Mommies, these are the tips for you to survive after u quit ur job. #lifeinjubail #lifeinksa

Assalamualaikum readers. Dah hampir sebulan dee memikirkan utk blog on this topic. Rasanya byk soalan yg dee dapat bertanyakan tentang life kat sini. And lately dee baru realized, inilah antara benda penting yg dee x banyak explain pada semua yg bertanya. Macam mana nak survive bila dah datang sini? Nak survive utk hidup interm of keperluan asas tu banyak dah orang share. Tapi, dr segi keperluan mental dan emosi tu, mungkin x banyak yg share dalam mana2 blog kisah kehidupan di Jubail ni.

Ya, dee percaya massing2 battle dengan perasaan sendiri especially masa mula2 dtg sini. Ade yg cepat, ada juga yg amik masa utk get used dengan life suri rumah sepenuh masa. Nak2 lagi yg sebelum ni kerja. Rata2 ibu2 kat Jubail ni kebanyakan bekerja dalam sektor swasta mahupun kerajaan. Bukan calang2 orang juga semuanya. Ada juga yg berjawatan kecil.. tapi dee percaya, besar atau kecil jawatannya tidak menjadi ukursan… mereka tetap menjadi nadi kepada kelangsungan perkhidmatan yg diberikan malah turut sama jatuh dan bangun dalam syarikat tempat mereka bekerja.

 

Keputusan untuk berhenti kerja bukanlah satu keputusan yg mudah. Dee sendiri dulu walaupun buat keputusan utk mohon Cuti Tanpa Gaji sahaja pn dah cukup  menggegarkan. Hahaha. Series tau. Keputusan tu sangat besar dalam hidup kita. Nak2 lagi yg dah belajar sampai ke peringkat sarjana ataupun dah pun menjawat jawatan dan pangkat yg tinggi dalam organisasi masing2. Tu belum tambah lagi dengan cerita kita nilah anak harapan mak ayah. Mak ayah berat hati, sedih, malah ade juga yg sampai merajuk dengan anak sebab nak berhenti kerja nak ikut suami.

Mommies, apa yg nak dee tekankan disini.. kita ni para isteri…. title kita dah jadi isteri.. inilah title yg paling mulia. Bukan Dato, bukan Tan seri bukan juga Cik Puan Besar…kedudukan isteri yg terbaik adalah disisi suaminya. Setelah kita bergelar isteri, redha allah pada kita adalah pada redha suami.. Pegangla ini. Jangan difikirkan terlalu banyak masalah yg akan timbul bila berhenti kerja.

Percayalah, jika kita nakkan redha allah, allah akan bantu kita. Tapi, xla semudah itu nak bahagia bersama suami dan anak2 kan. Mestilah ade dugaan dan ujiannya. Setiap apa pun masalah yg timbul, lakukanlah seperti menarik rambut di dalam tepung. Penuh berhati hati…terutamanya melibatkan perasaan ibu dan bapa.. keputusan yg kita nak buat ni besar.. banyak pihak yg terlibat. Maka, laksanakanla dengan bijak dan caranya adalah dengan bermusyawarah.. InshaAllah, pasti ada jalan terbaik bagi kita mengatasi setiap cabaran yg mendatang..

Panjang mukadimahnya ni. Bukan apa, cuma dee nak reader tau, kebanyakan kami kat sini dah lalui semua ni. Dee taknakla blog ni ,jadi blog citer life kat jubail yg best2 je. Mestilah ade realitinya yg pahit dan mesti dikongsikan utk persediaan korang semua kan. Dee pn dulu baca jugak blog senior2 kat sini. Malu nak cakap kat diorang saya baca blog akak sebelum sampai sini dulu. Hehehe.. Anyway, kalau nak contact Dee boleh sape dee kat FB Bondaumaraesyahamra. Ig dee ialah @diyana_remey. Skrg ni dee lagi banyak share #lifeatjubail di instagram. Ni br nak mula menulis balik di blog.

IMG_4032
Dua orang ni yg selalu melihat drama air mata ibu masa mula2 sampai kat sini. Ibu, kenapa ibu nangis.. Haaa.. lagi ibu nangis adala..

So, sebelum bermula, dee just nak masukkan mood before sharing the tips. Hahah…Dulu korang semua kerja kan.. kerja best2 plak tu. Dee pn same.. dee sangat enjoy life dee bekerja sebagai PTD. Dee puas bekerja bila dapat capai ape yg organisasi tetapkan utk dee. Sambil tu, dee selesa dengan my circle of friends. Boleh makan sama, lepak sama.. gossip n shopping pn sama.. Happening sangat dee rasa. So, dee dah biasa dengan jadual kerja yg ketat pagi sampai petang. Kadang2 ade lagi event sabtu ahad utk dee penuhi. Kalau dulu masa dee kerja kat kemeterian, lagi banyak outstation. Merata tempat pergi boleh jalan2 free..tp, sambil buat kerja la kann..

Korang punya life pun mcm tu kan.. sikit lebih kurangla.. Tapi, bila dah sampai sini..mesti rasa lonely.. kawan2 xde..dari pagi sampai malam duk rumah je. nak keluar kene tunggu husband balik. “`kat sini kita x boleh drive. Nak makan ape semua kene buat sendiri. Tak bolehla nak start engine kereta n pergi PAVI makan Tony Romas..Sebulan sekali baru ade Breakfast bazar. Masa nila boleh merasa makanan Malaysia yg sedap2. Dulu masa dee mula2 sampai xdapat nk breakfast bazaar sebulan sekali tau. Dengan dee x pandai masak. Masak kejap masin kejap tawar. Kadang jadi, kadang x jadi pulak tu.. Ape lagi ye.. haaa.. time nak buat kerja kat dapur, time tu la jugak anak tarik kain nak itu ini, yg dah besar belum g sekolah siap boleh bergaduh dengan adik die.. yg kecik menangis nak layan.. Hahaha.. ko rase stress tak? Nipu sape ckp tak stress.. Dee stress sangat masa mula2 tu.. makan nasik sambil nangis tau.. makan nasi putih dengan lauk yg x bape nak jadi.. Serik sangat rasa.. Hambik kau.. hahaha..

Chil2..korang jg  takut plak baca ni.. Biasalah, selepas ujian tu, pasti Allah bagi kenikmatnnya kan.. BIla dah lepas fasa azab tu, heaven okeh.. heaven.. Amacam, berani ke nak try. So, here are the basic tips for you mommies :

  • Utk persediaan awal, please set kat minda Dont Expect Too Much. Maksudnya apa? Dari segi rumah kita nanti, kereta, makan pakai kita kat sini. Banyakla dee jumpa org loaded2 kat sini rumah die biasa2 je..Gaji dekat 40K sebulan tapi duk rumah compund je. Takde pun perabot jati, modern design bagai.. Sangat besederhana..Tapi, die suka membantu org dan banyak bersedekah. Orang merantau ni kehidupan die ala kadar je.Yg penting keprluan asas kita mencukupi.
IMG_4343
Disebalik niqab itu, dalam hati sapalah yg tau..

 

  • Bila dah sampai sini, Dont Pressure Yourself Too Much. Maksudnya apa tu? Maksudnya jangan bagi tekanan pada diri sendiri utk buat itu dan ini sekaligus. Common..mana boleh nak dapat semuanya mcm rumah kat Malaysia kan. Mana nak dapat semua perfect. Percaya cakap dee, kalau u pressure, ur husband pun akan pressure tau. Sebab pd fikiran die, die nak bg yg terbaik buat anak dan isteri dia. Ni bila tengok u stress, die lagi rasa bersalah n finally stress sekali. Tu yg boleh bikin gaduh tu. Nauzubillah.. Keputusan utk berhenti kerja ni bukan keputusan kita sorang. Ini keputusan bersama. So, husband and wife kene saling bekerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain. Teringat masa awal sampai dulu. Dee kan xde kawan. Suami kita tu jadi BFF kita tau.. So, dee akan paksa die cakap dengan dee at least 1000 patah perkataan sehari.. Kalau ko tido, aku kejut. Dari aku meroyan baik aku paksa ko cakap dengan aku. Haa.. gitewww..

 

image
Hari Raya aidil Fitri yg pertama di perantauan. Dialah suami yg menyokongku selama ini. Tengok gambar ni rasa nk mengalir air mata. Besar betul dugaan kami sebelum sampai ke sini. Allah sahaja yg mengetahui..

 

  • Dont Aim Too High. Apa yg dee maksudkan ialah.. apapun yg mula2 kita nak buat, jangan aim high sangat.. Contohnya nak masak. Jangan aim yg benda yg kita buat tu akan jadi exactly dalam resepi. Kalau rupe dah cantik tu pn dah ok sangat..Rasa tu belakang citer.  Pastu korang post kat ig. At least, bila kawan2 like or puji, ia akan boost ur motivation utk terus lg mencuba. Share2 story/life kat FB and ig ni bergantung pd niat masing2. Malas dee nak kupas yg buruk..baik kita fikir yg baik2 utk diri kita dan bersangka baik juga dengan post org lain. Selagi boleh cheerup ur life yg sunyi dalam rumah tu, ape salahnya kan. Dari korang stress, lepas kat anak n laki lagi x baik. Sambung lagi cth masak. Haha..Ok,  Masak ni perlukan skill. Bukan sekali buat boleh terus jadi. Kene buat beberapa kali jugak nak jadi. Tu pun mngkn x perfect lagi. And pada dee, masak ni lifelong learning tau. Sentiasa ada dan ada je benda baru yg boleh try utk pelbagaikan rasa dan rupa masakan tu.. So, at first, dont aim too high on what u are going to do. Selain masak, u can try sewing, baking, blogging and masuk kelas2 pengajian yg banyak kat sini. Nak tau kelas apa yg ade mesej dee tanya ya. Paling basic kelas mengaji seminggu sekali. Boleh jugak berdunia kan. Jumpa org baru, kenal2 dgn mereka.. Lelama lepas tu dapatla jumpa yg satu kepala dengan kita. Maka, adala grupwhatsapp geng korang sendiri nanti. Baru best!

 

image
Cubaan masak rendang pertama utk raya di perantauan. Fail. Masin. What do you expect? Ko Raya jugak kan? Tak mati pun makan rendang masin, kalau bahasa kasarnya lah.. You got me or not?
IMG_4661
Kuih Koci pertama dalam hidupku. 6 ketul je buat. Ko ado? Hahaha..
  • Set A Goals. Ya, tetapkan matlamat. Sape cakap dah xkeje xde goals. sape fikir mcm tu? Heppppp…jangan sesekali uols fikir gitu tau.  Dee tetapkan ape yg dee nak buat masa mula2 datang sini. dan dee isi masa dee dengan buat aktvt berdasarkan goals yg dee buat utk diri sendiri. Cthnya sewing. Trust me, ur friends out there kan, jeles dengan kita yg duk rumah ni..kita boleh buat semua benda yg kita xdapat buat masa keje dulu.. Amikla kelas belajar menjahit. Ade je org kat sini yg tukang jahit fames masa kat msia dulu. Ade je org kat sini pakar buat roti yg nak share ilmu die dengan korang. Buatkan jadual harian korang sendiri. Masa awal2 dee dtg, jadul dee penuh tau. Sb dee ni dh biasa bz dulu. Bila duk rumah xde keje, rase lemau sangat. Sampai husband dee cakap, dee lagi bz dr die la masa thn pertama kat Jubail tu. Hahahah..

 

IMG_6093
Hasil pertama jahitan sendiri. Baju kurung utk aesya. And ade banyak lagi coming lepas tu..

 

  • Tips seterusnya galah Have Fun. Lepas dah setkan matlamat, lakukan ia dan Enjoy it. Please enjoy urself. Seronok tau buat benda2 yg kita x dapat nak buat dulu2… Have Fun life kat sini dengan TIDAK MEMBANDINGKAN life u masa kat malaysia dulu. Thats It. Selagi u keep on bandingkan, walaupun dalam hati u, bile masa u nak enjoy. Bila masa nak rase seronok buat itu ini kan… Just keep moving mommies.
IMG_7386
Tengok roti tu.. kali ketiga buat baru nak jadi licin dough tu tau. U kene follow step by step. Its your journey kan. Color it. Dan tugas suami hendaklah menyokong isteri dengan membelikan mixer idaman hati :p Rugi masa tu dee tak mengidam KitchenAid. Coii.

 

  • Next is Reward Yourself. Waajibbb bak kate Umar. Masa awal2 dee datang sini dulu, reward terbaik utk diri sendiri adalah bila kami sekeluarga mengerjakan umrah dan menziarahi nabi di Madinah. Doa adalah kekuatan kita org Islam. Bila kita berdoa bersungguh sungguh, kita akn dapat rasakan Allah mendengar dan dapat rasakan kebergantungan kita pada Allah. Pergilah buat Umrah, tataplah kaabah puas2. Inilah nikmat paling beharga yg xdapat dibeli dengan wang ringgit. Inilah kelebihan utama kita duduk di bumi saudi. Dekat dengan Rumah Allah, dekat dengan nabi kita Muhammad S.A.W.

 

image
Kenangan terindah. Raya pertama kami di perantauan. Paling manis ianya di Makkah. MashaAllah, Tabarakallah.

Rasanya cukuplah dulu 6 tips asas dari dee utk tatapan pembaca sekalian. Mungkin tips ni juga sedikit sebanyak boleh apply utk mommies2 kat luar sana yg berhenti kerja dan     bertukar kerier menjadi suri rumah sepenuh masa yg tidak menetap di bumi saudi ini.  Mohon maaf jika ada terkasar kata2. Segala yg baik adalah semata mata dari Allah dan yg buruk itu datang dari diri yg lemah ini.

Semoga Bermanfaat !!!

 

Loves,

DEE

 

 

Percutian ke Muscat, Oman

Pada penghujung tahun 2015 yg lalu, dee sekeluarga bercuti ke Oman. Masa tu dee baru tau dee mengandungkan Arissa rasanya. Balik je dari Malaysia, selang beberapa harinya terus kami ke Oman pula. Kenapa Oman? Oman ni antara negara yg hampir dengan Arab Saudi. Kebetulan tiket penerbangan pun dapat murah masa tu. Pergi balik tak sampai 500 saudi riyal dengan menaiki Oman Air dari Bahrain. Dari Bahrain tau. hehe..kene cross borde saudi la nak ke bahrain..Dari Jubail ke Bahrain dalam 2 jam perjalanan menerusi jalan darat. Kemudian di Bahrain, barulah kami menaiki flight ke Muscat, Oman.

img_9121
Mata wang Oman. Times 10 dengan SR.

Persiapan Dee utk ke Oman ni x mengambil masa yg lama. Tempat utk dilawati pun dee listkan berdasarkan TripAdvisor je. Hotel kami buat tempahan menerusi booking.com dan kami sewa kereta di europa. Yang lebih menguatkan hati dee nak ke Oman ni sebab dee ade sorang kawan kat sana. Namanya Mimi. Mimi ni dari first time dee jumpa memang baik orangnya. Tak pernah dee dengar org cakap buruk pasal Mimi. Orangnya penuh dengan senyuman dan sentiasa bersedia nak bantu orang. So, padan sangatla dia ditempatkan di Wisma Putra sehinggalah diminta bertugas di Kedutaan Malaysia Oman. But now, Mimi dah balik semula ke Malaysia. Seb baik sempat kami lawat Oman masa Mimi ada kat sana lagi !!! Murah sangat hatinya menawarkan penginapan selama 2 malam kepada kami di rumah agamnya.

img_9361
Dee suka la design rumor diorang ni. Cantik sangat..tp nak buat nanti rase mcm x cukup duit je.. hehe..

Ok, sambung citer. Malam pertama kami di Oman, kami stay di Golden Tulip Hotel. Sampai Muscat airport pun dah nak malam. Terus cari kat mana tempat sewa kereta yg kami dah tempah online.  Kereta yg kami amik sedan adalah sedan car. Itu yg paling basic dalam anggaran sewa sehari SR80. Maybe less, dee pn dah x berapa ingat sebab dah lama sangat..

 

img_9118
Tempat ambil kereta yg juga terelatk di airport muscat. Jalan sikit je utk amik kete. Lepas amik kete, kami terus cari golden tulip hotel. Rupanya kat muscat ni google maps tak boleh guna tau. So, terus kami guna waze pula. Alhamdulillah sampai hotel.

Kredit kad kami kene scam lepas balik Oman tu. Terus call bank and cancel kredit kad tu. Kami agak kete sewa ni punya hal la.. Tutup citer sedih tu.. Lepas amik kete terus check in hotel. First impression Oman ni.. MashaAllah..Oman ni sangatlah bersih n cantik ok. Bersih ok.. Cantikkk pulak tu. Jalan2 luas dan penuh dengan lampu. Tepi2 jalan banyak bunge.. Mimi cakap dengan dee.. Oman ni diibaratkan lebih kurang gini.. Kalau la berlaku accident kat Oman, bukan ambulance yg sampai dulu.. Cleaner yg akan sampai dulu. Begitulah Sultan Qaboos sangat menitikberatkan Oman utk tujuan pelancongan. Kalau g Oman ni bolehla cakap macam dah gi europe. Cuma takde salji je lagi. Pemandangan die memang x dapat kat negara arab yg lain.

img_9128
Seronok sangat sebab nak mandi bath tub je.. Budak2 kan.. abahnya melayan.. Ibu bolehla lurus pinggang.
img_9127
keh keh keh.. muscat daily ye nakk..

Esoknya terus checkout since kami tempah hotel lain plak yg ade private beach. Ghasakla korang mandi puas2 nanti. Utk hari pertama, destinasi pertama adalah Oman Grand Mosque iaitu Sultan Qaboos Mosque. Masha allah cantik. Rasa mcm pergi Taj Mahal boleh??

img_9132img_9130img_9155

 

img_9133

img_9153
Must visit tau Sultan Qaboos mosque ni. Sangat cantik. Jangan lupa ambil peluang solat sunat or fardhu kat sana ya.

Lepas tu, kami pergi mana ya?..hahaha..Rasanya kami ke destinasi seterusnya utk check  di Barr Al Jissah Resort di Qantab Beach. Jalannya adalah menghala ke Muttrah. Muttrah ni memang kawasan pelancong. Viewnya sangat mengujakan. Cantikkkk…Nak nangis tau..cantik sangat.

img_9164
OTW to Muttrah

img_9184

img_9191
ni benti amik gambar keesokan harinya.
img_9193
Muttrah Souq destinasi wajib muscatt , juga sekitar kawasan ni je. Utk ke Barr Al Jissah tu ada dalam 15 minit lagi menghala ke Qantab Beach.
img_9210
Gerbang masuk ke Barr Al Jissah. Masa nak sampai ni, x putus dah cakap Subhanallah. Memang cantik sepanjang jalan ke sini. Mula2 kami naik macam bukit. Turun je bukit tu dah nampak hamparan laut yg maha luas. View laut yg dee x pernah jumpa lagi setakat ni selain di muscat.
img_9216
Tengok belakang tu gunung ganang yg xde pokok. Taktaula gunung ke bukit. Kalau kat Arab ni semua die panggil gunung agaknya. Resort ni macam kat lembah yg terus ke laut. Ni view depan bilik. Ibu dah nak nangis dah masa ni. Terima Kasihla kat abah, bawak ibu merasa datang sini. Semoga murah lagi rezeki abah, xpernah lokek dan berkira dengan anak isteri. Ameen.

Lepas tu anak2 memang x ingat apa dah. Mandi sakanla.. Dari kolam bawak ke mandi laut. 2D1N ni memang kat sini je. berbaloi bayar lebih sikit. Macam2 aktiviti boleh buat dalam ni. Siap ade shuttle bas percuma utk ke Muttrah Souq. Yg bestnya lagi ade mcm laluan air die panggil apa x ingat dah. yg boleh susur naik dengan pelampung tu.. Umar memang sekelip mata hilang masuk dalam tu. Ghasakla kome anak beranak.. Ibu pulak fefeling amik sunlight.. pooodacittt…huhu..Gambar kat beach n yg lain2 xdapat diselamatkan lagi. Almaklumlah memory phone ibu kecik. Icloude storage pn dah penuh masa tu. Ni pn seb baik x delete. Dapatla menulis utk catatan kenangan.

Esoknya kami checkout dan terus ke Bayt Al Zubayr. Musem persendirian berbayar. Takla mahal sangat utk masuk kedalamnya. Tapi bolehla buat kami mengenal adat dan budaya orang Arab Muscat.

img_9169
Buhla gambar sponsor kami abang toyyibbek. kolkolahkan..
img_9177
Rasa macam aesya kecik sangat masa ni..Manja la lagi time ni..sekarang dah selalu kene marah dgn ibu. sedih plak rasa..uishhh..

 

 

img_9176
Ni mcm gambaran perkampungan arab muscatt satu ketika dulu. Very nice.

 

img_9172
Ala2 khemah badwi.

Dee dah x ingat flow tempat yg kami pergi. Almaklumlah dah setahun lebih yg lalu. So, dekat sini dee share je tempat2 best yg kami pergi di Muscat, Oman ya. Mana tau boleh jadi rujukan dan gambaran asas utk org yg nak ke sana nanti.

img_9260
Pagi2 kami dah ke sini for Dolphin watching. Anak2 excited, mak pak pn tumpang sama excited.

img_9259

img_9257
Tempat menunggu sementara kedatangan bot. Tiket semua kami x tempah awal2.. Beli on the spot je. Tapi harga dah x ingat..
img_9262
cantik kannn… 
img_9261
kami kene kesini utk amik boat utk ke tengah laut sikit bagi melihat dolphin.. tengok diorang lumba2 je..lumba2 pn meriah la jugak dengan boat2 bawak pelancong yg lain. Pengalaman yg menarik di sini.
img_9264
ade arab tu suruh ibu ikatkan rambut aesya.. die tak tau yg ibu kene perang dgn awak nak suruh ikat rambut..
img_9291
angin kuattt

img_9301

img_9300

Dari sini kami menuju ke Istana Sultan Qaboos. Singgah sebentar utk solat jamak. Ade cerita menarik di sini. Rupanya masjid yg bersih dan tersusun rapi tempat kami menunaikan solat adalah masjid bagi orang2 Syiah di sini. Lepas dee solat, dee melihat lihat di sekitar ruangan solat. Then terjumpa batu2 karbala yg tersusun di rak khusus bg meletakkan batu2 tersebut di dinding masjid. Bile ditelek terdapat tulisan nama A’liyy.. Dalam hati dah berdebar sangat. Betullah ni..kami solat di masjid shiah. Rupanya, penganut shiah juga banyak di Oman. Mereka kan bersebelahan dengan Yaman. Pergolakan di Yaman pn xlain antara Sunni dan Syiah. Tapi menurut kata mimi, rakyatnya takda apa2. Orang sunni dan syiah telah hidup rukun damai selama ini. Lebih kepada mainan politik dan mainan media yg menjadi tabir berita dunia.

img_9241
kawasan perumahan sekitar istana sultan qaboos.
img_9242
Menara masjid tempat kami tumpang menunaikan solat.
img_9244
Da sampai, kawasan luar istana sultan qaboos. Kami kene berjalan kaki utk menghampiri tepi pagar istana ini.

img_9249

img_9250
sekitar luar pagar istana
img_9251
kualiti gambar x berapa baik. sorry reader. but this place also a must visit k. Follow my ig @diyana_remey for more beautifull pictures. InshaAllah.
img_9243
Kalau x salah, ini tempat kami parking kenderaan. Di sekitar kawasan istana ni banyak bangunan2 kementerian . Kira macam kawasan Presint 1 dan 2 Putrajaya la tempat ni. Cantik berlatar belakangkan gunung ganang.
img_9224
Keratan akhbar yg memberi sedikit bayangan ekonomi Oman. Diorang ni dah defisit sejak tahun 2009, every year without fail sampai tahun 2016. Dee pergi ni kan masa hujung tahun 2015. Tu yg keluar artikel mcm ni. Layan jugakla baca. Jangan sampai xtau baca indicator ekonomi walapun dah cuti xde gaji.. Hahaha

Tempat yg dilawati dengan gambar2 dah upside down tau. Baca je lah ye. Masa ni kami nak carik Wadi Al Arbeieeen… REview cakap memang best. Tanya local people jalan nak kesana. Dah sampai, tp lost signboard. ingatkan bolehla tengok tepi2 ke.Rupanya ade offroad bagai. Better sewa kete 4WD kalau nak ke sana.. boleh tengok gmbr kat gugel ya..Kalau pergi lagi oman lepas ni, mesti nak cari tempat ni. Lepas ni kami terus mencari Sinkhole.

img_9319

img_9321

img_9327
Kami saje singgah masuk resort tepi laut ni. Rasanya masa ni nak cari peeble beach.Tapi mcm x seperti digambarkan.. ke kami salah tempat. So, layanla je la view tepi laut.

 

img_9328

img_9325
Kami x turun pun. Takde org pun resort ni. Ade staff je. Next, baru pergi kat sinkhole.
img_9331
Taraaa.. inilah dianya sinkhole..Ini pun tempat wajib pergi. Ni tempat yg mimi dan kawan2 oman die rekomen pd kami utk pergi. Rasanya dalam Trip Advisor takde.
img_9339
OK, baca sendiri nak tau ape tu sinkhole. Mokcik malas nk menulis panjang lagi. Arissa dah bangun.
img_9343
die memang terjun masuk.. Ada anak tangga nak turun ke bawah tu. Kami sampai dah lewat petang. Takut plak sebab org x bape nak ade dah. Hahaha

img_9340

img_9350
Air hijau crsytal clear yg tenang.. Cantiknya. Dee Ade buat video log dalam ig..

Ok, tempat terakhir kami pergi yg dee nak share ialah Royal Opera House Muscat. Takla masuk pn. Jadilah kat luar je. Kalau me jalan2 dengan abg toyyib je, mau jugak g merasa tengok persembahan kat ROH Muscat. Ni bawak ashkar.. idakla… Bagi diorang lari sakan kat kawasan luar opera house ni udahla…Hahaha

img_9196

img_9200
ibu ni kan merangkap writer and photographer. Takdala gambar ibunya nak ade banyak dalam satu2 visit. Gambar deme je penuh memory phone.

Gambar sebina bangunan ROH yg ada. Kalau kita ni macam Istana Budaya la..

img_9195
Tepi jalan penuh bunga. Hati pun berbunga bunge 🙂

Haa..tu lah cerita jalan2 kami di Muscat. 5 hari 4 malam yg berbaloi. Sampai dah boleh cam jalan mainroad kat sana. Pusing2 situ jugak. Boleh pergi jugak Grand Mall Muscatt. Besarla.. semua pun ado..

img_9362
Nak balik sudaa. Thanks again n again Mimi & Husband for your hospitality.

 

THE END