Kenangan Umrah Hamili 2016

Alhamdulillah, tak terkata nikmat yang Allah bagi untuk Dee tahun ni. Benar, penghijrahan itu memang perit dan sukar, tapi kebaikan yg kami perolehi itu, sukar nak digambarkan dengan kata kata. Benarlah kata2 Allah, sesudah diberikan ujian itu, pasti ada kesenangan yang diperolehi.. Bersabarlah…

Pada hujung April yang lalu, kami sekali lagi berpeluang mengerjakan Umrah di sini. Peluang apabila Mak n Ayah mertua datang ke sini, kami sambut dengan membawa mereka menunaikan Umrah. Apalah lagi kegembiraan terbaik  yg mampu kami berikan selain daripada membawa mereka mengerjakan umrah bersama anak menantu dan cucu-cucu kesayangan.. Shukur sekali lagi kami panjatkan kepada Allah swt atas kesempatan, peluang dan rezeki yang Kau berikan ini.

Kami bermalam di Riyadh sebelum bertolak ke Taif utk Miqat di Qarnul Manazil. Kali ni, kami konvoi menaiki kenderaan bersama Keluarga Helmi dan Juzie.. Rasanya trip kali ni, memang Umar dan Aesya seronok sangat, sebab dapat pergi Kaabah dengan Hakim dan Baby Husna sekali..Tapi rasanya, kami jugakla yg pening nak melayan akan keterujaan kanak2 ni nak berkawan n bermain macam diorang ade kat Jubail.. Haha…

Umrah Hamili adalah diluar jangka.. Dee sembang dengan Juzie…Kalau kita kat Malaysia, mesti kita tak berpeluang nak gi Umrah masa mengandung kan.. Sesuatu yang agak mustahil utk dilakukan.. Tapi, itulah rezeki kami, dapat buat Umrah masa mengandung.. Bertuahnya anak dalam perut ni, dalam perut ibu lagi, ibu dah bawak kamu keliling kaabah, dalam perut ibu lagi, ibu dah bawak kamu lengkapkan rukun Umrah..

Malam tu, abang toyyib temankan dee n juzie selesaikan Umrah.. Mula2, dia bawak mak ayah selesaikan Umrah dulu.. balik rehat kejap terus bawak Dee n juzie yg join sekali utk selesaikan umrah Mak Yong. Semoga Allah memberkatimu bang…Pusingan pertama tawaf di dataran kaabah agak mencabar.. Rasanya dee n juzie dah terlambung n terbuai dek gelombang manusia yang luar biasa juga ramainya pada malam tu.. Kami mulakan umrah sekitar jam 1.30 pagi. Mungkin sebab keesokan harinya, Saudi cuti..ditambah pula dengan kehadiran jemaah2 umrah yang baru tiba pada malam tu menyebabkan kami rasa kami ni tengah buat tawaf Haji. Macam tu juga semasa Saie.. MashaAllah..luar biasa ramainya..

Selepas termasuk dalam lingkaran padat pada pusingan pertama, suami dee cepat2 tarik Dee keluar.. Pusingan kedua dan seterusnya kami tawaf di luar kawasan Maqam Ibrahim. Inilah kali pertama dee tawaf di dataran kaabah yg telah luas apabila mataf tidak lagi digunakan. Kerja2 pembukaan binaan mataf hanya tinggal sedkit sahaja lagi.. Keadaan dataran kaabah dah hampir sama seperti masa mula2 dee mengerjakan Umrah pada tahun 2010. Cuma kali ini lebih lapang dan luas seluasnya. Alhamdulillah, selesai juga Umrah kami malam itu, pada waktu menjelang hampir Subuh..

Shukur juga kami panjatkan, kerana merasai pengalaman bertawaf di mataf bertingkat yang telah menjadi sejarah dalam projek perluasana Masjidil Haram.

IMG_0410
Apabila mataf dibuka, kawasan dataran menjadi lapang selapangnya.. Ramai yang mengambil peluang untuk lepak ibadah di kawasan dataran ini. Gambar selepas waktu asar. Mereka sedang menunggu untuk waktu maghrib dan berbuka puasa. 
IMG_0409
Hanya sedikit sahaja lagi binaan mataf bertingkat yang tinggal pada waktu ini.
IMG_0405
Pandangan jauh baki mataf yang tinggal sebelum dibuka

Esoknya, lepas Zohor di bawak anak dara Dee,  Zara Aesya Hamra masuk ke Masjidil Haram.. Kali ni Dee banyak duk bilik jaga budak2.. Bagi peluang kat atok n embah memanfaatkan waktu mereka di masjid..Malam tu, aesya dah buat muka sedih.. Adik nak pergi kaabah.. Adik nak pusing kaabah.. Sian Dee dengan die bila dia cakap macam tu. Lepas Zohor tu, dee cuba tunaikan hasrat hatinya. Bila dah masuk dataran tu, dee terus niat utk tawaf sunat.. Mula2 Dee plan nak buat satu atau 2 round shj.. Nanti malam sambung lagi dengan abahnya dan Umar.. Rupanya anak daraku excited dapat pusing kaabah.. Dalam keadaan yg agak panas, dataran kaabah seperti kebiasaannya akan kurang sedikit bilangan manusia.. Sambil dee bercerita melayan dia, sambil ajar dia berdoa dan berzikir, banyak juga tangan2 yg mengusap kepala Aesya.. Ibu cakap, uncle, unty n atok tu semua doakan adik kuat n jadi anak yg solehah… Ada juga yang basahkan kepala Aesya sedikit  dengan air utk mengelakkan kepanasan… Akhirnya habis 5 pusingan.. 2 pusingan lagi kami habiskan lepas solat Asar..

MashaAllah, kuatnya anak ibu.. Bersemangat betul die bertawaf kali ni.. Tak mengadu penat dan panas.. Adik kuat katanya.. 6 Pack !!! Well Done Zara Aesya Hamra.. Nak jadi kakak kan.. mestila cepat2 matang…

IMG_0401
Posing selepas habis tawaf 7 pusingan. 
IMG_0404
Kami berada di lingkaran tawaf yg paling jauh dari kaabah.. Orang banyak duduk santai di situ.. Dapatla kami selfie anak beranak… Nanti kita datang lagi dengan Baby dalam perut ibu pulak.. InshaAllah…

Seterusnya adalah misi mencari Ayam Goreng Al Baik kerana mak yong Dee mengidam lama dah nak makan ayam goreng tu.. Kat JUbail ni xde tau.. Die belah2 Madinah n Mekah tu adela.. Utk orang Malaysia yg nak rasa ayam goreng Al Baik ini, inshaAllah Al Baik akan membuka operasinya di Malaysia.. Lagi sedap dari KFC katanya..

Sementara tu, sapa yang datang sini boleh cari Ayam Goreng fames saudi ni Hayatt Regency Hotell punya komersial building.. Ade di tingkat 3 bahagian Food Court.. Jom layan gambar..

IMG_0420
Kami pergi lepas maghrib masa ni.. Logo nya gambar Cik Ayam pakai topi.. Dari jauh dee nampak orang dah BERSUSUN…
IMG_0419
Tak sabar tunggu kat kaunter..
IMG_0418
Tu dia…Women section, kaunter banyak bukak.. semua full orang beratur.. Tapi servisnya mantoppp.. Pantas sekali…Misi tercapai, mak yong dapatla merasa Al Baik…

Esoknya, kami balik.. Kali ni xde berhenti bermalam. Direct. Masa ni la paling mencabar kut.. Perut ni keras sokmo.. Agaknya sebab dah x tahan sangat, badan dah terlampu penat, Dee pun muntah muntah selepas Riyadh.. Time mabuk pun dee x muntah macam tu.. Gitula penangannya travel 16 jam dr mekah nak balik ke Jubail.. Ke lebih 16 jam.. Hahaha… Pengalaman yg x akan kulupakan…

IMG_0431
Alhamdulillah.. Selesai Umrah atok embah bersama anak menantu dan cucu-cucu. 

 

Catatan Umrah November : Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.

Bismillah. Sesak dada ini sejak semalam. Banyak sangat perasaan yg berkepuk di dada sehingga menyesakkan empunya diri. Lantas selepas sahaja solat maghrib, empunya diri tumbang kerana tidak tertahan lagi. Awal pagi, tubuh ini terjaga semula, bangun solat isya dan menghamburkan air mata kerana tidak tertahan lagi.. Begitulah manusia, ada pasang surutnya.. Ada ketika di atas, ada ketika pula di bawah.. Ada ketika ujian melanda, ada ketika pula, bahagia menjelma. Kepadamu Ya Rabb kami kembali.

Umrah November adalah catatan perjalanan menuju Baitullah bagi menunaikan umrah selepas musim Haji. Ini yang abahnya janjikan pada ibu sejak dari kami sampai ke sini. Nanti abah bawak ibu n anak2 buat umrah selepas musim haji. Masa tu, orang x ramai.. Nanti kita boleh umrahkan anak2.. InshaAllah tambahnya lagi….Alhamdulillah. Tercapai juga impian kami untuk menunaikan umrah selepas musim Haji. November pula yang dipilih iaitu pada tanggal 13-15 November 2015. Hadiah hari jadi yang paling bermakna buat ibu, yg pernah abah berikan…

Petang 12 November, tepat jam 5 petang kami memulakan perjalanan. Kali ini, kami konvoi dengan geng masjid aishah sebanyak 5 buah kereta. Tak lama kami memulakan perjalanan, kami berhenti sebentar utk solat jamak maghrib dan isya. Sekarang ni, sekitar 4.50 petang sahaja dah masuk waktu maghrib. Musim sejuk menjadikan tempoh siang di sini lebih pendek berbanding waktu malam. Angin dingin telahpun menghembus.. Itulah pertama kali dee keluar pada waktu malam semenjak masuk musim sejuk. Sejuknya….sejuk sangat…

IMG_7394
Winter is ON

Rupanya cuaca pada masa tu dah mencecah 16 degree C. Angin kuat yg menjadikan cuaca pada malam itu lebih sejuk.. Macam x percaya rasanya, rupanya memang betul kami dah memasuki musim sejuk.. Begitulah perasaan dee kerana pertama kali merasai pengalaman memasuki musim sejuk di sini… Sehelai sweater pun dee x bawa utk kami sekeluarga. Duduk dalam rumah je, x rasa sangat dingin angin di luar pada waktu siang. Bila tiba tiba merasa cuaca dah 16 degree c pd waktu malam, barula tersedar yg kita dah officially masuk musim sejuk.. Lepas solat, dee masuk dalam kereta.. Abah, ibu minta maaf.. Ibu x bawak sweater anak2 semua.. Maafkan ibu ye.. ibu memang lembap bab2 ni sambil buat muke sedih….. Hemmm.. tau pun diri tu lembap.. Kesian kat anak2.. Hehe.. Abah dah sengeh.. Takpela bu, kalau sejuk sangat nanti, kita belikan sweater anak2 yg baru… 

Kami pun meneruskan perjalanan menuju ke Sasco, Riyadh. Memandu kali ni abahnya dah konsisten menjadi arnab pada kelajuan 140-150km/jam. Sepanjang perjalanan nak ke Riyadh, Dee tido dengan harapan selepas sambung semula perjalanan dr Riyadh nanti, dee dapat bertahan utk temankan abahnya sampai ke Taif. Kali ni kami drive direct dan x bermalam di mana mana. Ada satu kali sahaja berhenti selepas Riyadh. Masing2 ambil nap sekejap sebelum terus memecut menuju Taif. Lebih kurang 1 jam lebih sebelum tiba di Taif, kami berhenti utk solat subuh. Kemudian, terus menyambung perjalanan ke Taif. Sejuknya usah dikata. Sejuuuukkkkkk sangattt.. Dilema wanita kurang lemak beginilah…

Tiba di Taif, matahari telah pun terbit. Anak2 dah bangun.. Dah riuh dah kecoh. Perut pun kecoh juga berkeroncong lagu asli. Kami pun berhenti utk cari breakfast terlebih dahulu.. Kemudian baru bergerak ke motel utk penginapan singkat dengan kadar bayaran 1jam SR18. Maka berehatlah kami berdua.. Kami jelah yang tido sebab anak2 dah puas tido.. Bagilah diorang tengok Upin Ipin di youtube, memang heaven sangatla kan…

IMG_7406
Qarnul Manazil, Taif

Dari penginapan kami ke Masjid di Qarnul Manazil utk bermiqat tidakla jauh mana. Sebenarnya kami dah tertinggal konvoi sebab ketiduran kepenatan. Baiknya sahabat2 konvoi utk sanggup menunggu kami di masjid bagi meneruskan perjalanan selepas niat umrah. Alhamdulillah. Begitulah semangat berkonvoi yg ada.. Selesai kami menunaikan solat sunat ihram di masjid, terus masuk kereta utk niat umrah.Maklumlah org dah menunggu.. Umrah pertama ini, utk kami berdua dahulu.. Esoknya baru niatkan umrah utk anak2 pula di Masjid Aishah di Tanaim.

IMG_7407
Gambar2 sekitar menghampiri Makkah

13 November adalah pada hari Jumaat. Semoga keberkatan Jumaat membolehkan kami memperolehi umrah yg mabrur. Rombongan kami x sempat solat Jumaat di Masjidil Haram. Kami berhenti sahaja solat di masjid di tepi jalan dalam perjalanan kami ke Mekah. Seperti biasa, kami parkir kenderaan masing2 di Kudai Parking dan mengambil teksi ke hotel masing2. Kali ni abahnya minta teksi bawakkan kami terus ke lobi bawah hotel. Masa tu jam dah pukul 2 petang. Mungkin sebab tak ramai orang, bilik hotel dah tersedia untuk kami. Tak perlu menunggu sehingga jam 4 petang. Kami masih lagi menginap di Clock Tower/Abraj seperti umrah sebelum ini. Bayar lebih sikit takpelah..asalkan dekat dan memudahkan kami dan anak2. Macam biasalah, harga hotel di abraj tower selepas musim haji akan jatuh. Kalau umrah ramadhan dulu, nun jauh berhampiran kudai parking hotel kami.. Itupun harganya dah menyamai harga hotel di abraj pada musim selepas haji ini. Shukur Alhamdulillah. Maka, nikmat tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan…

IMG_7472
Pandangan sisi Clock Tower. Di sini terdapat lebih daripada 3 hotel yg beroperasi…

Selepas check in hotel, kami bersihkan diri dan anak2.. Terus kami ke bawah memulakan tawaf umrah.. Adik dan Umar dah sibuk nak tengok kaabah.. Masuk sahaja masjidil haram, adik dah tanya, Ibu…adik x nampak pun kaabah.. Masha Allah..betapa anak2 ibu merindui kaabah… Air mata dee bergenang.. Rindu anak2 ibu pada kaabah, begitulah juga rindu ibu dan abah utk mengelilinginya lagi… Rindu ibu utk berdoa di sisinya lagi.. Rindu kami yg tidak terperi..

IMG_7466
Kami kembali lagi…

Tuuu dik..Tuuu Kaabah.. Allah humma antassalam, wa minkasssalam… Adik tersenyum bangga.. Seronok barangkali, sejak sebelum berangkat asik cakap nak pergi kaabah.. Sekarang kaabah dah muncul di depan mata.. Adik pun ikut ibu baca Allah Humma Antassalam sambil tersenyum lagi… Girangnya tidak terkata.. Jom kita pusing kaabah dik.. Umar pula dengan abahnya, menghayati  kaabah dengan sudut pandangan yang hanya dia mengertikan.. Betapa bertuahnya anak2 ibu.. dapat menziarahi rumah Allah sekerap ini.. Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan…

IMG_7506
Gambar selepas tawaf wida.. Ibu nak solat sunat dalam hijr ismail.. Abah tolong tengokkan anak2 masa ni..

Ayat yg diulang ulang ini dalam surah Ar Rahman, amat2 menggetar hati dan perasaan dee semasa menunaikan umrah kali ini. Ayat ini banyak membuatkan dee mengalirkan air mata keshukuran. Sehingga catatan ini ditulis pun, mata dee kabur dek genangan air mata yang datang tanpa dipinta pinta. Maha suci Allah. Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Satu saat ketika kami naik eskalator utk pergi ke tempat saie bermotor semasa umrahkan anak2.. Anak2 dah di depan.. Abahnya sibuk melayan keterujaan anak2 nak naik motor utk saie Safa ke Marwah. Dee kat belakang mereka, memandang mereka dengan penuh linangan air mata. Ya Allah, betapa dee bershukur dikurniakan suami yang baik dan abah yg penyayang utk anak2 dee.. Betapa bertuahnya dee dipilih Allah untuk menjadi isteri dan ibu kepada anak2 ini. Ya Allah, kau muliakan suamiku disisiMu, Kau tinggikan darjatnya disisiMu. Kau jadikan anak2ku dan sahabat2 mereka anak2 yg soleh dan solehah, anak2 yg bijak, anak2 syurga kami Ya Allah… Sekali lagi ayat itu hadir di benak fikiran dee.. Berguguran air mata ini tidak tertahan lagi… MAKA, NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN…

IMG_7423
Dataran Saie sunyi dari takbir jemaah dari seuruh pelusuk dunia…
IMG_7420
Anak abah…

Alhamdulillah, kami selesai umrah sebelum maghrib pada hari Jumaat. Semoga kami semua di sana beroleh umrah yang mabrur… Ameen… Ada satu lagi cerita yang amat menyentuh hati dee utk dikongsikan pada catatan umrah kali ini. Ceritanya xjauh dari perbuatan kita setiap hari.. paling kurang 5 kali sehari.. Itulah DOA. Doa adalah senjata orang mukmin yang Allah anugerahkan kepada kita semua. Ceritanya begini…

Sebelum dee berangkat kali ni, dee ade bertanyakan sahabat2 handai dan kaum keluarga utk yg berhajat berkirim doa. Dee bukan orang alim untuk mendoakan sahabat2 sehingga makbul doa mereka.. Dee banyak dosa.. Banyak sangat.. Cuma dee rasa inilah sedikit usaha yg mampu dee buat utk sahabat2 dan ahli keuarga yg belum dapat berkesempatan ke tanah suci… Dee cubalah.. Yang dee tau, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Benar sekali, Dia Maha Mendengar.. Atas dasar itu, dee kumpulkan doa2 sahabat handai dan ahli keluarga untuk didoakan pd umrah kali ini…

Untuk itu, petang sebelum berangkat dee pun membuat list doa utk yg berkirim.. Sambil2 menulis, sambil2 tu juga whatsapp kawan mana yg berhajat utk dapatkan nama penuh dan details doa masing2. Ade hikmahnya tau dee menulis doa2 ini.. sekurang kurangnya dee belajar doa2 yg biasa org lain titipkan.. Mungkin ayat dee selama ini utk berdoa biasa biasa sahaja.. Maka dee belajar dr sahabat handai dan keluarga, cara mereka berdoa.. Dalam banyak2 doa yg dee tulis, ada doa seorang sahabat yg menyentap hati dee.. Setelah habis die messagekan doanya.. Dia cakap lagi doanya yang terakhir…Dot, kau doakan kita semua beroleh syurga Firdaus.. Allah Ya Allah..

 

Esoknya sebelum subuh hari sabtu semasa dee menunaikan tawaf sunat, dee keluarkan kertas senarai doa2 ini utk dee doakan semasa tawaf. Dee mulakan dengan zikir memuji Allah dalam tawaf yang pertama dan kedua.. Orang x ramai..sekejap je rasanya dah masuk pusingan kedua tawaf. Masuk pusingan ketiga barulah dee mulakan doa utk sahabat handai dan keluarga.. Dee memerlahankan langkah kaki.. Dee mulakan doa untuk pasangan suami isteri yg mohon dibukakan pintu rezeki seluas luasnya dan datangkan juga keberkatan atas rezeki mereka. Juga tidak beliau lupakan anak2 taska di bawah jagaan mereka supaya sentiasa sihat dan selamat.. Allah Ya Allah…

Dee sambungkan doa utk kawan2 yg lain.. Ada yang pohon untuk rezeki anak dan dimudahkan segala urusan mereka untuk mendapat anak.. Dan dee tambahkan juga, supaya hati2 mereka redha untuk menerima ujian dilewatkan mendapat rezeki anak.. Ya Allah, kasihanilah mereka.. Mereka sahabat2ku yg baik, yang ikhlas dalam melakukan kerja.. Kau dekatkan rezeki anak kepada mereka Ya Allah.. Kau bantulah mereka…

IMG_7452
Di antara Hajar Aswad dan Pintu Kaabah adalah sisi Multazam…

Sehinggalah satu ketika di mana dee mengangkat muka untuk memandang ke kaabah.. Sudah sampai Hajar Aswad.. Bismillahi Allahuakbar…Dee melambai hajar aswad.. Tepat dee mulakan kembali doa adalah semasa dee berada di posisi menghampiri Multazam.. Allah Ya Allah.. Rupanya kau sudah pilih orang yang mana doanya akan ku bacakan di depan Multazam.. Dee sebak, Dee menangis.. sebab dee dah tahu empunya doa itu… Empunya doa itu adalah orang yg memohon syurga firdausi untuk kita semua.. Allahuakbar.. Dee lemah sangat.. Dee terus berdoa semoga Allah makbulkan semua doa2 dee dan kurniakan kita semua syurga firdaus.. Ameen Ya Rabbal Alamin..

Dee sangat2 tekesan dengan peristiwa itu.. balik hotel, dee message kawan dee.. Dee cakap dengan dia, aku tawaf masa doakan doa2 yg org kirim. Doa ko memang dah masuk dalam list doa aku.. Tapi doa kau bukan no 1 dalam list doa aku.. Doa ko no 9. Tapi agaknya, sebab doa ko mintak kita semua dapat syurga firdaus.. Doa ko dipilih oleh Allah untuk aku baca masa kat depan multazam.. Ini takdir Allah. SEND. Menangis sahabat dee bila die baca message dee utknya. Yg dee tau, kuat juga ujian Allah untuknya sebelum ni.. Baru je die melepasi ujian itu. Semoga die terus tabah, dipulihkan kesihatannya  dan berada di kalangan orang2 yg sabar menempuh segala ujian yang mendatang.. Keyakinan dee makin kuat..kita kene doakan utk org lain juga semasa kita berdoa… Semoga lebih banyak malaikat aminkan doa kita… Semoga cepat Allah angkat doa kita..

Sebenarnya pagi tu, abahnya dah pergi solat dulu. Dee nak sangat tawaf n solat subuh jemaah kat masjid. Dee tawakal je tinggalkan anak2 kat bilik. Dee buatkan susu utk 2 beradik tu.. Dee pesan dengan umar, ibu nak pergi masjid, nanti kalau adik jaga umar bg adik susu ye.. Umar hanya mengangguk.. Dee tawakal. Minta Allah pelihara anak2 dee. Lepas subuh dee tak tunggu duha. Baru sampai bilik hotel abahnya dah call… Ibu, abang nak tunggu sampai duha ye.. Nanti abang balik.. Ok balas dee pantas. Dee bukak pintu bilik hotel.. Gelap dan senyap.. tido lagi budak2 ni…bisik dee dalam hati.. Bila dee bukak lampu, dee terperanjat sangat.. Budak2 takde.. Dee panggil2 Umar, dee panggil aesya.. Dee cari dalam bilik air n bawah selimut… Ya Allah..mana anak2 pergi.. diorang pergi cari kami kat masjid ke? Bertenang Diyana… Plan nak buat apa.. Dee amik phone, n purse.. Dee nak cari sekitar floor hotel dulu.. Kalau xde, dee nak jumpe pengurusan hotel utk mintak tolong. Abahnya dee x call lagi. Kalau x jumpe br dee call semula.. Tak sampai 10 langkah dee keluar dari pintu bilik hotel dee dah nampak umar.. Die tengah cari sambil panggil Ibu.. Kejap kang dee nampak aesya pula.. Alhamdulillah.. shukur ya Allah.. Dee panggil umar, peluk umar n tanya die pergi mana.. Umar cakap, adik bangun, adik nangis nak ibu, umar carilah ibu… Tak lama lepas tu ada seorang wanita seperti orang Turky.. dia datang pada dee n tanyakan Ur Kids? Dee mengangguk.. Dia senyum.. dia cakap dah 10 minit die teman anak2 dee cari dee… Allah Ya Allah.. Speechless..

IMG_7510 IMG_7509

Hari terakhir di Mekah… terasa berat hati mahu meninggalkan tanah suci ini.. Begitulah yang akan dirasai oleh setiap manusia yang akan berangkat pulang. Lepas sahaja abah balik dari solat subuh.. Dee minta izin nak ke masjid.. Dee nak tawaf sunat lagi… Nak bagi puas sebelum balik semula ke Jubail. Dee pergi dalam pukul 7.30 am. Orang lengang di dataran.. Tak ramai.. Dee terus mulakan tawaf sunat tanpa berlengah lengah lagi.. Sekali lagi dee keluarkan list doa kawan2 utk didoakan.. Itu je yg mampu dee tolong utk keluarga dan kawan2 yg jauh dari tanah suci mekah…

IMG_7462

Selepas doa, dee menghampiri sisi kaabah.. Dee solat sunat dan berdoa di situ.. Jemaah tak ramai sehinggakan kami mampu utk solat sunat berhampiran dengan sisi kaabah. Dee berada sangat hampir dengan kawasan yang dipercayai tempat malaikat Jibrail mengajar nabi kita solat. Ada 7 plat batu bewarna kuning oren yg ditampal di sisi kaabah.

IMG_7446
Di sinilah lokasinya.
IMG_7447 (1)
Kiswah kaabah di atas lokasi 7 keping batu tersebut..

Orang tak ramai masa tu.. lepas di situ, dee menghamiri multazam.. Jemaah wanita mendominasi multazam pada pagi tu.. Shukur Alhamdulillah.. Dee berada di antara mereka… Multazam seperti yg kita tahu adalah sisi kaabah yang paling hampir dengan Hajar Aswad. Hati berkocak, teringin untuk mencium hajar aswad. Batu syurga yang diturunkan ke dunia. Batu Hitam yang mencatat pelbagai sejarah dalam menempatkannya di situ.. Allah Ya Allah, dee bermohon lagi.. Dee terus merapatkan diri ke kawasan jemaah wanita yg ingin mencium hajar aswad..

Indahnya pagi itu, tempat mencium hajar aswad juga didominasi kaum wanita.. Kami berkumpul rapat menanti giliran untuk mencium. Jarak ke hajar aswad tidak sampai satu meter. Dee sangat tenang dan berasa amat santai di situ. Tiada suasana bising dan tolak menolak untuk mencium hajar aswad.. Semuanya dalam keadaan tenang dan tertib.. Dee sempat berbual dengan seorang jemaah berbangsa indonesia.. Katanya pernah 7 tahun di Malaysia dan sudah 15 tahun bekerja di Mekah. Di depannya adalah majikannya.. Di Malaysia, boleh dapat duit banyak.. Tapi di Mekah, dapat selalu datang Kaabah.. MashaAllah… Ibu, ini kali pertama saya ingin mencium hajar aswad.. Dia tersenyum memandang dee.. Dee cakap pada dia lagi .. Ibu masih kuat ya.. Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yg baik… Kami terpisah apabila dee tertolak ke depan..

IMG_7454
Jemaah lelaki beratur untuk mencium hajar aswad. Kalau dalam waktu biasa, biasanya lelaki yg mendominasi utk mencium hajar aswad.. Itulah indahnya umrah selepas musim haji.. Jemaah x ramai.. Keadaan amat tenang sehinggakan manusia beratur untuk mencium hajar aswad…
IMG_7503
Rukun Yamani juga amat lengang dari kebiasaan. Rukun Yamani adalah penjuru kaabah sebelum menghampiri penjuru terletaknya Hajar Aswad.
IMG_7502
Maqam Ibrahim

Tak lama selepas selesai urusan dee, bahagian sekitar kaabah dibersihkan..

IMG_7464
Cekap dan Pantas
IMG_7458
Begitulah rupanya dinding kaabah.. Selalunya tak nampak kerana ramai yang bergayut di pintu kaabah..

 

IMG_7465
Jentera pembersihan Masjidil Haram yang kabarnya kontrak pembersihan dengan syarikat yg menguruskannya hanyalah bernilai 1 Riyal… Allah Ya Allah..

 

IMG_7511

IMG_7508
Perjalanan balik ke hotel… dee banyak nampak halaqah ilmu yakni pengajian agama dengan guru masing2 di dalam masjidil haram..
IMG_7507
Hilton Makkah.. Cantik senibinanya…
IMG_7505
Sekitar perjalanan pulang meninggalkan Mekah
IMG_7500
Khemah putih kawasan Mina..

Maka, Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan..

 

ND Remey

JUbail KSA,

20 November 2015.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Umrah Ramadhan Kami Catatan II

Kami mulakan tawaf umrah kami dengan niat. Dalam hati minta Allah mudahkan tawaf kami dengan anak2. Memandangkan orang dah banyak keluar, di dataran agak lengang. Lengang2 pun penuhla jugak.. Cuma x padat macam dee tawaf sunat keesokan harinya. Sebak di hati x usah ditanyakan. Berkesempatan sekali lagi mengelilingi kaabah adalah nikmat yang paling indah sepanjang di sini.

Dee berjalan sambil pegang Umar, abahnya pulak pegang aesya.. Most of the times aesya berdukung. Tipu kalau cakap anak baik x meragam langsung.. Umar lepas first round je dah mintak sudah.. Sudahla ibu, cukupla..katenye.. Dee pujuk die n cakap, kita ade 6 pusing lagi.. Fuhh… Agaknya sebab tu Allah mudahkan kita dalam bertawaf ni,  tiada certain bacaan yg khusus atau perbuatan yg khusus utk dibuat semasa tawaf..sebab bila tawaf dengan anak2 yg dah bijak cerdik bercakap ni, macam2 demandnya.. Hehe.. Layankan je umar.. Nanti ibu beli mainan ye.. Sesekali tunjuk kat umar kawan2 sebaya die yg ikut bertawaf jugak dan diorang x nangis pun.. Termakan juga die bile tengok kawan2 or baby yg tawaf dan x nanges..Akhirnya selesai juga tawaf kami.. Alhamdulillah..

IMG_4858
Upah penat pusing kaabah.. buah2 potong yg ibu prepare kat hotel tadi.. Bagi diorang rehat dulu sebelum bersaie pula..
IMG_4859
Amik mood anak bujang saya ni.. Sambil makan anggur..

Selesai tawaf, kami solat sunat selepas tawaf.. Abahnya carik di kawasan berhadapan dengan multazam.. Alhamdulillah, ade ruang utk kami solat bergilir di situ. Masa ni, dee teringat sahabat2 baik dee yg masih belum dikurniakan cahaya mata. Memang dee doakan khusus utk diorang. Semoga ade rezeki selepas ini.. InshaAllah.. Ameen..

Sunat juga minum air zam zam selepas tawaf.. Abahnya pergi ambilkan air zam2 buat kami minum sebelum mulakan rukun terakhir umrah kami. Masa ni, dee memang x amik banyak gambar..masa saie pun x amik gambar..just niat nak habiskan dulu rukun umrah..

Masa saie, macam biasa, dee pesan jugak kat umar yg kita akan pusing 7 kali.. Hah, tujuh ibu?? Satu cukupla..Umar penatla ibu…Rungut umar… Hadoi anakku sorang ni.. Adik jugak relax sebab banyak berdukung.. Nak bagi diorang semangat bila sampai kat lampu hijau yang berlari lari anak tu.. Kami ajak umar lari sekali dengan adik.. Owh..suke sangatla kan dapat berlari..Tengok orang semua pun berlari.. Makin excited diorang.. Sambil lari ajarkan suruh zikir Lailahaillallah.. Lepas lampu hijau, umar suruh cukup balik..jumpa lampu hijau die semangat balik utk berlari.. Macam tu la gayanye sampai habis saie.. Sesekali, jemaah yang turut sama bersaie dengan kami tersenyum melihat gelagat dan ragam anak2.. Nabi sukakan kanak2.. Hatta menyayangi kanak2 juga adalah sunnah baginda s.a.w.  Alhamdulillah..selesai akhirnya saie kami dan yang tinggal hanya tahalul je.. Kami x bawak gunting…pinjam je la kat orang kat situ yg sama2 nak tahalul.. Orang tu potongkan rambut abah.. Abah pulak potongkan rambut ibu… Shukur…lengkap sudah ibadah umrah kami. Semoga mendapat umrah yg mabrur. Ameen.

IMG_4862
Di Marwah.. Ramai orang yg lepak di atas bukit Marwah yg masih berbaki bagi menghilangkan penat. Saie antara rukun yg paling mudah. Sangat santai.. Berhenti bila penat kat tengah jalan pun xpe.. Dah dapat tenaga sikit sambung balik..
IMG_4864
Selesai sudah.. Ni di luar tempat saie..banyak pintu in between safa n marwah dah dibuka..banyak exit..senang nak masuk, senang juga nak keluar..
IMG_4867
Bangunan masjid yg baru siap.. Cantik kan.. Last year dee pergi tempat ni tutup lagi under construction..
IMG_4868
Berdepan dengan bangunan masjid di atas adalah istana king of saudi arabia.. Terletak di Ajyad Street.
IMG_4869
Close up bangunan masjid yg baru siap.. sapela arkiteknya..sangat indah..
IMG_4871
Gambar ibu memang xde.. huhu.. Semangat 3 beranak ni nak makan murtabak kat Restoran D Saji kat safwa tower..
IMG_4872
Macam yg dee katakan tadi, dah banyak pintu2 in between safa n marwah yg telah dibuka..senang nak in n out..ni gambar dari jalan yg kami lalui di tepi bangunan baru masjidil haram..

Masa ni dah pukul 2 pagi. Perut pun dah lapar, kepenatan masing2. Kami terus menghala ke Safwa Tower utk makan dan bersahur terus.. Tak sabar nak makan murtabak malaysia dan satey yg ade kat sana. Murtabak adalah menu wajib ramadhan. Kat sini je patik x terbuat.. Belum bebetul sampai seru nak makan. Lagipun dah dapat makan kat mekah..dah puas dah.. Takdela plan nak buat sendiri.. Ade sorang kakak kat Jubail ni buat sendiri murtabak (kagumnya saya) Sekeping murtabak kat sini SR10.. 3 kali ganda harga Msia kut.. Satey set untuk 6 cucuk SR18… dan tidak ketinggalan teh tarik yang berharga  SR3.. Bolehla, walaupun x menepati teh tarik spec saya. Buat penghilang rindu nak minum teh tarik, kita munum jela…

IMG_4875
Kuah sate die bolehla..banyak serai kut..but still membuka selera org yg dah lama x pekena sate kannnn.. Teringat sate Barakah kat Sijangkang..faveret abahnya tu..
IMG_4874
Murtabak ni memang sedap.. Memula beli 2 keping.. Kemudian abahnya tambah lagi 2 keping. Anak2 pun makan banyak. Alhamdulillah..senang hati kalau diorang kenyang n cukup makan time travel mcm ni..

Haaa… begitulah cerite umrah ramadhan kami. Alhamdulillah..mudah rasanya umrah kali ni walaupun dengan anak2.. Takde rasa stress bawak diorang.. shukur sangat..Esoknya abah bawak jalan gi jalan sekitar mekah. Cari mainan anaknya sebagai upah ikut bertawaf dan saie.. Lastnye beli kat bawah hotel je..Hehe.. Yang menariknya abah bawak kami pergi beli air zam zam kat pusat agihan zam2.. Local people dan orang yg ada iqamah je boleh beli. Kami pun dapat beli 4 botol je. Murah beli kat sini, sebotol besar 10 Litre tu SR5 sahaja. Sampai kat Msia dah jadi RM130 kan.. dan dengarnya sekarang ni botol 10 Litre dah xde.. Yang jemaah bawak balik semua botol 5 litre. Jom kita tengok sekitar Zam-zam distribution centre..

IMG_4877
Mula2 kene register dulu, mesti bawak iqamah until beli zam2 water kat sini
IMG_4879
Kemudian, dapat resit yg menunjukkan kat mana kita perlu collect zam2 water tu..
IMG_4881
Pastu, kene scan resit… scan punya scan x mau keluar..sekali pak arab sebelah lane tolong tengokkan..salah daa.. distribution group 5..bukan 1..haha..x habis ngaji arab lagi abahnya..ibunya lagila x pandai.. :p
IMG_4885
Lepas dah scan..barula zam zam water nya keluar.. Owh, excited anak2ku tengok botol keluar dr mesin tu..selalunya botol 250ml je..Hari tu keluar botol 10 litre kau..haha..kagum aesya..
IMG_4887
Dah siap, itulah pengalaman saya beli air zam2 kat Mekah.. Dapatla bawak balik Jubail 4 botol..Kat jubail ni, kami beli sebotol SR20.. jimat banyak dah tu.. Rezeki anak2 dapat minum zam2..semoga mendatangkan barakah..

Lepas tu, kami ziarah perkuburan Ma’la. Tanah perkuburan yang masih sama digunakan pada zaman nabi sehinggalah sekarang. Bagusnya di sini, tiada batu nesan tertera nama si mati. Kaedahnya ikut giliran. Akan ada jenazah dikuburkan di tempat  itu semula selepas beberapa tempoh masa. Jika terjumpa jenazah yang masih segar ataupun tubuhnya dipelihara oleh Allah, mereka akan simenkan. Di sini juga disemadikan Saidatina Khadijah, ibu kita semua yg mulia lagi dirindui..

IMG_4889
Perkuburan Ma’la

Tetibe dee terfikir, maknanya orang Arab kat sini xde bayar caruman kubur.. Kalau sesiapa beli umah kat Msia, mesti ade caruman kubur.. (mesti ade tau) Meaning to say, kita ada peruntukan tanah di kawasan kita itu untuk dikuburkan di sana apabila meninggal kelak.. So, orang Arab ni xdela caruman kubur kalau begitula sistem penggunaan tanah bagi urusan pengkebumian.. Xde isula tanah perkuburan x cukup dan sebagainya… ini agak2 saya je la.. Mana tau ade bayaran lain yg kerajaan saudi kenakan utk rakyatnya.. Hemmm.. nak sangat tau mcm mana diorang manage tanah2 kat saudi ni.. Tak jumpe lagi orang yg saya boleh bertanya yg tau pasal pengurusan tanah ni..

Petang tu, kami ke Haram sekali lagi..cuba nak tawaf sunat dengan anak2..tapi orang terlalu ramai.. dekat mataf pun ramai orang..xpela..kami x nak anak2 serik datang Haram.. Bak kata abahnya, kita nak create good impression pada anak2 utk datang ke Haram.. bukannya bagi bad impression sebab terpaksa bersesak utk tawaf dan sebagainya.. yg penting diorang happy datang sini, dan yg paling penting, bile sebut nak pergi tengok Kaabah, diorang excited nak datang lagi..

IMG_4905
Kerja2 pembersihan dataran kaabah tanpa menghentikan tawaf yang sedang berlangsung.. Besar pahala mereka ni..
IMG_4902
Dataran kaabah.. masing2 sibuk mengaji dan melipat gandakan amalan.. Duduk saja pandang kaabah pun dah dapat pahala..
IMG_4909
Kerja2 pembesaran yg rancak tidak menganggu gugat ibadah dalam bulan ramadhan..
IMG_4912
Pemandangan di dalam kawasan Masjidil Haram yang baru. MashaAllah, memang cantik sangatt..lampu2 yang dipasang menaikkan seri masjid..
IMG_4913
Pekerja pembersihan ada di mana2. Mereka sentiasa menjaga kebersihan rumah Allah ini agar kesuciannya terpelihara..
IMG_4916
Dee paling suke tengok lampu2 yang digantung ni.. Cantikk..identiti arab tu terserlah melalui lampu2 yang bergantungan ini..

Malamnya tu, barula dee berkesempatan buat tawaf sunat.. Abahnya dah pergi awal ke masjid utk tarawikh.. Kami pergi kemudian naik bas.. Abahnya tunggu kami kat bus stand tempat shuttle bus berhenti utk turunkan penumpang ke Haram.. Malam tu dee tawaf sunat sorang2..malam tu khamis malam jumaat..expecting orang ramai sebab jumaat esoknya, arab saudi cuti..

IMG_4927
Happy memasing dapat naik bas..nak duduk belakang sekali pulak tu..dengan ibu memang x bolehla..ibu takutt…balik dengan abah baru boleh…
IMG_4940
Sementara tunggu dee tawaf sunat, diorang main masak2 kat dataran kaabah.. abang omayen yg lebih tu..hehe
IMG_4933
Kali ni time balik baru dapat duduk belakang..Masa zaman mude remaja dulu, aii naik bas pergi tusyen kat pusat tuisyen kasturi KL (KL okeh).. Dulu bolehla naik bas duk belakang.. Kewlll…Sejak dah jadi mak2 ni..kalau boleh nak duduk sebelah drebarr..depan sekali ahkak nak duduk..mabuk duk belakang..x kuasa mak..

Mood nak menghabiskan catatan ini. Malas nak buat next entry..

Esoknya Jumaat, kami nak berangkat pulang.. Abahnya yg ingatkan kita kene buat tawaf selamat tinggal (tawaf wida’).. Ok, lepas Jumaat baru kami mulakan tawaf widak.. Jam 2 petang jugak baru start tawaf.. Masa ni tengahari..cabarannya lebih sikit.. Umar time berjalan nak masuk ke Haram pun dah mengadu penat n haus.. Bila masuk je haram memang carikan zam2 utk umar minum.. Tapi, x jumpe plak..ade tempat2 yg diorang tutup pilinya.. Kami pulak nak kejar masa nak habiskan tawaf sebelum masuk asar.. Teruskan tawaf juga.. Nak habiskan satu round tu agak payah sebab umar merengek nak air.. Sudahnya, dee suruh abahnya tawaf dulu sementara dee pergi cari air utk umar.. Lama jugak pusing cari tempat yg ade air zam2 utk umar minum.. Cuaca memang panas, no wonder die merengek macam tu.. Takpela..yang penting die selesa nak teruskan tawaf dengan ibu.. Sometimes kene ajar jugak anak2 ni rasa susah.. Itu yg dee sematkan dalam hati..xnak die manje2 sangat.. Esok2, die biasa dah bertawaf tanpa masalah.. Tak rasa susah dan terbit rasa seronok dalam hati die setiap kali datang ke Mekah utk umrah..

Pastu dee sambung balik tawaf.. Kami tawaf kat mataf tingkat 1 since kat situ redup walaupun agak penuh.. Masuk pusingan ketiga, umar dah penat lagi..siap benti2 duduk cangkung tengah jalan..dee pun stopla dulu, rehat dengan die sebelum kami teruskan tawaf lagi.. Masa tu ibu cakap dengan Umar, nanti kalau ibu n abah xde..umar datang sini bawak adik ye..tawaf sama2 dengan adik.. Tak nak katanya..nak ibu abah..sob sob… Kemudian, kami sambung lagi sampai pusingan keenam. Abahnya dapat trace kami melalui signal wifi yang ade dalam beg dee..abahnya cakap..signal kuat..die dah agak mesti ibu ade kat sekitar…hehe..kelakar pulak rasa..dapat trace keberadaan ku menggunakan signal wifi.. Abahnya dah selesai.. Dee ada satu round lagi, masa tu dah nak azan..memangla mencepatkan langkah untuk habiskan.. Tetibe bertenaga je rasa..Habis je pusingan terakhir, orang dah mula utk solat asar..

IMG_4942
Ni dekat kawasan akhir atau mula tawaf..sebab tu orang penuh.. Beginilah gambarannya..masuk je waktu, orang lelaki akan kedepan utk buat saf dan wanita akan ke belakang untuk saf wanita.. Dee dah jamak siap2 kat hotel..so, duduk jela sementara tunggu jemaah yg lain selesai solat..
IMG_4944
Masih ada yg belum selesai tawaf barangkali…
IMG_4945
Pandangan kaabah yang terakhir utk dirakamkan.. Mudah mudahan dapat ketemu lagi.. Ameen..

Alhamdulillah, selesai tawaf wida’. Diakhiri dengan solat sunat di bahagian mataf yg menghadap Multazam.. Dee mengharapkan dapat sekali lagi buat umrah di malam2 terakhir ramadhan samada di Mekah ataupun dapat ziarah Madinah.. Mana tau makbul doa dee.. Ameen..

IMG_4960
Taif.. Kami akan kembali lagi..Jika beraya di Mekah akan kembali ke Taif.. Taif ni ade kawasan tanah tinggi yg subur.. Macam tanah tinggi cameron highland.. Ade beberapa lokasi bersejarah tentang dakwah nabi muhammad s.a.w ke Taif.. Pasar tempat nabi datang berniaga pun ada lagi sampai sekarang..
IMG_4962
Gerbang masuk ke bandar Taif.. Kami lalu je.. x sempat singgah mana2.. InshaAllah akan kembali lagi.. Teaser Taif : Taif menjadi tempat penanaman bunga ros yang diekstrak utk dijadikan minyak wangi sejak zaman khalifah othmaniyyah.. Ros Damaskus.. Ade juga pesta bunga yang diadakan di sini.. Macam x percaya kan.. kat padang pasir ade tempat yg subur hijau dan boleh tanam bunge ros lagi.. Semoga kami sampai lagi dan mampu dee menulis catatan mengenai Taif pula..

Sajak ni dee tulis on the way balik ke Jubail. Masa tu dah nak sampai Jubail.. Dee post dalam ig dee @diyanaremey.  Saya catatkan di sini juga sebagai kenangan..

Bumi Taif 

Sejuk udaramu

Sejuk juga pandangan mataku

Indahnya kamu

Seindah luas lukisan alammu

Bumi Taif

Menjadi sejarah

Bila kekasihMu luka dan sakit dilontar batu

Lalu ditabur pula duri dijalanan

Namun kekasihMu tidak berputus asa

Di atas kegagalan pertama

Bumi Taif

Gunung ganangmu berdiri megah

Semegah syiar Islam yang tertegak di atas sana

Akan kukembali lagi

Menyorot perjalanan suci

Menginsafi kelemahan diri

Menjejak tinggalan sejarah kekasihMu ini

Disetiap genap lorong dan liku

Taif yang ingin kukenali..

ND Remey

Jubail, KSA

Umrah Ramadhan Kami Catatan I

Alhamdulillah..umrah ramadhan kami dah selesai..Dah 2 hari sampai semula di Jubail.. Lega sangat rasanya. Balik rumah je startla mendobi semua pakaian.. Hari ni rutin dah kembali seperti biasa selepas semua kerja2 rumah dah diselesaikan..Catatan ni pun dah lama sunyi.. Tuannya dah ready untuk menulis lagi…

Kami mulakan perjalanan selepas maghrib 30 Jun 2015. Persiapan kali ni lebih teratur memandangkan dah ada pengalaman semasa ziarah madinah tempoh hari. Cuma kali ini, perjalanannya di bulan Ramadhan…time tengah puasa.. Kalau ikutkan, mcm x yakin je..Boleh ke drive lama2 (abahnyala) bulan puasa ni.. boleh ke itu dan boleh ke ini ? Dengan bawak anak2 lagi nak travel jauh2 kan.. Kalau ikut jawapan normal, semua pun x boleh..tapi, kami tawakal je la..mohon Allah mudahkan sebab perjalanan kami ini untuk menunaikan ibadah umrah..

Maghrib tu kami berbuka ala kadar sahaja..Seharian packing barang.. masak juga lauk2 bekal yg difrozenkan utk dibawa ke sana.. Dapatla 3 jenis lauk..Lauk2 ni memang utk anak2 je.. Utk sahur pagi esoknya, dee buatkan nasi goreng kampung sebagai bekal.. first time buat nasi goreng kat sini..gune beras beriani pulak tu..memang sedapp..

Persiapan tempahan hotel kat sana, abahnya yg uruskan.. Since ibunya x keje dan xde income, biar abah yg uruskan.. Biar die yg pilih nak hotel mana sebab gune duit die kan…Hotel banyak yg mahal2 ramadhan ni.. semua ribu riban..yg murah2 agak jauh dr Masjidil Haram.. kalau jauh sikit xpe sebenarnya..janji ade perkhidmatan shuttle bus nak ke Haram.. Atas kapasiti itu, abahnya tempah hotel di Makarim Ummul Qura.. Nama hotel ini bersempena dengan nama sebuah universiti di Mekah..

Kami mulakan perjalanan sekitar jam 7.45 malam. Selepas bertanya dengan rakan2 yg biasa travel ke Mekah dengan kenderaan, mereka mencadangkan supaya berhenti rehat dan bermalam di Quwawiyah. Quwawiyah adalah bandar industri kecil selepas ibu kota Riyadh..Kami sampai di sana sekitar jam 2 pagi.. Sampai sahaja, kami terus mencari hotel yg kebanyakannya terletak di tepi exit lebuhraya utk check in dan bermalam. Subuh pula dah makin lewat di sini.. Biasanya di Jubail jam 3.15 am.. Di quwawiyah subuhnya jam 3.45 am. Esoknya jam 8 pagi, kami mulakan perjalanan semula ke Mekah.

IMG_4801
Hotel apartments di quwawiyah.. Semalam SR200.. Untuk tido sekejap dan uruskan anak2.. Kalau kira2 sangat memang rasa mahal..tapi kesannya tu, abahnya dapat rehat yg cukup..ibu n anak2 pun dapat luruskan badan.. akhirnya, semua orang happy to start again a long journey the next day.. berbaloi kan…
IMG_4803
Kitchennya x le gune pun.. selamat ade bawak periuk nasi kecik sy utk panaskan lauk n masak nasi.. jug kettle pun saya angkut.. memang rasa lawak je..xpela..janji aii puas hati dapat buat susu panas utk anak2.. done !
IMG_4802
abahnya tido sorang..bagi die rehat tanpa gangguan..as usual, ibu n anak2 kat bilik lain..

Perjalanan siang dalam bulan puasa, tidakla seteruk yg dibayangkan. Mungkin sebab dapat rehat yg cukup..xdala rasa mengantuk utk abahnya memandu.. Anak2 pun ok dalam kereta.. Awal2 dee dah pesan dengan diorang, kita nak jalan jauh..nak pergi rumah Allah.. kita nak tengok kaabah.. nanti abah belikan mainan bila sampai sana ye.. Sebenarnya kesian dengan diorang terperap lama dalam kete..kita yg dewasa pun boring, mentelahla anak2..so memang bawakla toys, buku kaler, pensel kaler n standby laptop yg dh dicaj utk diorang tengok video upin ipin dsbgnya.. Laptop or youtube ni memang last choice, dah xle kawal baru kasi…haha..

Selepas quwawiyah, destinasi yg dituju adalah Qarnul Manazil utk kami bermiqat. Kalau tahun2 sebelum ni, miqat kami di tempat yg sama cuma di atas kapal terbang.. Kali ni, dapatla bermiqat di tanah qarnul manazil.. Sebelum sampai di masjid ini, kami berhenti rehat dahulu di bilik motel dengan kadar bayaran satu jam SR25. Kami ambil 2 jam utk rehat seketika dan membersihkan diri dan bersiap dengan pakaian ihram sebelum bermiqat.. sampai je, dee terus suapkan anak2 makan.. selamat patik bawak periuk nasi kecil 🙂 dapatla masak nasi masa kat quwawiyah..

IMG_4809
motel sejam SR25. Kepenatan umar tu..kita penat..diorang pun penat..adik jugak yg cergas asik melompat dr katil ke katil masa masuk bilik ni.. dapatla rehat sekejap dan bersihkan diri sebelum bermiqat. Kat sekitar motel ni ade banyak kedai2 yg jual peralatan umrah.. Abahnya turun sekejap pergi cari kain ihram.. asik lupa bawak je kain ihram yg kat msia tu…

Umrah kali ni, kami x niat utk umrahkan anak2 sekali..abahnya kata x perlu dulu..kita buat kita punya je..orang ramai ramadhan ni.. x berapa sesuai utk anak2 dan sudah pasti, kita yg akan kepenatan utk menghabiskan umrah mereka nanti.. ditambah lagi dengan kami yg travel jauh..kalau naik flight tu mungkin boleh consider utk umrahkan anak2 sekali.. Selesai bersiap, kami terus ke masjid qarnul manazil..solat jamak zohor dan asar di sana diikuti dengan solat sunat ihram. Kami laki bini berniat umrah di dalam kereta selepas selesai solat di masjid. Maka bermulalah pantang larang di dalam ihram yang harus kami tempuhi sehinggalah bertahalul iaitu selepas saie nanti.. Ya Allah, panjang lagi masanya tu..

IMG_4811
Beginilah gambarannya masjid tempat bermiqat di qarnul manazil. Di sini pun ade disediakan tandas utk mandi dan bersihkan diri.. Kalau yg datang bujang n dekat2 tu, urus diri kat sini pun boleh..x perlu nak amik motel macam yg kami buat..
IMG_4812
Solat jamak zohor n asar diikuti solat sunat ihram di sini.

Ya Allah kau terimalah hambamu ini datang utk mengerjakan umrah di Baitullah, Kau jadikan kami tetamu yg istimewa di sisimu Ya Allah, Kau mudahkanlah segala urusan ibadah kami dan terimalah ibadah umrah kami ini. Mabrur Ya Allah..Ameen..

IMG_4817
Di sebelah luar masjid pun banyak barang keperluan umrah dan haji yg dijual..Tak yah risau kalau terlupa bawak dan sebagainya. Aii beli selipar..selipar yg terus serlum masuk tu..senang bawak berjalan..
IMG_4816
Gambar diorang je yg banyak dalam kamera ibu.. gambar ibu sepanjang trip ni adela 3 ketul jek.. haha
IMG_4815
Gambar pertama ibu n anak2.. ehsan en shuben utk ambil gambar tanpa diminta.. terima kasih abah..

Selepas itu, kami mulakan perjalanan kami ke Mekah melalui Taif. Lupa nak bagitahu tadi, Qarnul Manazil ni di Taif. Semasa on the way ke mekah, ade sekatan jalan oleh polis..semua kereta dihalakan ke suatu kawasan parkir kenderaan.. kami dah mula suspen..kenapa pulak ni? tak boleh ke bawak masuk kenderaan ke mekah.. hotel semua dah booking.. xkanla kerajaan arab saudi tetibe buat peraturan tak boleh bawak kenderaan ke mekah..semua kereta berhenti dan parking..diorang semua naik bas utk ke Haram.. bila nak masuk ke tempat parking tu kene amik tiket.. abahnya cakapla kami nak ke mekah gune kereta.. memula die xfaham jugak..lelama br faham..die bagi kami satu tiket tertera kereta di situ.. masih lagi suspen ni..betul ke x arab ni faham ape kite cakap tadi..duk pusingla kat tempat parking yg seluas luas itu utk cari jalan keluar..Ya Allah, xkanla kami x boleh bawak kete ke mekah..banyak barang nak berangkut kalau naik bas… Akhirnya, kami jumpe juga jalan keluar..ade polis yg jaga di laluan keluar tu..kami pun berhentikan kenderaan n cakap nak ke mekah by car.. Alhamdulillah..die terus cakap Khuruj khuruj..keluar keluar.. Shukur la sangat..memang mencemaskan betul..

IMG_4819
Taif ni kawasan yg bergunung ganang. Cantik sangat..Catatan ke II nanti akan ceritakan sedikit mengenai Taif..
IMG_4827
Kami dah sampai !!!
IMG_4828
Makarim Ummul Qura terletak di Ajyad Street. Sepanjang jalan hotel aje.. Besar kecik semua ada..

Sampai di Mekah, kami terus menghala ke hotel tempat kami menginap.. Selesai check in terus naik bilik ..Kami sampai masa tu sampai sekitar jam 6.30 petang.. Waktu berbuka puasa di Mekah adalah pada jam 7.18pm.. Beza sangat dengan Jubail 6.38pm. Masuk bilik, kemas sikit2, dan get ready utk berbuka.. Rupanya hotel tu sediakan buffet ramadhan dan sahur utk semua tetamu hotel.. Ingatkan die bagi sahur je.. Lagila bestkan, dapat utk berbuka sekali.. Sekian lama berbuke kat dapur kecik saya tu je..kali ni so special dapat berbuka puasa kat hotel..miahahaha..istighfar diyana…teringat ifthar kat msia..dalam sebulan tu mesti ade sekali yg berbuka kat hotel..ade je org2 baik yg belanja..x pun program under pejabat.. Wah wah wah, diibaratkan pucuk dicita ulam mendatang.. manala nak sangka kan.. Ok, jom layan menu berbuka arab style.. 🙂 tetibe ko semangat bercerite..owh tidakkk…

IMG_4837
Tempting kan…
IMG_4838
Tapi, dua2 ni sy x amik..x suke sangatt benda2 manis mcm kek2 ni..huhu
IMG_4839
Manisan yg bulat besar ini adalah sangat sedap okeh.. tapi, x manis sangat tau..ade rase mcm kekacang.. serius sedapp..abahnya cakap, manisan ni memang selalu ade kat kantin plant die..memang kiranya manisan tradisional org Arabla..
IMG_4841
owh..segala macam salad ade..layan x layan je..kita amik semua sikit2 buat2 rasa..haha
IMG_4842
kat sini fames betul samosa..tp, xde perasaan nak rasa..
IMG_4843
Baca tu… Lamb Curry..
IMG_4844
Ni yang paling sedap.. nasi die berempah..so yummeh..

Selesai berbuka, kami naik semula ke bilik. Sekarang masanya untuk rehat..Nak amik tenaga semula untuk bertawaf 7 pusingan kaabah dan saie 7 kali dari safa ke marwah. First bagi anak2 tido dulu..supaya diorang x meragam nak tido time tawaf n saie nanti.. Kami solat jamak di hotel dulu.. Sebenarnya kami xla tido pun..anak2 je kut.. rehat2 je..selebihnya dee nervous nak selesaikan ibadah umrah ni.. So, dee pun siapkan buah2 utk bawak bekal kat anak2..kalau diorang meragam or penat nanti, boleh gule2 kan dengan buah2 potong 🙂 Sekitar jam 11 malam, barula kami gerak ke Masjidil Haram. Kenapa lambat? sebab selepas maghrib bawak ke isya dan seterusnya waktu tarawikh adalah peak hour di masjidil haram.. Bila orang dah keluar, barula kami masuk..lega sikit dah masa tu.. itu perkara yg perlu kami consider.. Kami bawak anak2 kecik yg tengah lasak.. kalau terlepasla, manala nak carik.. haha.. kalau berdua je..rasanya sampai je terus ke masjid..berbuka di masjid lagi best kan… So, kami ke sana dengan menaiki teksi.. Kalau nak ikut dekat je..dan ade je shuttle bus dari hotel.. Tapi, untuk selesaikan umrah ini, kami prefer ke sana dengan menaiki teksi..cepat dan mudah untuk kami sekeluarga.. Caj tambang teksi yang dikenakan adalah SR30.

IMG_4852

 

Dah nampak clock tower.. Dah dekat sangat pun.. Orang ramainya malam tu..memang betulla umrah ramadhan ni memang peak season utk musim umrah. Lampu2 kedai n jalan terang benderang.. Riuh kedengaran dengan bunyi hon2 kenderaan, orang2 yang berurusniaga dan lalu lalang di jalanan. Teksi tak boleh sampai ke dataran..jalan raya menghampiri dataran masjid ditutup hanya utk laluan kenderaan dari hotel2 sekitar itu sahaja..kenderaan awam yg nak masuk dah tak boleh..itu pun dah sesak, inikan pula dibuka untuk laluan awam.. Macam2 gelagat manusia kelihatan..Pelbagai rupa, pelbagai ragam dan tingkahlaku.. Kami meneruskan perjalanan ke dataran kaabah dengan berjalan kaki. Labbaikallah Humma Labbaik…Kami menyahut panggilan mu Ya Allah… 

IMG_4857

Dari jauh dah kelihatan Msjidil Haram yang gah tersergam indah. Pintu King Abdul Aziz telah pun dirobohkan atas tujuan pembesaran masjid. Kami masuk melalui pintu King Fahd.. Anak2 ok, excited agaknya tengok ramai orang..sambil tu pesan2 jugak, sekejap lagi kita nak tengok Kaabah.. Kami pun berjalan masuk menuju ke Kaabah.. banyak betul perubahan berbanding umrah tahun lepas..dah x boleh cam dah laluan di dalam masjid.. Apabila nampak sahaja Kaabah, kupanjatkan shukur kepada Allah.. Allah Humma Antassalam, Wa Minkassalam… itulah doa apabila memandang Kaabah..

TBC