Persiapan menyambut ramadhan di Jubail

 

IbuAssalamualaikum warahmatullah. Hari ni adalah hari ketiga berpuasa di sini. Alhamdulillah, kami masih diberikan nikmat kesihatan utk meneruskan ibadah puasa ini. Semoga ia beterusan sehingga akhir ramadhan dan semua amal ibadah kita diterima dan dilipatgandakan pahalanya di sisiNya.

Ramadhan Kareem. Allahuakram. MashaAllah. Teringin dee nak kongsikan pengalaman menyambut ramadhan di sini. Tahun lepas, dee tak sambut puasa di Jubail sebab balik awal lepas anak2 cuti sekolah. Kali ni, anak2 masih bersekolah sehingga pertengahan bulan ramadhan. Walaupun King salman mengarahkan sekolah2 ditutup awal bg menyambut ramadhan, tidakla utk sekolah anak2 dee (ISG).. Diorang bersekolah spt biasa.. huhu..

Huhu sangatla.. tingtong jugak ni..  sekolah lain semua habis before ramadhan, diorang je the only school kat jubail ni yg sesi persekolahannya tak dipendekkan. Cikgu xnk rombak silibus maybe.. or banyak sangat cikgu mat salleh kt situ.. So, diorang x menjiwai spirit menyambut ramadhan di sini. Gitu la kut..

Sebenarnya, tempoh puasa di sini lebh panjang iaitu 15 jam dr yg biasa 12 jam di Malaysia. Malamnya lebih pendek.. Tak sampai 9 jam dr waktu maghrib hingga ke subuh. Maghrib di sini jam 6.30 pm. Subuh pula sekitar jam 3.15am. Memang bekejar kejar jugakla nk tarawikh sebelah malam. Org lelaki tadarusnya lepas tarawikh.. dekat 11.30 mlm br blk rumah.      Tong tang tong tang, pukul 12 juga br nk masuk tido.. 2.30 dh nak bangun semula utk sahur.. dekat pukul 4 br nk tido semula or rehat sekejap.. Then, pukul 5.30am bdk2 dh kene bangun utk ke sekolah.. 😭 sebab tu la king salman suruh cuti sekolah sepanjang ramadhan.. sebab kebanyakan arab sini, malamnya tak tido sampai subuh, lepas subuh br diorng tido sampai sebelum zohor.. Tu kalau sekolah cuti, bolehla tido lepas siap semua aktvt lepas subuh, kalau sekolah x cuti, jadila mcm dee.. Lagipun cuaca panas sangat.. skrg dh nak masuk 50degree C.. Kesian anak2 kat luar rumah lama2.. risau dehydrate je.. Nak2 lagi yg baru mencuba utk puasa.. Semoga allah lindungi anak2 kita..

Biasanya, selepas anak2 pergi sekolah dlm pukul 6.30am, dee siap2 kemas rumah n buat apa yg patut pula.. dee punya tadarus start pukul 9am, lepas habis tadarus sekitar 12.30 br sampai rumah.. sekejap kang anak dh nk blk sekolah pulak.. rehat kejap, pastu dh nk siap utk masak berbuka pula kan.. Mencabar jugak rasanya rutin puasa kali ni. Semoga allah lapangkan hati ni dr merungut dan dpt menahan sabar dengan keletah anak2 juga.. 💪🏻💪🏻💪🏻

Tutupla citer tu, dee nk citer persiapan memyambut ramadhan kat sini. Ramadhan amat istimewa disisi orang2 Arab kt sini. Meriahnya terasa sangat. Biasanya segala big2 Sale ni dibuat sebelum ramadhan. Shoping baju raya harusnya masa sale sebelum ramadhan ni la.. sale gile2 kat sini.. x jumpe kat msia sale turun harga kat sini.. (tanduk naik) Dee rase mcm semua kedai nak masuk.. disebabkan dee dh byk beli utk anak2 masa g UK spring holiday yg lalu, pakat beli utk anak2 buah pulak.. buah tangan arab sodi.. haha..

Yes… Boleh dikatakan, semua org akan ambil kesempatan utk shoping baju2 raya masa ni. Store biasanya buat clearance sale baju2 spring collection before masuk ke summer. MashaAllah.. bajunya amatla murah.. branded2 semua pn murah2.. haish.. geram okeh geram.. dee asal masuk je kedai mesti rembat baju arissa.. ater, kalau dh sr5 sehelai ko x merembat?  hahaha. Abang haji aii suh tunggu dlm kete.. aii masuk xsampai sejam pn bawak sebeg plastik baju..hehehe..

Tapi kan,  dee bukan ape tau.. anak2 g sekolah xde uniform, kenela banyak pakai baju basahan.. (Read alasan nk shoping) So, memang kene byk la stok baju bdk2 ni.. espclly seluar umar yg asyik koyak kt lutut je.. tensi mak kalau balik sekolah tengok seluar dh koyak lutut..

Itu cerita sale baju2.. now nak citer sale hypermarket yg jual barang makanan n barang dapur. Sale kat LULU and Panda pn x kurang hebatnya. Dee memang jenis beli brg sebelum time gaji.. sebab dee x le tahan dengan ramai2 org kat supermarket.. dengan anak2ku lg yg buat LULU tu mcm padang mainan diorang, bila masa nk belek brg dengan nak cr diorang hilang.. haaa.. memang alamatnya kene beli awal. Ramadhan sale pn sahla awal.. kate persiapan memyambut ramadhan kan.. ko beli la semua yg ko nak beli, dari beras, bawak ke minyak, bawak ke manisan, bawak ke barang nak buat kek bagai.. semua ade.. Best.. 🙈

IMG_0422
Semua main guni.. hehehe..
IMG_0423
Ni masa kat panda.. kat lu penuh orang, xdan dee nk amik gambar.. nmpk orang je.. masuk capai ape nak terus ku keluar..

Terus bertukar susun atur barang2 kt hypermarket.. Tulisan ramadhan kareem banyak bergantungan  di segenap penjuru bg menhiasi deko menyambut ramadhan yg dinantikan… Series.. meriah sangat..

IMG_0424

Sampaila dh nak raya nanti sale kat lulu n panda.. everyweek diorng update catalog.. time ni la nk beli kurma, sweets, nuts n anything yg boleh. Awak blk sbg buah tangan utk sedara mara..  Citer raye ni memang xde dlm kamus org2 sini.. its all about ramadhan.. yes.. only ramadhan.. mashaAllah.. meriah kan.

Masjid2 pn penuh dengan tarawikh. Pilih je masjid mana yg nak pergi.. Nak panjang, nak pendek tarawikhnya.. semua ada.. dekat2 je masjidnya.. Orang memang ramaila..

Gambar diatas adlh pada 17 Ramadhan yg lalu.  Macam biasa ada program tadarus. Ibu n yang2 join tadarus tahun ni. Pada hari tu, diadakan majlis Khatam Quran. Terima kasih pada kakak2 yg mengusahakan utk mengadakan program tadarus ini. Alhamdulillah, waktu Ramadhan kami terisi sedikit sebanyak dengan bacaan Alquran. Semoga Allah menerima amal ibadah kita semua di bulan yg mulia ini.

 

Update 18Ramadhan

Akhirnya, dee pun terjebak juga dengan sindrom burung hantu. Tahun lepas tak merasa kann… sebab dee puasa kat Malaysia.. time tu dee mengandungkan arissa.. sb tu kene balik malaysia awal masa kandungan 7 bulan. This year, abahnya menggunakan kuasa veto tak bagi ibu balik awal.. Alhamdulillah.. dapatla ibu ni menjaga makan minum abahnya.. masak berbuka utk suami dan anak anak makan.. Dan dee rase dee dh improve banyak sangat berbanding tahun pertama puasa di perantauan.. Of course la dr segi penyediaan menu berbuka.. Mak dh pantas uolls.. hikhik…  Puas rasa hati tengok suami n anak2 makan hasil air tangan sendiri.. Shukur..

Pejamcelik2, Jumaat ni kami dah nak pulang ke tanah air terchenta.. Dendang perantau la sangat.. Bag2 dh siap kemas n timbang malam tadi.. Kali ni kami try naik Oman air. Baru 5 bag.. Hehe.. org lain lg banyak bersusun bagnya.. By the way, dee Ade cerite pasal flight nk balik raya kali ni..

Baru baru ni Saudi putuskan hubungan  diplomatik dengan qatar. Bila jd mcm tu, semua hubungan menerusi darat n udara telah ditutup. Jadi kecohnya bila kebanyakan dr org2 jubail beli flight ticket dr Qatar airlines.. which means, flight routenya Dammam – Doha- Kuala Lumpur.. Mereka perlu transit di Doha, Qatar sedangkan laluan udara telahpun ditutup…

Memang ujian ramadhan bg mereka semua. Bila jd mcm ni, terpaksa la cari tiket lain utk blk msia.. Alhamdulillah, dee dengar semua dpt full refund, dan dpt beli semula tiket blk raya dr airlines yg lain. Cuma kene modal la utk beli tiket balik.. Kalau satu famiky dh 6-7org, x mau dekat SR 10-12 ribu? Refund nye belum dpt lagi.. Ginila kehidupan kami kat sini, Jika jdi emergency mcm ni, semua kene bersedia terutamanya dr segi wang ringgit. Itulah adat merantau..

Kebetulan Oman air buat offer.. ade yg dpt sr1600 return, which is murah tau.. ade jgk yg terlepas harga tiket murah ni n kene la bayar double.. Ade jugak yg tak kesah berapa pun harga tiketnya asalkn dpt balik raye.. Nangis tau raye sini.. itu dee la.. tak sanggup dah mak nak rayo kt sini.. hahahaha…

Macam2 hikmah dan iktibar yg boleh diambil pengajaran dr peristiwa ini. Bagaimanapun, hubungan saudi qatar tidakla sampai menceruskan ketegangan sehingga boleh mengakibatkan peperangan. Nauzubillahiminzalik. Walau bagaimanapun, kami sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan sentiasa perlu bersedia atas sebarang kemungkinan yg terjadi. Panjang lebar kalau mau diulas punca berlakunya ketegangan diplomatik antara kedua negara ni. Semoga sahabat2 Malaysia di Qatar tenang juga menerima ujian ini. Kami semua mendoakan dipermudahkan segala urusan mereka di sana dan juga ketegangan ini segera pulih seperti sediakala.

Oklah.. kalau sambung lagi, mesti xdan post entry ni.. lepas raye baru nak post agaknya.. Sekian dulu, cerita dee utk kali ini.. semoga ada yg beroleh manfaat darinya.

Salam 19 Ramadhan ❤️

Dee, Jubail, KSA.

 

Mommies, these are the tips for you to survive after u quit ur job. #lifeinjubail #lifeinksa

Assalamualaikum readers. Dah hampir sebulan dee memikirkan utk blog on this topic. Rasanya byk soalan yg dee dapat bertanyakan tentang life kat sini. And lately dee baru realized, inilah antara benda penting yg dee x banyak explain pada semua yg bertanya. Macam mana nak survive bila dah datang sini? Nak survive utk hidup interm of keperluan asas tu banyak dah orang share. Tapi, dr segi keperluan mental dan emosi tu, mungkin x banyak yg share dalam mana2 blog kisah kehidupan di Jubail ni.

Ya, dee percaya massing2 battle dengan perasaan sendiri especially masa mula2 dtg sini. Ade yg cepat, ada juga yg amik masa utk get used dengan life suri rumah sepenuh masa. Nak2 lagi yg sebelum ni kerja. Rata2 ibu2 kat Jubail ni kebanyakan bekerja dalam sektor swasta mahupun kerajaan. Bukan calang2 orang juga semuanya. Ada juga yg berjawatan kecil.. tapi dee percaya, besar atau kecil jawatannya tidak menjadi ukursan… mereka tetap menjadi nadi kepada kelangsungan perkhidmatan yg diberikan malah turut sama jatuh dan bangun dalam syarikat tempat mereka bekerja.

 

Keputusan untuk berhenti kerja bukanlah satu keputusan yg mudah. Dee sendiri dulu walaupun buat keputusan utk mohon Cuti Tanpa Gaji sahaja pn dah cukup  menggegarkan. Hahaha. Series tau. Keputusan tu sangat besar dalam hidup kita. Nak2 lagi yg dah belajar sampai ke peringkat sarjana ataupun dah pun menjawat jawatan dan pangkat yg tinggi dalam organisasi masing2. Tu belum tambah lagi dengan cerita kita nilah anak harapan mak ayah. Mak ayah berat hati, sedih, malah ade juga yg sampai merajuk dengan anak sebab nak berhenti kerja nak ikut suami.

Mommies, apa yg nak dee tekankan disini.. kita ni para isteri…. title kita dah jadi isteri.. inilah title yg paling mulia. Bukan Dato, bukan Tan seri bukan juga Cik Puan Besar…kedudukan isteri yg terbaik adalah disisi suaminya. Setelah kita bergelar isteri, redha allah pada kita adalah pada redha suami.. Pegangla ini. Jangan difikirkan terlalu banyak masalah yg akan timbul bila berhenti kerja.

Percayalah, jika kita nakkan redha allah, allah akan bantu kita. Tapi, xla semudah itu nak bahagia bersama suami dan anak2 kan. Mestilah ade dugaan dan ujiannya. Setiap apa pun masalah yg timbul, lakukanlah seperti menarik rambut di dalam tepung. Penuh berhati hati…terutamanya melibatkan perasaan ibu dan bapa.. keputusan yg kita nak buat ni besar.. banyak pihak yg terlibat. Maka, laksanakanla dengan bijak dan caranya adalah dengan bermusyawarah.. InshaAllah, pasti ada jalan terbaik bagi kita mengatasi setiap cabaran yg mendatang..

Panjang mukadimahnya ni. Bukan apa, cuma dee nak reader tau, kebanyakan kami kat sini dah lalui semua ni. Dee taknakla blog ni ,jadi blog citer life kat jubail yg best2 je. Mestilah ade realitinya yg pahit dan mesti dikongsikan utk persediaan korang semua kan. Dee pn dulu baca jugak blog senior2 kat sini. Malu nak cakap kat diorang saya baca blog akak sebelum sampai sini dulu. Hehehe.. Anyway, kalau nak contact Dee boleh sape dee kat FB Bondaumaraesyahamra. Ig dee ialah @diyana_remey. Skrg ni dee lagi banyak share #lifeatjubail di instagram. Ni br nak mula menulis balik di blog.

IMG_4032
Dua orang ni yg selalu melihat drama air mata ibu masa mula2 sampai kat sini. Ibu, kenapa ibu nangis.. Haaa.. lagi ibu nangis adala..

So, sebelum bermula, dee just nak masukkan mood before sharing the tips. Hahah…Dulu korang semua kerja kan.. kerja best2 plak tu. Dee pn same.. dee sangat enjoy life dee bekerja sebagai PTD. Dee puas bekerja bila dapat capai ape yg organisasi tetapkan utk dee. Sambil tu, dee selesa dengan my circle of friends. Boleh makan sama, lepak sama.. gossip n shopping pn sama.. Happening sangat dee rasa. So, dee dah biasa dengan jadual kerja yg ketat pagi sampai petang. Kadang2 ade lagi event sabtu ahad utk dee penuhi. Kalau dulu masa dee kerja kat kemeterian, lagi banyak outstation. Merata tempat pergi boleh jalan2 free..tp, sambil buat kerja la kann..

Korang punya life pun mcm tu kan.. sikit lebih kurangla.. Tapi, bila dah sampai sini..mesti rasa lonely.. kawan2 xde..dari pagi sampai malam duk rumah je. nak keluar kene tunggu husband balik. “`kat sini kita x boleh drive. Nak makan ape semua kene buat sendiri. Tak bolehla nak start engine kereta n pergi PAVI makan Tony Romas..Sebulan sekali baru ade Breakfast bazar. Masa nila boleh merasa makanan Malaysia yg sedap2. Dulu masa dee mula2 sampai xdapat nk breakfast bazaar sebulan sekali tau. Dengan dee x pandai masak. Masak kejap masin kejap tawar. Kadang jadi, kadang x jadi pulak tu.. Ape lagi ye.. haaa.. time nak buat kerja kat dapur, time tu la jugak anak tarik kain nak itu ini, yg dah besar belum g sekolah siap boleh bergaduh dengan adik die.. yg kecik menangis nak layan.. Hahaha.. ko rase stress tak? Nipu sape ckp tak stress.. Dee stress sangat masa mula2 tu.. makan nasik sambil nangis tau.. makan nasi putih dengan lauk yg x bape nak jadi.. Serik sangat rasa.. Hambik kau.. hahaha..

Chil2..korang jg  takut plak baca ni.. Biasalah, selepas ujian tu, pasti Allah bagi kenikmatnnya kan.. BIla dah lepas fasa azab tu, heaven okeh.. heaven.. Amacam, berani ke nak try. So, here are the basic tips for you mommies :

  • Utk persediaan awal, please set kat minda Dont Expect Too Much. Maksudnya apa? Dari segi rumah kita nanti, kereta, makan pakai kita kat sini. Banyakla dee jumpa org loaded2 kat sini rumah die biasa2 je..Gaji dekat 40K sebulan tapi duk rumah compund je. Takde pun perabot jati, modern design bagai.. Sangat besederhana..Tapi, die suka membantu org dan banyak bersedekah. Orang merantau ni kehidupan die ala kadar je.Yg penting keprluan asas kita mencukupi.
IMG_4343
Disebalik niqab itu, dalam hati sapalah yg tau..

 

  • Bila dah sampai sini, Dont Pressure Yourself Too Much. Maksudnya apa tu? Maksudnya jangan bagi tekanan pada diri sendiri utk buat itu dan ini sekaligus. Common..mana boleh nak dapat semuanya mcm rumah kat Malaysia kan. Mana nak dapat semua perfect. Percaya cakap dee, kalau u pressure, ur husband pun akan pressure tau. Sebab pd fikiran die, die nak bg yg terbaik buat anak dan isteri dia. Ni bila tengok u stress, die lagi rasa bersalah n finally stress sekali. Tu yg boleh bikin gaduh tu. Nauzubillah.. Keputusan utk berhenti kerja ni bukan keputusan kita sorang. Ini keputusan bersama. So, husband and wife kene saling bekerjasama dan saling menyokong antara satu sama lain. Teringat masa awal sampai dulu. Dee kan xde kawan. Suami kita tu jadi BFF kita tau.. So, dee akan paksa die cakap dengan dee at least 1000 patah perkataan sehari.. Kalau ko tido, aku kejut. Dari aku meroyan baik aku paksa ko cakap dengan aku. Haa.. gitewww..

 

image
Hari Raya aidil Fitri yg pertama di perantauan. Dialah suami yg menyokongku selama ini. Tengok gambar ni rasa nk mengalir air mata. Besar betul dugaan kami sebelum sampai ke sini. Allah sahaja yg mengetahui..

 

  • Dont Aim Too High. Apa yg dee maksudkan ialah.. apapun yg mula2 kita nak buat, jangan aim high sangat.. Contohnya nak masak. Jangan aim yg benda yg kita buat tu akan jadi exactly dalam resepi. Kalau rupe dah cantik tu pn dah ok sangat..Rasa tu belakang citer.  Pastu korang post kat ig. At least, bila kawan2 like or puji, ia akan boost ur motivation utk terus lg mencuba. Share2 story/life kat FB and ig ni bergantung pd niat masing2. Malas dee nak kupas yg buruk..baik kita fikir yg baik2 utk diri kita dan bersangka baik juga dengan post org lain. Selagi boleh cheerup ur life yg sunyi dalam rumah tu, ape salahnya kan. Dari korang stress, lepas kat anak n laki lagi x baik. Sambung lagi cth masak. Haha..Ok,  Masak ni perlukan skill. Bukan sekali buat boleh terus jadi. Kene buat beberapa kali jugak nak jadi. Tu pun mngkn x perfect lagi. And pada dee, masak ni lifelong learning tau. Sentiasa ada dan ada je benda baru yg boleh try utk pelbagaikan rasa dan rupa masakan tu.. So, at first, dont aim too high on what u are going to do. Selain masak, u can try sewing, baking, blogging and masuk kelas2 pengajian yg banyak kat sini. Nak tau kelas apa yg ade mesej dee tanya ya. Paling basic kelas mengaji seminggu sekali. Boleh jugak berdunia kan. Jumpa org baru, kenal2 dgn mereka.. Lelama lepas tu dapatla jumpa yg satu kepala dengan kita. Maka, adala grupwhatsapp geng korang sendiri nanti. Baru best!

 

image
Cubaan masak rendang pertama utk raya di perantauan. Fail. Masin. What do you expect? Ko Raya jugak kan? Tak mati pun makan rendang masin, kalau bahasa kasarnya lah.. You got me or not?
IMG_4661
Kuih Koci pertama dalam hidupku. 6 ketul je buat. Ko ado? Hahaha..
  • Set A Goals. Ya, tetapkan matlamat. Sape cakap dah xkeje xde goals. sape fikir mcm tu? Heppppp…jangan sesekali uols fikir gitu tau.  Dee tetapkan ape yg dee nak buat masa mula2 datang sini. dan dee isi masa dee dengan buat aktvt berdasarkan goals yg dee buat utk diri sendiri. Cthnya sewing. Trust me, ur friends out there kan, jeles dengan kita yg duk rumah ni..kita boleh buat semua benda yg kita xdapat buat masa keje dulu.. Amikla kelas belajar menjahit. Ade je org kat sini yg tukang jahit fames masa kat msia dulu. Ade je org kat sini pakar buat roti yg nak share ilmu die dengan korang. Buatkan jadual harian korang sendiri. Masa awal2 dee dtg, jadul dee penuh tau. Sb dee ni dh biasa bz dulu. Bila duk rumah xde keje, rase lemau sangat. Sampai husband dee cakap, dee lagi bz dr die la masa thn pertama kat Jubail tu. Hahahah..

 

IMG_6093
Hasil pertama jahitan sendiri. Baju kurung utk aesya. And ade banyak lagi coming lepas tu..

 

  • Tips seterusnya galah Have Fun. Lepas dah setkan matlamat, lakukan ia dan Enjoy it. Please enjoy urself. Seronok tau buat benda2 yg kita x dapat nak buat dulu2… Have Fun life kat sini dengan TIDAK MEMBANDINGKAN life u masa kat malaysia dulu. Thats It. Selagi u keep on bandingkan, walaupun dalam hati u, bile masa u nak enjoy. Bila masa nak rase seronok buat itu ini kan… Just keep moving mommies.
IMG_7386
Tengok roti tu.. kali ketiga buat baru nak jadi licin dough tu tau. U kene follow step by step. Its your journey kan. Color it. Dan tugas suami hendaklah menyokong isteri dengan membelikan mixer idaman hati :p Rugi masa tu dee tak mengidam KitchenAid. Coii.

 

  • Next is Reward Yourself. Waajibbb bak kate Umar. Masa awal2 dee datang sini dulu, reward terbaik utk diri sendiri adalah bila kami sekeluarga mengerjakan umrah dan menziarahi nabi di Madinah. Doa adalah kekuatan kita org Islam. Bila kita berdoa bersungguh sungguh, kita akn dapat rasakan Allah mendengar dan dapat rasakan kebergantungan kita pada Allah. Pergilah buat Umrah, tataplah kaabah puas2. Inilah nikmat paling beharga yg xdapat dibeli dengan wang ringgit. Inilah kelebihan utama kita duduk di bumi saudi. Dekat dengan Rumah Allah, dekat dengan nabi kita Muhammad S.A.W.

 

image
Kenangan terindah. Raya pertama kami di perantauan. Paling manis ianya di Makkah. MashaAllah, Tabarakallah.

Rasanya cukuplah dulu 6 tips asas dari dee utk tatapan pembaca sekalian. Mungkin tips ni juga sedikit sebanyak boleh apply utk mommies2 kat luar sana yg berhenti kerja dan     bertukar kerier menjadi suri rumah sepenuh masa yg tidak menetap di bumi saudi ini.  Mohon maaf jika ada terkasar kata2. Segala yg baik adalah semata mata dari Allah dan yg buruk itu datang dari diri yg lemah ini.

Semoga Bermanfaat !!!

 

Loves,

DEE

 

 

Checked In Jubail 2016

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..

Panjang ok…ucapan salam utk semua sahabat pembaca blog Bonda Umar Aesya Hamra. Doa tu..Jangan lupa jawab ye..Kalau nak diikutkan, nama FB dan blog nak kene tambah nama arissa plak.. Dee kan dah jadi mak anak 3.. dah tambah lagi sorang buah labu dee.. Tapi disebabkan nama arissa dibelakangnya ada Humaira, sama maksudnya dengan Hamra.. So, dee maintain je lah nickname ni.. Ok ke tak Ok.. kita tunggu dan lihat je nanti..

So, dah checked in Jubail.. Dah balik ke negara padang pasir berdengung setelah menyempurnakan misi melahirkan Zara Arissa Humaira di Malaysia.. Alhamdulillah, Arissa lahir mudah sangat.. Senang je menjaganya awal2 pantang tu.. Tapi, lepas je abahnya balik saudi, die START dera ibu.. Menangis dari petang bawak ke pukul 2/3 pagi.. Dekat 2 minggu jugakla mengadap arissa menangis malam.. Sampai abahnya balik Msia dulu sebelum buat haji.. Arissa…arissa.. lepas dia dah ok, die tido lambat memalam..pukul 1,2 pagi baru dia tido.. Ibu x kesah nak.. janji awak tak nangis.. Kalau awak nangis, jem kepala ibu, serba x kena jadinya.. Tak tau ibu nak buat ape.. Kesimpulannya, merasala ko diyana..anak menangis malam.. Kemana nak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi.. khennnn… lalalala..

img_0141
Baby Made In Saudi. Lahir 19 Julai 2016 jam 11.52 am dengan berat 3.05kg di DEMC Hospital .                              MISI SELESAI
img_2553
Di pagi raya Aidil Adha 2016. Alhamdulillah, raya haji tahun ni, abah arissa dah berjaya menyempurnakan hajinya. Kami beraya anak beranak la di Malaysia. Abah di Mekah. Shukur ke hadrat Allah. 2016 memahat 2 kenangan manis, pertamanya kelahiran Arissa dan keduanya bila abah naik haji 🙂
img_2585
Ibu masukkan satu gambar haji abah untuk kenangan. First day raya aidil adha jugak ni..Tengok tu..dah botak..

Sekarang ni dah mula nak masuk musim sejuk.. Sesekali angin sejuk dah bertiup.. 6.30 pagi dee akan kuar rumah tunggu bas dengan anak2 pun dah terasa sejuknya.. Rasanya tahun ni musim sejuk mula lebih awal.. Last year agak lewat.. Bulan 12 last year betul2 extreme sejuknya..Kami dapat escaped, sebab balik kenduri Timah.. Tapi kali ni, tiadalah lagi escapism. Persediannya adalah dengan membeli 2 unit tambahan heater. 2 bijik yg gune last year pun rasa x cukup.. Kene tambah 2 lagi..

img_2779

Kami balik ni, dah masuk fasa akhir musim panas. Kira bertuahla dah terlepas panas lit2 nak dekat 50 degree C. Dengar abahnya je lah bercerita bila balik keje petang2.. Panas bu, panas buu… Pipi pun berbahang, tu belum campur humidity tinggi lagi.. Belengas badan..Gambar ni, pemandangan depan compund rumah kami.. Rumah kami depan taman mainan.. Sekarang ni petang2 mak2 arab termasuklah kami bentang tikar.. Kami minum petang.. Sambil anak2 main kat padang..Bahagianya CTG yek..haha..usahla jeles..Sebab, rasa nak pitam jadi suri sepenuh masa pun ade..

Checked in Jubail kali ni rasanya macam dee mulakan balik life di Arab saudi. Totally berubah dari segi pengurusan keluarga dan masa. Dee rasa mencabar jugakla. Sebab, balik dah bawak baby kecik domok tu sorang. So, dah bertambah kerje dan ditambah lagi dengan Umar dan Aesya yang dah bertukar ke sekolah baru.. Memang dee rase sangat tunggang terbalik.. Sampai demam, stress and at last mcm biasalah…stress theraphy saya.. Nangis..haha..

Dah nak sebulan ni barulah dee rase jadi normal balik.. Dah boleh adjust masa dan rasa dah boleh tidor malam dengan lena, tanpa perlu nak fikirkan ape nak masak untuk bekal anak2 esok paginya..Sengal kan.. aku stress sebab xtau nak masak ape.. 2 box tau..satu snack box, satu lagi lunch box. Mana taknya, diorang balik sekolah dekat pukul 3 petang.. Dalam seminggu ni, dee suap nasi bagi makan breakfast since teacher aesya cakap die xnak makan sangat time rehat.. Boleh die buat pandang je bekal makanan die tu.. Ingatkan kat rumah je buat perangai, sampai ke sekolah die sambung menyambung.. Bertuah betul anak dara tu.. Hopefully, lepas dah tukar ke breakfast berat pepagi ni, akan boost die punya energy..

img_2718
Arissa dengan ibu masa transit di Dubai.. Well behave dalam flight kecuali berkali kali kamu beyakk.. Masa ni ibu senyumla sebab tak sabar nak balik saudi kannn… Lepas tu ibu nangis, sebab stress xtau nak masak ape… Dah lama gantung kuali kat Malaysia la katekan.. Skill memasak pun nak kene asah balik..

Dalam pada duk stress2 xtau nak masak ape..di suatu petang kami mendapat kiriman sate dari Puan Sharifah Awang. Dee panggil Che Pah.. Sedap plak sate Che Pah buat.. sekali, selambe abahnya request.. Ibu, buat sate bu.. Berebut makan dengan anak.. Umar pun hantu sate jugak.. Abahnya kalau balik Msia mesti nak makan sate..Kalau kat Sijangkang tu, femesnya Sate Barakah.. memang sedap pun.. Tapi, boleh ke dee buat sate ni..?

Haaa… nak x nak, mesej la che pah tanya resepi.. Ala dee, resepi aku campak2 je katenye.. Die bagi resepi kat Dee pn mcm simple gile.. Nekad ni, di kala stress melanda, mencabar diri sendiri pulak utk buat sate.. Pergi Lulu, sambar terus isi ayam 2 kilo dan rempah2 perapan.. Malam tu jugak aku hadap..

img_2966
Kak Milah jugak yg pandai teka dee nak buat ape bile up gambar ni kat IG. Terus request nak 50 cucuk siap bakar..Hahaha..
img_2970
Tu diaaa.. dekat sejam dee menyucuk sate 2 kilo pagi tu.. Arissa masuk buai tido je, terus mulakan misi.. Cucuk jelah, janji die lekat kannn.. Lepas siap cucuk, terus mesej che pah.. pahhhh.. aku mcm nak nangis nengok sate ni siap cucuk.. sebab aku mcm x percaya aku sanggup buat sate..Jadik pulak tu sebagaimana rupa sate.. Rase aku tolak tepi dulu.. sekurangnya, rupa dah ada kannn.. Alhamdulillah, setelah dibakar dalam oven, abahnya cakap sedap buuu.. ke abahnya nk jaga hati ibu tak tau la kann, tp opkos la rase sate che pah lagi sedap.. saya budak baru belajar.. Thanks again pah, batch kedua sate dah berjaya dilangsaikan dan ade 2 kilo lagi isi ayam dalam freezer. Tengok event ape yg sesuai akan datang, kita menyate lagi.. 🙂

 

Sesi persekolahan umar dan aesya semester baru ni di International School Group, Jubail.. Diorang ni daftar lambat.. kami tunggu abahnya selesai buat haji dulu baru balik jubail.. Kawan2 dah mula sekolah dekat 2 minggu.. lepas cuti raya haji baru budak2 ni masuk skool.. Awal pagi dalam pukul 5.30 tu dah bangun.. 6,40am bas sampai untuk ke sekolah. Jarak perjalanan dari rumah ke sekolah kali ni agak jauh, dalam setengah jam perjalanan.. Sebab tu la kene bangun awal.. dan kene tido awal jugakla kan.. Dengan ibu2 kene masuk tido awal jam 9 malam.. Malam ni je terlepas.. Ni dah pukul 12 malam.. Esok ade kelas ngaji kat rumah Dee.. Itula..bila mood menulis dah datang..masa bukan sandarannya..

 

img_3026
Tunggu bas pepagi. Ni elok je kan kakak aesya tu.. Tapi, nak kejutkan die bangun punyala azab.. adik xnak pegi kolah..adik xnak kolah ibu..Memang Adoii…setiap pagi ye.. selagi die tak dapat kawan yg betul2 ngam dengan die, selagi tu la die akan menangis pagi..dah boleh cam dah perangai die kalau memula sekolah.. Hadap je lah..

 

img_2956
bebudak ni kalau amik gambar x sah kalau x julur lidah.. entah ape perangei.. sekolah baru ni xyah pakai baju seragam sekolah.. lega ibu x yah menggosok.. kalau x mau aii import philips dry iron dari msia.. Alangkan periuk noxxa pun ku bawak, mentelah la dry iron.. selamat duit abah.. kalau x, saje kene au dengan ibu..huhu
img_2768
Kakak aesya masa hari pertama sekolah.. sampai je sekolah die dah rasa lain.. sekolah baru..x sama mcm dulu..masuk plak lambat.. dan dan die cakap, Abah..aesya rasa nak nangis la.. maka bermulala orkestra pada pagi itu…
img_2769
Simple Apps Class Dojo, fungsinya mcm whatsapp utk komunikasi antara parents dan sekolah..cume advance skit since ade penilaian anak2 yg boleh kita lihat dalam aplikasi ni.. Macam fungsi instagram pun ade jugak..Best !
img_2989
Kat rumah pun xdapat macam ni.. ibu malas nak lecak.. sekali dah tumpah kat carpet..jenuh basuh.. Lega ibu tengok gambar ni.. Sekurangnya ibu tau, masa panjang kat sekolah berbaloi dengan pelbagai aktiviti yg anak2 ibu buat. Tido sekejap pun ada kat sekolah kamu.. Okla aesya, cepatla dapat kawan yg kamu ngam.. takdela ibu nak perang dgn kamu pepagi lagi…

img_2997

Umar masa program Family Reading Night kat library sekolah.. Dalam program ni, parents dijemput utk diberikan penerangan mengenai cara membaca brsama anak2.. Apa yg ditekankan adalah disiplin utk membaca setiap hari harus dipupuk untuk membolehkan anak2 cepat membaca.. Mulakan dengan 10 minit setiap hari sehingga sekurang kurangnya 20 minit sehari.. Lagi banyak masa yg diberikan lagi bagus.. Diorang ni xde homework.. Buku je banyak bawak balik kat rumah untuk bacaan..

img_3042
Cekodok ibu ni la buat teman ibu kat rumah..
img_2764
Cekodok boleh, buah labu pun boleh 🙂

Tahun ni jugak Kelab Rakyat Malaysia Jubail, KRMJ mengadakan Kelas Fardhu Ain. So Umar adalh batch pertama kelas fardhu ain di sini.. Inisiatif yg cukup baik bagi mengisi limitasi ilmu fardhu ain yg tidak diajar di sekolah. Kelas ni terbuka untuk anak2 yang berumur 6-8 tahun. Baru saja pelancarannya minggu lepas. Sambutan yg diperolehi pun cukup baik. Syabas dan tahniah diucapkan kepada AJK KRMJ kerana berjaya membawa inisiatif ini menjadi kenyataan.

img_3025
Happy anak ibu dalam kelas PAFA pertama. Diorang belajar jenis2 najis.. Balik je terus cerita dengan ibu, muntah tu dirty..die x pandai cakap najis la tuu.. huhu..umar umar…

Dalam duk sibuk2 kalut2 dengan life baru, dee sempat buat majlis makan2 kat rumah.. Lama kami kat malaysia..dekat 4 bulan.. Bila balik tu nak la jumpa kawan2 balik kan, sembang2..kami buatla makan2 sikit..Alhamdulillah, ramai yang datang.. Terima kasih diucapkan kepada yang datang. Terima kasih juga atas buah tangan dan hadiah utk Arissa. Semoga Allah saja yang membalasnya. Dee mohon maaf juga atas segala kekurangan.

img_2936
Gambar ni je ade dalam phone dee. sesi lepas jumaat ni la satu2nya gambar.. lepas isya dalam phone lg satu, x sempat nak transfer.. Gambar arissa dengan baby harraz anak kakak jiran.. Arissa lahir awal 2 minggu dr harraz kalau x salah dee.. Gepren ni ramah semacam dengan boipren.. :p
img_2940
Tu dia..sesi mengemas 1 day after event.. Sape lagi amik kontrak basuh pinggan, abang toyyib la.. Mekasih banggg…
img_3090
Si kecik ni dah pandai main sendiri sampai penat pastu tido..Baju dalam bakul panggil suruh lipat.. Mai lipat aku..mai lipat aku.. Berchinte maksss..
img_3084
Teacher die bagi gambar ni.. Cakap die punya mood dah ok.. Dah dapat makan nasi lauk sup pepagi, kalau mood x ok jugak memang nak kene la kannn.. Dee memang kene banyak bersabar dengan budak sorang ni.. Exactly Me.. nak buat macam mana kan..panassss….
img_3078
Kita akhiri dengan wefie ibu dengan arissa before pergi kelas bahasa arab.. Our first class with Ustazah Yeni.. Doa2 mudah mudahan dee istiqomah dan kuat semangat pergi belajar bawak anak kecik ni ye..

 

 

 

Sekolah-sekolah Antarabangsa di Jubail

Dah hampir setahun umar dan aesya bersekolah di sini. Dah habis 2 penggal pun diorang sekolah sini.. Rasanya dah sesuai masanya dee review sikit proses persekolahan anak2 di Jubail ni. Semoga mendatangkan manfaat utk bakal warga2 baru Jubail yang tengah survey untuk persediaan persekolahan anak2 di rantau orang. Masa mula2 sampai, pilihan kami amat terbatas kepada Al Moatassem International School, Jubail. Pada masa tu sekolah2 lain kebanyakannya telah penuh. Demand adalah amat tinggi, memandangkan ramai warga Malaysia yg baru tiba di Jubail mempunyai anak2 kecil sekitar 4-6 tahun. Kebanyakan anak2 yg berumur 4-6 tahun ini akan dimasukkan dalam kategori KG1, KG 2 dan KG3.

Selain daripada Al Moatasem, ada 3 lagi sekolah antarabangsa di Jubail ni. Sekolah2 tersebut adalah Jubail International School (@ Al-Hussan International School – Aliran British), Mariya International SchoolAliran British dan International School of JubailAliran America. Moatasem yg budak2 ni sekolah dalam tempoh setahun ni pun aliran British. So, ade satu je la sekolah aliran America kat Jubail ni which is ISG. Bukan main kan.. Kat sini bukan aliran agama, aliran sains dan sebagainya.. Die main negara.. British or America..Mana satu pilihan hati..

Catatan ni dee sambung dari Malaysia memandangkan dee masih lagi di sini.. Aii is patriotik masih di Malaysia sebab nak sambut merdeka n hari Malaysia.. Boleh ??

Takdelah.. still dalam panting ni.. Ni dah tahap tepu bosan dah ni.. Kat Msia ni tenet x laju macam kat saudi.. Unlimited yang limited.. Sat2 je data habis.. Sekali tambah data 1GB kene caj RM20.. Sengkek hakak..

Baru dua perenggan, budak kecik dah jaga.. jangan berasap udahla blog ni.. Ok, back to our story of this entry.. Sekolah2 Antarabangsa di Jubail.. Last year, kami memang takde pilihan memandangkan semua sekolah yg lain penuh. So, memang kami halakan ke Al Moatassem je la.. Bukanla entry dee ni utk mengelaskan sekolah2 di sini. Semua sekolah pun bagus, cume kita boleh pilih mana yg terbaik untuk anak2 kita berdasarkan sukatan pelajaran, environment dan sudah pasti kesesuaian anak2 kita utk berada di sekolah tersebut. Umar n aesya ok sangat kat Moatassem.. Mana pun anak kita sekolah, parents kene mainkan peranan jugak utk pantau dan support pembelajaran diorang. Bukan hanya lepaskan pd cikgu di sekolah. Dee dari umar mula2 masuk PASTI lagi memang akan bina hubungan yg baik dengan cikgu kelas anak2.. Mudah nak communicate, bagitau kelemahan anak dan kelebihan die.. Supaya cikgu lebih mudah focus dan bantu anak kita kat sekolah.. So far, dee puas hati dengan pembelajaran anak2 di Moatasem..

IMG_0266
Tunggu bas masa ni, untuk graduation day moatsem.. tapi yg graduate nya budak KG3.. diorang ni buat persembahan je..
IMG_0272
haaa.. ginilah rupenyer gambaran sambutan graduation day di moatasem..
IMG_0273
Masa ni ibu dah berlinangan air mata.. ibu x sangka anak ibu duk depan sekali kat tengah2 stage.. ibu xtau aesya pakai baju apa..ibu bg duit je kat teacher.. sesekali dengar aesya nyanyi lagu when i grow up masa kat rumah.. Ibu, terharu sangat tengok aesya berani n x malu buat persembahan atas pentas.. 
IMG_0289
Abang Umar buat persembahan lagu I Have A Dream.. naik je atas pentas umar dah cari mana ibu dan abah.. bila umar nampak je ibu, terus umar bukak topi umar dan lambai kat ibu.. sekali lagi ibu buat drama air mata.. ish ish ish.. anak menang lari dalam guni pun ibu nangis agaknya.. kalau umar jadi pemidato sekolah, lagila ibu speechless nanti.. Gambar ni bersama arif, kawan kelas umar.. 

Since company SADARA fully sponsor pddkan anak2 utk staff dr Malaysia, why not dee cari sekolah yg bagi better facility utk pembelajaran anak2 kan.. Education is unlimited utk anak2 Malaysia di SADARA. Kalau company lain ade juga limit2nya.. but not in SADARA.

Kaedah utk apply JIS dan ISG ni mudah je.. biasanya geng2 Msia akan war2kan sesama kita, intake dah bukak utk sekolah2 ni. Just download form dekat website sek dan lengkapkan secara online ataupun boleh hantar hardcopy terus ke sekolah. Ade isu, mcm JIS x terima form la.. So, pepandaila kita follow up dan alert notification through sms ataupun email dr sekolah2 ni.. Before that, utk mohon dan sit for placement test, ade bayaran yg kene bayar tau.. Macam ISG kene bayar SR500 utk sit for placement test. JIS pulak SR2000 okeh.. Untuk ISG dan JIS, kalau anak korang lulus placement test, sekolah akan absorb dalam yuran sekolah. Tapi kalau fail, ISG akan burnkan duit tu same to JIS.. JIS akan hangus SR500..lagi SR1500 akan dipulangkan.. (kalau salah, pohon sahabat jubail betulkan)

OK, please alert sms or email notification utk panggil for placement test.. tanya la anak2 kawan2 kita juga yg apply sesame tu, dah ade dpt emel ke belum.. Kia sesame mengingatkan.. Hidup perlu muafakat dalam segala segi di rantau orang ni.. 🙂

IMG_0306
Umar Get Ready utk placement test JIS
IMG_0307
baru amik placement test.. Ibu dah kecut perut, kalau nak amik pekse besar, xtaula mcm mana ibu kamu ni nanti..
IMG_0300
Aesya masa ni nak g interview ISG..Bergaya dengan kasut baru blink2.. x tahan aku anak dara sorang nih

Nak cite soklan placement test.. Utk KG 1 & 2 for ISG ni, diorang akan panggil anak2 kita masuk dalam satu classroom.. Bagi mainan, building blocks, bola dan sebagainya..kemudian die suruh parents main dgn anak2.. yg datang interview anak2 kita ni mat saleh titled Dokter okeh.. Mak2 pn gerun kutla kene soal dengan doc ni.. (Dee la tu) basicly die tanya basic question..die tanya nama, umur berapa, ape yg anak kita tgh buat.. die tengok interaksi kita dgn anak2..x sampai 5 minit pun.. Die approach sorang2 dalm bilik tu while anak2 tgh main.. Mainla bebudak tu, melompat ke, ikut suke hatila n gunekan props yg ade dalam kelas tu.. Dee x amik gambar masa ni.. Yg penting die nak tengok anak kita berani dan x malu…Aii is neves kut.. aesya malu je.. umar yg over lebih..

Utk Umar, die dah apply for Level 1, kira dah macam darjah 1 la.. so, umar ade ujian bertulis… Ade yg cakap parents boleh masuk sekali.. tp dee tercongok je kat situ, diorang x suruh masuk pun.. Dee x kesah pun.. kalau duk rumah lg bagus.. sebab dee memang neves sangat masa tu.. Dalam hati Allah je yg tau.. Ku berdoa sakan.. Personally, memang dee harapkan umar dan aesya dapat masuk sekolah aliran america ni iaitu ISG.. Persaingan tinggi sgt utk masuk sekolah ni. Kelas yg sedia ada pun dh almost full.. ade pulak kuota lelaki dan perempuan.. So, dee takut nk letakkan harapan yg tinggi.. utk placement test umar, basically lebih kurang sama mcm JIS.. kene boleh tulis numbers sampai 50, count and write tau.. ade oral sekali.. ABC tu wajib tulis sampai Z.. tambah dan tolak sampai 20.. ade lukisan dan mewarna juga.. utk isg, memang ade oral speaking.. memang cuakla nk suruh umar speaking.. masa cikgu america tu tanya die where are u come from.. die boleh buat lawak cakap Im Fine Thank You.. nangis okeh.. pastu aku bantai gelak dengan abg toyyib.. umar..umar… Cakap BM pun die x lancar lagi, inikan pulak die nak speaking.. takpela nak.. ibu sgt positif dgn awak.. speech delay..tp i bet someday u boleh jd debator kat sekolah.. ameen..

Utk JIS punya placement test bg budak KG, memang ade ujian bertulis.. JIS ni kan sekolah aliran British, so memang sistem pddknnya mcm kat Msia, exam oriented.. Beza sangat dengan aliran america mcm ISG. Kat ISG, budak g sekolah memang mostly main je. Sekolah akan develop anak punya communication skill, self esteem diorang dulu.. Kalau macam Moatasem dan JIS, memang dah belajar tulis ABC sampai Z.. aesya yg masuk sekolah awal pn balik sekolah kene buat keje rumah.. Moatasem ni keje sekolah boleh tahan banyaknya.. Aesya masa awal2 dulu memang perang la nak suruh siapkan homework.. Masa aesya amik placement test kat JIS dee memang confident.. Die pergi dengan abhnya je.. Kejap je abahnya cakap..keluar2 nangis.. Tanya sebab ape.. die cakap die nak belajar lagi kat sekolah best.. Alih2 cikgu dah suruh balik.. Siap bawak balik pensel warna dalam tin lg sbg hadiah..

Sebenarnya antara umar dan aesya dee memang lebih risaukan umar.. Aesya kalau terus sekolah kat Moatasem pun dee x kesah sebenarnya.. Dee lebih nakkan pendedahan yg lebih baik utk umar.. facility yg lebih baik, environment yg lebh kondusif utk pembelajaran umar.. Dee nak umar lagi banyak belajar, lebih terbuka dan mudah mudahan die lebih matang nanti.. Ye, umar ade Mild ADD.. So, dee kene sgt detail bab sekolah anak2.. sebab kat saudi xde program2 ELP mcm kat Msia yg dee boleh hantar umar utk support progress die.. Sebab tu la besar harapan dee utk budak due org tu dapat ISG..

Ok, bab yuran pulak…Secara umumnya yuran ISG memang paling mahal.. Antara SR60 ribu ke ats utk satu tahun pengajian. JIS pula dalam sekitar SR25 ribu sahaja.. Moatasem dalam SR8-SR10 K.. Tp, moatasem ni hentam claim dengan company max jugak x salah dee..sampai SR25K.. Nampak x perbezaan yuran ISG, JIS dan Moatasem.. Bab nak bayar tak jd isu since company fully sponsor.. Abg Toyyib ade dapat info..katenye..80% drpd perbelanjaan sekolah hanya utk bayar gaji guru2 di ISG.. No wonder fees ISG Jubail mahal sgt.. Ade parents yg anaknya sekolah di ISG jugak ade bgtau dee. guru kelas anaknya yg Level 5 ada master dan planning for pHD pulak.. Dan yg pasti semua guru2 ni adalah american teacher dan bukan cikgu dr Philipine or Pakistan..

Akhirnya keluarla result.. memula keluar result JIS.. Alhamdulillah..aesya dan umar lepas placement test dan mendapat tempat di JIS…Ya Allah.. umar memang kene latih tubi dengan dee gila2 okeh.. ibu memang garang nak.. bab belajar ibu memang kene garang.. ibu nak yg terbaik utk awak.. so, bila dah dapat tu memang dee lega sgt.. sekurangnya kalau x dapat ISG, JIS dah menanti.. result dapat through sms dan emel.. ada yg dapat result lambat.. xpe..sabar.. jgn ingat x dapat dah.. Follow up dengan sekolah ok.. Kalau x dapat boleh buat rayuan..

Keluar pula result ISG utk aesya.. alhamdulillah..aesya pn berjaya.. ibu like.. amazingnya.. anak aku punyala malu nk cakap boleh dpt jugak !!! n utk umar nye result ISG lambat br dapat tau.. Umar x dapat.. die lulus cuma under waiting list.. Waiting list ni memang 70-30 je.. 30% je yg dpt.. Dee memang sedih.. abahnya buat rayuan.. since aesya dah dpt ISG, kita mohon spy umar pn dpt sekolah yg sama jugak.. kelebihan tu ade pd kita sebab adik dah dapat n dh register uk masuk ISG, tp ada jugak kes yg walaupun adik or abg kakak dapat..adik beradik yg lainnya still x dapat masuk.. pihak sekolah suruh tunggu sampai bukak sekolah utk bg keputusan..

Semalam abahnya kol dee.. jrg abg die kol dee tengahari waktu saudi.. dee dah agak..ni mesti result isg.. betul tekaan dee.. Shukur alhamdulillah.. umar berjaya 🙂 Sebenarnya, dee dh get ready, kalau umar x dapat ISG, dee akan sekolahkan umar n aesya asing2..memang mencabar dr segi pengurusan n cuti sekolah.. tp sayang nak lepaskan aesya yg dh dapat tempat kat isg.. allah makbulkan doa kami, harapnya ini yg terbaik utk anak2 dee..

InshaAllah, lepas ni dee akan sharing lebih banyak lagi cerita pddkan anak2 di ISG .

 

The End

 

 

 

 

 

Kenangan Umrah Hamili 2016

Alhamdulillah, tak terkata nikmat yang Allah bagi untuk Dee tahun ni. Benar, penghijrahan itu memang perit dan sukar, tapi kebaikan yg kami perolehi itu, sukar nak digambarkan dengan kata kata. Benarlah kata2 Allah, sesudah diberikan ujian itu, pasti ada kesenangan yang diperolehi.. Bersabarlah…

Pada hujung April yang lalu, kami sekali lagi berpeluang mengerjakan Umrah di sini. Peluang apabila Mak n Ayah mertua datang ke sini, kami sambut dengan membawa mereka menunaikan Umrah. Apalah lagi kegembiraan terbaik  yg mampu kami berikan selain daripada membawa mereka mengerjakan umrah bersama anak menantu dan cucu-cucu kesayangan.. Shukur sekali lagi kami panjatkan kepada Allah swt atas kesempatan, peluang dan rezeki yang Kau berikan ini.

Kami bermalam di Riyadh sebelum bertolak ke Taif utk Miqat di Qarnul Manazil. Kali ni, kami konvoi menaiki kenderaan bersama Keluarga Helmi dan Juzie.. Rasanya trip kali ni, memang Umar dan Aesya seronok sangat, sebab dapat pergi Kaabah dengan Hakim dan Baby Husna sekali..Tapi rasanya, kami jugakla yg pening nak melayan akan keterujaan kanak2 ni nak berkawan n bermain macam diorang ade kat Jubail.. Haha…

Umrah Hamili adalah diluar jangka.. Dee sembang dengan Juzie…Kalau kita kat Malaysia, mesti kita tak berpeluang nak gi Umrah masa mengandung kan.. Sesuatu yang agak mustahil utk dilakukan.. Tapi, itulah rezeki kami, dapat buat Umrah masa mengandung.. Bertuahnya anak dalam perut ni, dalam perut ibu lagi, ibu dah bawak kamu keliling kaabah, dalam perut ibu lagi, ibu dah bawak kamu lengkapkan rukun Umrah..

Malam tu, abang toyyib temankan dee n juzie selesaikan Umrah.. Mula2, dia bawak mak ayah selesaikan Umrah dulu.. balik rehat kejap terus bawak Dee n juzie yg join sekali utk selesaikan umrah Mak Yong. Semoga Allah memberkatimu bang…Pusingan pertama tawaf di dataran kaabah agak mencabar.. Rasanya dee n juzie dah terlambung n terbuai dek gelombang manusia yang luar biasa juga ramainya pada malam tu.. Kami mulakan umrah sekitar jam 1.30 pagi. Mungkin sebab keesokan harinya, Saudi cuti..ditambah pula dengan kehadiran jemaah2 umrah yang baru tiba pada malam tu menyebabkan kami rasa kami ni tengah buat tawaf Haji. Macam tu juga semasa Saie.. MashaAllah..luar biasa ramainya..

Selepas termasuk dalam lingkaran padat pada pusingan pertama, suami dee cepat2 tarik Dee keluar.. Pusingan kedua dan seterusnya kami tawaf di luar kawasan Maqam Ibrahim. Inilah kali pertama dee tawaf di dataran kaabah yg telah luas apabila mataf tidak lagi digunakan. Kerja2 pembukaan binaan mataf hanya tinggal sedkit sahaja lagi.. Keadaan dataran kaabah dah hampir sama seperti masa mula2 dee mengerjakan Umrah pada tahun 2010. Cuma kali ini lebih lapang dan luas seluasnya. Alhamdulillah, selesai juga Umrah kami malam itu, pada waktu menjelang hampir Subuh..

Shukur juga kami panjatkan, kerana merasai pengalaman bertawaf di mataf bertingkat yang telah menjadi sejarah dalam projek perluasana Masjidil Haram.

IMG_0410
Apabila mataf dibuka, kawasan dataran menjadi lapang selapangnya.. Ramai yang mengambil peluang untuk lepak ibadah di kawasan dataran ini. Gambar selepas waktu asar. Mereka sedang menunggu untuk waktu maghrib dan berbuka puasa. 
IMG_0409
Hanya sedikit sahaja lagi binaan mataf bertingkat yang tinggal pada waktu ini.
IMG_0405
Pandangan jauh baki mataf yang tinggal sebelum dibuka

Esoknya, lepas Zohor di bawak anak dara Dee,  Zara Aesya Hamra masuk ke Masjidil Haram.. Kali ni Dee banyak duk bilik jaga budak2.. Bagi peluang kat atok n embah memanfaatkan waktu mereka di masjid..Malam tu, aesya dah buat muka sedih.. Adik nak pergi kaabah.. Adik nak pusing kaabah.. Sian Dee dengan die bila dia cakap macam tu. Lepas Zohor tu, dee cuba tunaikan hasrat hatinya. Bila dah masuk dataran tu, dee terus niat utk tawaf sunat.. Mula2 Dee plan nak buat satu atau 2 round shj.. Nanti malam sambung lagi dengan abahnya dan Umar.. Rupanya anak daraku excited dapat pusing kaabah.. Dalam keadaan yg agak panas, dataran kaabah seperti kebiasaannya akan kurang sedikit bilangan manusia.. Sambil dee bercerita melayan dia, sambil ajar dia berdoa dan berzikir, banyak juga tangan2 yg mengusap kepala Aesya.. Ibu cakap, uncle, unty n atok tu semua doakan adik kuat n jadi anak yg solehah… Ada juga yang basahkan kepala Aesya sedikit  dengan air utk mengelakkan kepanasan… Akhirnya habis 5 pusingan.. 2 pusingan lagi kami habiskan lepas solat Asar..

MashaAllah, kuatnya anak ibu.. Bersemangat betul die bertawaf kali ni.. Tak mengadu penat dan panas.. Adik kuat katanya.. 6 Pack !!! Well Done Zara Aesya Hamra.. Nak jadi kakak kan.. mestila cepat2 matang…

IMG_0401
Posing selepas habis tawaf 7 pusingan. 
IMG_0404
Kami berada di lingkaran tawaf yg paling jauh dari kaabah.. Orang banyak duduk santai di situ.. Dapatla kami selfie anak beranak… Nanti kita datang lagi dengan Baby dalam perut ibu pulak.. InshaAllah…

Seterusnya adalah misi mencari Ayam Goreng Al Baik kerana mak yong Dee mengidam lama dah nak makan ayam goreng tu.. Kat JUbail ni xde tau.. Die belah2 Madinah n Mekah tu adela.. Utk orang Malaysia yg nak rasa ayam goreng Al Baik ini, inshaAllah Al Baik akan membuka operasinya di Malaysia.. Lagi sedap dari KFC katanya..

Sementara tu, sapa yang datang sini boleh cari Ayam Goreng fames saudi ni Hayatt Regency Hotell punya komersial building.. Ade di tingkat 3 bahagian Food Court.. Jom layan gambar..

IMG_0420
Kami pergi lepas maghrib masa ni.. Logo nya gambar Cik Ayam pakai topi.. Dari jauh dee nampak orang dah BERSUSUN…
IMG_0419
Tak sabar tunggu kat kaunter..
IMG_0418
Tu dia…Women section, kaunter banyak bukak.. semua full orang beratur.. Tapi servisnya mantoppp.. Pantas sekali…Misi tercapai, mak yong dapatla merasa Al Baik…

Esoknya, kami balik.. Kali ni xde berhenti bermalam. Direct. Masa ni la paling mencabar kut.. Perut ni keras sokmo.. Agaknya sebab dah x tahan sangat, badan dah terlampu penat, Dee pun muntah muntah selepas Riyadh.. Time mabuk pun dee x muntah macam tu.. Gitula penangannya travel 16 jam dr mekah nak balik ke Jubail.. Ke lebih 16 jam.. Hahaha… Pengalaman yg x akan kulupakan…

IMG_0431
Alhamdulillah.. Selesai Umrah atok embah bersama anak menantu dan cucu-cucu. 

 

Made in Saudi Satu.. Mimpi jadi kenyataan…

Marhaba.. lama sungguh dee x menulis.. Baru hari ni kekuatan tu muncul. Terus amik cik mac, charge n mulakan menulis.. Ade beberapa post yg pending utk dee tulis.. tapi, dee dulukan post made in saudi ni satu.. Sebabnye, dee rase bertarung sangat nak lepaskan fasa trimester pertama selepas kejadian made in saudi SATU ni..

BENAR, made in saudi satu dah berjaya. Rupanya, bukan calang2 hebat cabarannya. Senang je mulut berkata kata. Sebelum dee fly ke sini, selamba je cakap..ok, nanti bolehla made in saudi satu kat jubail nanti… nak ANAK ARAB… Sekali, bila Allah dah bagi.. rasanya kalau boleh x nak mengandung di perantauan lagi.. Apepun, dee shukur sangat sebab dah dapt melepasi trimester pertama kehamilan di bumi bertuah ini…

Itulah sebabnya dee lama x menulis. Dee mengandung.. Masa entry kereta abang toyyib hilang tu dee dah disahkan mengandung.. Tu la memalam abg toyyib sanggup bawak g makan nasi ayam penyet sampai kete kene towing.. Pengalaman la..kete kene towing kat Khobar tengah musim sejuk..

Sesungguhnya Allah itu sebaik baik perancang.. Memang pada mulanya dee xde plan nak mengandung lagi.. Ingatkan dee nak cuba buat haji suami isteri tahun ni.. Rupanya Allah nak bagi kami rezeki lain.. Dalam diam abang toyyib berdoa bersungguh sungguh untuk mohon dikurniakan rezeki anak.. Aesya dah nak masuk 4 tahun bila baby ni lahir.. Dah lama abg toyyib mintak nk baby.. Mungkin Dee yg belum bersedia lagi.. Akhirnya, Allah makbulkan juga doa abahnya semasa umrah slps musim haji yg lepas.. Alhamdulillah…

Bila kita x jangka nak mengandung, memangla x perasan tanda2 awal kehamilan tu.. Ingatkan x sihat biasa2 je.. Sebabnya, dengan abg toyyib sekali mabuk2 awal2 tu.. Kami ingat peralihan musim, masing2 rasa x sihat..Rupanya dah berisi.. Gitulah abg toyyib.. setiap kali bininya mengandung, mesti die akan rasa loya dan muntah.. Bila dee check, rupanya bukan 1/2 hari lewat.. dah 10 hari lewat..Dah 5 weeks ++ pun..

Haaa…amik kau.. masa tu memang rase longlai la.. makan x lalu.. nak2 pulak dah nak balik Msia… dah bersusun menu makanan msia kat dalam kepala.. Bila balik msia, menu yg disusun nak makan tu, xdela dapat makan semuanya.. Sibuk plak dengan renovate dapur kat rumah.. Maka dapur pn x berasap sgt.. Cuma makan kat jogja je la yg puas..

Balik ke Jubail, kami g jalan Oman plak..masa tu memang dh sejuk sgt kat sini.. Pergi Oman, cuaca macam kat Msia.. serius dee x mabuk masa kat Msia.. Kat Oman pun sama.. Cuaca panas kut.. Lepas balik Oman, maka bermula episode suke duke mengandung di perantauan..

p/s : ni catatan pengalaman, gambar pn xde sangat.. kalau boring usahla baca…

Dee ingat lagi minggu pertama lepas balik dr Oman.. Lepas mandi tu, tetibe dee rase sayu sangat.. Perut lapar..sejuk kut kat sini.. Angin masuk perut sokmola kat sini.. Makan kurang, selera xde nak makan.. nak masak pn x larat..bukan je x larat, xla pandai masak sgt pun.. Maka berjuraian lah air mata.. Menangisla dee semahunya.. Apabila terkenangkan chicken chop black paper kat simpang depan umah kat msia.. Ya Allah, gitu rasanya bile teringin sgt nak makan n tau benda yg nak makan tu xkan dapat sekelip mata.. Kalau kat msia, surely dee dah start enjin g beli sendiri kennnn…. Dee bukan jenis yg mengandung nak mengidam makan macam2.. anak2 yg lepas pun biasa2 je.. Kat sini pun, mengidam nak makannya pun biasa2 aja.. Cuma sedih tu, pilu benar rasanya sebab tau, benda yg kita nak makan tu jauh beribu batu..

Bila dah pilu tu… Abang toyyib kenala pujuk kan.. Maks dah nangeh gitu… Die bawak g makan kat Food Rockers.. Makanla beefstick.. mahalnya usahla cakap.. tp still x dapat menepati tekak yg nk makan ni.. Kat sini mana ade black pepper sauce.. gravy licious mcm kat msia tu.. semua x pedas.. Ku pujuk rasa hati..jangan ikutkan hati sangat diyana.. Inilah namanya pengalaman hidup..mengandung di perantauan..

A fews weeks later, gang dee pakat nak buat makan2.. boleh diorang tanya dee.. ade teringin nak makan ape2 tak.. TERHARU mak noks.. sahabat2 adalah spt ahli keluarga di sini.. ukhwah kami sangat kuat.. saling menyokong dan meneguhkan.. itulah adat hidup di perantauan. Sentiasalah bersikap rendah diri dan saling menghormati.. InshaAllah kita akan disenangi dan disayangi..

Tak tunggu tarikh makan2 pun.. Rupanya, kawan2 dee ni dah pakat2 nak masak utk dee.. Petang tu, abang toyyib dapat call dr Uncle Red, “Bini aku ade bagi makanan kat bini ko ni.. ” Bila sampai kat dee, n bukak je dah bau aroma chicken chop black paper versi msia.. siap ade broccoli kukus lagi.. Masa tu, air mata ini sekali lagi berlinangan. Gembira sangat dan terharu sangat, sebab Kak Jas, Pah n Juzie sudi masakkan utk dee.. Kuah black pepper sauce tu sebijik mcm yg dee nak.. Suapan pertama dan seterusnya makan dengan linangan air mata. Tengah makan call pulak Kak Jas, ucap terima kasih x terhngga sebab dee dapat makan sedap.. macam ape yg dee nak.. Shukur sangat.. Geleng kepala abg toyyib tengok dee..x dapat makan nanges, dapat makan pun dee nangis.. Agagaga….

Lepas2 tu, ramai lagi sahabat sini yg masakkan utk Dee.. Kak Gee jiranku yg baik hati.. masakkan RICE TO WEDNESDAY.. (nasi kerabu ko).. aku baru tau.. Kak Milah kakak kawasan buatkan laksa mabeles.. akin bagi dee egg tart..pah masakkan lauk tempoyak, madihah dengan mee udangnya.. geng2 dee yg sama2 mengandung juzie n dihah, sama2 ingat mengingati antara kami.. Kalau dee masak lebih lauk hari tu, hantar bagi kat dihah, esok2 bg pula kat juzie.. Kadang org mengandung ni, bukan selera sangat makan lauk sendiri.. Lauk orang jugak yg die nak mintak.. Bila dapat tu, heavennya rasa.. Tak yah masak.. Haha

Sekarang ni dah lepas trimester pertama.. Lega sangat… Dee ni bukanla jenis yg muntah belilah bak kata org.. Mabuk n loya tu sikit2 je.. Cuma kat sini, HB rendah.. so kat rumah kalau x gi kelas tu, dee baring je la.. bila bangun wat keje sangat rasa nak pitam je.. pening n nak muntah.. Lagi satu nak kabar, kat sini supplement kurang sangat.. farmasi besar bersepah sepah..tapi jual vitaminnya adela satu shelf je..lebih kepada ubat2 prescription dokter. Yg kita ni kalau nandung, makan spirulina, minyak ikan, n mcm2 lagi.. Seb baik mak mertua dee dtg, bolehla dee pesan vitamin2 yg biasa dee makan bawak dtg sini..Sebeban bawak mai sini vitamin, barula rasa bertenaga nk buat kerja.. barula xde rase nak pitam.. barula mcm2 nak buat.. barulah, blog ku ini nak panas semula.. Misi seterusnya adalah nak buat set sarung bantal baby n baju raya aesya.. Tunggu kakakku post kain ke sini pula..

Pengalaman cek perut di sini…

Ok, Dee rasa pengalaman ni x boleh dijadikan sandaran..sebab ni baru kali pertama.. n mungkin nasib dee x berapa baik hari tu.. Kat sini, expat memang x boleh pergi local hospitals.. Bertuah pendatang kat Malaysia.. boleh lagi masuk bersalin kat hsptl kerajaan hatta 3rd class.. aii pn bersalin kat hspital klang tu masuk ward 3rd class ngko.. Kat sini semua pendatang kene g hospital private.. Shukurlah company cover semua..kalau x, x mau org msia dtg keje sini kalau nak ditambahkan dengan bil2 hsptl yg tinggi..

So, dalam bebanyak hospital private yg fofuler n trusted kat sini adalah Mowasat. AlMana Hospital, katanya bagus juga..cuma hospital lama.. Maka, first checkup tu dee g mowasatla since ramai msian yg checkup dan bersalin kat situ.. Mungkin sebab dee dtg lewat, masa tu dah jam 10.30 pagi br dee sampai.. Org x banyak mana, tp menunggunya lama.. Result darah n urine test nya esok br dapat.. Dee nak scan perut pun die xnak buat dah.. sebab dah 11.30am.. dah nak dekat waktu rehat..staff situ suruh dee dtg esok je.. Dengan x friendly nye die halau kite balik.. padahal dokter tu boleh je nak scan lagi.. staff yg x bagi, Boleh?

Mana2 pun dee pergi, basically system kat saudi dh established. Cuma etika kerja je yg x bape nak established.. Peralatan hospital semua dah canggih, tapi, apalah semua tu jika nak dibandingkan dengan sikap dan budaya kerja sambil lewa mereka.. Sampai masa balik dr hospital tu, dee plak yg rasa stress.. Kalau dee g checkup kat Klinik Kesihatan (KK )Kg Medan, Telok panglima Garang pun dee rasa lagi cepat.. Hebat lagi sistem n ketangkasan bekerja nurse2 kita kat klnk kerajaan.. Bagus lagi nurse2 dan kakitangan awam yg bekerja di hospital dan KK kat Msia..Kalau ade serba sedikit kelemahan tu, jangan kondem melampau lampau..biarlah membina dan buatlah aduan ikut saluran yg betul, supaya mereka boleh menambahbaik kekurangan yg Tuan2 dan Puan2 lihat.. 

Serius cakap, Senang cakap.. Bershukurla sangat kita kat Msia.. Kalau jadi pendatang mcm kami, taula.. hahaha..

Yg dee nak puji mowasat ni adalah mesin scannya yg canggih itu.. seketul2 nampak baby.. besar sgt nampaknya..padahal baru 4 bulan.. tulang belakang cantik je tersusun.. baby gerak2.. n yg paling mengujakan… dokter dah bgtau dee baby ni girl ke boy.. Huaaa.. dah nak nangis dee.. ingatkan nampak heart beep je..xdela ajak abg toyyib masuk masa scan tu..sekali, terang benderang nampak.. So, lepas scan tu, kita mainla teka teki dengan abg toyyib.. Abang2, cube teka baby ni girl ke boy? Terkulat kulat bang toyyib dapat soklan dr minik.. Tak percaya die.. Xkan dah boleh nampak.. Haaa..gitew la.. Lepas dah tahu jantina baby, terus dah nampak hala tuju.. Nama pun dah ade..

IMG_9624
Assalamualaikum anak ibu.. Masa ni awak 13 minggu 5 hari.
IMG_9625
Ibu dah nampak jantina awak.. Shukur sangat Allah kurniakan awak pada ibu, abah, abang umar dan kakak aesya.. Kami semua x sabar nk jumpa awak… 

Excited ibu die.. Ibu mana la yg x happy kan.. Walaupun berat x naik, makan x banyak mana, selera nak makan terhad dan terbatas, ibu tetap redha.. yg penting anak dalam perut ibu ni sihat… Selalu ingatkan diri, jangan ikutkan hati, bawak sedar2lah..awak tu mengandung di perantauan.. Tak seindah mengandung di Malaysia..

IMG_0100
Ni gambar first baby bump ibu masa mengandungkan awak.. Masa ni away dah 20 weeks.. Baru nak nampak perut ibu awak.. Yang penting away sihat ye nak.. We love u so much…

Apepun, dee respect ibu2 yg berjaya mengharung mengandung dan bersalin kat sini. Bukan sorang je made n saudi.. 2/3 pun ada.. Dee plak akan balik Msia untuk bersalin.. MADE je in saudi.. InshaAllah.. BORN in Malaysia..

The End.

Seterusnya adalah kisah HAMILI di Raudhah, Madinah Munawwarah..

 

 

 

 

 

 

 

Kami Meroti Pulak

Hari tu menjahit, kali ni kami meroti pulakkk.. Haha..sape cakap x best duduk kat sini.. Banyak aktiviti.. Nak tak nak je join.. Sape yang berkelapangan dan tiada kekangan anak2 kecik dan sebagainya, pasti xkan lepaskan peluang untuk join kelas2 ni. Banyak umi2 yang pakar2 n hebat2 dalam bidang masing2 kat sini.. So, peluang dah ade depan mata.. rebutla peluang tu utk bagi value added kan diri ni dengan skill2 yg dee xde masa n berpeluang pun utk belajar kat Msia.. Alhamdulillah…

Geng2 Dee kat Msia mostly sibuk buat paper utk sambung Master.. Dee doakan yg terbaik utk uols.. dee support sangat korang.. iols dah 2 kali x lopeh buat master..sedih kutt.. ade je halangan yg dee x cukup cekal nak tempuh.. Mungkin bukan jalan yg terbaik lagi utk dee..Tapi, dah mintak abahnya printkan cth research proposal yg kak ana bagi… nak study la tu :p buat research proposal dari sekarang.. tapi, dee nak buat pasal land management plak.. ngehehe..banyak sangat diversionnye.. memule dulu environment, pastu public admin, ni nak land development & mngment plak..sebab tu la ko x kemana diyana oiii.. Haila.. pelan2..awak suri rumah sekarang.. live the life okeh..

Now, masuk citer meroti.. Lepas kami sibuk2 masuk kelas menjahit hari tu, datang pulak kelas roti.. Sebelum ni, dee pernah masuk kelas asas buat roti under program Puspanita Daerah Kuala Langat.. Program tu under biro pendidikan puspanita la.. sape lagi kalau bukan org kuatnya Puan Azilah.. Akak, i miss u so much… So, kali ni second time dee masuk kelas buat roti.. Masa kat Msia dulu, masuk je kelas roti..pastu kembang kempis bangge sebab dah berjaya buat roti kat bengkel kolej komuniti banting tu.. pahtu..terus x buat2 jugak.. oven xde..lagi pulak, dapat satu group dengan binik Tuan DO, Binik YDP Majlis Daerah Kuala Langat, lagila saye kekaver sopan santun bg can kat diorang tunjuk skill… Takpela.. Puan buatla.. dee tolong.. mangkuk betul aku.. tak suke ahkak duduk dalam dunia yg nak kene jaga protokol.. walaupun diorang tu semua ok.. but still, ahkak kene sopan santun.. derrr… 

Bila sampai je sini, abahnya buat suprise belikan ahkak dapur elektrik beserta dengan oven yang besar gajah tu.. aish abahnye ni.. perli ke ape ? bini yg xtau masak ni dibaginye dapur sekali oven set2 canggih.. kaler putih plak tu..semua nak bagi aku banyak keje la tu..nyental lepas habis masak.. tapi kan, dee amik tu sebagai satu cabaran la.. so, masa kami memule soping barang kat ikea tu, dee dah beli serba sedikit barang2 utk baking.. beli sebab nak cabar diri sendiri.. mcm mana pun aku kene baking gak..gune gak oven gajah abahnye tu.. kalau x gune rugi.. dah beli brg2 ni lagi pulak kann..

Akhirnya, bila open je kelas utk meroti tu, terus dee angkat tangan nak join..sedangkan masa tu oven tu pn x pernah gune lagi.. Manual oven dah dekat 5 kali bukak.. still x konpiden nak buat.. dee ni kuno sikit kut.. takut meletop oven tu, boleh?? Esoknya nak meroti, malam tu baru dee test oven.. bismillah selawat bagai masa memula nak gune ove tu.. buat kek gune tepung instant je.. abahnya dah la xde g ngaji.. kalau meletop memang hitam la bini u.. kalau ok, bolehla abang supper kek oren malam ni.. gitu aku pesan kat lakiku.. doa banyak2 bagi jadi ye bang.. n ibu selamat operating oven gajah u ni.. hew hew..

IMG_6365 IMG_6364 IMG_6363

But at last, jadi je kek oren saya.. takde pun meletop..lembut gitu.. x hangus pun.. walaupun berlobang kucucuk dengan garpu besor nak test masak ke tak.. dah tu, pencungkil gigi xde.. saya belasah je la dengan garpu.. Haha…Test oven ni amik semangat utk g kelas meroti..supaya, ilmu n skill tu x hilang mcm kelas yg pertama dolu.. Ok, oven is DONE.

Masa hari g kelas roti tu budak2 x masuk sekolah lagi.. memang ku angkutla bebudak tu, xkan nak tinggal..persediaan kene baik..mcm biasa, caj hp full, bawak tenet n game yg dh sedia install dlm phone.. game ni hy boleh bukak bile dee g outing je.. bila diorang jumpe kawan2.. merengek rengek jugak diorang mintak pas balik nak main.. setakat ni masih kejung lagi hati ni.. So, dapatla dee belajar dengan amannya masa kelas buat roti.. Cikgu kami adalah Puan Suzy Shariff.. Terima kasih kak zy..sanggup perturunkan ilmu roti pd kami semua..Semoga pahala yg akak dapat berpanjangan.. In Sha Allah…

IMG_6375
Biasanya kalau ade papepun aktiviti..umi2 gojes ni akan bawak pot luck masing2.. bak kate kakak kawasan kak milah dayan.. papepun kita ngapp dulu..
IMG_6371
Gigih Cikgu kami bawak mixer kenwood die.. berat tu.. mekasih kakak zy ku.. banyak pahala kakak.. kredit jugak gambar2 ni dr FB akak ye 🙂
IMG_6370
Golek golek golek golek.. pintal pintal pintal.. gitew.. nak buatnya…seronok…

 

IMG_6369
teknik tarik n masukkan roti macam buat doh roti canai.. kak gee cakap ni polek2.. lelame aku pandai cakap ganu..setiap hari ade je vocab ganu..
IMG_6368
kak ainah.. syafakillah.. sangat sporting u.. can’t wait to see ur cheerful face again..
IMG_6367
Hooo.. ni la partner in crime meroti.. Puan Gee Zig kiter..Teror masak ni.. kene menuntut sokmo dengan die..

Again, saya sangat enjoy ikut kelas roti.. mcm kelas jahit jugak.. Kekakak n the rest is so gilo2 okeh.. Takdela nak control ke ape ke.. semua sangat sporting dengan zumba zumbi bagai.. itula life suri rumah kat sini.. seronok weyhhh… Now dee setuju.. jawatan kerja sebagai suri rumah adalah pekerjaan yg paling seronok n paling mulia di sisi suami dan pencipta..

IMG_6373
Ni la Geng Roti.. Terima kasih kepada Tuan Rumah Kak Sal kerana sudi taja venue..

Maka, tibalah hari yg dinanti nanti di mana kita nak apply ilmu meroti itew.. 2 kali dah dee gi kelas, nak meroti ni memang nak kene gune mixer yg kuat.. kalau x heavy duty pun, mcm mana pun semi heavy duty tu kene steady la mixernya.. brla adunan tu halus n lembut gebu rotinya.. kakak dee pn pesan gitu.. Tapi, awak ni x sampai hati nak mintak dengan laki suh beli mixer kenwood beharga SR900 kat sini.. Awak segan juga nak mintak belikan measuring scale yg diigital wpn harga SR50 aje.. segan okeh..segan.. Ni sindrom bini biasa keje n ade gaji bleh beli ape die nak..tetibe, dah x keje, nak beli kene mintak dengan laki.. Maka, saya nekadkan diri utk mencabar diri sendiri dengan uli gune tangan ko..ku selambe je masuk rage soping measuring scale itu..SR50 je..

Tetibe jiranku Kak Gee ajak buat sekali.. tapi gune oven aii la..yg canggih manggih tu..hahaha.. Rupenye kak gee ni dah biasa buat roti uli doh guna tangan.. Terus kami menguli adunan 500 gram ngko.. kalau kak gee xde, mau je dee uli doh 250gram ajo… Hehe, rezeki nak dapat ilmu uli tangan.. Macam2 teknik kak gee ajar.. Penyek, Lipat, Tampor, Bantai..semua ade..aku kungfu kan doh ku itu… Menguli sakan la kami semalam.. Dalam besen oren lagi.. Aii xde besen u, kak gee suh g beli besen kat international market jubail.. Abah.. nanti belikan besen utk ibu ye.. Boleh buat tempat letak ikan bile kita g pasar nanti.. So, kami buat satu adunan plain..satu lagi adunan campur serbuk koko nak bagi jadi roti coklat.. Masa menguli tu, teringatkan nutella..so half drpd adunan tu sumbat ngan nutella… Kerlass ko.. roti coklat letak nutella.. lawan sifu dah ni.. kikiki..jgn mare kak zy.. dee dah blogkan kisah roti ni sebagaimana amanat tuan guru suzy shariff..

IMG_6345
Nak selit jugak anak dara saya ni.. Baru balik sekolah..
IMG_6348
last yg belum bakar lagi masa tu..
IMG_6346
Dah siappp…

Time bakar adunan pertama tu, adela tergelap sikit bawah roti kami.. nak kaver jugakk kannn.. cakapla je la hitam sikit kan.. wakaka… Habis tu, dah leka borak..lupe nak bukak manual belajar set timer.. Bakar kali kedua tu baru gune timer.. barula perfecto roti kami..  Alhamdulillah.. best meroti, but still far drpd excellent..practise makes perfect kannn.. dapatla umar n aesya bawak gi sekolah.. dee dah pesan suh bagi kawan2..xtau la diorang ni bg ke tak..jap g nak cek bekal dalam beg sekolah.. Selebihnya roti tu, kami simpan dalam bekas tertutup x kasi keras.. Kalau keras sikit, kak gee cakap, kukuskan aje..konpem lembut balik roti tu dee.. Ilmu lagik.. Haa.. banyak ilmu dapat kutuntut kat jubail ni..

Sape cakap duk kat Jubail tak BEST !!!

Sape cakap saya x boleh amik master kat jubail ni..

Saya balik nanti jadi MASTER CHEFF okeh.. 

Lots of Love , Dee

 

 

 

 

 

Tamar Festival & Sambutan Kemerdekaan Warga Jubail

IMG_6272
Tamar Fest 2015
IMG_6273
Darren Beach, Jubail KSA : Kredit Gambar FB Pn Suzy Shariff

Pada 31 Ogos 2015 yang lalu, kami warga Malaysia di Jubail turut menyambut Hari Kemerdekaan Negara walaupun kami jauh dari bumi kesayangan Malaysia. Sehati Sejiwa turut mengisi hati2 kami di sini dengan turut sama berkumpul meraikan Hari Kemerdekaan bagi tanah air terchenta.. Arghhh sudah..skema sangat ayat aku ni…

Okai..bertempat di Dareen Beach, bersempena dengan Festival Tamar, kami semua berkumpul dengan berpakaian kebangsaan bagi membawa ahli keluarga masing2 untuk turut mengingati detik bersejarah itu. Walaupun kami x count down..tapi new stories di FB dengan paparan gambar2 sambutan perarakan hari kemerdekaan di Malaysia membuatkan Dee alert dengan detik 12 tengah malam waktu Msia.. Cuma bezanya, kami xla kawat perbarisan hari merdeka.. kalau kat Msia ni silap haribulan dah kat dataran masuk perbarisan..eh..rajin sangat ke.. pengalaman kawad maulidur rasul dalam hujan lebat bersama datin paduka pun dah cukup meninggalkan memory.. inikan pula nak kawad tengah2 malam.. Hehe.. Pada Dee, Pengertian merdeka tu berbeza ikut pandangan dan pemahaman masing2… dan itu terpulang pada kita untuk mengambil iktibar yang terbaik..

Emmm, perhimpunan BERSIH??? Emm… susah nak kabo.. Masing2 ade cara yg tersendiri untuk melahirkan pendirian kepada pemerintah.. Walaupun dee jauh di sini, tapi kemelut politik negara sesekali mencuri ruang utk dee serba sedikit berfikir akan keadaan semasa di sana. Baru2 ni dee ade habiskan satu buku penulisan sejarah mengenai Badiuzzaman Said Nursi. Beliau merupakan pejuang dan pemikir Islam Turki.. Pedekatan dia agak berbeza apabila menghadapi pemerintah seperti Mustafa Kamal Attarturk yg satu dunia kenal.. Ade pro n kons utk setiap jalan yg kita pilih utk melahirkan ketidak puasan hati kita kepada pemerintah.. Emm… next timela review buku ni.. nanti jadi blog politik pulak.. Cuma, janganla sampai kita kehilangan kawan2 disebabkan pendirian politik kita yg berbeza.. Lets be cool n profesional.. Chill 🙂

Ok, dee nak citer sikit pasal Tamar Festival.. Seronok sangat sesekali berkumpul di public area mcm tu.. Masing2 datang dengan keluarga.. Budak2 yg paling hepy selain mak pak.. Banyak gerai pameran dan jualan yang diadakan khusus utk pengunjung yang datang.. Di sini, pengunjung diberi pendedahan khusus tentang buah kurma.. Jenis2 kurma, kaedah penanaman, di mana kawasan yang banyak ditanam kurma2 ni dan produk2 hiliran yang terhasil daripada kurma..

Banyak lagi kut yg dee x sempat nak explore.. mata ni asik nak pandang Umar Rayyan.. die dah jumpe sahabat baik die zakwan..dah x heran dah nak ikut ibu n abah.. semua nak dengan zakwan.. Tapi, ibu happyla..sebab kamu dah jumpe kawan kamu yg sekepala dengan kamu.. So, x dapekla ibu nak tengok satu2 pameran kat situ.. x dapatla ibu nak rasa satu2 promosi produk hiliran yg ada kat gerai2 situ..Well, macam x biasa pulak kan.. muzium pn ko xle nak feel..inikan pula pameran kat festival macam ni.. Papelah nak..yg penting awak n aesya happy malam tu.. Tapi, ibu happy la jugak..sebab dapat beli kurma Ajwa yang original dan fresh dengan harga sekilo SR45.. murah tau..murah sangat..kalau kat Madinah pun dah SR90 sekilo.. Dapat lagi goody bag yg dalam tu ade box kurma ajwa.. Dekat sekilo jugakla dapat FREE malam tu.. berbaloi baloi datang.. hikhik..

IMG_6281
Khemah aircond.. Maunya tak aircond..satu umat xmau mai satni.. Humid tinggi giler malam tu..
IMG_6282
Abah is wearing yellow baju melayu with jeans.. seluar tertinggal kat msia.. hahaha
IMG_6284
Demo dan pameran pembuatan kraft berasaskan pelepah tamar.. Macam seni anyaman msia jugakla..bezanya guna pelepah tamar..
IMG_6286
omaigod..maskott.. pak arab pakai kain lagu ni ke..musykil..arab totok kot..
IMG_6289
Umar dengan kawan baiknya zakwan..excited salam maskot..
IMG_6292
Pameran jenis tamar.. ade jus tamar juga..sedap tau..
IMG_6294
Betulla agaknya arab ni pakai kain pelekat.. sebab tu la mskot die pn mcm tu..selama ni nampak diorang pakai jubah je..
IMG_6295
asikla nak buat tangan otromen tu kenapela umarr..
IMG_6296
jenis ni pun sedap..lembut n x manis sangat..sedap tau..
IMG_6297
penuh orang..tp malam tu majoriti msian la yg datang..
IMG_6298
Adik ni promote turkish delight..tapi intinya kurma based..
IMG_6301
NI yg lembut sedap sejuk..
IMG_6306
Yeah..kami amik gambar dengan unterrr… BFF la sangat dengan zakwan.. sebaya..umar tinggi sikit..
IMG_6307
We have so much fun
IMG_6309
Kami berehat di khemah badwi ini sambil makan jagung dan ice cream..
IMG_6311
Geng menjahit.. Wani junior sek taman tasik ampang, me BondaUmarAesyaHamra dan Mama Yan (mama zakwan). Macam biasa, ni la satu satunya gambar saya.. xdela abahnya nak amik gambar ibunya punn..
IMG_6316
Hasil jalaan saya malam itu..
IMG_6318
ade poskad dan sedikit penerangan tentang ladang kurma nakhl..
IMG_6319
Alhamdulillah..
IMG_6352
Selamat Hari Merdeka Dari Kami Warga Jubail, Saudi Arabia #sehatisejiwa

Sambung citer kelmarin

OK, sambung citer.. Alhamdulillah… Makan2 malam tu berjalan lancar.. Ade satu dua family yg x turn up.. Xpelah, mungkin ada urusan lain yg lebih penting untuk diselesaikan.. Seronok sangat rasa lepas tu.. Walaupun penat, tapi puas hati sangat.. Puas hati dapat masak., puas hati kawan2 datang, ukhwah terbina dan dapat dieratkan.. Kita hidup merantau, siapala kita tanpa sahabat handai di sini. Semua dah macam ahli keluarga. Sesekali, gathering macam ni sangat mengisi masa2 kami di sini dengan warna2 kehidupan…

Malam tu, lepas makan2 selesai, kami laki bini setelkan sampah dulu.. Pinggang cawan polistrene semua buang dulu.. Dee just kemaskan pinggan mangkuk n letak kat dapur. Plannya, esok baru cuci.. Sebab dah penat sangat kan.. Malam tu budak2 memang seronok betul.. Ramai budak datang.. Bilik Umar n aesya tu memang jd port diorang main.. Semua mainan kami letak kat situ.. Memang tu pun niatnya..bagi diorang main puas2.. Tapi si aesya bawak jugak mainan2 die ke hall depan.. So, kemas2 malam tu kasi clear sekali mainan budak2 ni.. Semua pakat masuk box.. Nanti dee ade masa dee akan 5S kan balik..

Tapi, ada satu misteri yg terjadi.. Kami bau benda yg sgt tak enak.. Senang citer bau memang x senang dek hidung.. Puas merata kami cari tapi x jumpe2.. Tapi, rasanya bau tu datang dr bilik umar n aesya.. Kadang2 aircond ni keluar bau semacam gak.. Tapi x hilang2 jugak.. Abahnya still x puas hati.. Die gi vacum hall depan n bilik umar.. But still, bau tu masih ada.. Pelik dah kami.. Datang mana la bau busuk ni malam2 buta.. Tadi masa makan2 semua tu xde.. Malam tu, semua tido bilik ibu abah.. Esoknya, bau tu masih ada… Busuk tau.. xmo hilang.. Letak air freshner pun sekejap je tahannya.. Kekal jugak baunya..Rumah dah habis kemas pun baunya tak hilang.. Dalam hati cakap xkanla bau taik… Abah dah vacum .. Tak jumpe pun… Agak2 dee, nanti2 hilangla bau tu, xde ape kut..

IMG_6102
Misteri bau di bilik umar dan aesya…

Lepas basuh pingggan manguk semua n setel tengahari tu, dee dapat panggilan talipon dari partner menjahitku Puan Yan.. Dee, ko nak ikut x g belajar jahit kat umah Mimi..Kalau nak, jumpe kat umah die pukul 1. Ok2..jumpe kat sana.. Meloncatla nak pergi kan.. Masa hari kedua kelas jahitan tu dee kan x dapat ikut sebab sibuk masak utk makan2 malam tu. Dee sampai lambat sikitla.. Makan semua dulu dengan budak2.. Hari tu memang cuti masak terus.. Suh abahnya beli nasi arab jek.. Hehe.. So, petang tu dengan gigihnya Dee, Yan n Wani sambung belajar cantum baju.. Jejak kasih dengan wani, junior sekolah SK Taman Tasik Ampang dan SMK Taman Tasik Ampang.. Kerlass ko wani.. adik junior jumpe kat saudi okeh.. Bunge2 je rase fefeling kakak senior..

Full jugakla sampai ke petang kami menjahit 3 orang.. Bila husband mimi balik, die suruh jemput family memasing makan malam kat rumah die.. Murah rezeki Mimi sekeluarga. Ilmu menjahit pun xhabis lagi bagi, dah jamu kami bawak family masing2 makan malam kat rumah die.. Alhamdulillah, org cakap rezeki jangan ditolak.. Elok jugak suami masing2 kenal satu sama lain.. Kesian suami 3 orang ni kene jaga anak satu petang since bini memasing g menjahit.. Hikhik..

IMG_6079
Pesak2 yg agak pening utk dicantumkan…
IMG_6089
Kain yg paling senang rasanya.. Yg penting kena tau bape lisu nak buat n sikit perkiraan mudah..
IMG_6090
Dah berjaya buat leher.. Buat leher pada dee yg paling scary.. tapi bila belajar dengan mimi, senang plak rasanya.. Sebelum ni dee try buat leher baju umar x jadi.. Stress aku satu hari… Hehe.. Tengok tu, semua dah siap cantum.. belum sembat je lagik.. Mood Happy
IMG_6092
Teringin nak belajar jahit leher yg tulang belut or karipap tu.. Dulu2 masa kecik2 pemesla.. Ni, bila dah ade anak, teringin nak buat utk diorang jugak.. Nantila ade masa gugel kat youtube cara2 nak jahitnya…
IMG_6093
Adik dah x sabar nak pakai.. Baju adik ke mommy die tanye.. Bangge la tu, mommy buat baju die.. Baju abang xde.. Hehe
IMG_6096
Ni next project.. Harapnya x lupela nak buat balik mcm mana nanti.. Ni semua lebih2 kain dee buat baju dulu2.. Adela rezki aesya nak pakai baju kurung pasni.. sampai umur die 3 tahun ni.. ade sepasang je bj kurung adik yg dee tempah…

Haaa… tu la citer menjahit.. Sape yg nak belajar menjahit boleh hubungi Mimiey Collection kat FB beliau. Sambutan menggalakkan. Ade lagi kelas yg bukak utk sape2 yg miss hr tu.. Seronok sangat belajar dengan cikgu mimi.. Senang nak faham n die share banyak tips utk mudahkan kita menjahit.. Semoga Allah murahkan lagi rezeki cikgu mimi sekeluarga… Ameen.

Balik dari umah Mimi malam tu barula rasa penat tu datang bertimpa timpa… Sakit badan ni.. Yerla, x rehat.. terus menerus dari kemas umah pagi tu, bawak ke menjahit sampai malam.. Rasakan ko.. Tapi, misteri bau busuk tu masih xdapat dirungkaikan.. Petang keesokan harinya, abah gi LuLu cari carpet cleanser.. Semalam g lulu lupe nak beli. Petang tu die gi sorang je memang aim nak beli carpet cleanser.. Sampai je umah, terus die tuju bilik Umar.. Memang kami konpem dari situla datang bau mengusik jiwa itu… Abahnya pun mulakan keje menyepray carpet.. Tak lama pun abah start.. Kejap kang dah dengar die jerit… Ya Allah, sini rupanya datang bau ni.. Besor betui.. Ibu..Ibu..meh sini.. Sampai je dee dalam bilik tengok die tengah bongkok bawah katil.. Istighfar aku.. Seketoi tut dah jumpe.. Aku punye mengekek gelak x hengat.. Ni sah2 bukan keje anak orang.. Ni sah2 keje anak aku.. Selamat tut keraih.. Sekali kaut je… Bertuah betul la kamu ni Umar.. Ni mesti kes kamu xnk g berry sebab terlampau seronok main dengan kawan2 kan.. Bertuahnye lah.. Nak marah dah x boleh.. Dee gelak, gelak dan terus gelak.. Abahnya geleng2 kepala.. Misi mencari di mana datangnya bau itu telah selesai.. Satu rumah abahnya spray dan vacum semula.. Hahaha..

Nak update skit citer umar gi exam semalam.. Die masuk test utk KG3.. Tak lepas.. So, acceped utk KG2.. Bolehla..ibu pun x mintak nak masuk KG3.. Yang penting kamu dapat masuk sekolah n belajar.. Duk kat rumah asik tengok TV je.. risau ibu.. Adik lagi syok.. masa masuk utk interview je cikgu dah cakap so small.. Pastu die pakat nangeh.. FAIL…  macam mana la nk sekolah.. Tapi, cikgu tu faham, budak2 mcm ni malu.. Adik ni kan anti sosial sikit.. Cikgu bagi lukisan dot dot suruh sambungkan pun x nak buat.. But still accepted utk KG1.. Hari ni abahnya uruskan pendaftaran.. Selamat hari tu balik memang dah amik rekod imunisasi adik.. So, cukupla semua check list utk enrollment for tday.. Semoga Allah mudahkan anak2 ibu belajar nanti…

IMG_6129
Sekolah umar n adik aesha.. Alhamdulillah..
IMG_6131
Ramai dah org.. Banyak jugak Msian yg hantar anak2 sekolah kat sini.. Mostly yg baru2 datang mcm kami jugak..
IMG_6132
Dah kene panggil utk exam.. Betuah betul.. nama kamu pn x tulis..padahal ibu dah ajar.. haila omayen…
IMG_6133
Blurr sikit plak..
IMG_6134
Ni penting, scholl fees company sponsor.. kalau x, sengkek kami..
IMG_6145
Bukan main abang posing adik amik gambar.. Ahad ni kamu dah nak sekolah.. Enjoila masa2 kamu yg masih berbaki sebelum sesi sekolah bermula…
IMG_6139
Petang semalam sambung sembat baju kurung aesya.. Boleh pun buat rumah butang.. rumah butang tu yg benang kaler oren tu.. Comel je namanya kan..
IMG_6140
Siap pun baju adik..
IMG_6148
Mesin Jahit NV950 BROTHERS. Inilah mesin jahit idaman qalbu. 2 in 1.. jahit biasa n sulaman.. manala nak carik kat negara padang pasir berdengung ni..

THE END

Satu Minggu Yang Menyeronokkan dan Memenatkan

Pheww.. ayat tajuk adalah sangat skema maut okeh .. Kalau aku letak english lagila xle blah.. Tapi, minggu ni memang phew jugakla.. Penat, Letih dan Mencabar tetapi sangat best, sangat best dan super best.. Exaggerate nye kau ye.. Hik Hik..OK, baru 2 kali masuk kelas menjahit kut.. Belum lagi Umar n adik dah start sekolah n dee masuk kelas belajar pulak.. Seriously, x sabar nak ikut kelas kat Jubail Da’wah Centre..

Baiklah… Minggu yang sangat penat dan seronok ini dimulakan dengan berita Umar kene amik placing exam utk melayakkannya masuk ke sekolah.. Exam ngko anak aku..Kat Msia setakat nak masuk Pre- School xdo do nak exam bagai.. Lainla nak masuk sekolah Tahfiz.. Adela ujian hafazan bagai.. Dulu sebelum datang sini umar dah sekolah sekejap kat Little Caliph Jenjarom.. Adik pun sama..Alhamdulillah dan kenal huruf dan boleh baca suku kata terbuka yang mudah2.. Bila datang sini, ibula plak jadi Cikgu Kak Ros kan.. Bolehla ye dak.. dari x belajar langsung anakku.. Dapatla sikit2 dari xde langsung… Alhamdulillah…

Sikit intro pasal sistem pendidikan kat sini…. Sistem persekolahan kat sini ade sikit perbezaannya dari segi umur untuk menentukan kemasukan gred di sekolah.. Bahasa layman nye.. Gred ni macam darjah la.. Gred 1 utk darjah 1 dan seterusnya… Untuk prasekolah diorang panggil KG (kindergarden). Ade KG1, KG2 dan KG3 utk 4,5 dan 6 tahun.. So, untuk Umar, dia akan masuk dalam KG2..  Adik plak baru masuk 3 tahun hari tu.. So, masa awal2 daftar sekolah hari tu, abahnya plan utk sekolahkan adik sekali dalam kelas Pre-School.. Dan surprsingly, sekolah panggil adik interview sekali.. HaHa… Kerlas ko Aesya Hamra.. Intervieewww.. Ngehehe...Umur utk tahun persekolah x kira macam kat Malaysia ikut Januari up to December.. Diorang start dr September up to August.. Meaning to say, walaupun budak tu umur 5 tahun, tapi kalau die lahir bulan 11 contohnya, die akan masuk KG1.. Untuk umar selamatla..sebab die lahir bulan 2.. Gitewww…

Umar akan exam for Maths and English.. Adik plak interview session biasa.. Die nak dengar suare je kut.. Orang kat sini cakap, exam ni simple je n ade jugak yg cakap sekadar formality utk masuk sekolah.. Apepun, ibu sure ketor esok 24/8 bila kamu nak exam.. Dahla 3 hari ni memang kamu raye sakan.. Takde ulangkaji langsung.. Malam tadi sebelum tido barula kamu ulangkaji numbers up to 20.. Hari ni ibu nak sorok remote.. No TV, sampai ibu konpiden kamu bolehla lepas nak jawab esok.. Phewww…. Agaknya kan, mcm ni perasaan ibu yg anak2 nak exam besar like UPSR n so on.. Yg dee ni, baru anak nak masuk KG dah gelupor… Takpelah, pengalaman kann.. Ibu ni memang taching lebih..Kalau Umar tu menang lari dalam guni pun, mau aku nangeh tepi padang sekolah.. Belum lagi die buat persembahan solo depan orang ramai kannn.. Hehe…

Oklah, tu berita pasal sekolah.. Next is Kelas Jahitan.. Passion dee memang menjahit.. Dee suke sangat menjahit..Dari kecik dee dah buat crosstitch, sulam tangan bunge n ade basic mengait… 3 tahun lepas masa mengandungkan aesya dee dah beli satu mesin jahit Brothers masa kat Msia.. Projek masa tu ialah buat langsir rumah.. Lastnya, langsir sliding tak siap lagi, dee pun dah beranak.. Hehe.. Next Project dee buat langsir lagi.. Kali ni mendapat inspirasi dari kawan sekerja.. Die buat langsir eyelet siap sheer sekali.. Belajar sendiri jek..

Maka, saya pun mencabar diri sendiri utk buat eyelet.. Rasanya lagi senang eyelet dr frenchplate.. Tebuk lubang n masukkan ring.. Semua barang masa tu beli kat GM Klang.. Memang murah dari kedai kain langsir biasa.. Projek2 lepas tu, macam biasala.. Buat sarung bantal, seluar KATOK.. hehe.. Korang tau ke suar katok tu ape.. Alaaa..suar pendekla.. lepasla anak dee nak g swim pakai suar buatan ibunya sendiri.. Dee buatkan utk Umar, Aesya n Dhani (sepupu diorang).. Seronok tau menjahit ni.. Tapi, seluar tu memang improve banyakla..dari segi jahit getah pinggang, jahit tulang jahitan kat kangkang seluar spy susah nak koyak.. Best tau.. Cume yg dee x terbuat lagi adalah jahit Quilt.. ni kene tukar jarum n tapak kat mesin.. Seru belum sampai.. Dah ngandung kali ketiga nanti kut baru nak jahit quilt… Doakan ye 🙂

Banyak sangat intro jahitan… So, kat JUbail ni, dee masuk kelas jahit baju kurung.. Itula yg rasa ralat sangat sebab hari tu x konpiden nak bawak mesin jahit dee masa balik msia.. Sekali berat kurang dekat 30kg masa kat airport.. 3 bijik mesin pun ko boleh bawak lagi diyana.. Amek kau… Udahla.. barang yg lopeh jangan dikonang… Maka, hari Rabu lepas adalah kelas jahitan kami yang pertama.. Perasaan memang super excited.. Anak2 kutidorkan awal malam tu… Bateri phone caj kasi penuh.. Internet Wi-Fi ku pinjam dari abahnya utk bawak masa hr kejadian.. So, bila pagi tu nak kejut anak2 utk bangun pagi xdela diorang mengamuk sebab x cukup tido.. Semuanya smooth jek.. Sampai je rumah cikgu, dah jumpe budak2 lain.. So, startla diorang main..sesekali je aesya cari ibu die n itupun xdela sampai mengganggu pembelajaran pd hr itu..

Cikgu kami nama cikgu Mimi.. Cikgu Mimi ni baik dan lembut orangnya..die suke gelak.. Chomelll… Gigih die mengajar kami dengan anak kecik yg masih 4 bulan.. Sesekali, ade umi2 yg tolong pegang babynya sementara die nak buat penerangan.. So, hari tu…dee belajar macam mana nak amik ukuran baju kurung dan membuat pola.. Dee buat baju kurung aesya.. Bawakla baju contoh.. Senang sikit nak amik ukuran.. Almaklumlah, amatur… Hehe.. Lepas dah siap pola, barula masing2 menggunting.. Nebes je memasing nak gunting.. memasing takut salah.. Tapi, ade jugak yg dah biasa tu memang xde masalah.. Lepas gunting, kami jahit tepi plak.. Aktiviti2 ni pun dah sampai pukul 12 tengahari.. Rasa macam x cukup masa je.. So, kami stop dulu n plan utk sambung esok..

IMG_6116
Ketua kelas kami Kak Zy.. Kak zy nak rotan sape tuh..Kami bising ye.. Tulih nama Tulih nama..Hehe
IMG_6117
Partnet menjahit.. Puan Yan kite dari Shah Alam.. Model tengah duduk tu Humaira.. nak buat baju die latu…
IMG_6118
Haa,,dasat gile semangat semua orang buat pola baju… macam2 gaya ade..
IMG_6119
Korang tengokla..ginila cabarannye mak2 kat sini nak belajar menjahit..dah main kelubung plak budak2 ni…
IMG_6120
Girls talk only… Peace Yo..
IMG_6121
Jiranku yang baik hati..Kak Gee 🙂

 

IMG_6122
Tuan Beloh tudung purple.. Malu kiranya xnak toleh ke kamera.. Blueekkk…

Balik je, dee dah kemas2 beg utk g kelas esok plak.. Eksaited ngko… Dulu, masa dee kat U, penahla belajar menjahit dengan jiran sebelah umah dee kat Ampang Tasik dulu.. dapatla selai baju kurung.. Tapi, lepas tu memang x menjahit dah.. mesin pun xde.. So, kelas menjahit baju secara formal ni memang sangatla ditungu tunggu.. Time keje bile mase ko nak g kelas jahit bagai..Walaupun perasaan tu membuak buak.. Amboii ayat.. :p Ko membuak buak beli kain tempah buat baju adela.. Sekali borong kat Bandung ngan Jakarta boleh buat stok setahun.. Lepas tu, terus aku x masuk Jakel dah..Haha.. Ok, sambung balik..Rupa-rupanya keterujaan dee utk masuk balik kelas esok x kesampaian.. Sebab, budak2 tido lambat plak malam tu dan esoknya Khamis malam, abahnya nak buat makan2… So, tukang masak xde tauliah ni sudah kecut peruttt.. Takut x sempat masak n makanan x cukup.. Makin lama, jemputan die makin banyak.. Takpe…kate abahnya..ibu masak je lebih..Kalau x habis, kita bagi orang.. Senang je cakap ye.. Aii is ketaq okeh..ketaq…

IMG_6051
Cantik ku potong telor kali ni.. Teringat mak potong telor gune benang masa jual nasi lemak dulu.. Bergune jugak ilmu tu mak..
IMG_6052
Laksa ni dah rendam semalaman pun keraih lagi..rupenye memang nak kene rebus.. Selama ni gune yg instant je.. Periuk dah la kecik..ade la 3 trip rebus laksa.. Haha

Maka, bermula dee ketang ketung kat dapur dari pagi sampai ke petang utk hari khamis tu.. Menu utama adalah nasi kerabu, dan laksa.. Disebabkan  jemputan abahnya yg bertambah tambah, dah pukul 5 petang tu, dee tambah lagi masak nasi putih utk makan dengan sambal udang letak petai n sayur campur.. Haa… kelas x kelas la dee masak mcm lipeh kudung.. Kak Ina pesan masak dengan kasih sayang.. Hehe.. Dee buat penuh kasih sayang.. Harapnya kenyangla tetamu makan dan menepati selera diorang.. Kejayaan (Amboi kejayaan) masak pada hari itu akan menjadi batu locatan (amboi batu loncatann) utk dee terus memasak lagi … Choiiii…

IMG_6060
Menu last minute..sambal dang letak petaii…mabeles..
IMG_6061
Da siap pun..abahnya bukan main.. request..Ibu, petai abah nak empuk sikit ye… Order la bang..selamat ibu suri rumah.. hehe
IMG_6059
sayur campur express rakyat..
IMG_6069
Tuan rumah makan dulu before makan2 bermula..
IMG_6062
Dah siappp !!! Jiranku yg baik hati sponsor kan meehun goreng dan air panas.. Mekasih kak gee..
IMG_6066
Amboii adikkk..aksi akrobatik ye..mentang2 kamu ringan..
IMG_6065
Seronok kan umar..kawan2 datang..esok nak exam dah.. jangan kamu xnak buat sudah.. Jangan bg ibu haru ye..

Sebenarnya, ade 2 story lucu yang betul2 sangat made my day la..Haha..Kisah pertama adelah kisah Jintan.. Resepi daging bakar nasi kerabu memerlukan dee utk gune jintan putih dan jintan manis.. Selama yg dee tau hanyalah jintan halus dan jintan kasar je.. Korang tau ke?

IMG_6046
Ok, cepat teka..mana satu jintan manis mana satu jintan putih.. Uji minda ye baca belog ahkak hari ni…

Kalau korang at my age (33) n below, keje plak tu..mesti lebey kurang ahkak gak kennnn… Kikiki.. Ai is konpius okeh.. Ade dekat 5 group ahkak tanya..mana satu jintan putih n jintan manis.. Tapi bagi gambar kat diorang gambar biji ketumbar dengan jintan putih..Boleh ??? Xke bangang sangat ahkak ni..ketumbar dengan jintan pun ahkak x tau.. Tak pasal2 aii suruh member gugel gambar jintan manih tu ape rupenye.. Please jgn gelakkan dee kalau korang kenal jintan maneh… Baiklah…utk adik2 yg xtau..jintan manis tu jintan halus laa… warnanye gelap dr jintan putih ataupun jintan kasar dan memang aromanya ade bau manis sikit.. Hehe.. Terima kasih diucapkan kepada semua yg telah menolong saya.. Anda tau siapa diri anda..

IMG_6048
Haaa… Ni la jintan maneh diyana oiiii… aka jintan halus…

Kisah seterusnya adalah kisah abahnya.. Ni kalau abahnya jadi editor..konpem kene delete citer ni.. Utk buat laksa.. dee request abahnya belikan limau kasturi.. Macam biasa la dee message abahnya, kol lagi utk pesan… Nanti abah belikan tau sebelum balik keje.. Jangan lupe ok.. X sedap laksa ibu nanti.. Ok sokmo lakiku.. Setelah abahnya pulang, dee pun cek barang dalam plastik.. nak keluarkanla..nak basuh2.. Jeng jeng jeng… sekali die belikan limau..limau jugak la kan..cer korang teka abahnye belikan limau ape… ahkak memang gelak dah.. Kita ikuti perbualan ini :

 Abang…abang ni betul2 buat hari ibu bahagia..ibu xnak marah..sebab hilang penat ibu bila tengok abang bawak balik limau ni.. Ni bukan limau kasturi bang,, Ni limau PURUT.. Abang nak mandikan ayg dengan air limau purut kerrr buat ubat… Meh meh..ibu bagi BIG HUG.. Hehe.. Nanges okeh..nanges.. Abahnya really buat ibu senyum bahagia sampai telinge..

p/s : Abah jangan marah ye ibu dah blog kan kisah limau purut ni.. Ibu kene catat gak.. Nanti dah tuo2, kite bace, mesti gelak sampai nampak gigi pelsu kiterrr… Silap hari bulan tanggal sebab lupo lotak polident…

 

To Be continue

Love’s Diyana