Catatan Umrah November : Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.

Bismillah. Sesak dada ini sejak semalam. Banyak sangat perasaan yg berkepuk di dada sehingga menyesakkan empunya diri. Lantas selepas sahaja solat maghrib, empunya diri tumbang kerana tidak tertahan lagi. Awal pagi, tubuh ini terjaga semula, bangun solat isya dan menghamburkan air mata kerana tidak tertahan lagi.. Begitulah manusia, ada pasang surutnya.. Ada ketika di atas, ada ketika pula di bawah.. Ada ketika ujian melanda, ada ketika pula, bahagia menjelma. Kepadamu Ya Rabb kami kembali.

Umrah November adalah catatan perjalanan menuju Baitullah bagi menunaikan umrah selepas musim Haji. Ini yang abahnya janjikan pada ibu sejak dari kami sampai ke sini. Nanti abah bawak ibu n anak2 buat umrah selepas musim haji. Masa tu, orang x ramai.. Nanti kita boleh umrahkan anak2.. InshaAllah tambahnya lagi….Alhamdulillah. Tercapai juga impian kami untuk menunaikan umrah selepas musim Haji. November pula yang dipilih iaitu pada tanggal 13-15 November 2015. Hadiah hari jadi yang paling bermakna buat ibu, yg pernah abah berikan…

Petang 12 November, tepat jam 5 petang kami memulakan perjalanan. Kali ini, kami konvoi dengan geng masjid aishah sebanyak 5 buah kereta. Tak lama kami memulakan perjalanan, kami berhenti sebentar utk solat jamak maghrib dan isya. Sekarang ni, sekitar 4.50 petang sahaja dah masuk waktu maghrib. Musim sejuk menjadikan tempoh siang di sini lebih pendek berbanding waktu malam. Angin dingin telahpun menghembus.. Itulah pertama kali dee keluar pada waktu malam semenjak masuk musim sejuk. Sejuknya….sejuk sangat…

IMG_7394
Winter is ON

Rupanya cuaca pada masa tu dah mencecah 16 degree C. Angin kuat yg menjadikan cuaca pada malam itu lebih sejuk.. Macam x percaya rasanya, rupanya memang betul kami dah memasuki musim sejuk.. Begitulah perasaan dee kerana pertama kali merasai pengalaman memasuki musim sejuk di sini… Sehelai sweater pun dee x bawa utk kami sekeluarga. Duduk dalam rumah je, x rasa sangat dingin angin di luar pada waktu siang. Bila tiba tiba merasa cuaca dah 16 degree c pd waktu malam, barula tersedar yg kita dah officially masuk musim sejuk.. Lepas solat, dee masuk dalam kereta.. Abah, ibu minta maaf.. Ibu x bawak sweater anak2 semua.. Maafkan ibu ye.. ibu memang lembap bab2 ni sambil buat muke sedih….. Hemmm.. tau pun diri tu lembap.. Kesian kat anak2.. Hehe.. Abah dah sengeh.. Takpela bu, kalau sejuk sangat nanti, kita belikan sweater anak2 yg baru… 

Kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Sasco, Riyadh. Memandu kali ni abahnya dah konsisten menjadi arnab pada kelajuan 140-150km/jam. Sepanjang perjalanan nak ke Riyadh, Dee tido dengan harapan selepas sambung semula perjalanan dr Riyadh nanti, dee dapat bertahan utk temankan abahnya sampai ke Taif. Kali ni kami drive direct dan x bermalam di mana mana. Ada satu kali sahaja berhenti selepas Riyadh. Masing2 ambil nap sekejap sebelum terus memecut menuju Taif. Lebih kurang 1 jam lebih sebelum tiba di Taif, kami berhenti utk solat subuh. Kemudian, terus menyambung perjalanan ke Taif. Sejuknya usah dikata. Sejuuuukkkkkk sangattt.. Dilema wanita kurang lemak beginilah…

Tiba di Taif, matahari telah pun terbit. Anak2 dah bangun.. Dah riuh dah kecoh. Perut pun kecoh juga berkeroncong lagu asli. Kami pun berhenti utk cari breakfast terlebih dahulu.. Kemudian baru bergerak ke motel utk penginapan singkat dengan kadar bayaran 1jam SR18. Maka berehatlah kami berdua.. Kami jelah yang tido sebab anak2 dah puas tido.. Bagilah diorang tengok Upin Ipin di youtube, memang heaven sangatla kan…

IMG_7406
Qarnul Manazil, Taif

Dari penginapan kami ke Masjid di Qarnul Manazil utk bermiqat tidakla jauh mana. Sebenarnya kami dah tertinggal konvoi sebab ketiduran kepenatan. Baiknya sahabat2 konvoi utk sanggup menunggu kami di masjid bagi meneruskan perjalanan selepas niat umrah. Alhamdulillah. Begitulah semangat berkonvoi yg ada.. Selesai kami menunaikan solat sunat ihram di masjid, terus masuk kereta utk niat umrah.Maklumlah org dah menunggu.. Umrah pertama ini, utk kami berdua dahulu.. Esoknya baru niatkan umrah utk anak2 pula di Masjid Aishah di Tanaim.

IMG_7407
Gambar2 sekitar menghampiri Makkah

13 November adalah pada hari Jumaat. Semoga keberkatan Jumaat membolehkan kami memperolehi umrah yg mabrur. Rombongan kami x sempat solat Jumaat di Masjidil Haram. Kami berhenti sahaja solat di masjid di tepi jalan dalam perjalanan kami ke Mekah. Seperti biasa, kami parkir kenderaan masing2 di Kudai Parking dan mengambil teksi ke hotel masing2. Kali ni abahnya minta teksi bawakkan kami terus ke lobi bawah hotel. Masa tu jam dah pukul 2 petang. Mungkin sebab tak ramai orang, bilik hotel dah tersedia untuk kami. Tak perlu menunggu sehingga jam 4 petang. Kami masih lagi menginap di Clock Tower/Abraj seperti umrah sebelum ini. Bayar lebih sikit takpelah..asalkan dekat dan memudahkan kami dan anak2. Macam biasalah, harga hotel di abraj tower selepas musim haji akan jatuh. Kalau umrah ramadhan dulu, nun jauh berhampiran kudai parking hotel kami.. Itupun harganya dah menyamai harga hotel di abraj pada musim selepas haji ini. Shukur Alhamdulillah. Maka, nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan…

IMG_7472
Pandangan sisi Clock Tower. Di sini terdapat lebih daripada 3 hotel yg beroperasi…

Selepas check in hotel, kami bersihkan diri dan anak2.. Terus kami ke bawah memulakan tawaf umrah.. Adik dan Umar dah sibuk nak tengok kaabah.. Masuk sahaja masjidil haram, adik dah tanya, Ibu…adik x nampak pun kaabah.. Masha Allah..betapa anak2 ibu merindui kaabah… Air mata dee bergenang.. Rindu anak2 ibu pada kaabah, begitulah juga rindu ibu dan abah utk mengelilinginya lagi… Rindu ibu utk berdoa di sisinya lagi.. Rindu kami yg tidak terperi..

IMG_7466
Kami kembali lagi…

Tuuu dik..Tuuu Kaabah.. Allah humma antassalam, wa minkasssalam… Adik tersenyum bangga.. Seronok barangkali, sejak sebelum berangkat asik cakap nak pergi kaabah.. Sekarang kaabah dah muncul di depan mata.. Adik pun ikut ibu baca Allah Humma Antassalam sambil tersenyum lagi… Girangnya tidak terkata.. Jom kita pusing kaabah dik.. Umar pula dengan abahnya, menghayati  kaabah dengan sudut pandangan yang hanya dia mengertikan.. Betapa bertuahnya anak2 ibu.. dapat menziarahi rumah Allah sekerap ini.. Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan…

IMG_7506
Gambar selepas tawaf wida.. Ibu nak solat sunat dalam hijr ismail.. Abah tolong tengokkan anak2 masa ni..

Ayat yg diulang ulang ini dalam surah Ar Rahman, amat2 menggetar hati dan perasaan dee semasa menunaikan umrah kali ini. Ayat ini banyak membuatkan dee mengalirkan air mata keshukuran. Sehingga catatan ini ditulis pun, mata dee kabur dek genangan air mata yang datang tanpa dipinta pinta. Maha suci Allah. Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Satu saat ketika kami naik eskalator utk pergi ke tempat saie bermotor semasa umrahkan anak2.. Anak2 dah di depan.. Abahnya sibuk melayan keterujaan anak2 nak naik motor utk saie Safa ke Marwah. Dee kat belakang mereka, memandang mereka dengan penuh linangan air mata. Ya Allah, betapa dee bershukur dikurniakan suami yang baik dan abah yg penyayang utk anak2 dee.. Betapa bertuahnya dee dipilih Allah untuk menjadi isteri dan ibu kepada anak2 ini. Ya Allah, kau muliakan suamiku disisiMu, Kau tinggikan darjatnya disisiMu. Kau jadikan anak2ku dan sahabat2 mereka anak2 yg soleh dan solehah, anak2 yg bijak, anak2 syurga kami Ya Allah… Sekali lagi ayat itu hadir di benak fikiran dee.. Berguguran air mata ini tidak tertahan lagi… MAKA, NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN…

IMG_7423
Dataran Saie sunyi dari takbir jemaah dari seuruh pelusuk dunia…
IMG_7420
Anak abah…

Alhamdulillah, kami selesai umrah sebelum maghrib pada hari Jumaat. Semoga kami semua di sana beroleh umrah yang mabrur… Ameen… Ada satu lagi cerita yang amat menyentuh hati dee utk dikongsikan pada catatan umrah kali ini. Ceritanya xjauh dari perbuatan kita setiap hari.. paling kurang 5 kali sehari.. Itulah DOA. Doa adalah senjata orang mukmin yang Allah anugerahkan kepada kita semua. Ceritanya begini…

Sebelum dee berangkat kali ni, dee ade bertanyakan sahabat2 handai dan kaum keluarga utk yg berhajat berkirim doa. Dee bukan orang alim untuk mendoakan sahabat2 sehingga makbul doa mereka.. Dee banyak dosa.. Banyak sangat.. Cuma dee rasa inilah sedikit usaha yg mampu dee buat utk sahabat2 dan ahli keuarga yg belum dapat berkesempatan ke tanah suci… Dee cubalah.. Yang dee tau, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Benar sekali, Dia Maha Mendengar.. Atas dasar itu, dee kumpulkan doa2 sahabat handai dan ahli keluarga untuk didoakan pd umrah kali ini…

Untuk itu, petang sebelum berangkat dee pun membuat list doa utk yg berkirim.. Sambil2 menulis, sambil2 tu juga whatsapp kawan mana yg berhajat utk dapatkan nama penuh dan details doa masing2. Ade hikmahnya tau dee menulis doa2 ini.. sekurang kurangnya dee belajar doa2 yg biasa org lain titipkan.. Mungkin ayat dee selama ini utk berdoa biasa biasa sahaja.. Maka dee belajar dr sahabat handai dan keluarga, cara mereka berdoa.. Dalam banyak2 doa yg dee tulis, ada doa seorang sahabat yg menyentap hati dee.. Setelah habis die messagekan doanya.. Dia cakap lagi doanya yang terakhir…Dot, kau doakan kita semua beroleh syurga Firdaus.. Allah Ya Allah..

 

Esoknya sebelum subuh hari sabtu semasa dee menunaikan tawaf sunat, dee keluarkan kertas senarai doa2 ini utk dee doakan semasa tawaf. Dee mulakan dengan zikir memuji Allah dalam tawaf yang pertama dan kedua.. Orang x ramai..sekejap je rasanya dah masuk pusingan kedua tawaf. Masuk pusingan ketiga barulah dee mulakan doa utk sahabat handai dan keluarga.. Dee memerlahankan langkah kaki.. Dee mulakan doa untuk pasangan suami isteri yg mohon dibukakan pintu rezeki seluas luasnya dan datangkan juga keberkatan atas rezeki mereka. Juga tidak beliau lupakan anak2 taska di bawah jagaan mereka supaya sentiasa sihat dan selamat.. Allah Ya Allah…

Dee sambungkan doa utk kawan2 yg lain.. Ada yang pohon untuk rezeki anak dan dimudahkan segala urusan mereka untuk mendapat anak.. Dan dee tambahkan juga, supaya hati2 mereka redha untuk menerima ujian dilewatkan mendapat rezeki anak.. Ya Allah, kasihanilah mereka.. Mereka sahabat2ku yg baik, yang ikhlas dalam melakukan kerja.. Kau dekatkan rezeki anak kepada mereka Ya Allah.. Kau bantulah mereka…

IMG_7452
Di antara Hajar Aswad dan Pintu Kaabah adalah sisi Multazam…

Sehinggalah satu ketika di mana dee mengangkat muka untuk memandang ke kaabah.. Sudah sampai Hajar Aswad.. Bismillahi Allahuakbar…Dee melambai hajar aswad.. Tepat dee mulakan kembali doa adalah semasa dee berada di posisi menghampiri Multazam.. Allah Ya Allah.. Rupanya kau sudah pilih orang yang mana doanya akan ku bacakan di depan Multazam.. Dee sebak, Dee menangis.. sebab dee dah tahu empunya doa itu… Empunya doa itu adalah orang yg memohon syurga firdausi untuk kita semua.. Allahuakbar.. Dee lemah sangat.. Dee terus berdoa semoga Allah makbulkan semua doa2 dee dan kurniakan kita semua syurga firdaus.. Ameen Ya Rabbal Alamin..

Dee sangat2 tekesan dengan peristiwa itu.. balik hotel, dee message kawan dee.. Dee cakap dengan dia, aku tawaf masa doakan doa2 yg org kirim. Doa ko memang dah masuk dalam list doa aku.. Tapi doa kau bukan no 1 dalam list doa aku.. Doa ko no 9. Tapi agaknya, sebab doa ko mintak kita semua dapat syurga firdaus.. Doa ko dipilih oleh Allah untuk aku baca masa kat depan multazam.. Ini takdir Allah. SEND. Menangis sahabat dee bila die baca message dee utknya. Yg dee tau, kuat juga ujian Allah untuknya sebelum ni.. Baru je die melepasi ujian itu. Semoga die terus tabah, dipulihkan kesihatannya  dan berada di kalangan orang2 yg sabar menempuh segala ujian yang mendatang.. Keyakinan dee makin kuat..kita kene doakan utk org lain juga semasa kita berdoa… Semoga lebih banyak malaikat aminkan doa kita… Semoga cepat Allah angkat doa kita..

Sebenarnya pagi tu, abahnya dah pergi solat dulu. Dee nak sangat tawaf n solat subuh jemaah kat masjid. Dee tawakal je tinggalkan anak2 kat bilik. Dee buatkan susu utk 2 beradik tu.. Dee pesan dengan umar, ibu nak pergi masjid, nanti kalau adik jaga umar bg adik susu ye.. Umar hanya mengangguk.. Dee tawakal. Minta Allah pelihara anak2 dee. Lepas subuh dee tak tunggu duha. Baru sampai bilik hotel abahnya dah call… Ibu, abang nak tunggu sampai duha ye.. Nanti abang balik.. Ok balas dee pantas. Dee bukak pintu bilik hotel.. Gelap dan senyap.. tido lagi budak2 ni…bisik dee dalam hati.. Bila dee bukak lampu, dee terperanjat sangat.. Budak2 takde.. Dee panggil2 Umar, dee panggil aesya.. Dee cari dalam bilik air n bawah selimut… Ya Allah..mana anak2 pergi.. diorang pergi cari kami kat masjid ke? Bertenang Diyana… Plan nak buat apa.. Dee amik phone, n purse.. Dee nak cari sekitar floor hotel dulu.. Kalau xde, dee nak jumpe pengurusan hotel utk mintak tolong. Abahnya dee x call lagi. Kalau x jumpe br dee call semula.. Tak sampai 10 langkah dee keluar dari pintu bilik hotel dee dah nampak umar.. Die tengah cari sambil panggil Ibu.. Kejap kang dee nampak aesya pula.. Alhamdulillah.. shukur ya Allah.. Dee panggil umar, peluk umar n tanya die pergi mana.. Umar cakap, adik bangun, adik nangis nak ibu, umar carilah ibu… Tak lama lepas tu ada seorang wanita seperti orang Turky.. dia datang pada dee n tanyakan Ur Kids? Dee mengangguk.. Dia senyum.. dia cakap dah 10 minit die teman anak2 dee cari dee… Allah Ya Allah.. Speechless..

IMG_7510 IMG_7509

Hari terakhir di Mekah… terasa berat hati mahu meninggalkan tanah suci ini.. Begitulah yang akan dirasai oleh setiap manusia yang akan berangkat pulang. Lepas sahaja abah balik dari solat subuh.. Dee minta izin nak ke masjid.. Dee nak tawaf sunat lagi… Nak bagi puas sebelum balik semula ke Jubail. Dee pergi dalam pukul 7.30 am. Orang lengang di dataran.. Tak ramai.. Dee terus mulakan tawaf sunat tanpa berlengah lengah lagi.. Sekali lagi dee keluarkan list doa kawan2 utk didoakan.. Itu je yg mampu dee tolong utk keluarga dan kawan2 yg jauh dari tanah suci mekah…

IMG_7462

Selepas doa, dee menghampiri sisi kaabah.. Dee solat sunat dan berdoa di situ.. Jemaah tak ramai sehinggakan kami mampu utk solat sunat berhampiran dengan sisi kaabah. Dee berada sangat hampir dengan kawasan yang dipercayai tempat malaikat Jibrail mengajar nabi kita solat. Ada 7 plat batu bewarna kuning oren yg ditampal di sisi kaabah.

IMG_7446
Di sinilah lokasinya.
IMG_7447 (1)
Kiswah kaabah di atas lokasi 7 keping batu tersebut..

Orang tak ramai masa tu.. lepas di situ, dee menghamiri multazam.. Jemaah wanita mendominasi multazam pada pagi tu.. Shukur Alhamdulillah.. Dee berada di antara mereka… Multazam seperti yg kita tahu adalah sisi kaabah yang paling hampir dengan Hajar Aswad. Hati berkocak, teringin untuk mencium hajar aswad. Batu syurga yang diturunkan ke dunia. Batu Hitam yang mencatat pelbagai sejarah dalam menempatkannya di situ.. Allah Ya Allah, dee bermohon lagi.. Dee terus merapatkan diri ke kawasan jemaah wanita yg ingin mencium hajar aswad..

Indahnya pagi itu, tempat mencium hajar aswad juga didominasi kaum wanita.. Kami berkumpul rapat menanti giliran untuk mencium. Jarak ke hajar aswad tidak sampai satu meter. Dee sangat tenang dan berasa amat santai di situ. Tiada suasana bising dan tolak menolak untuk mencium hajar aswad.. Semuanya dalam keadaan tenang dan tertib.. Dee sempat berbual dengan seorang jemaah berbangsa indonesia.. Katanya pernah 7 tahun di Malaysia dan sudah 15 tahun bekerja di Mekah. Di depannya adalah majikannya.. Di Malaysia, boleh dapat duit banyak.. Tapi di Mekah, dapat selalu datang Kaabah.. MashaAllah… Ibu, ini kali pertama saya ingin mencium hajar aswad.. Dia tersenyum memandang dee.. Dee cakap pada dia lagi .. Ibu masih kuat ya.. Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yg baik… Kami terpisah apabila dee tertolak ke depan..

IMG_7454
Jemaah lelaki beratur untuk mencium hajar aswad. Kalau dalam waktu biasa, biasanya lelaki yg mendominasi utk mencium hajar aswad.. Itulah indahnya umrah selepas musim haji.. Jemaah x ramai.. Keadaan amat tenang sehinggakan manusia beratur untuk mencium hajar aswad…
IMG_7503
Rukun Yamani juga amat lengang dari kebiasaan. Rukun Yamani adalah penjuru kaabah sebelum menghampiri penjuru terletaknya Hajar Aswad.
IMG_7502
Maqam Ibrahim

Tak lama selepas selesai urusan dee, bahagian sekitar kaabah dibersihkan..

IMG_7464
Cekap dan Pantas
IMG_7458
Begitulah rupanya dinding kaabah.. Selalunya tak nampak kerana ramai yang bergayut di pintu kaabah..

 

IMG_7465
Jentera pembersihan Masjidil Haram yang kabarnya kontrak pembersihan dengan syarikat yg menguruskannya hanyalah bernilai 1 Riyal… Allah Ya Allah..

 

IMG_7511

IMG_7508
Perjalanan balik ke hotel… dee banyak nampak halaqah ilmu yakni pengajian agama dengan guru masing2 di dalam masjidil haram..
IMG_7507
Hilton Makkah.. Cantik senibinanya…
IMG_7505
Sekitar perjalanan pulang meninggalkan Mekah
IMG_7500
Khemah putih kawasan Mina..

Maka, Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan..

 

ND Remey

JUbail KSA,

20 November 2015.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Riyadh : All We Go

Bismillah…. Hari ini kelas arab kensellll… so, bolehla dee menulis semula.. Mencabar betul nak menulis lately..kadang2 idea dah banyak menyinggah nyinggah di dasar fikiran..namun, ada saja halangan yg menyusul.. (macam skrip cerita layar hitam putih plak..cehh…) Utk harini, basuh baju 2 trip done, masak 3 jenis lauk done, packing beg baju utk umrah khamis ni juga done… Ok, utk menjadikan hari ni lebih efision utk saya, maka saya kene menyiapkan post riyadh all we go ini..

Kami ke Riyadh 3 minggu lepas.. Rakyat Malaysia Riyadh (RMR) mengadakan Bazar Di Kedutaan Malaysia di Riyadh. So, ramaila rakyat malaysia Jubail ni yg nak ke sana. Utk itu, Kelab Rakyat Malaysia Jubail (KRMJ) mengambil inisiatif untuk menyediakan perkhidmatan bas ke sana dengan sedikit bayaran yg berpatutan. Dengarnya banyak org bujang yg naik bas.. family x ramai sangat.. Kebanyakan family naik kete masing2.. Termasuklah keluarga kecil kami yg berkonvoi dengan keluarga2 lain menuju ke Riyadh..

Pagi tu kami semua berkumpul di stesen minyak sebelum masuk highway dammam. 6.45am tayar bergolek dari rumah menuju ke tempat berkumpul. Sampai je di sana, banyak kete dah kumpul..Lepas isi minyak, kete memasing berbaris sebelum tembakan dilepaskan utk sepak mula.. Sangattt.. Owh, x kusangka..rupanya kereta kami yg memotong riben pergerakan konvoi pada pagi itu .. Dalam hati aku dah mcm xleh blah.. Tak lama pun, kejap kang…  satu demi satu kereta berdesup desup memotong cip yg memandu seperti kure2.. Haa kann… aku dah agak.. lakiku ni berhemah di jalan raya.. die bawak 120km/j jek.. yg lain semua paling kurang 160km/j kuttt.. Semua kereta beraksi memecut.. Dari 2/3 biji Ford Explorer, Mazda CX5, sehinggalah yg paling agam Ford Expedition.. Kami hanyalah Hyundai SantaFe 3.3cc kesayangan hamba yg baru2 belajar nak memecut.. Menguapppp…  Ade jugak kete kamarro bumble bee yg lajunya memang xhengat tu.. die x join konvoi.. kami xdan nak ligann nanti.. Hahaha

Lagi cerita di saudi… Kat saudi ni, highwaynya kalau siang nampak kuning je berdebu debu..kalau malam, dan2 tu bertukar rupa jadi cantikkk sangat..sini letrik murah..kalau petrol pump tu mcm pesta cahaya.. dari jauh dah nampk mengelip ghelip.. Dan lagi satu, speed trap pn boleh tahan juga banyaknya.. Asal tetibe double signal je, tu maknanya kat depan ade speed trap. Dan2 tu juga kete yg memecut cuba masuk lorong tengah.. Owh lupe..lorong kiri dan kanan utk memecut.. Lorong tengah utk kure2 mcm kami.. Hehehe..

Uniknya saudi arabia adalah, kebanyakan speed trap nya bukanlah dalam betuk AES yg bikin marah satu malaya itu.. Ia adalah dalam bentuk kereta2 seperti fortuner yg diselaputi debu stok 2 tahun x basuh, yg disadai sadaikan di tepi2 highway.. gitewww… Kerlass ko, xyah nak spekulasi bg kroni install AES..kete2 dah x bernyawa sahaja yg disadaikan utk tujuan speed trap.. Rupanya ade pekerja India yg ditugaskan untuk monggok di dalam kereta2 itu dan seterusnya menangkap gambar kenderaan yg beraksi laju.. Begitulah seadanya speed trap di sini… Maka, pada hari tu, kure2 kesayangan hamba pn belajar utk memecut selaju 140km/j. Jadilah.. Esok2 kita jadi arnab pula…

IMG_7043
Yerr..lihatlah kotak tisuku yg bikin malu aja masuk dalam ini blog..

Masuk je kawasan kedutaan, pemeriksaan keselamatan diketatkan. Ade 2 post guard yg kami kene lalui sebelum betul2 sampai ke kedutaan Malaysia. Kedutaan kita berhampiran dengan kedutaan US. Kawasan kedutaan ini juga ada residential area dan sekolah2 utk para diplomat dan keluarga mereka.. Barangkali disebabkan itu, kawalan keselamatan diketatkan..

IMG_7045
Pabila terpandang bendera bertuah itu, agak sayu je rasa.. Kami perantau jauh di perantauan. Mencari sedikit nikmat juadah Malaysia yg bakal muncul di depan mata..

Panas dan berdebunya Riyadh pada hari tersebut juga menyaksikan panasnya Parlimen Malaysia pada waktu itu. Hari tu adalah hari pembentangan Bajet 2016 oleh YAB PM.. Kalau dulu, mesti x lepas melihatnya secara live.. Takpun lepas tu, mesti kene duty kat Parlimen utk perbahasan bajet.. Asal duty kat parlimen time dee je..mesti santak sampai pukul 11 malam.. Agak sakai sakit jiwaku menahan sejuk gedi dewan parlimen apabila speaker mengumumkan perbahasan disambung lagi selepas melewati jam 5 petang… Pukul 12 malam baru sampai telok panglima garang… Manakan tidak..jam 10.30 malam dr parlimen ke presint 4 putrajaya dan 11.00 malam bertolak pula ke telok panglima garang..

IMG_7046
Hebat orang Riyadh memasak.. Bawak kawah.. Cuma agak mengecewakan harga2 makanan boleh tahan mahal.. Nasi Kerabu dan Laksa Johor SR25 sebekas.. KIta berbaik sangkalah..mungkin bahan2 mentah di Riyadh lebih mahal dr di Jubail…
IMG_7047
Aktiviti kanak2 disediakan oleh Tuan Rumah.. happy budak2..mak2 n pak2 dapatla ngapp ngapp sat..
IMG_7050
Inilah dia.. Bazar Malaysia Riyadh..yang menggamit bukan sahaja warga Malaysia, tapi golongan expat yg berada di sekitarnya utk turut sama merasai variasi makanan malaysia..
IMG_7051
dapat jugak die buat face painting.. kembang sgt la tu..senyum pun lebaq baqhang…
IMG_7052
kak gee laki bini menjadi saksi, anak bujangku bergayut kat pagar xnak balik.. drama sekejap kat situ..malu makkk…

Ade umpannya nak mengendurkan ragam budak bertuah ni.. Jom kita pergi zoo ye umar.. kite tengok lion, tiger n crocodile.. Maka, lepas itu kami x berlengah lengah lagi utk ke Riyadh Zoo.. Yuhuuu…yippie.. all we go… Pintu depan zoo x sempat nak amik gambar.. cuaca redup je petang tu.. x jauh dr kedutaan pun, dalam 15 minit je.. excited sungguh la anak2 dapat pi zoo..punyala lama duk menyebut.. hari tuu baru menjadi kenyataan..

IMG_7302
Hari tu kami anak beranak pakai merah.. senang nak spot espc umar rayyan.. haha.. pssttt… nampak x akak bawak payung tu..cool kan…

 

IMG_7301
aman kan..nampak tenang je..memang tenang pun.. ibu pun happy dapat masuk zooo… sengall..

Ok, zoo riyadh ni bayaran masuknya murah… SR10 je.. murah kan.. utk kanak2 pula SR5.. zoo ni bukak setiap hari kecuali hari sabtu utk maintenance work.. nasib baik kami nekad nak pergi  petang jumaat tu jugak..kalau x, melepas nak masuk zoo.. harga makanan yg dijual dalam zoo tu pun x mencekik darah..ingatkan double up dr harga kat luar.. rupanya sama je.. kat dalam ni.. kebanyakan yg datang bawak tikar n bentang.. lepak2 makan2 santai2… org2 arab ni suke betul piknik…serious…. Bagi memastikan trip riyadh kami ni lebih feel… Abahnya tempah semalam di crown plaza hotel riyadh.. xdela penat sangat.. so santai2 je la trip kali ni..jom kita tengok sekitar gambar zoo riyadh yg cantik dan bersih ni.. Aman sekali kurasakan…

IMG_7310
sorry gambar atas ni berulang.. ko tengok yg ats lagi..haaa..giteww..gaya pak arab pakai jubah putih dengan sunglasses.. lex je anak panjat pagor.. nanti kalau bajumu kepam..daddy hantar g dobi.. but seriously,,diorang memang mostly hantar jubah putih diorang utk dobi.. x kuasa nak basuh n iron sendiri.. sehelai kalu dobi SR4..patik pn x sanggup nak nyental kalau umar dah selet cokelat kat jubah putih die…
IMG_7309
sang singa dan sang harimau.. ade satu tempat tu dee dengar suare singe mangaum.. yo yo oo aku ingat singe tu mengaum ngaum ..sekali diorang pasang tape da..
IMG_7307
Masa ni dalam sekitar jam 3.30 petang.. memang redup betul petang tu.. amannnn….
IMG_7304
first time mak tengok hippo keluar kolam….makk pernah join project rain water harvesting kerjasama JPS under NRE dengan zoo negara.. sepanjang masa mak tengok hippo tu dalam air.. yang ni siap nganga nganga tunjuk gigi.. apekah yg terselindung dalam hatimu wahai hippo..
IMG_7303
gambar wrap up @RiyadhZoo

Dah 1113 patah perkataan ni..kita sambung sikit je lagi… Citer esoknya di riyadh lagi… di mana kami meneruskan jalan2 santai kami ke National Museum of Saudi Arabia, Riyadh. Muzium ni terletak di King Abdul Aziz Historical Centre yg dibina pada tahun 1999. Ia sebenarnya merupakan sebahagian drpd King Abdul Aziz Historical Centre.. Cume kami x cukup masa nak jelajah semua historical centre tu.. sempat melawat muzium je. Sayang rasanya, x dapat tengok koleksi kereta2 mewah yg King2 pernah pakai..dah tutp sebab nak masuk waktu zohor masa tu.. inshaallah next time… Umar pn dah tau..kalau kedai/premis tutup je..mesti die akan cakap..die pergi solat kan ibu… Ye..ini hanya terjadi di KSA 🙂  Dengan bayarn masuk SR10 untuk dewasa dan percuma utk kanak2, muzium ni adalah must visit place di riyadh utk dilawati.. Amboii.. ayatttt… promoter x berbayar :p

IMG_7056

IMG_7055
kami kebetulan sama hotel dengan family audi & nashreen. So, kami pergi sesama ke muzium ni.. Tengokk tu..Brazillian (erkk… nape dh macam brazillian wax..euwww) org brazil tu pn bawak fmly g jalan ke riyadh..sempat lagi jumpe opismate kat muzium.. ajet2 je geng2 sadara nih..hemmpphhhh…

IMG_7058 IMG_7057

Museum ni di antara museum yg menarik sangat yg pernah dee lawati.. Die ade konsep tau.. Konsepnya adalah Kingdom Of Saudi Arabia (KSA) dr zaman batu sehinggalah zaman sekarang.. Kali ni, dee dapat menikmati konsep time tunnel yg dibawakan.. Dari zaman batu, sehinggalah zaman kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w yg membawa perubahan besar kepada Arab Jahiliyyah.. Kemudian bermulanya empayar turki othmaniyyah sehingga kejatuhannya.. Sehinggalah pergaduhan antara puak (org arab ni banyak puak/suku/tribes) yg berlaku sehingga munculnya Imam Saud dan Imam Muhammad bin Abdul Wahab. Mereka berdualah yg berjaya mendamaikan pergaduhan antara puak dan dari situlah wujudnya sistem pemerintahan monarki di KSA yg diterajui oleh Bani Saud..

IMG_7060
zaman manusia tinggal dalam batu
IMG_7061
diorang pun ada batu bersurat..

IMG_7064

IMG_7063
gambar ni dulu baru yg kat atas tu..
IMG_7068
3 sekawan yg sgt baik dan membolehkan ibu n abah masing2 dapat menikmati keindahan museum riyadh ini..
IMG_7082
Hitam Putih Life In KSA

 

IMG_7069
Satu budaya arab yg kita x le lawan adalah mereka ni hebat2 dalam bersyair..itula hobi mereka pd masa lapang..mereka akan menulis bait2 syair.. utk generasi skrg dee x pasti..

IMG_7079 IMG_7080

IMG_7075
Mamluki Door
IMG_7074
Cute baby..
IMG_7084
Kami.. Akhirnya…

Itulah serba sedikit coretan dee sepanjang kami di riyadh.. Next trip adalah ke Mekah pada 13-15 November ni.. inshaallah.. Hadiah becoming besday dee dari abahnya.. semoga ada pengalaman manis dan bermakna utk dee terus menulis bagi berkongsi suka dan duka di sini..

 

ND Remey, Jubail KSA