Masa kami sampai kat sini dah musim panas. Cuaca makin hari makin panas..ade hari yang redup..ade hari yang terik panasnya dari pagi sampai ke petang. Suboh sekarang pukul 3.18am. Pukul 11.40 baru waktu zohor. Pukul 4.30 am macam tu dah cerah. Siangnya panjang, Asar jam 3.08 pm dan maghrib pukul 6.30 pm.
Cerita pasal musim panas ni..beza sangat panasnya dari kat Msia..sekarang panas dah sampai 41 Degree C. 6.30 petang tu dah mula gelap..kalau hari tu panas terik, time maghrib tu boleh rasa lagi panasnya takat tengahari kita kat Msia. 37Degree C gitu.. Panaskan..Bahang je rasa. Rumah kat sini memang semua install aircond. Kalau x install rasanya memang xle nak hidup..kecuali Arab Badwi kat padang pasir..ngee…Abah die cakap..arab kat sini dah manja..semua aircond..masuk je supermarket or kedai semua pasang aircond..dan sejuk dalam supermarket tu lagi sejuk dr temperature kat supermarket kite..balik tangan pakat beku kesejukan..Mostly arabs keluar sebelah petang lepas Asar bawak ke malam..shopping complex bukak sampai pukul 11 malam..Kebanyakkannya tutup masa waktu antara Zohor dan Asar. Lepas Isya diorang suka lepak kat Park. Abahnya dah bawak kami jalan..tapi belum berkesempatan lagi nak g Park..JUbail ni tepi laut..so,taman2 semua kat tepi laut..setakat ni, kalau hari tu redup..lepas balik keje n budak2 bangun dari tido petang..bolehla diorang main kat playground depan rumah..kalau hr tu panas..memang xde sorang umat pun kat luar tu petang2..panas oiii…
Tu citer kat luar rumah..kalau kat rumah time musim panas ni, yang paling terasa adalah airnya..pukul 8 am tu air dah suam ye.Bayangkan kalau lambat masak, menjelang tengahari air dah panas..nak basuh pinggan bagai..ko jangan harapla nak mandi time tengahari..dah macam dok hotel plak..dalam bilik sejuk..time mandi pakai water heater bagi air suam2..ni xyah pakai water heater..memang dah suam terlebih panas..tapi, umar n aesya selamab gak mandi pukul 10 pagi..diorang dh terbiasa air suam agaknya..memula je adik selalu cakap “panash ibu”. Lepas due minggu ni dah xdengar diorang komplen pasal air panas. So, korang mesti boleh bayangkan macam mana ambil wudhuk time nak solat zohor kan…Itulah hidup di Perantauan, dah sampai sini baru rasa macam2..inilah pengalaman yang boleh dicatatkan.
Sebagai penyelesaian kepada masalah air panas. Abahnya dah belikan tong air besor..tadah malam2..barula sejuk airnya..so, bolehla buat mandi n basuh2 tanpa was2 panas:) Sekarang ni air panasnya still boleh tahan…time cuaca dah masuk 50 degree c, konpem sy x masak pagi dah..sebelum subuh kita dah tang tung tang tung kat dapur..hehe..Ramadhan is coming kannn…
Saya tutup catatan ini dengan bacaan suhu hari ini adalah purata 44 Degree C !!!