalla.. nak bawak mil masuk.. semoga allah mudahkan..itu yg dee niatkan.. Orang mcm biasa ramai.. Jalanla mak yong terketek ketek g masjid.. Dah masuk kawasan menunggu dee terus ajak mak duduk. Kami join je grup2 yg dh duduk kat situ.. Lepas solat kat belakang, dee bawak mak ke depan.. Perut masa tu dah keras.. Dari 4 bulan lg dah kuat mengeras.. Stamina mengandung kali ni sgtla LOW.. duk rumah bape banyak sgtla berjalan kalau nak compare time keje.. nak g tingkat 1, gagah lagi dee panjat tangga kat opis tu.. KUAT rasanya time mengandung dulu2.. sekrg ni jalan 200meter pn dah lemau..

Dee capai quran n mengaji sambil duduk2 kat situ.. Rupanya kami dikelilingi grup TURKEY.. sambil ngaji dee tegakkan badan, pegang n gosok2 perut.. serius keras perut maks.. Tiba2 dee dicuit oleh perempuan turkey lebih kurang sebaya mil yg duduk sebelah dee. HAMILI ? Dee senyum dan anggukan kepala.. Kemudian dia cakap dengan sorang lagi perempuan sebaya dia dan seorang lg yg agak muda. Yg muda tu tanya dee dari mana.. MALAYSIA.. Ringkas dee jawab.. Kami bertukar senyuman.. Diorang mula interview dee.. anak no berapa.. tanya mil siapa.. n lastly die cakap, nak masuk raudhah bahaya.. HAMILI.. dalam sangat crowded.. dee senyum dan jawab InshaAllah..

Sekejap lagi die cuit dee lagi.. Kali ni suruh dee makan roti dengan jem strawbery.. Dee layan je.. Orang memberi kita merasa..  Rezeki sebelum masuk raudhah.. Lepas tu die suruh dee minum air plak.. Allah Ya Allah.. Baiknya 3 beranak turkey ni… Bila giliran kami sampai, grup kami pun disuruh bangun utk bersedia memasuki ruang raudhah.. Perempuan turkey yg agak tua tu cakap dengan dee dlm bhs turkey, sure dee x faham.. Tapi dari gaya dia cakap, die suruh dee n mil ikut die.. n die suruh lagi 2 orang tu berdiri keliling dee supaya org tak rempuh dee.. Masa tu, dee rasa nak nangis dah.. Korang tau sebabnya kan..

Maka, bermulalah episod HAMILI di raudhah..Diorang bertiga jaga dee supaya x kene rempuh dengan org sebangsa die yg kita sedia maklum besar2 badannya.. HAMILI HAMILI, diorang cakap setiap kali ade yg datang menolak.. Menangis jugak dee, Allah kirim 3 anak beranak turkey utk mudahkan dee dan mil. Sampai satu ketika bila dah masuk raudhah, diorang kepungkan tempat solat spy dee n mil dapat solat kat situ.. Shukur Alhamdulillah.. Jika kita berbaik sangka dengan Allah, dengan niat yg baik, pasti ada ruang dan cara allah lapangkan kita utk sujud padaNya..

Selesai solat, diorang iring pulak dee utk keluar.. Keluar je dari carpet hijau, kami berpelukan.. menangis keshukuran.. Syukran je yg mampu dee ucapkan.. Makcik Turkey tu peluk n cium dee..suruh dee doakan anak dia pun dapat hamil juga… Sempat dia hadiahkan selendang pashmina Turkey yg sedang dipakainya untuk Dee… Alhamdulillah..

Jom Mak kita balik, esok ade rezeki kita datang lagi…

Made in Saudi Satu.. Mimpi jadi kenyataan…

Marhaba.. lama sungguh dee x menulis.. Baru hari ni kekuatan tu muncul. Terus amik cik mac, charge n mulakan menulis.. Ade beberapa post yg pending utk dee tulis.. tapi, dee dulukan post made in saudi ni satu.. Sebabnye, dee rase bertarung sangat nak lepaskan fasa trimester pertama selepas kejadian made in saudi SATU ni..

BENAR, made in saudi satu dah berjaya. Rupanya, bukan calang2 hebat cabarannya. Senang je mulut berkata kata. Sebelum dee fly ke sini, selamba je cakap..ok, nanti bolehla made in saudi satu kat jubail nanti… nak ANAK ARAB… Sekali, bila Allah dah bagi.. rasanya kalau boleh x nak mengandung di perantauan lagi.. Apepun, dee shukur sangat sebab dah dapt melepasi trimester pertama kehamilan di bumi bertuah ini…

Itulah sebabnya dee lama x menulis. Dee mengandung.. Masa entry kereta abang toyyib hilang tu dee dah disahkan mengandung.. Tu la memalam abg toyyib sanggup bawak g makan nasi ayam penyet sampai kete kene towing.. Pengalaman la..kete kene towing kat Khobar tengah musim sejuk..

Sesungguhnya Allah itu sebaik baik perancang.. Memang pada mulanya dee xde plan nak mengandung lagi.. Ingatkan dee nak cuba buat haji suami isteri tahun ni.. Rupanya Allah nak bagi kami rezeki lain.. Dalam diam abang toyyib berdoa bersungguh sungguh untuk mohon dikurniakan rezeki anak.. Aesya dah nak masuk 4 tahun bila baby ni lahir.. Dah lama abg toyyib mintak nk baby.. Mungkin Dee yg belum bersedia lagi.. Akhirnya, Allah makbulkan juga doa abahnya semasa umrah slps musim haji yg lepas.. Alhamdulillah…

Bila kita x jangka nak mengandung, memangla x perasan tanda2 awal kehamilan tu.. Ingatkan x sihat biasa2 je.. Sebabnya, dengan abg toyyib sekali mabuk2 awal2 tu.. Kami ingat peralihan musim, masing2 rasa x sihat..Rupanya dah berisi.. Gitulah abg toyyib.. setiap kali bininya mengandung, mesti die akan rasa loya dan muntah.. Bila dee check, rupanya bukan 1/2 hari lewat.. dah 10 hari lewat..Dah 5 weeks ++ pun..

Haaa…amik kau.. masa tu memang rase longlai la.. makan x lalu.. nak2 pulak dah nak balik Msia… dah bersusun menu makanan msia kat dalam kepala.. Bila balik msia, menu yg disusun nak makan tu, xdela dapat makan semuanya.. Sibuk plak dengan renovate dapur kat rumah.. Maka dapur pn x berasap sgt.. Cuma makan kat jogja je la yg puas..

Balik ke Jubail, kami g jalan Oman plak..masa tu memang dh sejuk sgt kat sini.. Pergi Oman, cuaca macam kat Msia.. serius dee x mabuk masa kat Msia.. Kat Oman pun sama.. Cuaca panas kut.. Lepas balik Oman, maka bermula episode suke duke mengandung di perantauan..

p/s : ni catatan pengalaman, gambar pn xde sangat.. kalau boring usahla baca…

Dee ingat lagi minggu pertama lepas balik dr Oman.. Lepas mandi tu, tetibe dee rase sayu sangat.. Perut lapar..sejuk kut kat sini.. Angin masuk perut sokmola kat sini.. Makan kurang, selera xde nak makan.. nak masak pn x larat..bukan je x larat, xla pandai masak sgt pun.. Maka berjuraian lah air mata.. Menangisla dee semahunya.. Apabila terkenangkan chicken chop black paper kat simpang depan umah kat msia.. Ya Allah, gitu rasanya bile teringin sgt nak makan n tau benda yg nak makan tu xkan dapat sekelip mata.. Kalau kat msia, surely dee dah start enjin g beli sendiri kennnn…. Dee bukan jenis yg mengandung nak mengidam makan macam2.. anak2 yg lepas pun biasa2 je.. Kat sini pun, mengidam nak makannya pun biasa2 aja.. Cuma sedih tu, pilu benar rasanya sebab tau, benda yg kita nak makan tu jauh beribu batu..

Bila dah pilu tu… Abang toyyib kenala pujuk kan.. Maks dah nangeh gitu… Die bawak g makan kat Food Rockers.. Makanla beefstick.. mahalnya usahla cakap.. tp still x dapat menepati tekak yg nk makan ni.. Kat sini mana ade black pepper sauce.. gravy licious mcm kat msia tu.. semua x pedas.. Ku pujuk rasa hati..jangan ikutkan hati sangat diyana.. Inilah namanya pengalaman hidup..mengandung di perantauan..

A fews weeks later, gang dee pakat nak buat makan2.. boleh diorang tanya dee.. ade teringin nak makan ape2 tak.. TERHARU mak noks.. sahabat2 adalah spt ahli keluarga di sini.. ukhwah kami sangat kuat.. saling menyokong dan meneguhkan.. itulah adat hidup di perantauan. Sentiasalah bersikap rendah diri dan saling menghormati.. InshaAllah kita akan disenangi dan disayangi..

Tak tunggu tarikh makan2 pun.. Rupanya, kawan2 dee ni dah pakat2 nak masak utk dee.. Petang tu, abang toyyib dapat call dr Uncle Red, “Bini aku ade bagi makanan kat bini ko ni.. ” Bila sampai kat dee, n bukak je dah bau aroma chicken chop black paper versi msia.. siap ade broccoli kukus lagi.. Masa tu, air mata ini sekali lagi berlinangan. Gembira sangat dan terharu sangat, sebab Kak Jas, Pah n Juzie sudi masakkan utk dee.. Kuah black pepper sauce tu sebijik mcm yg dee nak.. Suapan pertama dan seterusnya makan dengan linangan air mata. Tengah makan call pulak Kak Jas, ucap terima kasih x terhngga sebab dee dapat makan sedap.. macam ape yg dee nak.. Shukur sangat.. Geleng kepala abg toyyib tengok dee..x dapat makan nanges, dapat makan pun dee nangis.. Agagaga….

Lepas2 tu, ramai lagi sahabat sini yg masakkan utk Dee.. Kak Gee jiranku yg baik hati.. masakkan RICE TO WEDNESDAY.. (nasi kerabu ko).. aku baru tau.. Kak Milah kakak kawasan buatkan laksa mabeles.. akin bagi dee egg tart..pah masakkan lauk tempoyak, madihah dengan mee udangnya.. geng2 dee yg sama2 mengandung juzie n dihah, sama2 ingat mengingati antara kami.. Kalau dee masak lebih lauk hari tu, hantar bagi kat dihah, esok2 bg pula kat juzie.. Kadang org mengandung ni, bukan selera sangat makan lauk sendiri.. Lauk orang jugak yg die nak mintak.. Bila dapat tu, heavennya rasa.. Tak yah masak.. Haha

Sekarang ni dah lepas trimester pertama.. Lega sangat… Dee ni bukanla jenis yg muntah belilah bak kata org.. Mabuk n loya tu sikit2 je.. Cuma kat sini, HB rendah.. so kat rumah kalau x gi kelas tu, dee baring je la.. bila bangun wat keje sangat rasa nak pitam je.. pening n nak muntah.. Lagi satu nak kabar, kat sini supplement kurang sangat.. farmasi besar bersepah sepah..tapi jual vitaminnya adela satu shelf je..lebih kepada ubat2 prescription dokter. Yg kita ni kalau nandung, makan spirulina, minyak ikan, n mcm2 lagi.. Seb baik mak mertua dee dtg, bolehla dee pesan vitamin2 yg biasa dee makan bawak dtg sini..Sebeban bawak mai sini vitamin, barula rasa bertenaga nk buat kerja.. barula xde rase nak pitam.. barula mcm2 nak buat.. barulah, blog ku ini nak panas semula.. Misi seterusnya adalah nak buat set sarung bantal baby n baju raya aesya.. Tunggu kakakku post kain ke sini pula..

Pengalaman cek perut di sini…

Ok, Dee rasa pengalaman ni x boleh dijadikan sandaran..sebab ni baru kali pertama.. n mungkin nasib dee x berapa baik hari tu.. Kat sini, expat memang x boleh pergi local hospitals.. Bertuah pendatang kat Malaysia.. boleh lagi masuk bersalin kat hsptl kerajaan hatta 3rd class.. aii pn bersalin kat hspital klang tu masuk ward 3rd class ngko.. Kat sini semua pendatang kene g hospital private.. Shukurlah company cover semua..kalau x, x mau org msia dtg keje sini kalau nak ditambahkan dengan bil2 hsptl yg tinggi..

So, dalam bebanyak hospital private yg fofuler n trusted kat sini adalah Mowasat. AlMana Hospital, katanya bagus juga..cuma hospital lama.. Maka, first checkup tu dee g mowasatla since ramai msian yg checkup dan bersalin kat situ.. Mungkin sebab dee dtg lewat, masa tu dah jam 10.30 pagi br dee sampai.. Org x banyak mana, tp menunggunya lama.. Result darah n urine test nya esok br dapat.. Dee nak scan perut pun die xnak buat dah.. sebab dah 11.30am.. dah nak dekat waktu rehat..staff situ suruh dee dtg esok je.. Dengan x friendly nye die halau kite balik.. padahal dokter tu boleh je nak scan lagi.. staff yg x bagi, Boleh?

Mana2 pun dee pergi, basically system kat saudi dh established. Cuma etika kerja je yg x bape nak established.. Peralatan hospital semua dah canggih, tapi, apalah semua tu jika nak dibandingkan dengan sikap dan budaya kerja sambil lewa mereka.. Sampai masa balik dr hospital tu, dee plak yg rasa stress.. Kalau dee g checkup kat Klinik Kesihatan (KK )Kg Medan, Telok panglima Garang pun dee rasa lagi cepat.. Hebat lagi sistem n ketangkasan bekerja nurse2 kita kat klnk kerajaan.. Bagus lagi nurse2 dan kakitangan awam yg bekerja di hospital dan KK kat Msia..Kalau ade serba sedikit kelemahan tu, jangan kondem melampau lampau..biarlah membina dan buatlah aduan ikut saluran yg betul, supaya mereka boleh menambahbaik kekurangan yg Tuan2 dan Puan2 lihat.. 

Serius cakap, Senang cakap.. Bershukurla sangat kita kat Msia.. Kalau jadi pendatang mcm kami, taula.. hahaha..

Yg dee nak puji mowasat ni adalah mesin scannya yg canggih itu.. seketul2 nampak baby.. besar sgt nampaknya..padahal baru 4 bulan.. tulang belakang cantik je tersusun.. baby gerak2.. n yg paling mengujakan… dokter dah bgtau dee baby ni girl ke boy.. Huaaa.. dah nak nangis dee.. ingatkan nampak heart beep je..xdela ajak abg toyyib masuk masa scan tu..sekali, terang benderang nampak.. So, lepas scan tu, kita mainla teka teki dengan abg toyyib.. Abang2, cube teka baby ni girl ke boy? Terkulat kulat bang toyyib dapat soklan dr minik.. Tak percaya die.. Xkan dah boleh nampak.. Haaa..gitew la.. Lepas dah tahu jantina baby, terus dah nampak hala tuju.. Nama pun dah ade..

IMG_9624
Assalamualaikum anak ibu.. Masa ni awak 13 minggu 5 hari.
IMG_9625
Ibu dah nampak jantina awak.. Shukur sangat Allah kurniakan awak pada ibu, abah, abang umar dan kakak aesya.. Kami semua x sabar nk jumpa awak… 

Excited ibu die.. Ibu mana la yg x happy kan.. Walaupun berat x naik, makan x banyak mana, selera nak makan terhad dan terbatas, ibu tetap redha.. yg penting anak dalam perut ibu ni sihat… Selalu ingatkan diri, jangan ikutkan hati, bawak sedar2lah..awak tu mengandung di perantauan.. Tak seindah mengandung di Malaysia..

IMG_0100
Ni gambar first baby bump ibu masa mengandungkan awak.. Masa ni away dah 20 weeks.. Baru nak nampak perut ibu awak.. Yang penting away sihat ye nak.. We love u so much…

Apepun, dee respect ibu2 yg berjaya mengharung mengandung dan bersalin kat sini. Bukan sorang je made n saudi.. 2/3 pun ada.. Dee plak akan balik Msia untuk bersalin.. MADE je in saudi.. InshaAllah.. BORN in Malaysia..

The End.

Seterusnya adalah kisah HAMILI di Raudhah, Madinah Munawwarah..

 

 

 

 

 

 

 

Cuti-Cuti Keluarga di Jogja 21-24 Disember 2015

Sampai jugak hajat kami nak bawak parents memasing gi jalan sesama.. Dapatla diorang spent masa dengan anak cucu sepenuhnya. Puasla tok misai n tok remey , embah n mak wannya melayan cucu2. Puasla diorang main dengan cucu sambil2 jalan2 n makan2 kat tempat orang.

Plan nya dah lama.. Tapi dah nak balik msia barula kami laki bini finalkan plan ni. Tiket dr pergi balik KUL-Jogja dapat RM300 sekepala sampai jadi dekat RM400 sekepala.. Abahnya cakap, proceed je ibu.. I follow je.. Dee uruskan tempahan tiket, booking hotel dan supirnya..

Kenapa Jogja? sebab dekat, makanannya pun tekak kita org melayu, masa penerbangannya x lama, tempatnya wisata, bukan sopping (syarat mandatori abahnya). Ahkak fine aje kan.. Maka, berangkatla kami ke sana pada 21-24 Disember 2015. Hadiah annibesary kami jugakla ni. Puii.. Gedik.. Sapa yg nak tau kannn..

Tujuan dee tulis catatan ni adlh sebagai panduan sesape yg ade plan nk g trip ke Jogja.. Sebelum dee pergi, dee duk baca blog orang jugak utk plan iternary lawatannya. So, dee tambah je lah, kut2 boleh jadi panduan kat org lain pulak.

Sebenarnya, jenuh jugak baca part 1 sampai part 10 trip jogja org2 yg berkongsi pengalaman. So, dalam entry ni dee nak terus highlightkan iternary kami kat sana. Dee lebih kepada nk share tempt menarik utk dilawati dan  review tempt makan yg best kat jogja ni.

Awal2 lag dee dh cakap kat bang toyyib.. Ibu x dapat shoping pun xpe, ibu nak makan sedap2 je..so kami takde bajet khusus utk makan.. makan is unlimited..bawak mak pak makan puas2 tempat sedap, tempat best2, bagi diorang merasa masuk restoran mahal..xdela abg toyyib je makan semangkuk tomyam QR100 kennn.. Sigh…

Untuk pengangkutan kat sana dee gunakan perkhidmatan TRIP JAVANESIA. Boleh contact diorang melalui FB TRIP JAVANESIA. Bosnya org muda. Pak Fajar namanya. Senang berurusan dengannya. Bagitau berapa ramai org dalam satu trip dan diorang akan cadangkan kenderaan yg sesuai utk trip tersebut. Company ni memang biasa handle pengunjung dr Msia. Memang tu kepakaran diorang. Driver2 yg bawak kami pn sempoi dan senang berbahasa melayu dengan kami. Kami dapat van macam coah.. sebab pergi 6 dewasa 2 kanak2.. sebenarnya innova pun muat.. Abang toyyib nak selesa, bagi anak die boleh tido satu kusi panjang tu kan.. So, kami amikla coach tu.. Sehari RP900,00. Masa 24 jam tau..Pukul 2/3 pagi korang nak minum kopi or ade emergency ke just call diorang.. Takde had masa sampai pukul 12mlm atau had kilometer utk satu hari.. All in pakejnya..

Thank to BFF mak wan Puan Noor Cheah. Unty noor memang keje di travel agent. So, contact die sangat2 dipercayai. Die bagi satu contact je dengan dee.. Deal terus jadi.. Mudah kerja aku..Kalau sesape nak pakej pelancongan kemana mana pun boleh contact cik noor ni. Nak contact mintak dengan dee nanti.. Servis die memang tip top.. Dari dee xtau pape handle trip sampai ke boleh urus sendiri, semuanya dengan tunjuk ajar cik Noor. Tq cik noor.. Muah Muah…

IMG_8401 (1)
Dee communicate dengan pak fajar ni pun (belakang umar) through FB je.. So die panggil dee bonda.. Bonda pun bonda lah.. Janji bukan abang toyyib..
IMG_8404 (1)
Idakle teman nak nayang gambo teman pakai ceremin gelap ni.. ni je gambar van yg ade dalam simpanan.. van nye memang luasla..aircond nye sampe belakang.. kusi empok..memang sesuaila mak bawak angkatan2 veteren ni..
IMG_8403
Dee mintak pak fajar recommend tempat yg nak pergi.. Memula dee xnk masuk borobodur.. tp akhirnya masuk jugak.. bak kate cik noor, kalau ko x masuk borobodur ni ibaratnya ko gi beijing tp x gi great wall of china.. haaa..terus insaf ko..

Dee skip pantai2 ni.. takut xle nak kawal umar nanti.. baju pn x bawak banyak.. Bukit Bintang pn dee xgi.. macam pemandangan dr atas bukit langatla.. xdela ko nampak bintang begemerlapan pun.. bintang tu pd die lampu2 di ibu kota jogja.. kita skip lah.. So, ini akhirnya tempat2 yg kami pergi.

Day 1 : Sampai airport dalam pukul 12 jugak. Dee setelkan bayaran kenderaan full hr pertama jugak.. diorang bagi invois.. Kami bagitau nak g borobodur. So makan tengahari on the way to borobodur.. Nasib kami memang baik, cuaca tak hujan petang tu. Lepas ke borobodur kami check in masuk hotel dan keluar semula utk makan malam. lepas tu kami jalan kat area Keraton untuk menaiki sepeda lampu. Memang mengujakan naik sepeda ni.. kayuh sendiri babe..

176EED19-2CBC-4C10-9FDB-7EC70F4680D8
Tiket masuk seorang RP 280,000. Kalau convert Rm, sorang je nak dekat RM 90. Tu yg buat ramai org xnak masuk.. Mahal kut.. Masa masuk ni korang akan diberikan welcome drink.. Bleh pilihla nak air ape..dee nak air mineral je..buat bekal nak panjat borobodur.. Kami amik perkhidmatan tour jugak kat sini.. Bayaran RP150,000. Puas hatila amik tour guide.. Almaklumla.. bang toyyib ni minat sejarah.. pak mentua n bapakku juga peminat sejarah..so berbaloila…
C192249B-D66C-44A9-945E-9C2FDCFE4DDF
Enter family portrait berlatar belakangkan borobodur. Borobodur ni bukan tempat pemujaan mcm prambanan yg berupa kuil. Tu yg lastnya kami masuk jugak.. Setiap ukiran dan senibina yg dibuat ade maksudnya tersendiri. Dah banyak kali diselaputi debu merapi.. Tapi atas semangat tanggung jawab sosial, penduduk setempat bekerjasama dengan unesco utk membersihkannya kerana sebenarnya di sinilah periuk nasi mereka. Sampai satu tahap, mereka terpaksa jual barang bg nak mendapat sesuap nasi.. ni pada masa borobodur ditutup utk kerja pembersihan. Lagi cepat diorang bersihkan.. Lagi cepat sumber pendapatan mereka pulih. Begitulah semangat mereka ke atas borobodur… Eh, panjang plak caption.. Laynnn je lah..
8B6DBB68-52D5-456B-9046-55502040ACB9
On the way balik dah.. bang toyyib mendukung anak. Sejawaran la sangatt. Tersenyum puas die dapat bergelumang dengan sejarah.. nyampahh.. kite sejarah A1 okeh spm.. xde pun nak fefeling sejarawan sangat !!!
832F5ED1-5658-43FE-9106-85FB8B3911B5
2 mem besau.. Satu mak wan, satu embahh.. menghela napas panjat borobodur.. Takpe mak..menantu mak yg bijak ni dah sediakan panadol n koyok.. almaklumla bawak veteren.. kene cekap buat persediaan.. Ngehehe..

P/s : Tempat makan dee akan review last sekali..

6471CE42-CFDC-4C70-AEDD-E2CCDB03C34B
Orang punyala ramai dah macam ulat.. Diorang ni rupanya cuti maulud nabi, hari natal n cuti hujung tahun.. so memang pesta bangettt.. xdela aku dapat nk posing fefeling national geographic do..
C8975BB9-F4A0-4D02-A4D2-CAA39F507D0D
Jangan tidakla.. selpie celah2 orang dengan apak aka atok remey.. Bapakku ni veteran askar melayu.. Orang melaka.. Penuh halus budi bahasa.. Tapi hati perajurit die sukar nak digugat. Berani carila pasal.. Dulu kecik2 kene sebat sokmo.. sekarang x terbuat dengan cucu dah.. bengkek je aku nengok umar mcm kaduk naik junjung okeh..sobar diyana sobarrr…
E92D4D9C-8726-4378-9148-41D298A04782
Malamnya lepas dinner kami ke alun2 selatan (area keraton) utk menaiki sepeda lampu.. ko bayangkan, rangka kereta tu diorang hias pasang lampu warna warni.. yg bestnye memasing kayuh sendiri ye.. kami naik sekali semua je.. memang mencabar ototla nak kayuh.. kayuh ye jangan x kayuh…utk yg besar bayarannya RP40K. second round ulang dengan aesya plak naik yg kecik je RP30K.. layan la..nak naik sepeda hello kitty.. penat mak kayuhh..

Day 2 : Pagi kami bertolak ke Merapi. Kami ikut merapi volcanic tour. Makan tengahari dan teruskan perjalanan ke Keraton Ngayogyakarta. Kami gi merapi dulu sebab hujung tahun ni musim hujan.. so nak elak hujan dan boleh menikmati pandangan merapi, pepagi kami dh pergi merapi dulu. Kalau ikut tentatif diorang suggest g gua pindul.. gua pindul ni tempat rekreasi air.. bleh gugel.. x sesuai dgn kami.. so kami skip.. Lepas keraton kami nak ke taman sari..sekali hujan n x boleh masuk..so ubah laluan ke tempat kerajinan kulit.. Tak beli sangat pun.. jalan2 cuci mata je.. Balik dr kerajinan kulit terus dinner n rehat.. penat tu merapi volcanic tour.. Naik ATV kut..nak tercabut montot memasing..

5548FBEA-AB27-4BDD-AA90-C88A185B5BD4
Kami bertuah dapat menyaksikan merapi tanpa diselaputi kabus.. subhanallah.. cantik sangat.. Cerite merapi ni sangat banyak.. takut bila dah sampai.. diorang ni..erupsi tu ibarat mcm turun hujan je.. kita yg x biasa ni kecut perut je dengar citer diorang.. Ok..bayaran naik volcanic tour RP350K utk short route. Dekat RM120 jugak satu kereta.. Kami amik 2 kete..
E81E31CE-EA91-426A-96DE-7059DFD23CED
Aduh adikk.. mana mate itam adikk..adik nak pakai. !!!
9E6E8235-719F-4048-A28A-9E302B1158FA
Hebat mak wan dengan embah.. kukik kukik diorang gelak..sebab kene suruh berdiri atas ATV n posing berlatar belakangkan merapi.. embah lagi winn. pakai jubah.. sporting habis.. cantik kan view.. ahkak paling suke dtg merapi ni.. puas hati..
D15E97F1-1BE0-444C-A2D3-1B3188DC45C7
Ni kami gi kawasan peninggalan rumah2 yg terkena letusan..
CB95F491-5EF0-479F-BEED-0181ED03503A
kesan2 merapi
133703F8-70B2-4C35-872B-34CAAE3EFD90
Muzium letusan merapi..
F373A449-29AB-4809-80FA-B5498B7EA592
Laluan merapi tour seterusnya adalah batu alien.. Nampak mcm alien ke.. diorang ni pandai je nk buat tourist spot.. Layan je lah..
B3E36CB9-E151-4541-9102-522FC68C4E5B
Laluan seterusnya : Bungker Kaliadem before n after letusan. Kami masuk sampai dlm bungker tu. Ade 2 yg mati kat situ..
85B4265E-19DC-4281-A3F3-BAC04507FD90
Diorang ni sgt kreatif.. Ape pun boleh jd duit..semua pun boleh buat jual..

Lepas ni kami makan tengahari dan jalan ke keraton plak.. Keraton ni mcm istana la. Sultan nya masih ada sampai sekarang.. Cuma x memerintah since indonesia dah jd negara republik. Dulunya kerajaan mataram.. kerajaan kecik je.. x popular sgt mcm kerajaan majapahit..tp dlm sejarah melaka, adala jugak sebut melaka buat hubungan dagangan dengan mataram..  Ok, layan gambar keraton plak..

4A921F49-62EF-4C4C-B03B-1BF5B12B6AAE
Gambar bawah tu mcm balairung seri la..boleh tengok dari luar je..yg jalan kaki pakai baju jawa tu kerabat diorang..dalam istana utk kerabat xle pakai kasut.. kalau dh lebih certain tahun je berkhidmat, br bleh pakai kasut..
01BF334D-F73B-472F-AC24-5847F185E9A1
Kami amik guide jugak..nanti sedekah lah seikhlasnya.. Tu semua kawasan istana.. koleksi peribadi sultan n so on..

Lepas tu, since hujan, kami g kerajinan kulit.. Biasa je tempat die.. bukan must visit place la pada dee. Kedai2 tepi jalan jual barang kulit.. Dee beli key holder je kat sini… tanda kenangan..

EA7AD269-0FDD-41C5-9AED-9649972CD258
Ni jer gambar kat kerajinan kulit..x nampak pun barang kulitnya..semua dalam kedai.. macam2 la..semuanya berasaskan kulit..kulit lembu, sapi, ular semua pun ada..siap duit je..

Since ni memang musim org bercuti, jalan nak balik tu punyala macet.. berderet bas2 wisata bawak pelancong.. rupanya jogja ni memang jadi tumpuan org jakarta, bandung masa cuti akhir tahun.. Bukan org luar je.. Bantai tidola memasing dalam van.. penat naik ATV pagi tadi.. Malamnya lepas makan kami x kemana.. balik rehat je.. Schedule dee memang x padat since kami bawak parents.. Bagi diorang kumpul tenaga lagi utk jalan esok pulak.

Day 3 : Kami ke Solo. Perjalanan amik masa dalam sejam setengah.. Alhamdulillah lancar.. Perjalanan balik je la macet.. Tapi xpe..ku ubati macet dengan makan kepiting (ketam) super duper sedap.. Kat Solo, kami pergi keraton mangkunegara (istana lagi), pasar barang antiq, pasar klewar (mcm pasar siti khadijah la) dan batik factory. Solo ni kalau pergi korang beli batik jela… murah n berkualiti.. murah gile batiknya.. rambang mata.. kaftan semua cantik2.. kain pelekat, kain batik, telekung, baju budak, semua cantik2la.. Layan gambar..

ADE643EC-D636-4D2D-900D-236A766E9DA5
Ni keraton mangkunegaro.. ni keraton kedua yg kami masuk kat solo.. mak pak x ikut.. anak tinggai dengan deme.. kami laki bini je masuk.. memang psoing sakan la.. keraton ni lg cantik dr keraton pertama yg kami masuk kat Solo..

 

9FBC3242-68D6-4593-9D66-E044B58EFAAD
Haa… tu dia.. ahkak bukak kipeh nak fefeling puteri solo.. putera solo aku duk control hensem.. papelah bang toyyib..janji u bahagia.. :p
4B99EB61-DAA3-45C9-9B16-B4CCC93C1D67
Ni keraton pertama yg kami masuk kat Solo..Tak berapa terjaga.. semua gune biaya sultan sendiri.. sedih jugak nengoknya.. kalau kat negara kita, barang2 lama memang kita dah pulihara gila2.. diorang macam x terjaga sangat…
58E4DEB1-07A7-40B1-8BEB-B078B7C61B4D
Sekitar keraton di Solo
B39E46DC-A7CB-4F1A-B6E9-87F63C527C17
Pasar Barang Antiq. Serius dee suke tempat ni.. Memang jiwe dee klasik agaknya.. memang minat benda2 lama ni.. dee beli tembikar ade tulisan tangan surah fatihah kat sini buat kenangan.. dee suke la pasar antiq ni..memacam ade..especially lampu2 antiq yg memikat qolbu.. abang toyyib.. nanti kita datang lagi ye.. beli lampu..utk umah Sepang..ngehehee…
F5689F38-ED04-4237-8BBA-32AB2A47BE82
Belanja satu gambar abg toyyib kat lampu antiq.. Ingat tau bang toyyib…kita datang lagi tau…

Dee xde snap gambar kat kilang batik tu.. harga opkos lebih mahal dr kat pasar klewar tu.. beza dr segi kualitinya la.. lagi satu kalau nak beli sutera halus jogja, beli kat pasar beringharjo, jogja.. kat solo dee x jumpe sutera halus ni.. Sekali pakai mesti nak ada lagi..sutera die memang halus.. x mcm sutera crepe kita.. lain sgt materialnya.. kene dry cleaning or hand wash okeh.. kalau x sayangla… kain mahal.. beli kat msia mahalla.. beli kat jogja murah lagi..Harga dalam RP500K utk 4 meter.. dalam RM160++.. lagi murah dr sutera batik terengganu.. dee beli selai je.. ade 3 pasang lagi x berjahit sedia ada.. nanti dah start keje balik barula buat.. batik ni evergreen.. x luput dek zaman… Gmbar kat klewar market pn x de sangat.. leka soping kutt…

Day 4 : Taman Sari, Bakpia Pathok 25, Jalan Malioboro n pasar beringharjo.. Rumah Batik…Pastu balikla.. apo laie.. duit dah habis.. gagaga…

F1E12FB3-2E3B-4356-81D3-0E0CD9A286F8
Sempat lagi soping batik last day tu.. Ga,bar kat pasar aberingharjo xde.. orang ramai sangat.. x lalu nak amik gambar.. masa pun dah suntuk.. cari mana yg belum beli je lagi..
694EEFF1-F288-44D4-83B2-2FD245EFECB8
Kami ke Taman Sari dulu pagi terakhir di jogja.. Seb baik sempat masuk.. kalau x rugi ooo.. ni tempat gundik2 raja mandi oooo… pokok yg balut dont touch tu..gundik2 makan buahnya.. bertindak sebagai deodorant semulajadi.. Peluhnya wangi gitew…
AE335E22-69C6-4FDE-B9FD-6A7FA04E8ABD
Cantik tempatnya.. nanti ade bilik persalinan lepas mandi bagai.. diikutkan cerita, nanti raja akan lempar bunga dr atas menara taman sari..gundik yg dilempar bunganya akan dipilih utk bersama sama raja.. hamboii.. x hengatt ye..
248EEEA4-3EF8-4714-90E3-A004D1124C1E
Ole2 jogja.. kuih tradisi bakpia patok. Pastikan no. 25…Sekotak dalam RM10..ade a few flavor.. Layan je lah..
9A4BF038-260F-452F-AAB0-1CA3C45E8F40
Ok, ni kene gi.. masjid bawah tanah.. tak jauh dari taman sari.. ramai yg xtau, masuk taman sari je n x pergi masjid ni.. unikla masjid ni.. kene gi tengok okeh..

Sebelum balik tu masuk pasar beringharjo utk cari sutera halus tu.. Sempatla aku beli tempe n petai kat pasar tu.. Melampau ke.. Dah nama org kampung.. x kemana.. Village People sebati di sanubari..

Huii.. mabuk dee but entry panjang2 ni..padanla org buat sampai part 10 utk review trip jogja.. lepas ni dee review tempat makan.. Kami makan segala jenis makan kat jogja ni.. dari makanan jawa, bawak ke padang, bawak ke sunda.. semuanya sodap2.. awal2 lagi dee dah pesan kat pak supir.. bawak kami makan tempat paling sedap..harganya jangan dikira..tapi, xdela mahal sangat dee rasa.. makan sedap bayar lebih xpe kan.. yg penting mak pak happy.. kenyang perut suka hati..

B14B0A3C-BB41-415E-98AE-719928A0A0E4
ni paling mahal..dekat RP700K.. makanan die biasa je la..or maybe br first day..kami no idea nak makan ape.. ni otw ke borobodur… area ni memang banyak kedai makan sedap2..korang gi try yg lainla.. yg ni KIV..ni je yg km frust sikit..yg lain semua kebabom..
D29A64B9-86AF-4646-AF3B-95EF6A697260
yg ni mere boss yg rekomen.. tip top bah.. jauh sikit dr bandar jogja.. tp puas hati.. kami makan ayam penyet die kat sini.. last tinggal 2 ketul je.. punyela sedap..padanla cepat habis.. pastu order ikan gurame bakar, gurame masak sos pedas2 tu, sup ape dee x ingat.. mcm sup ekor..tapi mengancam gile.. ulam2 petai n sambal die yg buat air hidung meleleh.. owh.nanges makan kat sini.. sedap sangat.. 8 orang makan include 2 kids dalam RP600K sahaja.. Air korang belasah jus je kat sini…
9F79B66A-3C35-4AEE-B4F3-385DE0B5446C
Omah makan sinten x jauh dr keraton mangkunegara kat solo.. ni dee letak no. 1 la dalam list makan2 dee kat sini.. Kami makan tradisional local food kat sini.. dee amik gambar.. tapi dh x jumpe.. die buat set utk sorang2 makan.. ade nasi galong.. tryla.. memang sedap.. sate die sedap..rojak buah die sedap.. pecal/gado2 die pun super sedap.. Total cost dalam RP400K ++
IMG_8485
Malam pertama kami makan kat sini. Restoran BALE AYU.. Dee order ayam utuh.. pedas n terasa perapannye.. ayam utuh ni ayam sekor..digoreng.. ade ulam ulaman sampingannya.. gurame memang x pernah miss dalam menu kami.. kita pelbagaikan masakan la..korang pilihla nak masak macam mana.. nak pedas xnk pedas semua pun boleh.. tp yg paling sedap kat sini ayam utuh tu la.. korang kene tanyala pelayan tu mintak die suggestkan menu ape yg best.. kemudian pepandaila berekperimentasi.. sini makan paling kenyang n paling murah.. dalam RP270K je.. stail makan duduk bawah pakai meja jepun gitu.. akak dah ngadap makan x sompek nak amik gambar ayam utuh dah.. bile tinggal tulang br ingat nak amik gambo… boleh?

2 lagi tempat ni gambar xde.. biasala.. mak yung kalu dapat makan memang x ingat dunia.. disebabkan mak pak dah jemu makan gurami, mak yong bawak diorang gi makan nasi padang.. restoran terbaik nasi padang adalah Rumah Makan Sederhana.. Gambar umah minangkabau..masakan minangla kan n banyak cawangan…Dee makan kat jakarta pn ada cawangannya..

Stail makan sini, diorang hidang lauk pauk berjenis2 jenis dalam piring mcm saiz piring kopi.. mana yg korang sentuh makan je dia akan kira.. yg sedap ialah kulit lembu (jangek) masal lemak, pucuk ubi masak lemak, ayam goreng rempah, daging mcm rendang gitu.. paru/hati msak rempah, telur rebus sambal, tempe sambal dengan ikan bilis..n penyedap rasanya adlh sambal ijo.. makanla sepuasnya.. x mahal sangat sini.. Dalam RP300K.. kat sini ade surau siap semua.. senang solat sebelum mulakan perjalanan..

Dan malam terakhir tempat kami makan yg menjadi no.3 list makan sedap dee adlh Bale Bengong. Bengong ke Mengong ek.. aduh.. Bale bengong ni maksudnya balai termenung…kami memang pakat gelak nama kedai ni.. Yang paling dee suke makan kat sini adalah kepitingnya.. ketamnya buat dee teringat2 sampai saudi ni. Beli 2 ekor yg besar2 tu..satu masak x pedas.. satu lagi masak lada hitam.. Nanges makan.. Sedap sangattt…

Veteran2 yg patik bawak ni memang bagi kepercayaan penuh pada dee utk order makan.. Dee order sedap2 katenya.. makan pun ngam2 x sampai membazir.. Alhamdulillah.. yg penting diorang happy.. Abang toyyib sampai sini pun sebut lagi… Puas betul kita makan kat jogja ye bu.. Makan aje.. Ye bang.. ibu kalau x dapat soping pun xpe.. janji bagi ibu makan sedap.. kalau x nanti ibu nanges.. 

Masa balik tu kami makan kat food court airport jogja.. makanan boleh tahan juga sedapnya.. satu je dee nak pesan.. street food boleh makan.. banyak sangat jual tepi jalan.. Tapi utk sape yg tahan perut je.. sape x tahan jgn cuba2 ye.. tapi kalau nak cuba bawak bekal pocai sesiap.. Dee merayu dengan abg toyyib masa malam kami jalan kat malioboro tu.. teringin nak makan street food diorang.. bang toyyib keras hati x bagi.. so dee pandang jela.. kang melawan dapat tulah plak.. Die tau.. minik die perut x tahan.. kang die plak yg dapat masalah kennn…

Esok bapak belikan dee rojak buah yg jual kat tepi jalan nak masuk taman sari.. Nak nangis dapat makan.. Bapak tau anak pempuan die nak merasa makan.. Tekak pahit x tentu rasa.. tekak macam2 nak makan.. Alhamdulillah, xda pape.. Papepon, tengok kawasan jugak ye.. Yang guna mangkuk tu yg x sanggup..air basuhnya sebaldi je.. xtau bape kali basuh guna air yg sama.. So, hati2 ..

THE END