Made in Saudi Satu.. Mimpi jadi kenyataan…

Marhaba.. lama sungguh dee x menulis.. Baru hari ni kekuatan tu muncul. Terus amik cik mac, charge n mulakan menulis.. Ade beberapa post yg pending utk dee tulis.. tapi, dee dulukan post made in saudi ni satu.. Sebabnye, dee rase bertarung sangat nak lepaskan fasa trimester pertama selepas kejadian made in saudi SATU ni..

BENAR, made in saudi satu dah berjaya. Rupanya, bukan calang2 hebat cabarannya. Senang je mulut berkata kata. Sebelum dee fly ke sini, selamba je cakap..ok, nanti bolehla made in saudi satu kat jubail nanti… nak ANAK ARAB… Sekali, bila Allah dah bagi.. rasanya kalau boleh x nak mengandung di perantauan lagi.. Apepun, dee shukur sangat sebab dah dapt melepasi trimester pertama kehamilan di bumi bertuah ini…

Itulah sebabnya dee lama x menulis. Dee mengandung.. Masa entry kereta abang toyyib hilang tu dee dah disahkan mengandung.. Tu la memalam abg toyyib sanggup bawak g makan nasi ayam penyet sampai kete kene towing.. Pengalaman la..kete kene towing kat Khobar tengah musim sejuk..

Sesungguhnya Allah itu sebaik baik perancang.. Memang pada mulanya dee xde plan nak mengandung lagi.. Ingatkan dee nak cuba buat haji suami isteri tahun ni.. Rupanya Allah nak bagi kami rezeki lain.. Dalam diam abang toyyib berdoa bersungguh sungguh untuk mohon dikurniakan rezeki anak.. Aesya dah nak masuk 4 tahun bila baby ni lahir.. Dah lama abg toyyib mintak nk baby.. Mungkin Dee yg belum bersedia lagi.. Akhirnya, Allah makbulkan juga doa abahnya semasa umrah slps musim haji yg lepas.. Alhamdulillah…

Bila kita x jangka nak mengandung, memangla x perasan tanda2 awal kehamilan tu.. Ingatkan x sihat biasa2 je.. Sebabnya, dengan abg toyyib sekali mabuk2 awal2 tu.. Kami ingat peralihan musim, masing2 rasa x sihat..Rupanya dah berisi.. Gitulah abg toyyib.. setiap kali bininya mengandung, mesti die akan rasa loya dan muntah.. Bila dee check, rupanya bukan 1/2 hari lewat.. dah 10 hari lewat..Dah 5 weeks ++ pun..

Haaa…amik kau.. masa tu memang rase longlai la.. makan x lalu.. nak2 pulak dah nak balik Msia… dah bersusun menu makanan msia kat dalam kepala.. Bila balik msia, menu yg disusun nak makan tu, xdela dapat makan semuanya.. Sibuk plak dengan renovate dapur kat rumah.. Maka dapur pn x berasap sgt.. Cuma makan kat jogja je la yg puas..

Balik ke Jubail, kami g jalan Oman plak..masa tu memang dh sejuk sgt kat sini.. Pergi Oman, cuaca macam kat Msia.. serius dee x mabuk masa kat Msia.. Kat Oman pun sama.. Cuaca panas kut.. Lepas balik Oman, maka bermula episode suke duke mengandung di perantauan..

p/s : ni catatan pengalaman, gambar pn xde sangat.. kalau boring usahla baca…

Dee ingat lagi minggu pertama lepas balik dr Oman.. Lepas mandi tu, tetibe dee rase sayu sangat.. Perut lapar..sejuk kut kat sini.. Angin masuk perut sokmola kat sini.. Makan kurang, selera xde nak makan.. nak masak pn x larat..bukan je x larat, xla pandai masak sgt pun.. Maka berjuraian lah air mata.. Menangisla dee semahunya.. Apabila terkenangkan chicken chop black paper kat simpang depan umah kat msia.. Ya Allah, gitu rasanya bile teringin sgt nak makan n tau benda yg nak makan tu xkan dapat sekelip mata.. Kalau kat msia, surely dee dah start enjin g beli sendiri kennnn…. Dee bukan jenis yg mengandung nak mengidam makan macam2.. anak2 yg lepas pun biasa2 je.. Kat sini pun, mengidam nak makannya pun biasa2 aja.. Cuma sedih tu, pilu benar rasanya sebab tau, benda yg kita nak makan tu jauh beribu batu..

Bila dah pilu tu… Abang toyyib kenala pujuk kan.. Maks dah nangeh gitu… Die bawak g makan kat Food Rockers.. Makanla beefstick.. mahalnya usahla cakap.. tp still x dapat menepati tekak yg nk makan ni.. Kat sini mana ade black pepper sauce.. gravy licious mcm kat msia tu.. semua x pedas.. Ku pujuk rasa hati..jangan ikutkan hati sangat diyana.. Inilah namanya pengalaman hidup..mengandung di perantauan..

A fews weeks later, gang dee pakat nak buat makan2.. boleh diorang tanya dee.. ade teringin nak makan ape2 tak.. TERHARU mak noks.. sahabat2 adalah spt ahli keluarga di sini.. ukhwah kami sangat kuat.. saling menyokong dan meneguhkan.. itulah adat hidup di perantauan. Sentiasalah bersikap rendah diri dan saling menghormati.. InshaAllah kita akan disenangi dan disayangi..

Tak tunggu tarikh makan2 pun.. Rupanya, kawan2 dee ni dah pakat2 nak masak utk dee.. Petang tu, abang toyyib dapat call dr Uncle Red, “Bini aku ade bagi makanan kat bini ko ni.. ” Bila sampai kat dee, n bukak je dah bau aroma chicken chop black paper versi msia.. siap ade broccoli kukus lagi.. Masa tu, air mata ini sekali lagi berlinangan. Gembira sangat dan terharu sangat, sebab Kak Jas, Pah n Juzie sudi masakkan utk dee.. Kuah black pepper sauce tu sebijik mcm yg dee nak.. Suapan pertama dan seterusnya makan dengan linangan air mata. Tengah makan call pulak Kak Jas, ucap terima kasih x terhngga sebab dee dapat makan sedap.. macam ape yg dee nak.. Shukur sangat.. Geleng kepala abg toyyib tengok dee..x dapat makan nanges, dapat makan pun dee nangis.. Agagaga….

Lepas2 tu, ramai lagi sahabat sini yg masakkan utk Dee.. Kak Gee jiranku yg baik hati.. masakkan RICE TO WEDNESDAY.. (nasi kerabu ko).. aku baru tau.. Kak Milah kakak kawasan buatkan laksa mabeles.. akin bagi dee egg tart..pah masakkan lauk tempoyak, madihah dengan mee udangnya.. geng2 dee yg sama2 mengandung juzie n dihah, sama2 ingat mengingati antara kami.. Kalau dee masak lebih lauk hari tu, hantar bagi kat dihah, esok2 bg pula kat juzie.. Kadang org mengandung ni, bukan selera sangat makan lauk sendiri.. Lauk orang jugak yg die nak mintak.. Bila dapat tu, heavennya rasa.. Tak yah masak.. Haha

Sekarang ni dah lepas trimester pertama.. Lega sangat… Dee ni bukanla jenis yg muntah belilah bak kata org.. Mabuk n loya tu sikit2 je.. Cuma kat sini, HB rendah.. so kat rumah kalau x gi kelas tu, dee baring je la.. bila bangun wat keje sangat rasa nak pitam je.. pening n nak muntah.. Lagi satu nak kabar, kat sini supplement kurang sangat.. farmasi besar bersepah sepah..tapi jual vitaminnya adela satu shelf je..lebih kepada ubat2 prescription dokter. Yg kita ni kalau nandung, makan spirulina, minyak ikan, n mcm2 lagi.. Seb baik mak mertua dee dtg, bolehla dee pesan vitamin2 yg biasa dee makan bawak dtg sini..Sebeban bawak mai sini vitamin, barula rasa bertenaga nk buat kerja.. barula xde rase nak pitam.. barula mcm2 nak buat.. barulah, blog ku ini nak panas semula.. Misi seterusnya adalah nak buat set sarung bantal baby n baju raya aesya.. Tunggu kakakku post kain ke sini pula..

Pengalaman cek perut di sini…

Ok, Dee rasa pengalaman ni x boleh dijadikan sandaran..sebab ni baru kali pertama.. n mungkin nasib dee x berapa baik hari tu.. Kat sini, expat memang x boleh pergi local hospitals.. Bertuah pendatang kat Malaysia.. boleh lagi masuk bersalin kat hsptl kerajaan hatta 3rd class.. aii pn bersalin kat hspital klang tu masuk ward 3rd class ngko.. Kat sini semua pendatang kene g hospital private.. Shukurlah company cover semua..kalau x, x mau org msia dtg keje sini kalau nak ditambahkan dengan bil2 hsptl yg tinggi..

So, dalam bebanyak hospital private yg fofuler n trusted kat sini adalah Mowasat. AlMana Hospital, katanya bagus juga..cuma hospital lama.. Maka, first checkup tu dee g mowasatla since ramai msian yg checkup dan bersalin kat situ.. Mungkin sebab dee dtg lewat, masa tu dah jam 10.30 pagi br dee sampai.. Org x banyak mana, tp menunggunya lama.. Result darah n urine test nya esok br dapat.. Dee nak scan perut pun die xnak buat dah.. sebab dah 11.30am.. dah nak dekat waktu rehat..staff situ suruh dee dtg esok je.. Dengan x friendly nye die halau kite balik.. padahal dokter tu boleh je nak scan lagi.. staff yg x bagi, Boleh?

Mana2 pun dee pergi, basically system kat saudi dh established. Cuma etika kerja je yg x bape nak established.. Peralatan hospital semua dah canggih, tapi, apalah semua tu jika nak dibandingkan dengan sikap dan budaya kerja sambil lewa mereka.. Sampai masa balik dr hospital tu, dee plak yg rasa stress.. Kalau dee g checkup kat Klinik Kesihatan (KK )Kg Medan, Telok panglima Garang pun dee rasa lagi cepat.. Hebat lagi sistem n ketangkasan bekerja nurse2 kita kat klnk kerajaan.. Bagus lagi nurse2 dan kakitangan awam yg bekerja di hospital dan KK kat Msia..Kalau ade serba sedikit kelemahan tu, jangan kondem melampau lampau..biarlah membina dan buatlah aduan ikut saluran yg betul, supaya mereka boleh menambahbaik kekurangan yg Tuan2 dan Puan2 lihat.. 

Serius cakap, Senang cakap.. Bershukurla sangat kita kat Msia.. Kalau jadi pendatang mcm kami, taula.. hahaha..

Yg dee nak puji mowasat ni adalah mesin scannya yg canggih itu.. seketul2 nampak baby.. besar sgt nampaknya..padahal baru 4 bulan.. tulang belakang cantik je tersusun.. baby gerak2.. n yg paling mengujakan… dokter dah bgtau dee baby ni girl ke boy.. Huaaa.. dah nak nangis dee.. ingatkan nampak heart beep je..xdela ajak abg toyyib masuk masa scan tu..sekali, terang benderang nampak.. So, lepas scan tu, kita mainla teka teki dengan abg toyyib.. Abang2, cube teka baby ni girl ke boy? Terkulat kulat bang toyyib dapat soklan dr minik.. Tak percaya die.. Xkan dah boleh nampak.. Haaa..gitew la.. Lepas dah tahu jantina baby, terus dah nampak hala tuju.. Nama pun dah ade..

IMG_9624
Assalamualaikum anak ibu.. Masa ni awak 13 minggu 5 hari.
IMG_9625
Ibu dah nampak jantina awak.. Shukur sangat Allah kurniakan awak pada ibu, abah, abang umar dan kakak aesya.. Kami semua x sabar nk jumpa awak… 

Excited ibu die.. Ibu mana la yg x happy kan.. Walaupun berat x naik, makan x banyak mana, selera nak makan terhad dan terbatas, ibu tetap redha.. yg penting anak dalam perut ibu ni sihat… Selalu ingatkan diri, jangan ikutkan hati, bawak sedar2lah..awak tu mengandung di perantauan.. Tak seindah mengandung di Malaysia..

IMG_0100
Ni gambar first baby bump ibu masa mengandungkan awak.. Masa ni away dah 20 weeks.. Baru nak nampak perut ibu awak.. Yang penting away sihat ye nak.. We love u so much…

Apepun, dee respect ibu2 yg berjaya mengharung mengandung dan bersalin kat sini. Bukan sorang je made n saudi.. 2/3 pun ada.. Dee plak akan balik Msia untuk bersalin.. MADE je in saudi.. InshaAllah.. BORN in Malaysia..

The End.

Seterusnya adalah kisah HAMILI di Raudhah, Madinah Munawwarah..