Kenangan Umrah Hamili 2016

Alhamdulillah, tak terkata nikmat yang Allah bagi untuk Dee tahun ni. Benar, penghijrahan itu memang perit dan sukar, tapi kebaikan yg kami perolehi itu, sukar nak digambarkan dengan kata kata. Benarlah kata2 Allah, sesudah diberikan ujian itu, pasti ada kesenangan yang diperolehi.. Bersabarlah…

Pada hujung April yang lalu, kami sekali lagi berpeluang mengerjakan Umrah di sini. Peluang apabila Mak n Ayah mertua datang ke sini, kami sambut dengan membawa mereka menunaikan Umrah. Apalah lagi kegembiraan terbaik  yg mampu kami berikan selain daripada membawa mereka mengerjakan umrah bersama anak menantu dan cucu-cucu kesayangan.. Shukur sekali lagi kami panjatkan kepada Allah swt atas kesempatan, peluang dan rezeki yang Kau berikan ini.

Kami bermalam di Riyadh sebelum bertolak ke Taif utk Miqat di Qarnul Manazil. Kali ni, kami konvoi menaiki kenderaan bersama Keluarga Helmi dan Juzie.. Rasanya trip kali ni, memang Umar dan Aesya seronok sangat, sebab dapat pergi Kaabah dengan Hakim dan Baby Husna sekali..Tapi rasanya, kami jugakla yg pening nak melayan akan keterujaan kanak2 ni nak berkawan n bermain macam diorang ade kat Jubail.. Haha…

Umrah Hamili adalah diluar jangka.. Dee sembang dengan Juzie…Kalau kita kat Malaysia, mesti kita tak berpeluang nak gi Umrah masa mengandung kan.. Sesuatu yang agak mustahil utk dilakukan.. Tapi, itulah rezeki kami, dapat buat Umrah masa mengandung.. Bertuahnya anak dalam perut ni, dalam perut ibu lagi, ibu dah bawak kamu keliling kaabah, dalam perut ibu lagi, ibu dah bawak kamu lengkapkan rukun Umrah..

Malam tu, abang toyyib temankan dee n juzie selesaikan Umrah.. Mula2, dia bawak mak ayah selesaikan Umrah dulu.. balik rehat kejap terus bawak Dee n juzie yg join sekali utk selesaikan umrah Mak Yong. Semoga Allah memberkatimu bang…Pusingan pertama tawaf di dataran kaabah agak mencabar.. Rasanya dee n juzie dah terlambung n terbuai dek gelombang manusia yang luar biasa juga ramainya pada malam tu.. Kami mulakan umrah sekitar jam 1.30 pagi. Mungkin sebab keesokan harinya, Saudi cuti..ditambah pula dengan kehadiran jemaah2 umrah yang baru tiba pada malam tu menyebabkan kami rasa kami ni tengah buat tawaf Haji. Macam tu juga semasa Saie.. MashaAllah..luar biasa ramainya..

Selepas termasuk dalam lingkaran padat pada pusingan pertama, suami dee cepat2 tarik Dee keluar.. Pusingan kedua dan seterusnya kami tawaf di luar kawasan Maqam Ibrahim. Inilah kali pertama dee tawaf di dataran kaabah yg telah luas apabila mataf tidak lagi digunakan. Kerja2 pembukaan binaan mataf hanya tinggal sedkit sahaja lagi.. Keadaan dataran kaabah dah hampir sama seperti masa mula2 dee mengerjakan Umrah pada tahun 2010. Cuma kali ini lebih lapang dan luas seluasnya. Alhamdulillah, selesai juga Umrah kami malam itu, pada waktu menjelang hampir Subuh..

Shukur juga kami panjatkan, kerana merasai pengalaman bertawaf di mataf bertingkat yang telah menjadi sejarah dalam projek perluasana Masjidil Haram.

IMG_0410
Apabila mataf dibuka, kawasan dataran menjadi lapang selapangnya.. Ramai yang mengambil peluang untuk lepak ibadah di kawasan dataran ini. Gambar selepas waktu asar. Mereka sedang menunggu untuk waktu maghrib dan berbuka puasa. 
IMG_0409
Hanya sedikit sahaja lagi binaan mataf bertingkat yang tinggal pada waktu ini.
IMG_0405
Pandangan jauh baki mataf yang tinggal sebelum dibuka

Esoknya, lepas Zohor di bawak anak dara Dee,  Zara Aesya Hamra masuk ke Masjidil Haram.. Kali ni Dee banyak duk bilik jaga budak2.. Bagi peluang kat atok n embah memanfaatkan waktu mereka di masjid..Malam tu, aesya dah buat muka sedih.. Adik nak pergi kaabah.. Adik nak pusing kaabah.. Sian Dee dengan die bila dia cakap macam tu. Lepas Zohor tu, dee cuba tunaikan hasrat hatinya. Bila dah masuk dataran tu, dee terus niat utk tawaf sunat.. Mula2 Dee plan nak buat satu atau 2 round shj.. Nanti malam sambung lagi dengan abahnya dan Umar.. Rupanya anak daraku excited dapat pusing kaabah.. Dalam keadaan yg agak panas, dataran kaabah seperti kebiasaannya akan kurang sedikit bilangan manusia.. Sambil dee bercerita melayan dia, sambil ajar dia berdoa dan berzikir, banyak juga tangan2 yg mengusap kepala Aesya.. Ibu cakap, uncle, unty n atok tu semua doakan adik kuat n jadi anak yg solehah… Ada juga yang basahkan kepala Aesya sedikit  dengan air utk mengelakkan kepanasan… Akhirnya habis 5 pusingan.. 2 pusingan lagi kami habiskan lepas solat Asar..

MashaAllah, kuatnya anak ibu.. Bersemangat betul die bertawaf kali ni.. Tak mengadu penat dan panas.. Adik kuat katanya.. 6 Pack !!! Well Done Zara Aesya Hamra.. Nak jadi kakak kan.. mestila cepat2 matang…

IMG_0401
Posing selepas habis tawaf 7 pusingan. 
IMG_0404
Kami berada di lingkaran tawaf yg paling jauh dari kaabah.. Orang banyak duduk santai di situ.. Dapatla kami selfie anak beranak… Nanti kita datang lagi dengan Baby dalam perut ibu pulak.. InshaAllah…

Seterusnya adalah misi mencari Ayam Goreng Al Baik kerana mak yong Dee mengidam lama dah nak makan ayam goreng tu.. Kat JUbail ni xde tau.. Die belah2 Madinah n Mekah tu adela.. Utk orang Malaysia yg nak rasa ayam goreng Al Baik ini, inshaAllah Al Baik akan membuka operasinya di Malaysia.. Lagi sedap dari KFC katanya..

Sementara tu, sapa yang datang sini boleh cari Ayam Goreng fames saudi ni Hayatt Regency Hotell punya komersial building.. Ade di tingkat 3 bahagian Food Court.. Jom layan gambar..

IMG_0420
Kami pergi lepas maghrib masa ni.. Logo nya gambar Cik Ayam pakai topi.. Dari jauh dee nampak orang dah BERSUSUN…
IMG_0419
Tak sabar tunggu kat kaunter..
IMG_0418
Tu dia…Women section, kaunter banyak bukak.. semua full orang beratur.. Tapi servisnya mantoppp.. Pantas sekali…Misi tercapai, mak yong dapatla merasa Al Baik…

Esoknya, kami balik.. Kali ni xde berhenti bermalam. Direct. Masa ni la paling mencabar kut.. Perut ni keras sokmo.. Agaknya sebab dah x tahan sangat, badan dah terlampu penat, Dee pun muntah muntah selepas Riyadh.. Time mabuk pun dee x muntah macam tu.. Gitula penangannya travel 16 jam dr mekah nak balik ke Jubail.. Ke lebih 16 jam.. Hahaha… Pengalaman yg x akan kulupakan…

IMG_0431
Alhamdulillah.. Selesai Umrah atok embah bersama anak menantu dan cucu-cucu.