Checked In Jubail 2016

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh..

Panjang ok…ucapan salam utk semua sahabat pembaca blog Bonda Umar Aesya Hamra. Doa tu..Jangan lupa jawab ye..Kalau nak diikutkan, nama FB dan blog nak kene tambah nama arissa plak.. Dee kan dah jadi mak anak 3.. dah tambah lagi sorang buah labu dee.. Tapi disebabkan nama arissa dibelakangnya ada Humaira, sama maksudnya dengan Hamra.. So, dee maintain je lah nickname ni.. Ok ke tak Ok.. kita tunggu dan lihat je nanti..

So, dah checked in Jubail.. Dah balik ke negara padang pasir berdengung setelah menyempurnakan misi melahirkan Zara Arissa Humaira di Malaysia.. Alhamdulillah, Arissa lahir mudah sangat.. Senang je menjaganya awal2 pantang tu.. Tapi, lepas je abahnya balik saudi, die START dera ibu.. Menangis dari petang bawak ke pukul 2/3 pagi.. Dekat 2 minggu jugakla mengadap arissa menangis malam.. Sampai abahnya balik Msia dulu sebelum buat haji.. Arissa…arissa.. lepas dia dah ok, die tido lambat memalam..pukul 1,2 pagi baru dia tido.. Ibu x kesah nak.. janji awak tak nangis.. Kalau awak nangis, jem kepala ibu, serba x kena jadinya.. Tak tau ibu nak buat ape.. Kesimpulannya, merasala ko diyana..anak menangis malam.. Kemana nak tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi.. khennnn… lalalala..

img_0141
Baby Made In Saudi. Lahir 19 Julai 2016 jam 11.52 am dengan berat 3.05kg di DEMC Hospital .                              MISI SELESAI
img_2553
Di pagi raya Aidil Adha 2016. Alhamdulillah, raya haji tahun ni, abah arissa dah berjaya menyempurnakan hajinya. Kami beraya anak beranak la di Malaysia. Abah di Mekah. Shukur ke hadrat Allah. 2016 memahat 2 kenangan manis, pertamanya kelahiran Arissa dan keduanya bila abah naik haji 🙂
img_2585
Ibu masukkan satu gambar haji abah untuk kenangan. First day raya aidil adha jugak ni..Tengok tu..dah botak..

Sekarang ni dah mula nak masuk musim sejuk.. Sesekali angin sejuk dah bertiup.. 6.30 pagi dee akan kuar rumah tunggu bas dengan anak2 pun dah terasa sejuknya.. Rasanya tahun ni musim sejuk mula lebih awal.. Last year agak lewat.. Bulan 12 last year betul2 extreme sejuknya..Kami dapat escaped, sebab balik kenduri Timah.. Tapi kali ni, tiadalah lagi escapism. Persediannya adalah dengan membeli 2 unit tambahan heater. 2 bijik yg gune last year pun rasa x cukup.. Kene tambah 2 lagi..

img_2779

Kami balik ni, dah masuk fasa akhir musim panas. Kira bertuahla dah terlepas panas lit2 nak dekat 50 degree C. Dengar abahnya je lah bercerita bila balik keje petang2.. Panas bu, panas buu… Pipi pun berbahang, tu belum campur humidity tinggi lagi.. Belengas badan..Gambar ni, pemandangan depan compund rumah kami.. Rumah kami depan taman mainan.. Sekarang ni petang2 mak2 arab termasuklah kami bentang tikar.. Kami minum petang.. Sambil anak2 main kat padang..Bahagianya CTG yek..haha..usahla jeles..Sebab, rasa nak pitam jadi suri sepenuh masa pun ade..

Checked in Jubail kali ni rasanya macam dee mulakan balik life di Arab saudi. Totally berubah dari segi pengurusan keluarga dan masa. Dee rasa mencabar jugakla. Sebab, balik dah bawak baby kecik domok tu sorang. So, dah bertambah kerje dan ditambah lagi dengan Umar dan Aesya yang dah bertukar ke sekolah baru.. Memang dee rase sangat tunggang terbalik.. Sampai demam, stress and at last mcm biasalah…stress theraphy saya.. Nangis..haha..

Dah nak sebulan ni barulah dee rase jadi normal balik.. Dah boleh adjust masa dan rasa dah boleh tidor malam dengan lena, tanpa perlu nak fikirkan ape nak masak untuk bekal anak2 esok paginya..Sengal kan.. aku stress sebab xtau nak masak ape.. 2 box tau..satu snack box, satu lagi lunch box. Mana taknya, diorang balik sekolah dekat pukul 3 petang.. Dalam seminggu ni, dee suap nasi bagi makan breakfast since teacher aesya cakap die xnak makan sangat time rehat.. Boleh die buat pandang je bekal makanan die tu.. Ingatkan kat rumah je buat perangai, sampai ke sekolah die sambung menyambung.. Bertuah betul anak dara tu.. Hopefully, lepas dah tukar ke breakfast berat pepagi ni, akan boost die punya energy..

img_2718
Arissa dengan ibu masa transit di Dubai.. Well behave dalam flight kecuali berkali kali kamu beyakk.. Masa ni ibu senyumla sebab tak sabar nak balik saudi kannn… Lepas tu ibu nangis, sebab stress xtau nak masak ape… Dah lama gantung kuali kat Malaysia la katekan.. Skill memasak pun nak kene asah balik..

Dalam pada duk stress2 xtau nak masak ape..di suatu petang kami mendapat kiriman sate dari Puan Sharifah Awang. Dee panggil Che Pah.. Sedap plak sate Che Pah buat.. sekali, selambe abahnya request.. Ibu, buat sate bu.. Berebut makan dengan anak.. Umar pun hantu sate jugak.. Abahnya kalau balik Msia mesti nak makan sate..Kalau kat Sijangkang tu, femesnya Sate Barakah.. memang sedap pun.. Tapi, boleh ke dee buat sate ni..?

Haaa… nak x nak, mesej la che pah tanya resepi.. Ala dee, resepi aku campak2 je katenye.. Die bagi resepi kat Dee pn mcm simple gile.. Nekad ni, di kala stress melanda, mencabar diri sendiri pulak utk buat sate.. Pergi Lulu, sambar terus isi ayam 2 kilo dan rempah2 perapan.. Malam tu jugak aku hadap..

img_2966
Kak Milah jugak yg pandai teka dee nak buat ape bile up gambar ni kat IG. Terus request nak 50 cucuk siap bakar..Hahaha..
img_2970
Tu diaaa.. dekat sejam dee menyucuk sate 2 kilo pagi tu.. Arissa masuk buai tido je, terus mulakan misi.. Cucuk jelah, janji die lekat kannn.. Lepas siap cucuk, terus mesej che pah.. pahhhh.. aku mcm nak nangis nengok sate ni siap cucuk.. sebab aku mcm x percaya aku sanggup buat sate..Jadik pulak tu sebagaimana rupa sate.. Rase aku tolak tepi dulu.. sekurangnya, rupa dah ada kannn.. Alhamdulillah, setelah dibakar dalam oven, abahnya cakap sedap buuu.. ke abahnya nk jaga hati ibu tak tau la kann, tp opkos la rase sate che pah lagi sedap.. saya budak baru belajar.. Thanks again pah, batch kedua sate dah berjaya dilangsaikan dan ade 2 kilo lagi isi ayam dalam freezer. Tengok event ape yg sesuai akan datang, kita menyate lagi.. 🙂

 

Sesi persekolahan umar dan aesya semester baru ni di International School Group, Jubail.. Diorang ni daftar lambat.. kami tunggu abahnya selesai buat haji dulu baru balik jubail.. Kawan2 dah mula sekolah dekat 2 minggu.. lepas cuti raya haji baru budak2 ni masuk skool.. Awal pagi dalam pukul 5.30 tu dah bangun.. 6,40am bas sampai untuk ke sekolah. Jarak perjalanan dari rumah ke sekolah kali ni agak jauh, dalam setengah jam perjalanan.. Sebab tu la kene bangun awal.. dan kene tido awal jugakla kan.. Dengan ibu2 kene masuk tido awal jam 9 malam.. Malam ni je terlepas.. Ni dah pukul 12 malam.. Esok ade kelas ngaji kat rumah Dee.. Itula..bila mood menulis dah datang..masa bukan sandarannya..

 

img_3026
Tunggu bas pepagi. Ni elok je kan kakak aesya tu.. Tapi, nak kejutkan die bangun punyala azab.. adik xnak pegi kolah..adik xnak kolah ibu..Memang Adoii…setiap pagi ye.. selagi die tak dapat kawan yg betul2 ngam dengan die, selagi tu la die akan menangis pagi..dah boleh cam dah perangai die kalau memula sekolah.. Hadap je lah..

 

img_2956
bebudak ni kalau amik gambar x sah kalau x julur lidah.. entah ape perangei.. sekolah baru ni xyah pakai baju seragam sekolah.. lega ibu x yah menggosok.. kalau x mau aii import philips dry iron dari msia.. Alangkan periuk noxxa pun ku bawak, mentelah la dry iron.. selamat duit abah.. kalau x, saje kene au dengan ibu..huhu
img_2768
Kakak aesya masa hari pertama sekolah.. sampai je sekolah die dah rasa lain.. sekolah baru..x sama mcm dulu..masuk plak lambat.. dan dan die cakap, Abah..aesya rasa nak nangis la.. maka bermulala orkestra pada pagi itu…
img_2769
Simple Apps Class Dojo, fungsinya mcm whatsapp utk komunikasi antara parents dan sekolah..cume advance skit since ade penilaian anak2 yg boleh kita lihat dalam aplikasi ni.. Macam fungsi instagram pun ade jugak..Best !
img_2989
Kat rumah pun xdapat macam ni.. ibu malas nak lecak.. sekali dah tumpah kat carpet..jenuh basuh.. Lega ibu tengok gambar ni.. Sekurangnya ibu tau, masa panjang kat sekolah berbaloi dengan pelbagai aktiviti yg anak2 ibu buat. Tido sekejap pun ada kat sekolah kamu.. Okla aesya, cepatla dapat kawan yg kamu ngam.. takdela ibu nak perang dgn kamu pepagi lagi…

img_2997

Umar masa program Family Reading Night kat library sekolah.. Dalam program ni, parents dijemput utk diberikan penerangan mengenai cara membaca brsama anak2.. Apa yg ditekankan adalah disiplin utk membaca setiap hari harus dipupuk untuk membolehkan anak2 cepat membaca.. Mulakan dengan 10 minit setiap hari sehingga sekurang kurangnya 20 minit sehari.. Lagi banyak masa yg diberikan lagi bagus.. Diorang ni xde homework.. Buku je banyak bawak balik kat rumah untuk bacaan..

img_3042
Cekodok ibu ni la buat teman ibu kat rumah..
img_2764
Cekodok boleh, buah labu pun boleh 🙂

Tahun ni jugak Kelab Rakyat Malaysia Jubail, KRMJ mengadakan Kelas Fardhu Ain. So Umar adalh batch pertama kelas fardhu ain di sini.. Inisiatif yg cukup baik bagi mengisi limitasi ilmu fardhu ain yg tidak diajar di sekolah. Kelas ni terbuka untuk anak2 yang berumur 6-8 tahun. Baru saja pelancarannya minggu lepas. Sambutan yg diperolehi pun cukup baik. Syabas dan tahniah diucapkan kepada AJK KRMJ kerana berjaya membawa inisiatif ini menjadi kenyataan.

img_3025
Happy anak ibu dalam kelas PAFA pertama. Diorang belajar jenis2 najis.. Balik je terus cerita dengan ibu, muntah tu dirty..die x pandai cakap najis la tuu.. huhu..umar umar…

Dalam duk sibuk2 kalut2 dengan life baru, dee sempat buat majlis makan2 kat rumah.. Lama kami kat malaysia..dekat 4 bulan.. Bila balik tu nak la jumpa kawan2 balik kan, sembang2..kami buatla makan2 sikit..Alhamdulillah, ramai yang datang.. Terima kasih diucapkan kepada yang datang. Terima kasih juga atas buah tangan dan hadiah utk Arissa. Semoga Allah saja yang membalasnya. Dee mohon maaf juga atas segala kekurangan.

img_2936
Gambar ni je ade dalam phone dee. sesi lepas jumaat ni la satu2nya gambar.. lepas isya dalam phone lg satu, x sempat nak transfer.. Gambar arissa dengan baby harraz anak kakak jiran.. Arissa lahir awal 2 minggu dr harraz kalau x salah dee.. Gepren ni ramah semacam dengan boipren.. :p
img_2940
Tu dia..sesi mengemas 1 day after event.. Sape lagi amik kontrak basuh pinggan, abang toyyib la.. Mekasih banggg…
img_3090
Si kecik ni dah pandai main sendiri sampai penat pastu tido..Baju dalam bakul panggil suruh lipat.. Mai lipat aku..mai lipat aku.. Berchinte maksss..
img_3084
Teacher die bagi gambar ni.. Cakap die punya mood dah ok.. Dah dapat makan nasi lauk sup pepagi, kalau mood x ok jugak memang nak kene la kannn.. Dee memang kene banyak bersabar dengan budak sorang ni.. Exactly Me.. nak buat macam mana kan..panassss….
img_3078
Kita akhiri dengan wefie ibu dengan arissa before pergi kelas bahasa arab.. Our first class with Ustazah Yeni.. Doa2 mudah mudahan dee istiqomah dan kuat semangat pergi belajar bawak anak kecik ni ye..

 

 

 

Sampai juga kami ke Madrasah Tahfiz Firdausi Al Warisi, Tapah

Alhamdulillah, semalam sampai juga ke maahad tahfiz yg pernah menjadi viral sedikit masa lalu. Bila whatsapp viral tu masuk dalam phone dee, terus terang dee dan suami terperanjat…sejak bila pulak dekat Tapah ada maahad tahfiz???.. Rata jugak dah round Tapah ni, tak pernah lagi nampak mana2 signboard pusat tahfiz… Rupanya, Madrasah Tahfiz Firdaus Al Warisi ini baru sahaja berpindah ke jalan menuju Cameron Highland Tapah pada bulan Disember 2014 yg lalu.

Tak susah kami nak mencari lokasi pusat tahfiz ni. Dalam google map pun ada. Jalan ke maahad tahfiz ni adalah jalan menuju ke kawasan rekreasi Kuala Woh, iaitu jalan lama menuju ke Cameron Highland. Kita akan melepasi Kem Batallion Ke-4 Askar Melayu Diraja dan Sekolah Menengah Sains Tapah sebelum sampai ke destinasi.

IMG_0098
Selamat Datang
IMG_0073
Jalan masuk menuju ke madrasah

Berbekalkan pemandangan sekitar yg tenang dan nyaman dek pokok2 hijau disekelilingnya, udara yg nyaman dan sejuk..ternyata lokasi ini amat bersesuaian sekali untuk dijadikan pusat pembelajaran untuk anak2 tahfiz. Dalam perjalanan ke sana dee cakap dengan abahnya, Abah kalau ade tanah kat tepi sungai kat sini , u belila.. Nanti bolehla ibu buat pusat jagaan orang tua kat sini.. Serius dee cakap, kawasan ni memang tenang sangat.. Tolong doakan impian dee ini tercapai. Impian untuk membina pusat jagaan untuk orang2 tua.. Masa tu dee akan bersara sebagai penjawat awam.. Ameen..

Tak lama kemudian kami pun sampai..Walau telah menghubungi ustaz beberapa kali dan gagal..kami nekadkan juga untuk pergi ke sana. Risau amanah orang yg bagi kat kami untuk disampaikan belum lagi tertunai.. Masuk sahaja dah makin rasa ketenangan dan kenyamanan suasana di situ. Hujan renyai menyambut kedatangan kami suami isteri.

“Abah2…stop2..ibu nak amik gambar.. ibu nak blogging citer ni tau.. Adoii… Nanti balik, u amikla gambar pintu depan ni yang oiii.. Idakla menyempattt.. Haaa..amik kau, laki aku sound setepek.. Jap kang die sound lagi.. Yang u gi amik gambar reban ayam umah orang tu kenapa.. ? Aku bengang betuii okeh..suke hati aku la nak amik gambar lubang idung sape baikkk.. Sentappp akak…”

Lepas parking kereta, kami jumpa sekumpulan anak tahfiz yg sedang main di depan bangunan kecil sekolah.. Ustaz Firdaus xda.. Sekejap diorang panggil Ustaz Akmal kat asrama.. Kami menunggu sebentar.. Dihadapan kami ade rangka besi bangunan yg kami tidak pasti apa binaannya. Ada 2 buah kolam ikan talapia kat situ. MashaAllah..banyak ikan2nya menerpa ke gigi kolam apabila dee mendekati kolam tersebut.. Bestnya bangg !!!

IMG_0077
Talapia
IMG_0075
Tenang dan mendamaikan

Tak lama kemudian, ustaz Akmal pun sampai.. Usai abahnya bersalaman, kami dijemput masuk ke bangunan pentadbiran kecil di hadapan tempat parking kereta kami. Di situ, abahnya membuat sedikit pengenalan diri dan menyatakan tujuan dan hasrat kami mengunjungi pusat tahfiz bertuah itu… Dapat dee lihat terpancar kegembiraan di riak muka ustaz Akmal atas kunjungan kami.. Senyum sokmo ustaz ni, dengan suara yg seringkali hilang2, (baru nak baik dari demam barangkali) sabar dan tenang ustaz menjawab setiap pertanyaan yg kami utarakan..

IMG_0079
Kami dijemput masuk ke pejabat kecil maahad tahfiz ini

Senyum Ustaz, bila tau kisah viral maahad tahfiz ini sampai ke Arab Saudi.. Tak sangka katanya..ingatkan dalam Malaysia je.. Rupanya sampai ke Eastern Province, Saudi Arabia. Allahuakbar.. Besar hikmahnya setiap apa yg berlaku. Sekali lagi dee tegaskan di sini, Maahad Tahfiz ini benar2 wujud dan beroperasi secara sah. Benar suatu ketika dahulu mereka memerlukan dana RM 350K bagi melangsaikan hutang jual beli tanah. Alhamdulillah.. berkat sumbangan dan derma Rakyat Malaysia yang sememangnya pemurah, baki RM350K yg perlu dicari  dapat dikumpulkan hanya dalam beberapa hari setelah kisah itu menjadi viral.  Sekelip mata Allah nak bantu.. Allah uji dengan ada pihak yang mengatakan itu adalah viral palsu sehingga kemudiannya ia berakhir dengan hutang dapat dilunaskan dalam tempoh yang kita rasakan tidak munasabah untuk mengumpul wang sebanyak itu… Allah Ya Allah..

IMG_0082
BUKAN VIRAL PALSU
IMG_0081
Flyers yg disediakan
IMG_0080
paper cut berhubung madrasah tahfiz ini yg mendapat perhatian sedikit masa lalu
IMG_0083
Dana seterusnya yg diperlukan adalah pembinaan surau maahad tahfiz ini
IMG_0084
gambar di atas adalah tapak cadangan utk membina surau. Setakat yg dee lihat, dah ada kerangka besi utk pembinaan surau tersebut.

Sehingga kini, anak2 syurga yang menghuni pusat tahfiz ini berjumlah 43 orang. Ramai yang ingin menghantar anak2 mereka ke sini, tetapi terdapat kekangan dr segi kapasiti asrama sedia ada. Uniknya maahad tahfiz ini adalah tiada sebarang yuran dikenakan untuk golongan yg kurang bernasib baik dan kurang berkemampuan seperti fakir miskin, anak yatim, mualaf dan orang asli. Memandangkan maahad tahfiz ini masih baru, apa yg dapat dee lihat, banyak lagi fasiliti baru yg akan diwujudkan dan ditambah baik untuk masa hadapan dan ini semua memerlukan dana sumbangan berupa derma/wakaf yg berterusan dari pelbagai pihak.. 

Jika diikut sejarahnya, sebelum ini, maahad tahfiz ini sering berpindah apabila ada pihak yg sudi menumpangkan mereka di beberapa lokasi tertentu dan akhirnya mereka berpindah lagi apabila tempohnya telah berakhir. Setakat ini, maahad tahfiz ini mempunyai tenaga pengajar berjumlah 2 orang, seorang warden dan seorang tukang kebun. Isteri ustaz firdaus pula membantu ustaz firdaus dr segi pentadbiran dan juga memasak utk anak2 syurga di sini.

Kata Ustaz Akmal lagi, kita ambil juga anak2 yg bermasalah.. anak2 yg mungkin ada kekurangan dr segi akhlaknya dan juga menjadi mangsa perceraian ibu bapa. Jika bukan kami yg nak mengambil siapa lagi jika kesemua pelajar2 bijak pandai sahaja yg memenuhi maahad tahfiz. Inilah cabaran yg disahut mereka. Kata ustaz, bukan kami yg ubah akhlak mereka.. Tapi Allah yg buat mereka berubah untuk menjadi remaja dan anak2 yg lebih baik.

IMG_0085
Buku Pelawat yg sempat ditandatangani..

Dari segi pembelajaran pula, maahad tahfiz ini merupakan pusat tahfiz sepenuh masa bagi pengajian alquran. Sedang dalam rangka untuk membina bangunan sekolah, pihak maahad tahfiz ini sedang mencari guru2 yg sudi secara sukarela mengajar anak2 di sini dalam bidang akademik. Biasanya pihak sekolah akan membuat solat hajat sebelum menerima kemasukan seseorang pelajar. Semuanya diserahkan kepada Allah untuk menggerakkan hati mereka bagi memilih anak2 yg benar2 memerlukan untuk belajar di maahad tahfiz ini.

Kelas pengajian quran terbahagi kepada dua. Kelas membaca dan kelas hafazan. Selain itu, kelas fardhu ain, kelas hadith dan kelas bahasa arab juga di ajar di sini. Cuti hujung minggu hanya bermula pada hari sabtu tengahari dan sehingga penuh hari Ahad. Anak2 ini walaupun cuti sekolah, mereka tidak pulang ke rumah ibu bapa.. Cuti sebenar benar mereka hanya pada hari raya puasa dan hari raya aidil adha.. Selebihnya hidup mereka membesar dan belajar di pusat tahfiz ini. Semalam masa dee pergi kat sana, anak2 ini melakukan riadah masing2.. Ada yg duduk di tepi sungai, mandi sungai, dan x kurang juga yg berakit di anak sungai yg ada di situ.. Begitulah…Di saat anak2 dee tengok TV kat rumah, dan mungkin juga kanak2 lain di luar sana sedang bermain game di tab dan sebagainya..anak2 syurga ini tidak mampu mengenal sama sekali gajet2 yg banyak melekakan sesiapa sahaja yg tergoda akannya. Mereka berinteraksi dengan alam dalam mengisi ruang masa mereka di waktu cuti saban minggu..

IMG_0086
Sebelum melawat sekitar kawasan madrasah, kami dijemput utk memberi makan kepada ikan2 di kolam.. Begitulah.. setiap pelawat akan dijemput utk menikmati pengalaman tersebut..
IMG_0088
Bangunan asrama lama
IMG_0087
Surau sedia ada
IMG_0092
Rumah tamu
IMG_0094
Atas kanan, bangunan asrama sekarang.
IMG_0095
Diorang lepak, tengok kawan berakit kat anak sungai.. serban x tinggal kuttt… hehe

Bila ditanya seronok tak duduk sini.. Seronok !!! Balas anak itu dengan yakin tanpa ragu2. Jalan depan dee pun diorang membongkokkan sedikit badan tanda hormat kepada tetamu.. Bukan depan dee je..sampai ke hujung masih lagi menunduk dengan tangan kanan sedikit disua kedepan.. Senyum bahagia dee tengok.. teringat kat Umar.. Semoga anak ibu pun begini juga… Baik akhlaknya. InshaAllah ibu akan cuba didik dengan baik..

IMG_0093
ok..sy nampak perut yg bunchittt..ngehngehngeh…

Untuk makluman semua, walaupun hutang tanah telah pun berjaya diselesaikan, pihak maahad tahfiz ini masih lagi memerlukan sumber kewangan bagi menampung kos pengurusan bulanan yg mencecah puluhan ribu juga. Kos2 sampingan ini terdiri daripada, kos tenaga pengajar, bil2 utiliti, dan juga makan dan minum pelajar. Wakaf dan derma juga amat diperlukan untuk meneruskan kerja2 pembinaan surau bagi aktiviti pembelajaran anak2 syurga di sini. Surau sedia ada yg sempat dee tinjau kelihatan agak kecil dan pada dee tidak lengkap fasilitinya memandangkan ia hanyalah bangunan ringkas yg mempunyai struktur terbuka.

IMG_0090
di surau inilah, aktiviti2 pembelajaran dijalankan..

IMG_0089 IMG_0091

IMG_0097
Kami bergambar sebelum balik.. Yang ni je yg ade kat bawah.. InshaAllah, kita jumpa lagi nanti..

Semoga Allah membuka hati2 lebih ramai dermawan2 untuk turut sama membantu merealisasikan surau baru untuk maahad tahfiz ini.

Sumbangan/derma/sedekah/wakaf/zakat anda amat2 diperlukan dan boleh disalurkan ke :

Akaun Maybank Maahad Tahfiz Firdausi Al Warisi

5580 6050 4394

IMG_0074

Dee teringat pesan ustazah.. Kat akhirat nanti masa semua manusia dikumpulkan di padang masyar.. Kita tak tau berapa lama waktu Allah nak menghitung amal baik dan buruk setiap umat manusia yg ada di muka bumi ini. Yang pasti tempoh waktunya sangat panjang.. Satu hari manusia di dunia,  x sama dengan 1 hari di akhirat kelak.. Masa tu panas..ada yg merasakan matahari sejengkal di atas kepala, ada pula yg lemas dek peluh manusia yg keluar pada hari tersebut. Setiap yg berlaku pada kita adalah mengikut amal baik dan buruk masing2 di dunia.

Tetapi, ada 7 golongan manusia yg berada dalam lindungan Allah di padang mashar.. Salah satu golongannya, adalah golongan manusia yang bersedekah… yg mana tiada siapa yg mengetahui akan sedekahnya itu melainkan Allah. Ibaratnya, jika tangan kanan memberi tangan kiri tidak mngetahuinya. Allah Ya Allah. Tidak kiralah berapa sahaja yg mampu kita bagi.. mungkin yg plng sedikit itu yg paling diredhai Allah… Mungkin, itu yang paling disukai Allah. Dan mungkin kerana sedekah yg paling minima itu, yg malu untuk kita canangkan di dunia kerana kita hanya mampu mengeluarkan paling sedikit yg kita ada.. Rupa-rupanya..sedekah yg hanya kita dan Allah je yg tahu itulah yg mampu membuatkan kita berada dalam lindungan Allah di padang masyar kelak..