Ibu, aesya dah kentut 3 kali..

Ya, inilah yg acapkali aesya sebut 3/4 hari ni.

Ibu, aesya dh kentut 2x ibu. Di lain waktu hari yg sama, ibu.. aesya dah kentut kat luar masa main dengan kawan. Takpe ke ibu?

Ibu, aesya terkentut lagi. Sorry Allah, aesya terkentut masa ngaji…  Begitulah, dan lagi dan lagi. Rasanya sehari ade lebih 10 kali die cakap dengan dee yg die terkentut.

TBC

Malam ni semua anak2 tido awal..elokla..bolehla ibu ade me time nak mengadap wordpress ibu ni. Alhamdulillah.

Cerite kentut aesya ni buat ibu selalu geleng kepala. Sekarang die dah tak cakap banyak kali dah. Bila kene khutbah dengan ibu, kelip2 mata die pandang ibu. Aesya, aesya..

Kisahnya begini. Satu hari tu aesya balik sekolah. Dia nampak xda mood. Dia cakap hari ni besday zikry kat sekolah. Selalunya kalau ade besday kawan2 kat sekolah, balik tu mesti tanya bila besday dia. tp, hari tu dia muram je.

Tak lama lepas tu, ibu dapat mesej dari mama zikry. Mama zikry bg ibu gambar aesya masa birthday celebration kat sekolah. Tapi, ibu tengok aesya tak happy. Then, ibu pun panggil aesya and tanya pada dia. Kenapa kakak tak happy? Kenapa kakak bad mood je?

Bila lepas habis ibu tanya dia, muke pun ade macam nak menangis. Dia pun bisik pada ibu… Ibu, aesya terkentut kat sekolah tadi. Aesya kentut kuat.. Semua kawan2 gelakkan aesya.. Dah tak boleh tahan dah masa tu.. Die terus nangis.. and cakap Aesya malu sangat.. Ibu plk tersangat noty and terketawa sampai aesya lg naik marah . Oh kakak, maafkan ibu. Ibu tak sengaja gelakkan kakak.

Sampaikan dengan abg umar pn aesya taknak cerita kisah dia terkentut kat sekolah. Bila ibu cerita dengan mak wan pn aesya akan menangis lagi sekali. Ibu boleh bayangkan macamana perasaan kakak masa tu kat sekolah. Mesti muke kakak panas n rasa malu sangat kan..

Bila kakak baca cerita ni, kakak mesti gelak. Ibu akan tunggu sampai saat kakak boleh baca and baca lagi semua kisah yg ibu coretkan kat sini utk kenangan kita..

Sejak dari hari tu, ibu ajar kakak mcm mana nk kentut kat luar.. mesti pergi jauh dr orang baru kentut. Dan kakak amik kes kentut ini dengan sangat serius. Sampai berapa kali kakak kentut pn akak akan bagitau ibu.

Akhirnya, bila ibu bg khutbah supaya jgn asik mengira berapa kali kentut. Barula kakak stop counting.  Kakak anak ibu yg bijak. Pandai sangat cakap. Macam ibu kut. Abah selalu cakap ibu ahli politik. Mungkin sebab itu ibu jadi PTD. Hahahaha…

#zaraaesya #bondakids

Mommies, these are the tips for you to survive after u quit ur job. #lifeinjubail #lifeinksa

Assalamualaikum readers. Dah hampir sebulan dee memikirkan utk blog on this topic. Rasanya byk soalan yg dee dapat bertanyakan tentang life kat sini. And lately dee baru realized, inilah antara benda penting yg dee x banyak explain pada semua yg bertanya. Macam mana nak survive bila dah datang sini? Nak survive utk hidup interm of keperluan asas tu banyak dah orang share. Tapi, dr segi keperluan mental dan emosi tu, mungkin x banyak yg share dalam mana2 blog kisah kehidupan di Jubail ni.

Ya, dee percaya massing2 battle dengan perasaan sendiri especially masa mula2 dtg sini. Ade yg cepat, ada juga yg amik masa utk get used dengan life suri rumah sepenuh masa. Nak2 lagi yg sebelum ni kerja. Rata2 ibu2 kat Jubail ni kebanyakan bekerja dalam sektor swasta mahupun kerajaan. Bukan calang2 orang juga semuanya. Ada juga yg berjawatan kecil.. tapi dee percaya, besar atau kecil jawatannya tidak menjadi ukursan… mereka tetap menjadi nadi kepada kelangsungan perkhidmatan yg diberikan malah turut sama jatuh dan bangun dalam syarikat tempat mereka bekerja.

 

Keputusan untuk berhenti kerja bukanlah satu keputusan yg mudah. Dee sendiri dulu walaupun buat keputusan utk mohon Cuti Tanpa Gaji sahaja pn dah cukup  menggegarkan. Hahaha. Series tau. Keputusan tu sangat besar dalam hidup kita. Nak2 lagi yg dah belajar sampai ke peringkat sarjana ataupun dah pun menjawat jawatan dan pangkat yg tinggi dalam organisasi masing2. Tu belum tambah lagi dengan cerita kita nilah anak harapan mak ayah. Mak ayah berat hati, sedih, malah ade juga yg sampai merajuk dengan anak sebab nak berhenti kerja nak ikut suami.

Mommies, apa yg nak dee tekankan disini.. kita ni para isteri…. title kita dah jadi isteri.. inilah title yg paling mulia. Bukan Dato, bukan Tan seri bukan juga Cik Puan Besar…kedudukan isteri yg terbaik adalah disisi suaminya. Setelah kita bergelar isteri, redha allah pada kita adalah pada redha suami.. Pegangla ini. Jangan difikirkan terlalu banyak masalah yg akan timbul bila berhenti kerja.

Percayalah, jika kita nakkan redha allah, allah akan bantu kita. Tapi, xla semudah itu nak bahagia bersama suami dan anak2 kan. Mestilah ade dugaan dan ujiannya. Setiap apa pun masalah yg timbul, lakukanlah seperti menarik rambut di dalam tepung. Penuh berhati hati…terutamanya melibatkan perasaan ibu dan bapa.. keputusan yg kita nak buat ni besar.. banyak pihak yg terlibat. Maka, laksanakanla dengan bijak dan caranya adalah dengan bermusyawarah.. InshaAllah, pasti ada jalan terbaik bagi kita mengatasi setiap cabaran yg mendatang..

Panjang mukadimahnya ni. Bukan apa, cuma dee nak reader tau, kebanyakan kami kat sini dah lalui semua ni. Dee taknakla blog ni ,jadi blog citer life kat jubail yg best2 je. Mestilah ade realitinya yg pahit dan mesti dikongsikan utk persediaan korang semua kan. Dee pn dulu baca jugak blog senior2 kat sini. Malu nak cakap kat diorang saya baca blog akak sebelum sampai sini dulu. Hehehe.. Anyway, kalau nak contact Dee boleh sape dee kat FB Bondaumaraesyahamra. Ig dee ialah @diyana_remey. Skrg ni dee lagi banyak share #lifeatjubail di instagram. Ni br nak mula menulis balik di blog.

IMG_4032
Dua orang ni yg selalu melihat drama air mata ibu masa mula2 sampai kat sini. Ibu, kenapa ibu nangis.. Haaa.. lagi ibu nangis adala..

So, sebelum bermula, dee just nak masukkan mood before sharing the tips. Hahah…Dulu korang semua kerja kan.. kerja best2 plak tu. Dee pn same.. dee sangat enjoy life dee bekerja sebagai PTD. Dee puas bekerja bila dapat capai ape yg organisasi tetapkan utk dee. Sambil tu, dee selesa dengan my circle of friends. Boleh makan sama, lepak sama.. gossip n shopping pn sama.. Happening sangat dee rasa. So, dee dah biasa dengan jadual kerja yg ketat pagi sampai petang. Kadang2 ade lagi event sabtu ahad utk dee penuhi. Kalau dulu masa dee kerja kat kemeterian, lagi banyak outstation. Merata tempat pergi boleh jalan2 free..tp, sambil buat kerja la kann..

Korang punya life pun mcm tu kan.. sikit lebih kurangla.. Tapi, bila dah sampai sini..mesti rasa lonely.. kawan2 xde..dari pagi sampai malam duk rumah je. nak keluar kene tunggu husband balik. “`kat sini kita x boleh drive. Nak makan ape semua kene buat sendiri. Tak bolehla nak start engine kereta n pergi PAVI makan Tony Romas..Sebulan sekali baru ade Breakfast bazar. Masa nila boleh merasa makanan Malaysia yg sedap2. Dulu masa dee mula2 sampai xdapat nk breakfast bazaar sebulan sekali tau. Dengan dee x pandai masak. Masak kejap masin kejap tawar. Kadang jadi, kadang x jadi pulak tu.. Ape lagi ye.. haaa.. time nak buat kerja kat dapur, time tu la jugak anak tarik kain nak itu ini, yg dah besar belum g sekolah siap boleh bergaduh dengan adik die.. yg kecik menangis nak layan.. Hahaha.. ko rase stress tak? Nipu sape ckp tak stress.. Dee stress sangat masa mula2 tu.. makan nasik sambil nangis tau.. makan nasi putih dengan lauk yg x bape nak jadi.. Serik sangat rasa.. Hambik kau.. hahaha..

Chil2..korang jg  takut plak baca ni.. Biasalah, selepas ujian tu, pasti Allah bagi kenikmatnnya kan.. BIla dah lepas fasa azab tu, heaven okeh.. heaven.. Amacam, berani ke nak try. So, here are the basic tips for you mommies :

  • Utk persediaan awal, please set kat minda Dont Expect Too Much. Maksudnya apa? Dari segi rumah kita nanti, kereta, makan pakai kita kat sini. Banyakla dee jumpa org loaded2 kat sini rumah die biasa2 je..Gaji dekat 40K sebulan tapi duk rumah compund je. Takde pun perabot jati, modern design bagai.. Sangat besederhana..Tapi, die suka membantu org dan banyak bersedekah. Orang merantau ni kehidupan die ala kadar je.Yg penting keprluan asas kita mencukupi.
IMG_4343
Disebalik niqab itu, dalam hati sapalah yg tau..

 

  • Bila dah sampai sini, Dont Pressure Yourself Too Much. Maksudnya apa tu? Maksudnya jangan bagi tekanan pada diri sendiri utk buat itu dan ini sekaligus. Common..mana boleh nak dapat semuanya mcm rumah kat Malaysia kan. Mana nak dapat semua perfect. Percaya cakap dee, kalau u pressure, ur husband pun akan pressure tau. Sebab pd fikiran die, die nak bg yg terbaik buat anak dan isteri dia. Ni bila tengok u stress, die lagi rasa bersalah n finally stress sekali. Tu yg boleh bikin gaduh tu. Nauzubillah.. Keputusan utk berhenti kerja ni bukan keputusan kita sorang. Ini keputusan bersama. So, husband and wife kene saling bekerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain. Teringat masa awal sampai dulu. Dee kan xde kawan. Suami kita tu jadi BFF kita tau.. So, dee akan paksa die cakap dengan dee at least 1000 patah perkataan sehari.. Kalau ko tido, aku kejut. Dari aku meroyan baik aku paksa ko cakap dengan aku. Haa.. gitewww..

 

image
Hari Raya aidil Fitri yg pertama di perantauan. Dialah suami yg menyokongku selama ini. Tengok gambar ni rasa nk mengalir air mata. Besar betul dugaan kami sebelum sampai ke sini. Allah sahaja yg mengetahui..

 

  • Dont Aim Too High. Apa yg dee maksudkan ialah.. apapun yg mula2 kita nak buat, jangan aim high sangat.. Contohnya nak masak. Jangan aim yg benda yg kita buat tu akan jadi exactly dalam resepi. Kalau rupe dah cantik tu pn dah ok sangat..Rasa tu belakang citer.  Pastu korang post kat ig. At least, bila kawan2 like or puji, ia akan boost ur motivation utk terus lg mencuba. Share2 story/life kat FB and ig ni bergantung pd niat masing2. Malas dee nak kupas yg buruk..baik kita fikir yg baik2 utk diri kita dan bersangka baik juga dengan post org lain. Selagi boleh cheerup ur life yg sunyi dalam rumah tu, ape salahnya kan. Dari korang stress, lepas kat anak n laki lagi x baik. Sambung lagi cth masak. Haha..Ok,  Masak ni perlukan skill. Bukan sekali buat boleh terus jadi. Kene buat beberapa kali jugak nak jadi. Tu pun mngkn x perfect lagi. And pada dee, masak ni lifelong learning tau. Sentiasa ada dan ada je benda baru yg boleh try utk pelbagaikan rasa dan rupa masakan tu.. So, at first, dont aim too high on what u are going to do. Selain masak, u can try sewing, baking, blogging and masuk kelas2 pengajian yg banyak kat sini. Nak tau kelas apa yg ade mesej dee tanya ya. Paling basic kelas mengaji seminggu sekali. Boleh jugak berdunia kan. Jumpa org baru, kenal2 dgn mereka.. Lelama lepas tu dapatla jumpa yg satu kepala dengan kita. Maka, adala grupwhatsapp geng korang sendiri nanti. Baru best!

 

image
Cubaan masak rendang pertama utk raya di perantauan. Fail. Masin. What do you expect? Ko Raya jugak kan? Tak mati pun makan rendang masin, kalau bahasa kasarnya lah.. You got me or not?
IMG_4661
Kuih Koci pertama dalam hidupku. 6 ketul je buat. Ko ado? Hahaha..
  • Set A Goals. Ya, tetapkan matlamat. Sape cakap dah xkeje xde goals. sape fikir mcm tu? Heppppp…jangan sesekali uols fikir gitu tau.  Dee tetapkan ape yg dee nak buat masa mula2 datang sini. dan dee isi masa dee dengan buat aktvt berdasarkan goals yg dee buat utk diri sendiri. Cthnya sewing. Trust me, ur friends out there kan, jeles dengan kita yg duk rumah ni..kita boleh buat semua benda yg kita xdapat buat masa keje dulu.. Amikla kelas belajar menjahit. Ade je org kat sini yg tukang jahit fames masa kat msia dulu. Ade je org kat sini pakar buat roti yg nak share ilmu die dengan korang. Buatkan jadual harian korang sendiri. Masa awal2 dee dtg, jadul dee penuh tau. Sb dee ni dh biasa bz dulu. Bila duk rumah xde keje, rase lemau sangat. Sampai husband dee cakap, dee lagi bz dr die la masa thn pertama kat Jubail tu. Hahahah..

 

IMG_6093
Hasil pertama jahitan sendiri. Baju kurung utk aesya. And ade banyak lagi coming lepas tu..

 

  • Tips seterusnya galah Have Fun. Lepas dah setkan matlamat, lakukan ia dan Enjoy it. Please enjoy urself. Seronok tau buat benda2 yg kita x dapat nak buat dulu2… Have Fun life kat sini dengan TIDAK MEMBANDINGKAN life u masa kat malaysia dulu. Thats It. Selagi u keep on bandingkan, walaupun dalam hati u, bile masa u nak enjoy. Bila masa nak rase seronok buat itu ini kan… Just keep moving mommies.
IMG_7386
Tengok roti tu.. kali ketiga buat baru nak jadi licin dough tu tau. U kene follow step by step. Its your journey kan. Color it. Dan tugas suami hendaklah menyokong isteri dengan membelikan mixer idaman hati :p Rugi masa tu dee tak mengidam KitchenAid. Coii.

 

  • Next is Reward Yourself. Waajibbb bak kate Umar. Masa awal2 dee datang sini dulu, reward terbaik utk diri sendiri adalah bila kami sekeluarga mengerjakan umrah dan menziarahi nabi di Madinah. Doa adalah kekuatan kita org Islam. Bila kita berdoa bersungguh sungguh, kita akn dapat rasakan Allah mendengar dan dapat rasakan kebergantungan kita pada Allah. Pergilah buat Umrah, tataplah kaabah puas2. Inilah nikmat paling beharga yg xdapat dibeli dengan wang ringgit. Inilah kelebihan utama kita duduk di bumi saudi. Dekat dengan Rumah Allah, dekat dengan nabi kita Muhammad S.A.W.

 

image
Kenangan terindah. Raya pertama kami di perantauan. Paling manis ianya di Makkah. MashaAllah, Tabarakallah.

Rasanya cukuplah dulu 6 tips asas dari dee utk tatapan pembaca sekalian. Mungkin tips ni juga sedikit sebanyak boleh apply utk mommies2 kat luar sana yg berhenti kerja dan     bertukar kerier menjadi suri rumah sepenuh masa yg tidak menetap di bumi saudi ini.  Mohon maaf jika ada terkasar kata2. Segala yg baik adalah semata mata dari Allah dan yg buruk itu datang dari diri yg lemah ini.

Semoga Bermanfaat !!!

 

Loves,

DEE

 

 

Percutian ke Muscat, Oman

Pada penghujung tahun 2015 yg lalu, dee sekeluarga bercuti ke Oman. Masa tu dee baru tau dee mengandungkan Arissa rasanya. Balik je dari Malaysia, selang beberapa harinya terus kami ke Oman pula. Kenapa Oman? Oman ni antara negara yg hampir dengan Arab Saudi. Kebetulan tiket penerbangan pun dapat murah masa tu. Pergi balik tak sampai 500 saudi riyal dengan menaiki Oman Air dari Bahrain. Dari Bahrain tau. hehe..kene cross borde saudi la nak ke bahrain..Dari Jubail ke Bahrain dalam 2 jam perjalanan menerusi jalan darat. Kemudian di Bahrain, barulah kami menaiki flight ke Muscat, Oman.

img_9121
Mata wang Oman. Times 10 dengan SR.

Persiapan Dee utk ke Oman ni x mengambil masa yg lama. Tempat utk dilawati pun dee listkan berdasarkan TripAdvisor je. Hotel kami buat tempahan menerusi booking.com dan kami sewa kereta di europa. Yang lebih menguatkan hati dee nak ke Oman ni sebab dee ade sorang kawan kat sana. Namanya Mimi. Mimi ni dari first time dee jumpa memang baik orangnya. Tak pernah dee dengar org cakap buruk pasal Mimi. Orangnya penuh dengan senyuman dan sentiasa bersedia nak bantu orang. So, padan sangatla dia ditempatkan di Wisma Putra sehinggalah diminta bertugas di Kedutaan Malaysia Oman. But now, Mimi dah balik semula ke Malaysia. Seb baik sempat kami lawat Oman masa Mimi ada kat sana lagi !!! Murah sangat hatinya menawarkan penginapan selama 2 malam kepada kami di rumah agamnya.

img_9361
Dee suka la design rumor diorang ni. Cantik sangat..tp nak buat nanti rase mcm x cukup duit je.. hehe..

Ok, sambung citer. Malam pertama kami di Oman, kami stay di Golden Tulip Hotel. Sampai Muscat airport pun dah nak malam. Terus cari kat mana tempat sewa kereta yg kami dah tempah online.  Kereta yg kami amik sedan adalah sedan car. Itu yg paling basic dalam anggaran sewa sehari SR80. Maybe less, dee pn dah x berapa ingat sebab dah lama sangat..

 

img_9118
Tempat ambil kereta yg juga terelatk di airport muscat. Jalan sikit je utk amik kete. Lepas amik kete, kami terus cari golden tulip hotel. Rupanya kat muscat ni google maps tak boleh guna tau. So, terus kami guna waze pula. Alhamdulillah sampai hotel.

Kredit kad kami kene scam lepas balik Oman tu. Terus call bank and cancel kredit kad tu. Kami agak kete sewa ni punya hal la.. Tutup citer sedih tu.. Lepas amik kete terus check in hotel. First impression Oman ni.. MashaAllah..Oman ni sangatlah bersih n cantik ok. Bersih ok.. Cantikkk pulak tu. Jalan2 luas dan penuh dengan lampu. Tepi2 jalan banyak bunge.. Mimi cakap dengan dee.. Oman ni diibaratkan lebih kurang gini.. Kalau la berlaku accident kat Oman, bukan ambulance yg sampai dulu.. Cleaner yg akan sampai dulu. Begitulah Sultan Qaboos sangat menitikberatkan Oman utk tujuan pelancongan. Kalau g Oman ni bolehla cakap macam dah gi europe. Cuma takde salji je lagi. Pemandangan die memang x dapat kat negara arab yg lain.

img_9128
Seronok sangat sebab nak mandi bath tub je.. Budak2 kan.. abahnya melayan.. Ibu bolehla lurus pinggang.
img_9127
keh keh keh.. muscat daily ye nakk..

Esoknya terus checkout since kami tempah hotel lain plak yg ade private beach. Ghasakla korang mandi puas2 nanti. Utk hari pertama, destinasi pertama adalah Oman Grand Mosque iaitu Sultan Qaboos Mosque. Masha allah cantik. Rasa mcm pergi Taj Mahal boleh??

img_9132img_9130img_9155

 

img_9133

img_9153
Must visit tau Sultan Qaboos mosque ni. Sangat cantik. Jangan lupa ambil peluang solat sunat or fardhu kat sana ya.

Lepas tu, kami pergi mana ya?..hahaha..Rasanya kami ke destinasi seterusnya utk check  di Barr Al Jissah Resort di Qantab Beach. Jalannya adalah menghala ke Muttrah. Muttrah ni memang kawasan pelancong. Viewnya sangat mengujakan. Cantikkkk…Nak nangis tau..cantik sangat.

img_9164
OTW to Muttrah

img_9184

img_9191
ni benti amik gambar keesokan harinya.
img_9193
Muttrah Souq destinasi wajib muscatt , juga sekitar kawasan ni je. Utk ke Barr Al Jissah tu ada dalam 15 minit lagi menghala ke Qantab Beach.
img_9210
Gerbang masuk ke Barr Al Jissah. Masa nak sampai ni, x putus dah cakap Subhanallah. Memang cantik sepanjang jalan ke sini. Mula2 kami naik macam bukit. Turun je bukit tu dah nampak hamparan laut yg maha luas. View laut yg dee x pernah jumpa lagi setakat ni selain di muscat.
img_9216
Tengok belakang tu gunung ganang yg xde pokok. Taktaula gunung ke bukit. Kalau kat Arab ni semua die panggil gunung agaknya. Resort ni macam kat lembah yg terus ke laut. Ni view depan bilik. Ibu dah nak nangis dah masa ni. Terima Kasihla kat abah, bawak ibu merasa datang sini. Semoga murah lagi rezeki abah, xpernah lokek dan berkira dengan anak isteri. Ameen.

Lepas tu anak2 memang x ingat apa dah. Mandi sakanla.. Dari kolam bawak ke mandi laut. 2D1N ni memang kat sini je. berbaloi bayar lebih sikit. Macam2 aktiviti boleh buat dalam ni. Siap ade shuttle bas percuma utk ke Muttrah Souq. Yg bestnya lagi ade mcm laluan air die panggil apa x ingat dah. yg boleh susur naik dengan pelampung tu.. Umar memang sekelip mata hilang masuk dalam tu. Ghasakla kome anak beranak.. Ibu pulak fefeling amik sunlight.. pooodacittt…huhu..Gambar kat beach n yg lain2 xdapat diselamatkan lagi. Almaklumlah memory phone ibu kecik. Icloude storage pn dah penuh masa tu. Ni pn seb baik x delete. Dapatla menulis utk catatan kenangan.

Esoknya kami checkout dan terus ke Bayt Al Zubayr. Musem persendirian berbayar. Takla mahal sangat utk masuk kedalamnya. Tapi bolehla buat kami mengenal adat dan budaya orang Arab Muscat.

img_9169
Buhla gambar sponsor kami abang toyyibbek. kolkolahkan..
img_9177
Rasa macam aesya kecik sangat masa ni..Manja la lagi time ni..sekarang dah selalu kene marah dgn ibu. sedih plak rasa..uishhh..

 

 

img_9176
Ni mcm gambaran perkampungan arab muscatt satu ketika dulu. Very nice.

 

img_9172
Ala2 khemah badwi.

Dee dah x ingat flow tempat yg kami pergi. Almaklumlah dah setahun lebih yg lalu. So, dekat sini dee share je tempat2 best yg kami pergi di Muscat, Oman ya. Mana tau boleh jadi rujukan dan gambaran asas utk org yg nak ke sana nanti.

img_9260
Pagi2 kami dah ke sini for Dolphin watching. Anak2 excited, mak pak pn tumpang sama excited.

img_9259

img_9257
Tempat menunggu sementara kedatangan bot. Tiket semua kami x tempah awal2.. Beli on the spot je. Tapi harga dah x ingat..
img_9262
cantik kannn… 
img_9261
kami kene kesini utk amik boat utk ke tengah laut sikit bagi melihat dolphin.. tengok diorang lumba2 je..lumba2 pn meriah la jugak dengan boat2 bawak pelancong yg lain. Pengalaman yg menarik di sini.
img_9264
ade arab tu suruh ibu ikatkan rambut aesya.. die tak tau yg ibu kene perang dgn awak nak suruh ikat rambut..
img_9291
angin kuattt

img_9301

img_9300

Dari sini kami menuju ke Istana Sultan Qaboos. Singgah sebentar utk solat jamak. Ade cerita menarik di sini. Rupanya masjid yg bersih dan tersusun rapi tempat kami menunaikan solat adalah masjid bagi orang2 Syiah di sini. Lepas dee solat, dee melihat lihat di sekitar ruangan solat. Then terjumpa batu2 karbala yg tersusun di rak khusus bg meletakkan batu2 tersebut di dinding masjid. Bile ditelek terdapat tulisan nama A’liyy.. Dalam hati dah berdebar sangat. Betullah ni..kami solat di masjid shiah. Rupanya, penganut shiah juga banyak di Oman. Mereka kan bersebelahan dengan Yaman. Pergolakan di Yaman pn xlain antara Sunni dan Syiah. Tapi menurut kata mimi, rakyatnya takda apa2. Orang sunni dan syiah telah hidup rukun damai selama ini. Lebih kepada mainan politik dan mainan media yg menjadi tabir berita dunia.

img_9241
kawasan perumahan sekitar istana sultan qaboos.
img_9242
Menara masjid tempat kami tumpang menunaikan solat.
img_9244
Da sampai, kawasan luar istana sultan qaboos. Kami kene berjalan kaki utk menghampiri tepi pagar istana ini.

img_9249

img_9250
sekitar luar pagar istana
img_9251
kualiti gambar x berapa baik. sorry reader. but this place also a must visit k. Follow my ig @diyana_remey for more beautifull pictures. InshaAllah.
img_9243
Kalau x salah, ini tempat kami parking kenderaan. Di sekitar kawasan istana ni banyak bangunan2 kementerian . Kira macam kawasan Presint 1 dan 2 Putrajaya la tempat ni. Cantik berlatar belakangkan gunung ganang.
img_9224
Keratan akhbar yg memberi sedikit bayangan ekonomi Oman. Diorang ni dah defisit sejak tahun 2009, every year without fail sampai tahun 2016. Dee pergi ni kan masa hujung tahun 2015. Tu yg keluar artikel mcm ni. Layan jugakla baca. Jangan sampai xtau baca indicator ekonomi walapun dah cuti xde gaji.. Hahaha

Tempat yg dilawati dengan gambar2 dah upside down tau. Baca je lah ye. Masa ni kami nak carik Wadi Al Arbeieeen… REview cakap memang best. Tanya local people jalan nak kesana. Dah sampai, tp lost signboard. ingatkan bolehla tengok tepi2 ke.Rupanya ade offroad bagai. Better sewa kete 4WD kalau nak ke sana.. boleh tengok gmbr kat gugel ya..Kalau pergi lagi oman lepas ni, mesti nak cari tempat ni. Lepas ni kami terus mencari Sinkhole.

img_9319

img_9321

img_9327
Kami saje singgah masuk resort tepi laut ni. Rasanya masa ni nak cari peeble beach.Tapi mcm x seperti digambarkan.. ke kami salah tempat. So, layanla je la view tepi laut.

 

img_9328

img_9325
Kami x turun pun. Takde org pun resort ni. Ade staff je. Next, baru pergi kat sinkhole.
img_9331
Taraaa.. inilah dianya sinkhole..Ini pun tempat wajib pergi. Ni tempat yg mimi dan kawan2 oman die rekomen pd kami utk pergi. Rasanya dalam Trip Advisor takde.
img_9339
OK, baca sendiri nak tau ape tu sinkhole. Mokcik malas nk menulis panjang lagi. Arissa dah bangun.
img_9343
die memang terjun masuk.. Ada anak tangga nak turun ke bawah tu. Kami sampai dah lewat petang. Takut plak sebab org x bape nak ade dah. Hahaha

img_9340

img_9350
Air hijau crsytal clear yg tenang.. Cantiknya. Dee Ade buat video log dalam ig..

Ok, tempat terakhir kami pergi yg dee nak share ialah Royal Opera House Muscat. Takla masuk pn. Jadilah kat luar je. Kalau me jalan2 dengan abg toyyib je, mau jugak g merasa tengok persembahan kat ROH Muscat. Ni bawak ashkar.. idakla… Bagi diorang lari sakan kat kawasan luar opera house ni udahla…Hahaha

img_9196

img_9200
ibu ni kan merangkap writer and photographer. Takdala gambar ibunya nak ade banyak dalam satu2 visit. Gambar deme je penuh memory phone.

Gambar sebina bangunan ROH yg ada. Kalau kita ni macam Istana Budaya la..

img_9195
Tepi jalan penuh bunga. Hati pun berbunga bunge 🙂

Haa..tu lah cerita jalan2 kami di Muscat. 5 hari 4 malam yg berbaloi. Sampai dah boleh cam jalan mainroad kat sana. Pusing2 situ jugak. Boleh pergi jugak Grand Mall Muscatt. Besarla.. semua pun ado..

img_9362
Nak balik sudaa. Thanks again n again Mimi & Husband for your hospitality.

 

THE END

Checked In Jubail 2016

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..

Panjang ok…ucapan salam utk semua sahabat pembaca blog Bonda Umar Aesya Hamra. Doa tu..Jangan lupa jawab ye..Kalau nak diikutkan, nama FB dan blog nak kene tambah nama arissa plak.. Dee kan dah jadi mak anak 3.. dah tambah lagi sorang buah labu dee.. Tapi disebabkan nama arissa dibelakangnya ada Humaira, sama maksudnya dengan Hamra.. So, dee maintain je lah nickname ni.. Ok ke tak Ok.. kita tunggu dan lihat je nanti..

So, dah checked in Jubail.. Dah balik ke negara padang pasir berdengung setelah menyempurnakan misi melahirkan Zara Arissa Humaira di Malaysia.. Alhamdulillah, Arissa lahir mudah sangat.. Senang je menjaganya awal2 pantang tu.. Tapi, lepas je abahnya balik saudi, die START dera ibu.. Menangis dari petang bawak ke pukul 2/3 pagi.. Dekat 2 minggu jugakla mengadap arissa menangis malam.. Sampai abahnya balik Msia dulu sebelum buat haji.. Arissa…arissa.. lepas dia dah ok, die tido lambat memalam..pukul 1,2 pagi baru dia tido.. Ibu x kesah nak.. janji awak tak nangis.. Kalau awak nangis, jem kepala ibu, serba x kena jadinya.. Tak tau ibu nak buat ape.. Kesimpulannya, merasala ko diyana..anak menangis malam.. Kemana nak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi.. khennnn… lalalala..

img_0141
Baby Made In Saudi. Lahir 19 Julai 2016 jam 11.52 am dengan berat 3.05kg di DEMC Hospital .                              MISI SELESAI
img_2553
Di pagi raya Aidil Adha 2016. Alhamdulillah, raya haji tahun ni, abah arissa dah berjaya menyempurnakan hajinya. Kami beraya anak beranak la di Malaysia. Abah di Mekah. Shukur ke hadrat Allah. 2016 memahat 2 kenangan manis, pertamanya kelahiran Arissa dan keduanya bila abah naik haji 🙂
img_2585
Ibu masukkan satu gambar haji abah untuk kenangan. First day raya aidil adha jugak ni..Tengok tu..dah botak..

Sekarang ni dah mula nak masuk musim sejuk.. Sesekali angin sejuk dah bertiup.. 6.30 pagi dee akan kuar rumah tunggu bas dengan anak2 pun dah terasa sejuknya.. Rasanya tahun ni musim sejuk mula lebih awal.. Last year agak lewat.. Bulan 12 last year betul2 extreme sejuknya..Kami dapat escaped, sebab balik kenduri Timah.. Tapi kali ni, tiadalah lagi escapism. Persediannya adalah dengan membeli 2 unit tambahan heater. 2 bijik yg gune last year pun rasa x cukup.. Kene tambah 2 lagi..

img_2779

Kami balik ni, dah masuk fasa akhir musim panas. Kira bertuahla dah terlepas panas lit2 nak dekat 50 degree C. Dengar abahnya je lah bercerita bila balik keje petang2.. Panas bu, panas buu… Pipi pun berbahang, tu belum campur humidity tinggi lagi.. Belengas badan..Gambar ni, pemandangan depan compund rumah kami.. Rumah kami depan taman mainan.. Sekarang ni petang2 mak2 arab termasuklah kami bentang tikar.. Kami minum petang.. Sambil anak2 main kat padang..Bahagianya CTG yek..haha..usahla jeles..Sebab, rasa nak pitam jadi suri sepenuh masa pun ade..

Checked in Jubail kali ni rasanya macam dee mulakan balik life di Arab saudi. Totally berubah dari segi pengurusan keluarga dan masa. Dee rasa mencabar jugakla. Sebab, balik dah bawak baby kecik domok tu sorang. So, dah bertambah kerje dan ditambah lagi dengan Umar dan Aesya yang dah bertukar ke sekolah baru.. Memang dee rase sangat tunggang terbalik.. Sampai demam, stress and at last mcm biasalah…stress theraphy saya.. Nangis..haha..

Dah nak sebulan ni barulah dee rase jadi normal balik.. Dah boleh adjust masa dan rasa dah boleh tidor malam dengan lena, tanpa perlu nak fikirkan ape nak masak untuk bekal anak2 esok paginya..Sengal kan.. aku stress sebab xtau nak masak ape.. 2 box tau..satu snack box, satu lagi lunch box. Mana taknya, diorang balik sekolah dekat pukul 3 petang.. Dalam seminggu ni, dee suap nasi bagi makan breakfast since teacher aesya cakap die xnak makan sangat time rehat.. Boleh die buat pandang je bekal makanan die tu.. Ingatkan kat rumah je buat perangai, sampai ke sekolah die sambung menyambung.. Bertuah betul anak dara tu.. Hopefully, lepas dah tukar ke breakfast berat pepagi ni, akan boost die punya energy..

img_2718
Arissa dengan ibu masa transit di Dubai.. Well behave dalam flight kecuali berkali kali kamu beyakk.. Masa ni ibu senyumla sebab tak sabar nak balik saudi kannn… Lepas tu ibu nangis, sebab stress xtau nak masak ape… Dah lama gantung kuali kat Malaysia la katekan.. Skill memasak pun nak kene asah balik..

Dalam pada duk stress2 xtau nak masak ape..di suatu petang kami mendapat kiriman sate dari Puan Sharifah Awang. Dee panggil Che Pah.. Sedap plak sate Che Pah buat.. sekali, selambe abahnya request.. Ibu, buat sate bu.. Berebut makan dengan anak.. Umar pun hantu sate jugak.. Abahnya kalau balik Msia mesti nak makan sate..Kalau kat Sijangkang tu, femesnya Sate Barakah.. memang sedap pun.. Tapi, boleh ke dee buat sate ni..?

Haaa… nak x nak, mesej la che pah tanya resepi.. Ala dee, resepi aku campak2 je katenye.. Die bagi resepi kat Dee pn mcm simple gile.. Nekad ni, di kala stress melanda, mencabar diri sendiri pulak utk buat sate.. Pergi Lulu, sambar terus isi ayam 2 kilo dan rempah2 perapan.. Malam tu jugak aku hadap..

img_2966
Kak Milah jugak yg pandai teka dee nak buat ape bile up gambar ni kat IG. Terus request nak 50 cucuk siap bakar..Hahaha..
img_2970
Tu diaaa.. dekat sejam dee menyucuk sate 2 kilo pagi tu.. Arissa masuk buai tido je, terus mulakan misi.. Cucuk jelah, janji die lekat kannn.. Lepas siap cucuk, terus mesej che pah.. pahhhh.. aku mcm nak nangis nengok sate ni siap cucuk.. sebab aku mcm x percaya aku sanggup buat sate..Jadik pulak tu sebagaimana rupa sate.. Rase aku tolak tepi dulu.. sekurangnya, rupa dah ada kannn.. Alhamdulillah, setelah dibakar dalam oven, abahnya cakap sedap buuu.. ke abahnya nk jaga hati ibu tak tau la kann, tp opkos la rase sate che pah lagi sedap.. saya budak baru belajar.. Thanks again pah, batch kedua sate dah berjaya dilangsaikan dan ade 2 kilo lagi isi ayam dalam freezer. Tengok event ape yg sesuai akan datang, kita menyate lagi.. 🙂

 

Sesi persekolahan umar dan aesya semester baru ni di International School Group, Jubail.. Diorang ni daftar lambat.. kami tunggu abahnya selesai buat haji dulu baru balik jubail.. Kawan2 dah mula sekolah dekat 2 minggu.. lepas cuti raya haji baru budak2 ni masuk skool.. Awal pagi dalam pukul 5.30 tu dah bangun.. 6,40am bas sampai untuk ke sekolah. Jarak perjalanan dari rumah ke sekolah kali ni agak jauh, dalam setengah jam perjalanan.. Sebab tu la kene bangun awal.. dan kene tido awal jugakla kan.. Dengan ibu2 kene masuk tido awal jam 9 malam.. Malam ni je terlepas.. Ni dah pukul 12 malam.. Esok ade kelas ngaji kat rumah Dee.. Itula..bila mood menulis dah datang..masa bukan sandarannya..

 

img_3026
Tunggu bas pepagi. Ni elok je kan kakak aesya tu.. Tapi, nak kejutkan die bangun punyala azab.. adik xnak pegi kolah..adik xnak kolah ibu..Memang Adoii…setiap pagi ye.. selagi die tak dapat kawan yg betul2 ngam dengan die, selagi tu la die akan menangis pagi..dah boleh cam dah perangai die kalau memula sekolah.. Hadap je lah..

 

img_2956
bebudak ni kalau amik gambar x sah kalau x julur lidah.. entah ape perangei.. sekolah baru ni xyah pakai baju seragam sekolah.. lega ibu x yah menggosok.. kalau x mau aii import philips dry iron dari msia.. Alangkan periuk noxxa pun ku bawak, mentelah la dry iron.. selamat duit abah.. kalau x, saje kene au dengan ibu..huhu
img_2768
Kakak aesya masa hari pertama sekolah.. sampai je sekolah die dah rasa lain.. sekolah baru..x sama mcm dulu..masuk plak lambat.. dan dan die cakap, Abah..aesya rasa nak nangis la.. maka bermulala orkestra pada pagi itu…
img_2769
Simple Apps Class Dojo, fungsinya mcm whatsapp utk komunikasi antara parents dan sekolah..cume advance skit since ade penilaian anak2 yg boleh kita lihat dalam aplikasi ni.. Macam fungsi instagram pun ade jugak..Best !
img_2989
Kat rumah pun xdapat macam ni.. ibu malas nak lecak.. sekali dah tumpah kat carpet..jenuh basuh.. Lega ibu tengok gambar ni.. Sekurangnya ibu tau, masa panjang kat sekolah berbaloi dengan pelbagai aktiviti yg anak2 ibu buat. Tido sekejap pun ada kat sekolah kamu.. Okla aesya, cepatla dapat kawan yg kamu ngam.. takdela ibu nak perang dgn kamu pepagi lagi…

img_2997

Umar masa program Family Reading Night kat library sekolah.. Dalam program ni, parents dijemput utk diberikan penerangan mengenai cara membaca brsama anak2.. Apa yg ditekankan adalah disiplin utk membaca setiap hari harus dipupuk untuk membolehkan anak2 cepat membaca.. Mulakan dengan 10 minit setiap hari sehingga sekurang kurangnya 20 minit sehari.. Lagi banyak masa yg diberikan lagi bagus.. Diorang ni xde homework.. Buku je banyak bawak balik kat rumah untuk bacaan..

img_3042
Cekodok ibu ni la buat teman ibu kat rumah..
img_2764
Cekodok boleh, buah labu pun boleh 🙂

Tahun ni jugak Kelab Rakyat Malaysia Jubail, KRMJ mengadakan Kelas Fardhu Ain. So Umar adalh batch pertama kelas fardhu ain di sini.. Inisiatif yg cukup baik bagi mengisi limitasi ilmu fardhu ain yg tidak diajar di sekolah. Kelas ni terbuka untuk anak2 yang berumur 6-8 tahun. Baru saja pelancarannya minggu lepas. Sambutan yg diperolehi pun cukup baik. Syabas dan tahniah diucapkan kepada AJK KRMJ kerana berjaya membawa inisiatif ini menjadi kenyataan.

img_3025
Happy anak ibu dalam kelas PAFA pertama. Diorang belajar jenis2 najis.. Balik je terus cerita dengan ibu, muntah tu dirty..die x pandai cakap najis la tuu.. huhu..umar umar…

Dalam duk sibuk2 kalut2 dengan life baru, dee sempat buat majlis makan2 kat rumah.. Lama kami kat malaysia..dekat 4 bulan.. Bila balik tu nak la jumpa kawan2 balik kan, sembang2..kami buatla makan2 sikit..Alhamdulillah, ramai yang datang.. Terima kasih diucapkan kepada yang datang. Terima kasih juga atas buah tangan dan hadiah utk Arissa. Semoga Allah saja yang membalasnya. Dee mohon maaf juga atas segala kekurangan.

img_2936
Gambar ni je ade dalam phone dee. sesi lepas jumaat ni la satu2nya gambar.. lepas isya dalam phone lg satu, x sempat nak transfer.. Gambar arissa dengan baby harraz anak kakak jiran.. Arissa lahir awal 2 minggu dr harraz kalau x salah dee.. Gepren ni ramah semacam dengan boipren.. :p
img_2940
Tu dia..sesi mengemas 1 day after event.. Sape lagi amik kontrak basuh pinggan, abang toyyib la.. Mekasih banggg…
img_3090
Si kecik ni dah pandai main sendiri sampai penat pastu tido..Baju dalam bakul panggil suruh lipat.. Mai lipat aku..mai lipat aku.. Berchinte maksss..
img_3084
Teacher die bagi gambar ni.. Cakap die punya mood dah ok.. Dah dapat makan nasi lauk sup pepagi, kalau mood x ok jugak memang nak kene la kannn.. Dee memang kene banyak bersabar dengan budak sorang ni.. Exactly Me.. nak buat macam mana kan..panassss….
img_3078
Kita akhiri dengan wefie ibu dengan arissa before pergi kelas bahasa arab.. Our first class with Ustazah Yeni.. Doa2 mudah mudahan dee istiqomah dan kuat semangat pergi belajar bawak anak kecik ni ye..

 

 

 

Dee sayang sangat akak

Kakak,

30 hari dah berlalu. Kakak dah kembali menemui pencipta kita. Arissa pun dah genap 30 hari 3 hari pd tarikh ni. Kakak pergi bergalang ganti dengan dee.. Dee lahirkan arissa sebelah pagi, kakak dah mula tenat sebelah petangnya.. Lusanya kakak pergi tinggalkan kami semua.

Kakak,

Dee x sempat cerita macam mana dee lahirkan arissa.. Arissa lahir mudah kak. Macam aesya jugak 4 tahun yg lalu.. Malah arissa lagi mudah..sampai hospital je dah 4 cm kak.. Tak lama pn dee sakit.. dee x amik ephidural..sekadar injection tahan sakit biasa…Kakak bertahan  utk terus hidup mcm mana dee pinta..Dee cakap, akak tunggu dee bersalin tau, nanti dee bawak baby jumpa akak… Betul kak.. akak tunggu sampai arissa keluar dulu baru akak nak pergi.. Dee x dapat bawak arissa jumpa akak.. Dee x dapat mandikan akak..Akak tau kan cita2 dee lepas dee bersara dee nak jadi Bilal mandikan mayat.. Tapi, dee x dapat mandikan akak.. Dee x dapat ziarah akak pun.. Dee baru 3 hari bersalin masa tu kak.. Semua orang cakap dengan Dee jangan banyak menangis..awak dalam pantang, tak nak nanti awak depress..kemurungan boleh meroyan..Dee tahan kak.. tapi 2 3 hari ni dee betul2 tak tahan.. Jumaat lepas dee menagis semahunya kak.. tersedu sedu dee nangis..dee dah x boleh tahan.. dee menulis catatan ni pun penuh dgn air mata.. Dee rasa sangat kakak dah xde..Dee dah xde lagi tempat mengadu tanpa perlu dee cerita banyak2..sebab kakak dah sedia ada memahami dee tanpa perlu dee banyak bercerita.. dan penilaian kakak selalunya tepat dengan memberikan dee nasihat yg terbaik yg dee xkan dapat lagi lepas ni..

Kakak,

Dee kenal kakak masa kita sama2 kerja kat NEC. Masa tu dee takut nak cakap dengan kakak walaupun makan semeja ramai2 kat kafe.. Kakak serius n x banyak cakap.. Lepas bila dee dah mula rapat dengan kakak, dee dah x duduk rumah sewa..kakak bg dee duduk je rumah akak x payah bayar sewa..kemana je kita pergi sama2 kan..pergi keje pn dgn akak.. balik keje akak tunggu dee habis OT baru balik..makan sesama.. dee tido dengan akak.. akak cakap, akak pun x tau kenapa akak boleh terbuka hati nak rapat dengan dee.. ntah ape yg ade pada ko ni dee.. Dee tau akak sayang dee.. dee pn syg sgt akak..Anggap akak mcm akak dee sendiri n dee rasa akak ikhlas sgt pd dee.. ape yg org tak mengata kita.. ape yg orang x fitnah kita.. Tp, kita bersaudara kerana Allah.. kalau dee dah sayang orang, sampai bila2 dee akan sayang.. tp, susah nk buat dee sayang orang.. sayang tu utk diberi sepenuhnya, bukan separuh separuh, bukan juga suatu permainan utk dipertaruhkan yg ada menang kalahnya..sayang perlu ade ikhlasnya.. Dee tau, kakak ikhlas sayang dee mcm mana dee ikhlas sayng kakak..

Kakak,

Kakakla org yg boleh kritik dee tanpa rasa segan atau berlapik kata.. Susah dee nak dapat org mcm kakak lagi.. Kakak boleh tegur dee dan dee boleh rasionalkan asas teguran akak tu. Now dah xde.. Dee betul2 hilang akak.. Hilang org yg boleh mengkritik dan menasihati dee, hilang tempat mengadu, dan hilang juga tempat meluah segala yg terpendam dan terbuku di hati.. Tempat akak dalam hati dee tiada penggantinya..

Kalau kakak ade ni kan, akak la paling sibuk uruskan dee dalam pantang.. Masa dee sakit operation bersalinkan umar, kakak la yg mandikan dee..tp, dee xdapat mandikan kakak.. Dee x dapat nak kapankan akak..pakaikan wangian utk akak, bedakkan akak, celakkan akak..dee dapat jaga akak sekejap je masa akak tengah sakit.. teman akak pergi hospital, bawak akak pergi berubat.. Akak memang tunggu dee balik baru nak pergi ye? bagi dee sempat dengan akak, bg akak sempat mencurah kasih sayang dengan umar dan aesya.. Kak ijah cakap, sejak dee balik, die nampak akak happy.. betul ye kak.. dee suke sangat dengar.. Kita sempat puasa sesama, buka puasa sama2.. dee gastrik masa puasa ketiga pun sempat lagi akak yg bawak dee pergi hospital malam tu.. Sayangnya akak pada dee.. masa dee teman akak kat hospital pn akak selalu tanya dee..dee ok ke? saya kesian tengok ko.. kesana kemari bawak perut.. Dee ok la kakak..dee happy dapat berbakti dengan akak di saat saat akhir hidup akak.. bg akak rasa yg dee sayang sgt akak..

Masa akak sakit, kalau dee dtg, mesti akak pegang lama tangan dee xnak lepas bila dee nak balik.. Kak, dee akan ingat pesan akak.. dee akan dengar cakap akak.. Dee akan jaga anak2 dee dan beri pddkan terbaik pd diorang..dee akan cuba sabar mcm mana akak sabar.. Ujian hidup akak memang getir..dr muda lagi kan kak.. kalau dee tanya, akak akan cakap.. ujian hidup sy ko xkan sanggup nak dengar dee… biarlah sy simpan sorang.. Ye dee tau kak.. akak memang tabah.. akak suka tolong orang..susah akak, akak x cerite.. Itula akak..dee nak jd mcm akak.. sabar dan kuat semangat.. x mudah mengadu pd manusia.. Hanya Allah tempat akak mengadu..

Kak, dee tulis catatan ni… nanti umar dan aesya dah besar die akan baca.. Dee xnak diorang lupa, diorang ade Ude yg susah payah dengan dee dan mak jaga diorang. Budi akak x terbalas oleh dee.. anak2 dee mcm anak2 akak jugak.. kagum dee..walaupun akak xde zuriat sendiri, tp kasih sayang akak tu menyamai kasih syg ibu yg melahirkan anak.. Itulah anugerah allah pd kakak.. Dee akan cerita pada arissa pasal mak ude.. dee akan selalu ingatkan umar dan aesya pesan2 akak pd diorang.. ape yg ude cakapkan selalu.. Dee akan usaha utk capai cita2 dee yg selalu dee citer pd akak.. dee nak jd bilal mandikan mayat, dee nak ajar anak2 kecik mengaji quran dan dee nak buka pusat perlindungan org tua.. utk anak2 dee, dee akan ajar diorang solat, kakak nk umar dan aesya hafaz quran kan.. inshaAllah kak… dee akan jaga bujey, dan akan ingat pesan akak suruh jd isteri yg taat dan solehah utk bujey.. Sokongan dan kata2 semangat akak akan sentiasa bersama dee.. InshaAllah, Umrah bulan november nanti ,dee akan buatkan utk akak.. Kita dah janji nak buat Umrah November kalau akak x dapat pergi haji tahun ni kan.. Nanti, dee buatkan untuk akak..Tanda kasih sayang dee pd akak..

Kak, Dee rindu akak..rindu sangat.. betul org cakap, rindu pada orang yg dah tiada tu sakit sangat rasanya.. mana mungkin dee lupakan akak..terlalu banyak kenangan kita bersama.. kakak dah tinggalkan dee, tak tau lepas ni siapa lagi akan pergi dari dee.. atau dee pulak yg akan pergi dr hidup orang..

Perginya akak membawa peringatan kepada dee.. mati itu pasti, sudah cukupkah bekalan dee utk dibawa ke alam yg kekal abadi..

11.38malam : 21 Ogos 2016

 

 

 

Kenangan Umrah Hamili 2016

Alhamdulillah, tak terkata nikmat yang Allah bagi untuk Dee tahun ni. Benar, penghijrahan itu memang perit dan sukar, tapi kebaikan yg kami perolehi itu, sukar nak digambarkan dengan kata kata. Benarlah kata2 Allah, sesudah diberikan ujian itu, pasti ada kesenangan yang diperolehi.. Bersabarlah…

Pada hujung April yang lalu, kami sekali lagi berpeluang mengerjakan Umrah di sini. Peluang apabila Mak n Ayah mertua datang ke sini, kami sambut dengan membawa mereka menunaikan Umrah. Apalah lagi kegembiraan terbaik  yg mampu kami berikan selain daripada membawa mereka mengerjakan umrah bersama anak menantu dan cucu-cucu kesayangan.. Shukur sekali lagi kami panjatkan kepada Allah swt atas kesempatan, peluang dan rezeki yang Kau berikan ini.

Kami bermalam di Riyadh sebelum bertolak ke Taif utk Miqat di Qarnul Manazil. Kali ni, kami konvoi menaiki kenderaan bersama Keluarga Helmi dan Juzie.. Rasanya trip kali ni, memang Umar dan Aesya seronok sangat, sebab dapat pergi Kaabah dengan Hakim dan Baby Husna sekali..Tapi rasanya, kami jugakla yg pening nak melayan akan keterujaan kanak2 ni nak berkawan n bermain macam diorang ade kat Jubail.. Haha…

Umrah Hamili adalah diluar jangka.. Dee sembang dengan Juzie…Kalau kita kat Malaysia, mesti kita tak berpeluang nak gi Umrah masa mengandung kan.. Sesuatu yang agak mustahil utk dilakukan.. Tapi, itulah rezeki kami, dapat buat Umrah masa mengandung.. Bertuahnya anak dalam perut ni, dalam perut ibu lagi, ibu dah bawak kamu keliling kaabah, dalam perut ibu lagi, ibu dah bawak kamu lengkapkan rukun Umrah..

Malam tu, abang toyyib temankan dee n juzie selesaikan Umrah.. Mula2, dia bawak mak ayah selesaikan Umrah dulu.. balik rehat kejap terus bawak Dee n juzie yg join sekali utk selesaikan umrah Mak Yong. Semoga Allah memberkatimu bang…Pusingan pertama tawaf di dataran kaabah agak mencabar.. Rasanya dee n juzie dah terlambung n terbuai dek gelombang manusia yang luar biasa juga ramainya pada malam tu.. Kami mulakan umrah sekitar jam 1.30 pagi. Mungkin sebab keesokan harinya, Saudi cuti..ditambah pula dengan kehadiran jemaah2 umrah yang baru tiba pada malam tu menyebabkan kami rasa kami ni tengah buat tawaf Haji. Macam tu juga semasa Saie.. MashaAllah..luar biasa ramainya..

Selepas termasuk dalam lingkaran padat pada pusingan pertama, suami dee cepat2 tarik Dee keluar.. Pusingan kedua dan seterusnya kami tawaf di luar kawasan Maqam Ibrahim. Inilah kali pertama dee tawaf di dataran kaabah yg telah luas apabila mataf tidak lagi digunakan. Kerja2 pembukaan binaan mataf hanya tinggal sedkit sahaja lagi.. Keadaan dataran kaabah dah hampir sama seperti masa mula2 dee mengerjakan Umrah pada tahun 2010. Cuma kali ini lebih lapang dan luas seluasnya. Alhamdulillah, selesai juga Umrah kami malam itu, pada waktu menjelang hampir Subuh..

Shukur juga kami panjatkan, kerana merasai pengalaman bertawaf di mataf bertingkat yang telah menjadi sejarah dalam projek perluasana Masjidil Haram.

IMG_0410
Apabila mataf dibuka, kawasan dataran menjadi lapang selapangnya.. Ramai yang mengambil peluang untuk lepak ibadah di kawasan dataran ini. Gambar selepas waktu asar. Mereka sedang menunggu untuk waktu maghrib dan berbuka puasa. 
IMG_0409
Hanya sedikit sahaja lagi binaan mataf bertingkat yang tinggal pada waktu ini.
IMG_0405
Pandangan jauh baki mataf yang tinggal sebelum dibuka

Esoknya, lepas Zohor di bawak anak dara Dee,  Zara Aesya Hamra masuk ke Masjidil Haram.. Kali ni Dee banyak duk bilik jaga budak2.. Bagi peluang kat atok n embah memanfaatkan waktu mereka di masjid..Malam tu, aesya dah buat muka sedih.. Adik nak pergi kaabah.. Adik nak pusing kaabah.. Sian Dee dengan die bila dia cakap macam tu. Lepas Zohor tu, dee cuba tunaikan hasrat hatinya. Bila dah masuk dataran tu, dee terus niat utk tawaf sunat.. Mula2 Dee plan nak buat satu atau 2 round shj.. Nanti malam sambung lagi dengan abahnya dan Umar.. Rupanya anak daraku excited dapat pusing kaabah.. Dalam keadaan yg agak panas, dataran kaabah seperti kebiasaannya akan kurang sedikit bilangan manusia.. Sambil dee bercerita melayan dia, sambil ajar dia berdoa dan berzikir, banyak juga tangan2 yg mengusap kepala Aesya.. Ibu cakap, uncle, unty n atok tu semua doakan adik kuat n jadi anak yg solehah… Ada juga yang basahkan kepala Aesya sedikit  dengan air utk mengelakkan kepanasan… Akhirnya habis 5 pusingan.. 2 pusingan lagi kami habiskan lepas solat Asar..

MashaAllah, kuatnya anak ibu.. Bersemangat betul die bertawaf kali ni.. Tak mengadu penat dan panas.. Adik kuat katanya.. 6 Pack !!! Well Done Zara Aesya Hamra.. Nak jadi kakak kan.. mestila cepat2 matang…

IMG_0401
Posing selepas habis tawaf 7 pusingan. 
IMG_0404
Kami berada di lingkaran tawaf yg paling jauh dari kaabah.. Orang banyak duduk santai di situ.. Dapatla kami selfie anak beranak… Nanti kita datang lagi dengan Baby dalam perut ibu pulak.. InshaAllah…

Seterusnya adalah misi mencari Ayam Goreng Al Baik kerana mak yong Dee mengidam lama dah nak makan ayam goreng tu.. Kat JUbail ni xde tau.. Die belah2 Madinah n Mekah tu adela.. Utk orang Malaysia yg nak rasa ayam goreng Al Baik ini, inshaAllah Al Baik akan membuka operasinya di Malaysia.. Lagi sedap dari KFC katanya..

Sementara tu, sapa yang datang sini boleh cari Ayam Goreng fames saudi ni Hayatt Regency Hotell punya komersial building.. Ade di tingkat 3 bahagian Food Court.. Jom layan gambar..

IMG_0420
Kami pergi lepas maghrib masa ni.. Logo nya gambar Cik Ayam pakai topi.. Dari jauh dee nampak orang dah BERSUSUN…
IMG_0419
Tak sabar tunggu kat kaunter..
IMG_0418
Tu dia…Women section, kaunter banyak bukak.. semua full orang beratur.. Tapi servisnya mantoppp.. Pantas sekali…Misi tercapai, mak yong dapatla merasa Al Baik…

Esoknya, kami balik.. Kali ni xde berhenti bermalam. Direct. Masa ni la paling mencabar kut.. Perut ni keras sokmo.. Agaknya sebab dah x tahan sangat, badan dah terlampu penat, Dee pun muntah muntah selepas Riyadh.. Time mabuk pun dee x muntah macam tu.. Gitula penangannya travel 16 jam dr mekah nak balik ke Jubail.. Ke lebih 16 jam.. Hahaha… Pengalaman yg x akan kulupakan…

IMG_0431
Alhamdulillah.. Selesai Umrah atok embah bersama anak menantu dan cucu-cucu. 

 

Filem Lama Gurindam Jiwa

Malam kelmarin sebelum tido abang toyyib layan lagu gurindam jiwa.. “Eh eh abang ni.. Nak tido pun dengar lagu gurindam jiwa.. ” Bebel deee… “Ye la, nanti u balik msia memalam abg dengar lagu ni la…”  ” Ceh… Takde maknanye bang.. Abang,  janganla dengar lagu ni, abang pernah tengok x citer ni?  Citer ni ending die sedih tau… Taknaklah nyanyi… ibu takuttt…. ”

“Abang tak layan citer Nordin Ahmad ni.. balas abg toyyib … Kenapa? Dee tanya.. Sebab Die hensem n sore sedap.. U jeles kan… Bukan… sebab citer2 die serius..citer berat.. Abang nengok P Ramlee yg lawak2 je..

Hemmmh… ye lah…

Dee pun g amik handphone, bukak youtube.. dah lama x tengok citer Gurindam Jiwa.. Dulu zaman kecik2 je tengok kat TV 14 inchi. Mak Siti pun suke dodoikan adik2 nyanyi lagu ni. Kami adik beradik membesar dengan lagu ni.. Mak Siti tu nama je anak cina.. Oii Poh Gaik la sangattt.. Tapi jiwa melayu kentalll..

Gurindam jiwa_poster

 

Filem ini arahan M. Amin yg diterbitkan pada tahun 1965 dan dibintangi oleh seniwati jelita Latifah Omar dan Hero Malaya Nordin Ahmad. Boleh dikatakan pada waktu itu, ini satu2 nya filem melayu yang tiada unsur pertarungan atau pembunuhan sebagaimana filem purba melayu yg biasa.

hqdefault (2)
Seniwati jelita Latifah Omar
hqdefault (1)
I think he is kacak.. Abang toyyib jangan jeles okeh..

Gurindam jiwa sangat istimewa kerana separuh dari dialognya adalah berupa pantun yg menjadi akar sendi filem ini. Menerusi rangkaian pantun yg dimuatkan dalam filem ini, ia mencerminkan masyarakat melayu kita yg kaya dengan susun kata bahasa yang tinggi nilainya yg dipenuhi dengan kata kias dan kata makna dalam setiap bait pantun yang dilantunkan..

Lantun gitu… kehkehkeh.. Nape dee suke citer ni? sebab dee suke pantun.. Nordin ahmad yg membawa watak Dahlan dalam cerite ni adalah seorang ahli pantun. Ahkak pun pemantun sekolah dedolu.. wakaka.. Dee pernah wakil sekolah sains muar masa pertandingan berbalas pantun di peringkat daerah Muar pada tahun 1999. Kami dapat no.2 tau.. Dee, Nurul Huda Samsudin dan Salwa Izani.. Kami jd pemantun utama masa tahun 1999 mewakili sekolah.. Lawan dengan budak2 satera sekolah2 daerah muar.

Kami budak sains kut.. Tak amik sastera okeh.. Dapat no.2 tu kire powerla.. kalah tipis je… Sempatla judge puji kami, eventho sek sains tapi cekap juga berbalas pantun.. Bayangkan kami kene jawab pantun dalam masa 2 minit on the spot.  Antara soalan pantun yg dee masih ingat  : Mengapa sang pungguk rindukan bulan? Pantun Tuan Hamba jual, saya membelinya.. Ececeh… Cam gedik je kan.. ke zaman dolu2 je rasanya.. Masa final tu, sekolah yg lawan kami, siap pakai costumes ala2 orang2 melayu dedolu.. Lelaki berbaju melayu dan bertanjak, perempuan pakai cecantik siap mekap lagi.. Kami ? baju kurung sekolah n BLAZER.. blazer pun pinjam sekolah punya.. Besar kat bahu.. Jadilah labu.. Tapi yg paling dee x leh belah, lepas habis pertandingan tu, ade bebudak lelaki usha siap bagi nombor tepon.. Idakla mak neleponnn….. :p

Sambung balik review pilemmm… So, dalam rangkap lagu Gurindam Jiwa ni, ade 2 baris pantun yg dee masih x dapat maknanya yg memuaskan hati dee. Selalunya masa travel jauh2..kami laki bini suke layan lagu2 lama P Ramlee.. Lagu Jangan Adik Angan Angan nyanyian P Ramlee dalam filem Musang Berjanggut pun dee postmortem kan lirik nya.

*Tujuh gunung lautan… lautan..  * Sembilan lautan..ala intan * Umpan ku tabur…dah makan * Ikan dah makan…

Petikan lagu jangan adik angan2..

Gigih cari makna lirik lagu okeh.. pastu mulala mereka-reka makna..pastu gelak.. Sebenarnya nak buat hilang ngantokkk… Tapi, dalam lirik lagu gurindam jiwa ni ade 2 lagi baris lagu yang sampai sekarang x dapat maknanya.. Dee dah gugel, tapi jawapannya x memuaskan hati dee..

Jom layan lirik lagu Gurindam Jiwa. Pasni pakat bukak youtube  pasang lagu gurindam jiwa. Kalau hang anak melayu, pure melayu, xkanla hang x terusik dengan lagu ini.. Maks yg anak cina ni pun boleh layan.. Inikan pula yg betui2 pure melayu..

Rangkap Satu

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu layuan

Intai kami antara nampak

Esok jangan rindu rinduan

Gurindam_Jiwa

Permulaan cerita ni adalah kegembiraan hidup suami isteri yg bahagia bersama tinggal bersama. Dahlan dan Dahlia, hidup susah senang bersama, bekerja menanam padi, membanting dan menuai pada bersama. Padi yang menjadi disimpan di dalam kepuk padi buat bekalan makanan ahli keluarga bersama ibu ayah yg telah tua. Walaupun, hidup mereka susah saban hari dengan bercucuk tanam, tetapi mereka gembira bersama. Dahlan telah memenangi pertandingan pantun yg diadakan diantara kampung2 sehinggalah dilamar oleh orang istana untuk menjadi Ahli Pantun Diraja atau sasterwawan Negara.

Rangkap 2

Anak cina pasang lukah

Lukah di pasang di tanjung jati

Di dalam hati tidak ku lupa

Sebagai rambut bersimpul mati

hqdefault
Saat Dahlia membantu suaminya menyiapkan rangkap2 dalam Gurindam Jiwa. Taching okeh..

Dahlia menyokong keputusan suaminya untuk mencuba nasib menjadi Ahli Pantun Diraja. Maka berangkatlah Dahlan mengikut pegawai istana bagi mencuba nasib. Tuah Dahlan berpihak padanya apabila Sultan sukakan Dahlan yang bijak dan petah berbalas pantun.. Maka dilantiklah Dahlan menjadi Sasterawan Negara, yang mana Dahlan tidak boleh bergaul dengan orang biasa dan meninggalkan kehidupan kampung. Dia juga dilarang untuk mengirim berita kepada keluarga di kampung. Dahlia pula di kampung, meneruskan kehidupan menjaga kedua orang tua Dahlan dengan sisa kudrat yang ada membanting tulang demi mencari sesuap makanan. Dia masih percaya yang Dahlan takkan melupakan dia dan kedua ibu bapanya…..

Rangkap 3

Batang selasih permainan budak

Daun sehelai di makan kuda

Bercerai kasih bertalak tidak

Seribu tahun kembali juga

images
Dahlan kawin lagi.. Abang toyyib jangan buat gini yer.. Aii is tak rela… 

Saban malam, Dahlia merindui suaminya yang jauh tanpa kabar berita. Musim berganti musim, namun berita yang diharap tidak kunjung tiba.   Tanamannya tidak menjadi,  padi yang disimpan tinggal sedikit sahaja dan tidak cukup untuk menampung keperluan makanan mereka sekeluarga.  Dahlia seorang isteri yang setia dan baik hati. Keperluan kedua mertuanya tidak pernah  dia kurangi malah sentiasa dilebihkan melebihi keperluannya sendiri. Manakala Dahlan hidup mewah di istana sehingga dilamar untuk menjadi menantu kepada Dato Bendahara supaya dinikahkan dengan anak gadisnya Melati.  Dahlan diberi kata dua untuk menerima tawaran tersebut. Sekiranya dia menolak, kelak buruk padahnya. Akhirnya, Dahlan terpaksa menerima lamaran Dato Bendahara untuk memperisterikan Melati.. Di kampung, kedua ibu bapa Dahlan pula  telah meninggal dunia dan tinggalah Dahlia  keseorangan merana menanggung rindu membuka kembali naskah tulisan lagu Gurindam Jiwa yg menjadi nukilan mereka berdua suami isteri satu masa dahulu..

Rangkap 4

Burung merpati terbang seribu

Hinggap seekor di tengah laman

Hendak mati di hujung kuku

Hendak berkubur di tapak tangan

Akhirnya Dahlia membuat keputusan untuk mengembara mencari suaminya kerana tidak tahan menanggung rindu berbekalkan perasaan kasih yang mendalam ke atas suaminya. Dua rangkap terakhir inilah yang masih tidak dapat dee koreksi maknanya.. Ape maksudnya hendak mati di hujung kuku. Dee fikir, kalau dee mati, biarlah abang toyyib yg mandikan jenazah dee .. Dan lepas tu, biarlah dia yg bawa dee ke liang lahad.. Ituke maknanya berkubur di tapak tangan??? Lama jugak dee nak dapat fikir mcm apa yg dee tulis tu. Abang toyyib lagila lemah bab sastera ni.. Tak leh wat kawan nak berdebat makna tersirat rangkap pantun.. Kebanyakan lagu, semua dee yg post mortemkan.. Die suke nyanyi je..Hehe.. Sekarang ni tengah layan lagu2 Dato’ S.M Salim.. Ish ish ish.. abang toyyib abang toyyib…

Rangkap 5

Kalau tuan mudik ke hulu

Carikan saya bunga kemboja

Kalau Tuan mati dahulu

Nantikan saya di pintu syurga

Bila Dahlia dapat tahu Dahlan  berkahwin lagi, maka hancur luluhla hatinya. Suami yang dicintainya telah pun beristeri lagi.  Dia mengambil keputusan untuk membunuh diri (This part memang against dengan agama islam.  NOT GOOD.

Apa pula yg terjadi pada Dahlan? Kene tengok sendiri !!!! Takpun tanya mak2 korang ingat lagi x citer ni.. Ape ending nya..

Penulis Lirik : Almarhum Hamzah Hussien

Ciptaan : Almarhum Pak Wandly Yazid

LAST BUT NOT LEASE

 

..

Kalau condition nya begini ????

KAU MAMPU ???

IMG_0426
Bukan calang2 wanita yang mampu…

Sayangilah isterimu..

IMG_1643
THEREFORE , LOVE IS SACRIFICE….

 

THE END

Kisah HAMILI di Raudhah & Ziarah Badar

Since my parents in law dtg sini.. Kami memang dah plan nak bawak mak ayah utk ziarah madinah dan mengerjakan umrah.. Diorang datang pertengahan Mac yg lepas.. Datang bawak macam2.. Termasukla Yong Tau Foo Flat Penara Hari Jumaat yg sedap tu.. Alhamdulillah merasa makan YTF situ.. Yang paling happy bila mak ayah dtg ni opkos la Umar dan Aesya.   Kat sekolah pun bawak citer atok nak datang.. Bila dah sampai tu, ibu memang campak ke tepi la.. semua nak dengan atok n embah.. Dee pn tambah sihat dan lebih semangat.. Ye lah, ade kawan kat umah.. bleh borak2 sementara waktu anak g sekolah.. gilir2 masak dengan embah.. lauk yg teringin MIL masak semua dah dapat.. Satu je lagi tinggai.. sambal tumis petai.. Mudah mudahan dapat jumpa petai nanti.. Ade tu.. x rajin je nak ke sana nak membelinya.. Pasni kan, LULU mesti jual petai jgk.. Hahaha..

So, minggu tu, kami pun bawak PIL go ziarah Madinah.. Lepas diorang rehat dalam 2/3 hari, baru kami ke Madinah.. amik kesempatan anak2 Spring Holiday.. Pergi naik kereta.. Tu pun x direct terus sampai Madinah. Berhenti makan kat Riyadh, n sambung sikit perjalanan ke BURAIDAH . Bermalam di sana semalam dan esoknya pepagi sambung semula perjalanan ke Madinah.

Kami gerak terus ke lokasi perang Badar, sekitar 1-2 jam dari Madinah. Check in Hotel pn petang, maka kami amik kesempatan tu ke sana.. Tapi, sayangnya.. tempat tu tutup pada hari Jumaat. Memang xde rezki kami nak masuk lokasinya.. dapat bergambar di luar kawasan tu n enjoyla scenary gunung ganang otw pergi dan balik dari sana..

IMG_0059
Highway Madinah Badar. Badar jauh jugak dari Madinah. Hampir 2 jam perjalanan dr Madinah..  Macam mana la nabi kita saw dan para sahabat bergerak ke Badar untuk berperang menentang tentera musyrikin yg pada masa itu jumlahnya 1000 orang. Sedangkan muslimin yg tururt serta berperang hanyalah 313 orang. Sunnguh besar pengorbanan mereka demi agama.. 
IMG_0062
Nabi Muhammad saw berdoa bersungguh sungguh kepada Allah swt memohon supaya diberikan kemenangan kepada tentera Islam sehingga terjatuh kain selendang yg dipakainya.. Memandangkan tentera Islam pd waktu itu, tidak mempunyai senjata yg cukup dan ampuh untuk melawan tentera musyrikin Mekah. Sehingga diceritakan, ada antara sahabat2 yg berjuang menggunakan pelepah tamar dalam perang tersebut… Atas doa rasululullah saw, Allah mengirimkan malaikat2 bagi membantu umat islam utk menang pd hari tersebut.. NUN, disebalik tembok2 kukuh itu, tempat yg menjadi sejarah kemenangan pertama umat islam terhadap tentera musyrikin Mekah. 
IMG_0065
Di mercu tanda batu di sebelah kanan gambar ini, terukirnya nama sahabat2 yg shahid dalam Perang Badar ini. Dek kerana pengorbanan mereka demi agama, kita dapat mengecap nikmat Islam pada hari ini. 
IMG_0064
Dan inilah gambar sekitar perkampungan Badar. Ada yg dee nampak, bekas tinggalan rumah2 lama disitu kebanyakannya dibuat daripada pelepah2 tamar dan lumpur yg menjadi simennya.. Begitulah juga sejarah pembinaan masjid nabawi. Pada mula ia dibina menggunakan pelepah2 tamar atas semangat kaum MUhajirin dan Ansar..
IMG_0082
Ini adalah gambaran pereka grafik bagaimana rupanya masjid nabawi seawal pembinaannya. Gambar ni dapat masa dee singgah ke satu galeri sejarah di sebelah masjid Quba. Dikatakan di lokasi galeri inilah, tempat di mana, rasululullah saw kehilangan cincinnya di sebuah telaga yg terdapat di situ. Dah 3/4x kami ke Masjid Quba.. Tapi baru sekali ni kami perasan ade galeri ni.. Sangat berinformasi n dee suke sangat masuk n enjoy baca sejarah dalam ilustrasi grafik yg memudahkan di situ..
IMG_0083
Sejarah Mimbar Nabi
IMG_0084
Untuk dijadikan panduan..
IMG_0085
Heavens Garden
IMG_0086
Madinah Munawwarah, Kota suci umat Islam Kedua yg penuh ketenangan..

Kami sampai hotel sekitar jam 6 petang. Kali ni kami sewa hotel apartment di Majedic Arac Suites. Takde breakfast.. So, memang bawakla periuk nasi bagai.. Alhamdulillah..bilik hotel yg selesa. Minta 2 bilik, hotel bagi 3 bilik with 3 attached bathroom.. Rendang daging podeh mak siti import from msia menjadi juadah pembuka selera dee.. Layan makan dgn nasi putih pepanas pun sodap..

Malam tu dalam 9.30 pm, dee bawak mil ke raudhah.. Neves jugak nk g berasak asak kan.. Dengan keadaan kita yg mengandung ni. Dee tawakalla.. nak bawak mil masuk.. semoga allah mudahkan..itu yg dee niatkan.. Orang mcm biasa ramai.. Jalanla mak yong terketek ketek g masjid.. Dah masuk kawasan menunggu dee terus ajak mak duduk. Kami join je grup2 yg dh duduk kat situ.. Lepas solat kat belakang, dee bawak mak ke depan.. Perut masa tu dah keras.. Dari 4 bulan lg dah kuat mengeras.. Stamina mengandung kali ni sgtla LOW.. duk rumah bape banyak sgtla berjalan kalau nak compare time keje.. nak g tingkat 1, gagah lagi dee panjat tangga kat opis tu.. KUAT rasanya time mengandung dulu2.. sekrg ni jalan 200meter pn dah lemau..

Dee capai quran n mengaji sambil duduk2 kat situ.. Rupanya kami dikelilingi grup TURKEY.. sambil ngaji dee tegakkan badan, pegang n gosok2 perut.. serius keras perut maks.. Tiba2 dee dicuit oleh perempuan turkey lebih kurang sebaya mil yg duduk sebelah dee. HAMILI ? Dee senyum dan anggukan kepala.. Kemudian dia cakap dengan sorang lagi perempuan sebaya dia dan seorang lg yg agak muda. Yg muda tu tanya dee dari mana.. MALAYSIA.. Ringkas dee jawab.. Kami bertukar senyuman.. Diorang mula interview dee.. anak no berapa.. tanya mil siapa.. n lastly die cakap, nak masuk raudhah bahaya.. HAMILI.. dalam sangat crowded.. dee senyum dan jawab InshaAllah..

Sekejap lagi die cuit dee lagi.. Kali ni suruh dee makan roti dengan jem strawbery.. Dee layan je.. Orang memberi kita merasa..  Rezeki sebelum masuk raudhah.. Lepas tu die suruh dee minum air plak.. Allah Ya Allah.. Baiknya 3 beranak turkey ni… Bila giliran kami sampai, grup kami pun disuruh bangun utk bersedia memasuki ruang raudhah.. Perempuan turkey yg agak tua tu cakap dengan dee dlm bhs turkey, sure dee x faham.. Tapi dari gaya dia cakap, die suruh dee n mil ikut die.. n die suruh lagi 2 orang tu berdiri keliling dee supaya org tak rempuh dee.. Masa tu, dee rasa nak nangis dah.. Korang tau sebabnya kan..

Maka, bermulalah episod HAMILI di raudhah..Diorang bertiga jaga dee supaya x kene rempuh dengan org sebangsa die yg kita sedia maklum besar2 badannya.. HAMILI HAMILI, diorang cakap setiap kali ade yg datang menolak.. Menangis jugak dee, Allah kirim 3 anak beranak turkey utk mudahkan dee dan mil. Sampai satu ketika bila dah masuk raudhah, diorang kepungkan tempat solat spy dee n mil dapat solat kat situ.. Shukur Alhamdulillah.. Jika kita berbaik sangka dengan Allah, dengan niat yg baik, pasti ada ruang dan cara allah lapangkan kita utk sujud padaNya..

Selesai solat, diorang iring pulak dee utk keluar.. Keluar je dari carpet hijau, kami berpelukan.. menangis keshukuran.. Syukran je yg mampu dee ucapkan.. Makcik Turkey tu peluk n cium dee..suruh dee doakan anak dia pun dapat hamil juga… Sempat dia hadiahkan selendang pashmina Turkey yg sedang dipakainya untuk Dee… Alhamdulillah..

Jom Mak kita balik, esok ade rezeki kita datang lagi…

Made in Saudi Satu.. Mimpi jadi kenyataan…

Marhaba.. lama sungguh dee x menulis.. Baru hari ni kekuatan tu muncul. Terus amik cik mac, charge n mulakan menulis.. Ade beberapa post yg pending utk dee tulis.. tapi, dee dulukan post made in saudi ni satu.. Sebabnye, dee rase bertarung sangat nak lepaskan fasa trimester pertama selepas kejadian made in saudi SATU ni..

BENAR, made in saudi satu dah berjaya. Rupanya, bukan calang2 hebat cabarannya. Senang je mulut berkata kata. Sebelum dee fly ke sini, selamba je cakap..ok, nanti bolehla made in saudi satu kat jubail nanti… nak ANAK ARAB… Sekali, bila Allah dah bagi.. rasanya kalau boleh x nak mengandung di perantauan lagi.. Apepun, dee shukur sangat sebab dah dapt melepasi trimester pertama kehamilan di bumi bertuah ini…

Itulah sebabnya dee lama x menulis. Dee mengandung.. Masa entry kereta abang toyyib hilang tu dee dah disahkan mengandung.. Tu la memalam abg toyyib sanggup bawak g makan nasi ayam penyet sampai kete kene towing.. Pengalaman la..kete kene towing kat Khobar tengah musim sejuk..

Sesungguhnya Allah itu sebaik baik perancang.. Memang pada mulanya dee xde plan nak mengandung lagi.. Ingatkan dee nak cuba buat haji suami isteri tahun ni.. Rupanya Allah nak bagi kami rezeki lain.. Dalam diam abang toyyib berdoa bersungguh sungguh untuk mohon dikurniakan rezeki anak.. Aesya dah nak masuk 4 tahun bila baby ni lahir.. Dah lama abg toyyib mintak nk baby.. Mungkin Dee yg belum bersedia lagi.. Akhirnya, Allah makbulkan juga doa abahnya semasa umrah slps musim haji yg lepas.. Alhamdulillah…

Bila kita x jangka nak mengandung, memangla x perasan tanda2 awal kehamilan tu.. Ingatkan x sihat biasa2 je.. Sebabnya, dengan abg toyyib sekali mabuk2 awal2 tu.. Kami ingat peralihan musim, masing2 rasa x sihat..Rupanya dah berisi.. Gitulah abg toyyib.. setiap kali bininya mengandung, mesti die akan rasa loya dan muntah.. Bila dee check, rupanya bukan 1/2 hari lewat.. dah 10 hari lewat..Dah 5 weeks ++ pun..

Haaa…amik kau.. masa tu memang rase longlai la.. makan x lalu.. nak2 pulak dah nak balik Msia… dah bersusun menu makanan msia kat dalam kepala.. Bila balik msia, menu yg disusun nak makan tu, xdela dapat makan semuanya.. Sibuk plak dengan renovate dapur kat rumah.. Maka dapur pn x berasap sgt.. Cuma makan kat jogja je la yg puas..

Balik ke Jubail, kami g jalan Oman plak..masa tu memang dh sejuk sgt kat sini.. Pergi Oman, cuaca macam kat Msia.. serius dee x mabuk masa kat Msia.. Kat Oman pun sama.. Cuaca panas kut.. Lepas balik Oman, maka bermula episode suke duke mengandung di perantauan..

p/s : ni catatan pengalaman, gambar pn xde sangat.. kalau boring usahla baca…

Dee ingat lagi minggu pertama lepas balik dr Oman.. Lepas mandi tu, tetibe dee rase sayu sangat.. Perut lapar..sejuk kut kat sini.. Angin masuk perut sokmola kat sini.. Makan kurang, selera xde nak makan.. nak masak pn x larat..bukan je x larat, xla pandai masak sgt pun.. Maka berjuraian lah air mata.. Menangisla dee semahunya.. Apabila terkenangkan chicken chop black paper kat simpang depan umah kat msia.. Ya Allah, gitu rasanya bile teringin sgt nak makan n tau benda yg nak makan tu xkan dapat sekelip mata.. Kalau kat msia, surely dee dah start enjin g beli sendiri kennnn…. Dee bukan jenis yg mengandung nak mengidam makan macam2.. anak2 yg lepas pun biasa2 je.. Kat sini pun, mengidam nak makannya pun biasa2 aja.. Cuma sedih tu, pilu benar rasanya sebab tau, benda yg kita nak makan tu jauh beribu batu..

Bila dah pilu tu… Abang toyyib kenala pujuk kan.. Maks dah nangeh gitu… Die bawak g makan kat Food Rockers.. Makanla beefstick.. mahalnya usahla cakap.. tp still x dapat menepati tekak yg nk makan ni.. Kat sini mana ade black pepper sauce.. gravy licious mcm kat msia tu.. semua x pedas.. Ku pujuk rasa hati..jangan ikutkan hati sangat diyana.. Inilah namanya pengalaman hidup..mengandung di perantauan..

A fews weeks later, gang dee pakat nak buat makan2.. boleh diorang tanya dee.. ade teringin nak makan ape2 tak.. TERHARU mak noks.. sahabat2 adalah spt ahli keluarga di sini.. ukhwah kami sangat kuat.. saling menyokong dan meneguhkan.. itulah adat hidup di perantauan. Sentiasalah bersikap rendah diri dan saling menghormati.. InshaAllah kita akan disenangi dan disayangi..

Tak tunggu tarikh makan2 pun.. Rupanya, kawan2 dee ni dah pakat2 nak masak utk dee.. Petang tu, abang toyyib dapat call dr Uncle Red, “Bini aku ade bagi makanan kat bini ko ni.. ” Bila sampai kat dee, n bukak je dah bau aroma chicken chop black paper versi msia.. siap ade broccoli kukus lagi.. Masa tu, air mata ini sekali lagi berlinangan. Gembira sangat dan terharu sangat, sebab Kak Jas, Pah n Juzie sudi masakkan utk dee.. Kuah black pepper sauce tu sebijik mcm yg dee nak.. Suapan pertama dan seterusnya makan dengan linangan air mata. Tengah makan call pulak Kak Jas, ucap terima kasih x terhngga sebab dee dapat makan sedap.. macam ape yg dee nak.. Shukur sangat.. Geleng kepala abg toyyib tengok dee..x dapat makan nanges, dapat makan pun dee nangis.. Agagaga….

Lepas2 tu, ramai lagi sahabat sini yg masakkan utk Dee.. Kak Gee jiranku yg baik hati.. masakkan RICE TO WEDNESDAY.. (nasi kerabu ko).. aku baru tau.. Kak Milah kakak kawasan buatkan laksa mabeles.. akin bagi dee egg tart..pah masakkan lauk tempoyak, madihah dengan mee udangnya.. geng2 dee yg sama2 mengandung juzie n dihah, sama2 ingat mengingati antara kami.. Kalau dee masak lebih lauk hari tu, hantar bagi kat dihah, esok2 bg pula kat juzie.. Kadang org mengandung ni, bukan selera sangat makan lauk sendiri.. Lauk orang jugak yg die nak mintak.. Bila dapat tu, heavennya rasa.. Tak yah masak.. Haha

Sekarang ni dah lepas trimester pertama.. Lega sangat… Dee ni bukanla jenis yg muntah belilah bak kata org.. Mabuk n loya tu sikit2 je.. Cuma kat sini, HB rendah.. so kat rumah kalau x gi kelas tu, dee baring je la.. bila bangun wat keje sangat rasa nak pitam je.. pening n nak muntah.. Lagi satu nak kabar, kat sini supplement kurang sangat.. farmasi besar bersepah sepah..tapi jual vitaminnya adela satu shelf je..lebih kepada ubat2 prescription dokter. Yg kita ni kalau nandung, makan spirulina, minyak ikan, n mcm2 lagi.. Seb baik mak mertua dee dtg, bolehla dee pesan vitamin2 yg biasa dee makan bawak dtg sini..Sebeban bawak mai sini vitamin, barula rasa bertenaga nk buat kerja.. barula xde rase nak pitam.. barula mcm2 nak buat.. barulah, blog ku ini nak panas semula.. Misi seterusnya adalah nak buat set sarung bantal baby n baju raya aesya.. Tunggu kakakku post kain ke sini pula..

Pengalaman cek perut di sini…

Ok, Dee rasa pengalaman ni x boleh dijadikan sandaran..sebab ni baru kali pertama.. n mungkin nasib dee x berapa baik hari tu.. Kat sini, expat memang x boleh pergi local hospitals.. Bertuah pendatang kat Malaysia.. boleh lagi masuk bersalin kat hsptl kerajaan hatta 3rd class.. aii pn bersalin kat hspital klang tu masuk ward 3rd class ngko.. Kat sini semua pendatang kene g hospital private.. Shukurlah company cover semua..kalau x, x mau org msia dtg keje sini kalau nak ditambahkan dengan bil2 hsptl yg tinggi..

So, dalam bebanyak hospital private yg fofuler n trusted kat sini adalah Mowasat. AlMana Hospital, katanya bagus juga..cuma hospital lama.. Maka, first checkup tu dee g mowasatla since ramai msian yg checkup dan bersalin kat situ.. Mungkin sebab dee dtg lewat, masa tu dah jam 10.30 pagi br dee sampai.. Org x banyak mana, tp menunggunya lama.. Result darah n urine test nya esok br dapat.. Dee nak scan perut pun die xnak buat dah.. sebab dah 11.30am.. dah nak dekat waktu rehat..staff situ suruh dee dtg esok je.. Dengan x friendly nye die halau kite balik.. padahal dokter tu boleh je nak scan lagi.. staff yg x bagi, Boleh?

Mana2 pun dee pergi, basically system kat saudi dh established. Cuma etika kerja je yg x bape nak established.. Peralatan hospital semua dah canggih, tapi, apalah semua tu jika nak dibandingkan dengan sikap dan budaya kerja sambil lewa mereka.. Sampai masa balik dr hospital tu, dee plak yg rasa stress.. Kalau dee g checkup kat Klinik Kesihatan (KK )Kg Medan, Telok panglima Garang pun dee rasa lagi cepat.. Hebat lagi sistem n ketangkasan bekerja nurse2 kita kat klnk kerajaan.. Bagus lagi nurse2 dan kakitangan awam yg bekerja di hospital dan KK kat Msia..Kalau ade serba sedikit kelemahan tu, jangan kondem melampau lampau..biarlah membina dan buatlah aduan ikut saluran yg betul, supaya mereka boleh menambahbaik kekurangan yg Tuan2 dan Puan2 lihat.. 

Serius cakap, Senang cakap.. Bershukurla sangat kita kat Msia.. Kalau jadi pendatang mcm kami, taula.. hahaha..

Yg dee nak puji mowasat ni adalah mesin scannya yg canggih itu.. seketul2 nampak baby.. besar sgt nampaknya..padahal baru 4 bulan.. tulang belakang cantik je tersusun.. baby gerak2.. n yg paling mengujakan… dokter dah bgtau dee baby ni girl ke boy.. Huaaa.. dah nak nangis dee.. ingatkan nampak heart beep je..xdela ajak abg toyyib masuk masa scan tu..sekali, terang benderang nampak.. So, lepas scan tu, kita mainla teka teki dengan abg toyyib.. Abang2, cube teka baby ni girl ke boy? Terkulat kulat bang toyyib dapat soklan dr minik.. Tak percaya die.. Xkan dah boleh nampak.. Haaa..gitew la.. Lepas dah tahu jantina baby, terus dah nampak hala tuju.. Nama pun dah ade..

IMG_9624
Assalamualaikum anak ibu.. Masa ni awak 13 minggu 5 hari.
IMG_9625
Ibu dah nampak jantina awak.. Shukur sangat Allah kurniakan awak pada ibu, abah, abang umar dan kakak aesya.. Kami semua x sabar nk jumpa awak… 

Excited ibu die.. Ibu mana la yg x happy kan.. Walaupun berat x naik, makan x banyak mana, selera nak makan terhad dan terbatas, ibu tetap redha.. yg penting anak dalam perut ibu ni sihat… Selalu ingatkan diri, jangan ikutkan hati, bawak sedar2lah..awak tu mengandung di perantauan.. Tak seindah mengandung di Malaysia..

IMG_0100
Ni gambar first baby bump ibu masa mengandungkan awak.. Masa ni away dah 20 weeks.. Baru nak nampak perut ibu awak.. Yang penting away sihat ye nak.. We love u so much…

Apepun, dee respect ibu2 yg berjaya mengharung mengandung dan bersalin kat sini. Bukan sorang je made n saudi.. 2/3 pun ada.. Dee plak akan balik Msia untuk bersalin.. MADE je in saudi.. InshaAllah.. BORN in Malaysia..

The End.

Seterusnya adalah kisah HAMILI di Raudhah, Madinah Munawwarah..