Persiapan menyambut ramadhan di Jubail

 

IbuAssalamualaikum warahmatullah. Hari ni adalah hari ketiga berpuasa di sini. Alhamdulillah, kami masih diberikan nikmat kesihatan utk meneruskan ibadah puasa ini. Semoga ia beterusan sehingga akhir ramadhan dan semua amal ibadah kita diterima dan dilipatgandakan pahalanya di sisiNya.

Ramadhan Kareem. Allahuakram. MashaAllah. Teringin dee nak kongsikan pengalaman menyambut ramadhan di sini. Tahun lepas, dee tak sambut puasa di Jubail sebab balik awal lepas anak2 cuti sekolah. Kali ni, anak2 masih bersekolah sehingga pertengahan bulan ramadhan. Walaupun King salman mengarahkan sekolah2 ditutup awal bg menyambut ramadhan, tidakla utk sekolah anak2 dee (ISG).. Diorang bersekolah spt biasa.. huhu..

Huhu sangatla.. tingtong jugak ni..  sekolah lain semua habis before ramadhan, diorang je the only school kat jubail ni yg sesi persekolahannya tak dipendekkan. Cikgu xnk rombak silibus maybe.. or banyak sangat cikgu mat salleh kt situ.. So, diorang x menjiwai spirit menyambut ramadhan di sini. Gitu la kut..

Sebenarnya, tempoh puasa di sini lebh panjang iaitu 15 jam dr yg biasa 12 jam di Malaysia. Malamnya lebih pendek.. Tak sampai 9 jam dr waktu maghrib hingga ke subuh. Maghrib di sini jam 6.30 pm. Subuh pula sekitar jam 3.15am. Memang bekejar kejar jugakla nk tarawikh sebelah malam. Org lelaki tadarusnya lepas tarawikh.. dekat 11.30 mlm br blk rumah.      Tong tang tong tang, pukul 12 juga br nk masuk tido.. 2.30 dh nak bangun semula utk sahur.. dekat pukul 4 br nk tido semula or rehat sekejap.. Then, pukul 5.30am bdk2 dh kene bangun utk ke sekolah.. 😭 sebab tu la king salman suruh cuti sekolah sepanjang ramadhan.. sebab kebanyakan arab sini, malamnya tak tido sampai subuh, lepas subuh br diorng tido sampai sebelum zohor.. Tu kalau sekolah cuti, bolehla tido lepas siap semua aktvt lepas subuh, kalau sekolah x cuti, jadila mcm dee.. Lagipun cuaca panas sangat.. skrg dh nak masuk 50degree C.. Kesian anak2 kat luar rumah lama2.. risau dehydrate je.. Nak2 lagi yg baru mencuba utk puasa.. Semoga allah lindungi anak2 kita..

Biasanya, selepas anak2 pergi sekolah dlm pukul 6.30am, dee siap2 kemas rumah n buat apa yg patut pula.. dee punya tadarus start pukul 9am, lepas habis tadarus sekitar 12.30 br sampai rumah.. sekejap kang anak dh nk blk sekolah pulak.. rehat kejap, pastu dh nk siap utk masak berbuka pula kan.. Mencabar jugak rasanya rutin puasa kali ni. Semoga allah lapangkan hati ni dr merungut dan dpt menahan sabar dengan keletah anak2 juga.. 💪🏻💪🏻💪🏻

Tutupla citer tu, dee nk citer persiapan memyambut ramadhan kat sini. Ramadhan amat istimewa disisi orang2 Arab kt sini. Meriahnya terasa sangat. Biasanya segala big2 Sale ni dibuat sebelum ramadhan. Shoping baju raya harusnya masa sale sebelum ramadhan ni la.. sale gile2 kat sini.. x jumpe kat msia sale turun harga kat sini.. (tanduk naik) Dee rase mcm semua kedai nak masuk.. disebabkan dee dh byk beli utk anak2 masa g UK spring holiday yg lalu, pakat beli utk anak2 buah pulak.. buah tangan arab sodi.. haha..

Yes… Boleh dikatakan, semua org akan ambil kesempatan utk shoping baju2 raya masa ni. Store biasanya buat clearance sale baju2 spring collection before masuk ke summer. MashaAllah.. bajunya amatla murah.. branded2 semua pn murah2.. haish.. geram okeh geram.. dee asal masuk je kedai mesti rembat baju arissa.. ater, kalau dh sr5 sehelai ko x merembat?  hahaha. Abang haji aii suh tunggu dlm kete.. aii masuk xsampai sejam pn bawak sebeg plastik baju..hehehe..

Tapi kan,  dee bukan ape tau.. anak2 g sekolah xde uniform, kenela banyak pakai baju basahan.. (Read alasan nk shoping) So, memang kene byk la stok baju bdk2 ni.. espclly seluar umar yg asyik koyak kt lutut je.. tensi mak kalau balik sekolah tengok seluar dh koyak lutut..

Itu cerita sale baju2.. now nak citer sale hypermarket yg jual barang makanan n barang dapur. Sale kat LULU and Panda pn x kurang hebatnya. Dee memang jenis beli brg sebelum time gaji.. sebab dee x le tahan dengan ramai2 org kat supermarket.. dengan anak2ku lg yg buat LULU tu mcm padang mainan diorang, bila masa nk belek brg dengan nak cr diorang hilang.. haaa.. memang alamatnya kene beli awal. Ramadhan sale pn sahla awal.. kate persiapan memyambut ramadhan kan.. ko beli la semua yg ko nak beli, dari beras, bawak ke minyak, bawak ke manisan, bawak ke barang nak buat kek bagai.. semua ade.. Best.. 🙈

IMG_0422
Semua main guni.. hehehe..
IMG_0423
Ni masa kat panda.. kat lu penuh orang, xdan dee nk amik gambar.. nmpk orang je.. masuk capai ape nak terus ku keluar..

Terus bertukar susun atur barang2 kt hypermarket.. Tulisan ramadhan kareem banyak bergantungan  di segenap penjuru bg menhiasi deko menyambut ramadhan yg dinantikan… Series.. meriah sangat..

IMG_0424

Sampaila dh nak raya nanti sale kat lulu n panda.. everyweek diorng update catalog.. time ni la nk beli kurma, sweets, nuts n anything yg boleh. Awak blk sbg buah tangan utk sedara mara..  Citer raye ni memang xde dlm kamus org2 sini.. its all about ramadhan.. yes.. only ramadhan.. mashaAllah.. meriah kan.

Masjid2 pn penuh dengan tarawikh. Pilih je masjid mana yg nak pergi.. Nak panjang, nak pendek tarawikhnya.. semua ada.. dekat2 je masjidnya.. Orang memang ramaila..

Gambar diatas adlh pada 17 Ramadhan yg lalu.  Macam biasa ada program tadarus. Ibu n yang2 join tadarus tahun ni. Pada hari tu, diadakan majlis Khatam Quran. Terima kasih pada kakak2 yg mengusahakan utk mengadakan program tadarus ini. Alhamdulillah, waktu Ramadhan kami terisi sedikit sebanyak dengan bacaan Alquran. Semoga Allah menerima amal ibadah kita semua di bulan yg mulia ini.

 

Update 18Ramadhan

Akhirnya, dee pun terjebak juga dengan sindrom burung hantu. Tahun lepas tak merasa kann… sebab dee puasa kat Malaysia.. time tu dee mengandungkan arissa.. sb tu kene balik malaysia awal masa kandungan 7 bulan. This year, abahnya menggunakan kuasa veto tak bagi ibu balik awal.. Alhamdulillah.. dapatla ibu ni menjaga makan minum abahnya.. masak berbuka utk suami dan anak anak makan.. Dan dee rase dee dh improve banyak sangat berbanding tahun pertama puasa di perantauan.. Of course la dr segi penyediaan menu berbuka.. Mak dh pantas uolls.. hikhik…  Puas rasa hati tengok suami n anak2 makan hasil air tangan sendiri.. Shukur..

Pejamcelik2, Jumaat ni kami dah nak pulang ke tanah air terchenta.. Dendang perantau la sangat.. Bag2 dh siap kemas n timbang malam tadi.. Kali ni kami try naik Oman air. Baru 5 bag.. Hehe.. org lain lg banyak bersusun bagnya.. By the way, dee Ade cerite pasal flight nk balik raya kali ni..

Baru baru ni Saudi putuskan hubungan  diplomatik dengan qatar. Bila jd mcm tu, semua hubungan menerusi darat n udara telah ditutup. Jadi kecohnya bila kebanyakan dr org2 jubail beli flight ticket dr Qatar airlines.. which means, flight routenya Dammam – Doha- Kuala Lumpur.. Mereka perlu transit di Doha, Qatar sedangkan laluan udara telahpun ditutup…

Memang ujian ramadhan bg mereka semua. Bila jd mcm ni, terpaksa la cari tiket lain utk blk msia.. Alhamdulillah, dee dengar semua dpt full refund, dan dpt beli semula tiket blk raya dr airlines yg lain. Cuma kene modal la utk beli tiket balik.. Kalau satu famiky dh 6-7org, x mau dekat SR 10-12 ribu? Refund nye belum dpt lagi.. Ginila kehidupan kami kat sini, Jika jdi emergency mcm ni, semua kene bersedia terutamanya dr segi wang ringgit. Itulah adat merantau..

Kebetulan Oman air buat offer.. ade yg dpt sr1600 return, which is murah tau.. ade jgk yg terlepas harga tiket murah ni n kene la bayar double.. Ade jugak yg tak kesah berapa pun harga tiketnya asalkn dpt balik raye.. Nangis tau raye sini.. itu dee la.. tak sanggup dah mak nak rayo kt sini.. hahahaha…

Macam2 hikmah dan iktibar yg boleh diambil pengajaran dr peristiwa ini. Bagaimanapun, hubungan saudi qatar tidakla sampai menceruskan ketegangan sehingga boleh mengakibatkan peperangan. Nauzubillahiminzalik. Walau bagaimanapun, kami sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan sentiasa perlu bersedia atas sebarang kemungkinan yg terjadi. Panjang lebar kalau mau diulas punca berlakunya ketegangan diplomatik antara kedua negara ni. Semoga sahabat2 Malaysia di Qatar tenang juga menerima ujian ini. Kami semua mendoakan dipermudahkan segala urusan mereka di sana dan juga ketegangan ini segera pulih seperti sediakala.

Oklah.. kalau sambung lagi, mesti xdan post entry ni.. lepas raye baru nak post agaknya.. Sekian dulu, cerita dee utk kali ini.. semoga ada yg beroleh manfaat darinya.

Salam 19 Ramadhan ❤️

Dee, Jubail, KSA.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s