Checked In Jubail 2016

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..

Panjang ok…ucapan salam utk semua sahabat pembaca blog Bonda Umar Aesya Hamra. Doa tu..Jangan lupa jawab ye..Kalau nak diikutkan, nama FB dan blog nak kene tambah nama arissa plak.. Dee kan dah jadi mak anak 3.. dah tambah lagi sorang buah labu dee.. Tapi disebabkan nama arissa dibelakangnya ada Humaira, sama maksudnya dengan Hamra.. So, dee maintain je lah nickname ni.. Ok ke tak Ok.. kita tunggu dan lihat je nanti..

So, dah checked in Jubail.. Dah balik ke negara padang pasir berdengung setelah menyempurnakan misi melahirkan Zara Arissa Humaira di Malaysia.. Alhamdulillah, Arissa lahir mudah sangat.. Senang je menjaganya awal2 pantang tu.. Tapi, lepas je abahnya balik saudi, die START dera ibu.. Menangis dari petang bawak ke pukul 2/3 pagi.. Dekat 2 minggu jugakla mengadap arissa menangis malam.. Sampai abahnya balik Msia dulu sebelum buat haji.. Arissa…arissa.. lepas dia dah ok, die tido lambat memalam..pukul 1,2 pagi baru dia tido.. Ibu x kesah nak.. janji awak tak nangis.. Kalau awak nangis, jem kepala ibu, serba x kena jadinya.. Tak tau ibu nak buat ape.. Kesimpulannya, merasala ko diyana..anak menangis malam.. Kemana nak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi.. khennnn… lalalala..

img_0141
Baby Made In Saudi. Lahir 19 Julai 2016 jam 11.52 am dengan berat 3.05kg di DEMC Hospital .                              MISI SELESAI
img_2553
Di pagi raya Aidil Adha 2016. Alhamdulillah, raya haji tahun ni, abah arissa dah berjaya menyempurnakan hajinya. Kami beraya anak beranak la di Malaysia. Abah di Mekah. Shukur ke hadrat Allah. 2016 memahat 2 kenangan manis, pertamanya kelahiran Arissa dan keduanya bila abah naik haji 🙂
img_2585
Ibu masukkan satu gambar haji abah untuk kenangan. First day raya aidil adha jugak ni..Tengok tu..dah botak..

Sekarang ni dah mula nak masuk musim sejuk.. Sesekali angin sejuk dah bertiup.. 6.30 pagi dee akan kuar rumah tunggu bas dengan anak2 pun dah terasa sejuknya.. Rasanya tahun ni musim sejuk mula lebih awal.. Last year agak lewat.. Bulan 12 last year betul2 extreme sejuknya..Kami dapat escaped, sebab balik kenduri Timah.. Tapi kali ni, tiadalah lagi escapism. Persediannya adalah dengan membeli 2 unit tambahan heater. 2 bijik yg gune last year pun rasa x cukup.. Kene tambah 2 lagi..

img_2779

Kami balik ni, dah masuk fasa akhir musim panas. Kira bertuahla dah terlepas panas lit2 nak dekat 50 degree C. Dengar abahnya je lah bercerita bila balik keje petang2.. Panas bu, panas buu… Pipi pun berbahang, tu belum campur humidity tinggi lagi.. Belengas badan..Gambar ni, pemandangan depan compund rumah kami.. Rumah kami depan taman mainan.. Sekarang ni petang2 mak2 arab termasuklah kami bentang tikar.. Kami minum petang.. Sambil anak2 main kat padang..Bahagianya CTG yek..haha..usahla jeles..Sebab, rasa nak pitam jadi suri sepenuh masa pun ade..

Checked in Jubail kali ni rasanya macam dee mulakan balik life di Arab saudi. Totally berubah dari segi pengurusan keluarga dan masa. Dee rasa mencabar jugakla. Sebab, balik dah bawak baby kecik domok tu sorang. So, dah bertambah kerje dan ditambah lagi dengan Umar dan Aesya yang dah bertukar ke sekolah baru.. Memang dee rase sangat tunggang terbalik.. Sampai demam, stress and at last mcm biasalah…stress theraphy saya.. Nangis..haha..

Dah nak sebulan ni barulah dee rase jadi normal balik.. Dah boleh adjust masa dan rasa dah boleh tidor malam dengan lena, tanpa perlu nak fikirkan ape nak masak untuk bekal anak2 esok paginya..Sengal kan.. aku stress sebab xtau nak masak ape.. 2 box tau..satu snack box, satu lagi lunch box. Mana taknya, diorang balik sekolah dekat pukul 3 petang.. Dalam seminggu ni, dee suap nasi bagi makan breakfast since teacher aesya cakap die xnak makan sangat time rehat.. Boleh die buat pandang je bekal makanan die tu.. Ingatkan kat rumah je buat perangai, sampai ke sekolah die sambung menyambung.. Bertuah betul anak dara tu.. Hopefully, lepas dah tukar ke breakfast berat pepagi ni, akan boost die punya energy..

img_2718
Arissa dengan ibu masa transit di Dubai.. Well behave dalam flight kecuali berkali kali kamu beyakk.. Masa ni ibu senyumla sebab tak sabar nak balik saudi kannn… Lepas tu ibu nangis, sebab stress xtau nak masak ape… Dah lama gantung kuali kat Malaysia la katekan.. Skill memasak pun nak kene asah balik..

Dalam pada duk stress2 xtau nak masak ape..di suatu petang kami mendapat kiriman sate dari Puan Sharifah Awang. Dee panggil Che Pah.. Sedap plak sate Che Pah buat.. sekali, selambe abahnya request.. Ibu, buat sate bu.. Berebut makan dengan anak.. Umar pun hantu sate jugak.. Abahnya kalau balik Msia mesti nak makan sate..Kalau kat Sijangkang tu, femesnya Sate Barakah.. memang sedap pun.. Tapi, boleh ke dee buat sate ni..?

Haaa… nak x nak, mesej la che pah tanya resepi.. Ala dee, resepi aku campak2 je katenye.. Die bagi resepi kat Dee pn mcm simple gile.. Nekad ni, di kala stress melanda, mencabar diri sendiri pulak utk buat sate.. Pergi Lulu, sambar terus isi ayam 2 kilo dan rempah2 perapan.. Malam tu jugak aku hadap..

img_2966
Kak Milah jugak yg pandai teka dee nak buat ape bile up gambar ni kat IG. Terus request nak 50 cucuk siap bakar..Hahaha..
img_2970
Tu diaaa.. dekat sejam dee menyucuk sate 2 kilo pagi tu.. Arissa masuk buai tido je, terus mulakan misi.. Cucuk jelah, janji die lekat kannn.. Lepas siap cucuk, terus mesej che pah.. pahhhh.. aku mcm nak nangis nengok sate ni siap cucuk.. sebab aku mcm x percaya aku sanggup buat sate..Jadik pulak tu sebagaimana rupa sate.. Rase aku tolak tepi dulu.. sekurangnya, rupa dah ada kannn.. Alhamdulillah, setelah dibakar dalam oven, abahnya cakap sedap buuu.. ke abahnya nk jaga hati ibu tak tau la kann, tp opkos la rase sate che pah lagi sedap.. saya budak baru belajar.. Thanks again pah, batch kedua sate dah berjaya dilangsaikan dan ade 2 kilo lagi isi ayam dalam freezer. Tengok event ape yg sesuai akan datang, kita menyate lagi.. 🙂

 

Sesi persekolahan umar dan aesya semester baru ni di International School Group, Jubail.. Diorang ni daftar lambat.. kami tunggu abahnya selesai buat haji dulu baru balik jubail.. Kawan2 dah mula sekolah dekat 2 minggu.. lepas cuti raya haji baru budak2 ni masuk skool.. Awal pagi dalam pukul 5.30 tu dah bangun.. 6,40am bas sampai untuk ke sekolah. Jarak perjalanan dari rumah ke sekolah kali ni agak jauh, dalam setengah jam perjalanan.. Sebab tu la kene bangun awal.. dan kene tido awal jugakla kan.. Dengan ibu2 kene masuk tido awal jam 9 malam.. Malam ni je terlepas.. Ni dah pukul 12 malam.. Esok ade kelas ngaji kat rumah Dee.. Itula..bila mood menulis dah datang..masa bukan sandarannya..

 

img_3026
Tunggu bas pepagi. Ni elok je kan kakak aesya tu.. Tapi, nak kejutkan die bangun punyala azab.. adik xnak pegi kolah..adik xnak kolah ibu..Memang Adoii…setiap pagi ye.. selagi die tak dapat kawan yg betul2 ngam dengan die, selagi tu la die akan menangis pagi..dah boleh cam dah perangai die kalau memula sekolah.. Hadap je lah..

 

img_2956
bebudak ni kalau amik gambar x sah kalau x julur lidah.. entah ape perangei.. sekolah baru ni xyah pakai baju seragam sekolah.. lega ibu x yah menggosok.. kalau x mau aii import philips dry iron dari msia.. Alangkan periuk noxxa pun ku bawak, mentelah la dry iron.. selamat duit abah.. kalau x, saje kene au dengan ibu..huhu
img_2768
Kakak aesya masa hari pertama sekolah.. sampai je sekolah die dah rasa lain.. sekolah baru..x sama mcm dulu..masuk plak lambat.. dan dan die cakap, Abah..aesya rasa nak nangis la.. maka bermulala orkestra pada pagi itu…
img_2769
Simple Apps Class Dojo, fungsinya mcm whatsapp utk komunikasi antara parents dan sekolah..cume advance skit since ade penilaian anak2 yg boleh kita lihat dalam aplikasi ni.. Macam fungsi instagram pun ade jugak..Best !
img_2989
Kat rumah pun xdapat macam ni.. ibu malas nak lecak.. sekali dah tumpah kat carpet..jenuh basuh.. Lega ibu tengok gambar ni.. Sekurangnya ibu tau, masa panjang kat sekolah berbaloi dengan pelbagai aktiviti yg anak2 ibu buat. Tido sekejap pun ada kat sekolah kamu.. Okla aesya, cepatla dapat kawan yg kamu ngam.. takdela ibu nak perang dgn kamu pepagi lagi…

img_2997

Umar masa program Family Reading Night kat library sekolah.. Dalam program ni, parents dijemput utk diberikan penerangan mengenai cara membaca brsama anak2.. Apa yg ditekankan adalah disiplin utk membaca setiap hari harus dipupuk untuk membolehkan anak2 cepat membaca.. Mulakan dengan 10 minit setiap hari sehingga sekurang kurangnya 20 minit sehari.. Lagi banyak masa yg diberikan lagi bagus.. Diorang ni xde homework.. Buku je banyak bawak balik kat rumah untuk bacaan..

img_3042
Cekodok ibu ni la buat teman ibu kat rumah..
img_2764
Cekodok boleh, buah labu pun boleh 🙂

Tahun ni jugak Kelab Rakyat Malaysia Jubail, KRMJ mengadakan Kelas Fardhu Ain. So Umar adalh batch pertama kelas fardhu ain di sini.. Inisiatif yg cukup baik bagi mengisi limitasi ilmu fardhu ain yg tidak diajar di sekolah. Kelas ni terbuka untuk anak2 yang berumur 6-8 tahun. Baru saja pelancarannya minggu lepas. Sambutan yg diperolehi pun cukup baik. Syabas dan tahniah diucapkan kepada AJK KRMJ kerana berjaya membawa inisiatif ini menjadi kenyataan.

img_3025
Happy anak ibu dalam kelas PAFA pertama. Diorang belajar jenis2 najis.. Balik je terus cerita dengan ibu, muntah tu dirty..die x pandai cakap najis la tuu.. huhu..umar umar…

Dalam duk sibuk2 kalut2 dengan life baru, dee sempat buat majlis makan2 kat rumah.. Lama kami kat malaysia..dekat 4 bulan.. Bila balik tu nak la jumpa kawan2 balik kan, sembang2..kami buatla makan2 sikit..Alhamdulillah, ramai yang datang.. Terima kasih diucapkan kepada yang datang. Terima kasih juga atas buah tangan dan hadiah utk Arissa. Semoga Allah saja yang membalasnya. Dee mohon maaf juga atas segala kekurangan.

img_2936
Gambar ni je ade dalam phone dee. sesi lepas jumaat ni la satu2nya gambar.. lepas isya dalam phone lg satu, x sempat nak transfer.. Gambar arissa dengan baby harraz anak kakak jiran.. Arissa lahir awal 2 minggu dr harraz kalau x salah dee.. Gepren ni ramah semacam dengan boipren.. :p
img_2940
Tu dia..sesi mengemas 1 day after event.. Sape lagi amik kontrak basuh pinggan, abang toyyib la.. Mekasih banggg…
img_3090
Si kecik ni dah pandai main sendiri sampai penat pastu tido..Baju dalam bakul panggil suruh lipat.. Mai lipat aku..mai lipat aku.. Berchinte maksss..
img_3084
Teacher die bagi gambar ni.. Cakap die punya mood dah ok.. Dah dapat makan nasi lauk sup pepagi, kalau mood x ok jugak memang nak kene la kannn.. Dee memang kene banyak bersabar dengan budak sorang ni.. Exactly Me.. nak buat macam mana kan..panassss….
img_3078
Kita akhiri dengan wefie ibu dengan arissa before pergi kelas bahasa arab.. Our first class with Ustazah Yeni.. Doa2 mudah mudahan dee istiqomah dan kuat semangat pergi belajar bawak anak kecik ni ye..